Sunday, January 02, 2011

selamat-lah tahun baru yg memang selamat.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

This is totally awesome!
Kalau blm pernah baca, silalah baca.
Selalu sangat, yg keluar dari mulut kita, complaint, mengeluh, complaint, mengeluh, bla3.
Itu tak kena, ini tak kena, itu tak cukup, ini tak cukup.
Cuba buka mata sket, tgk sekeliling.
Tengok pakcik kat bus stop tu, apa dia buat?
Takde rumah tu, tidur tepi jalan sejuk2 ni.
Rumah kita, sikit punya warm dengan heater pasang no 5.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yg engkau dustakan?

Bila sebut tahun baru, apa kita fikir?
Azam baru.
Lagi?
Angka baru pada umur.
Lagi?
Party.
Lagi?
Bunga api.
Lagi?
Konsert.
Lagi?
Eh macam2 la.

Kalau kat Poland ni, memang jadi norm, 2-3 days prior to new year's eve, kedai2 akan jual minuman beralkohol dengan secara intensive dan murahnya bagai durian runtuh.
Sebab apa?
New year's eve party tak lengkap lah kalau takde alcohol, lagu auld lang syne yang dipasang kuat2, bunga api dan mercun, jeritan-jeritan bla3.
Hah, mimpi laa kalau new year's eve tu nak tidur awal.
Melainkan anda memang heavy sleeper yang tidur tak ingat dunia.

2-3 jam sebelum countdown, sy masih berada di luar rumah.
Sila jangan tanya kenapa.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.
Ramai je orang mabuk jalan sana sini.
Tp tak sorg pun kacau. Buat dek je.
Yg penting, nak jalan malam2 ni, eh silap.
1st of all, jgn jalan malam.
Tp kalau keadaan mendesak lg didesak, maka bersiap sedialah.
Mata sentiasa alert, buat2 macam tak tgk org, tp sebenarnya anda tgh sgt alert dgn keadaan sekeliling.
Otak jgn jam-kan dgn lagu2 lagha-tahpape, mahupun dgn memikirkan nak mkn apa balik nnt.
Otak tu, akal tu, guna utk fikir as much escape route as possible.
Paling penting, berdoa dan letaklah segala pengharapan pd Dia.
Sebab takde satu pun mudharat yg mampu menimpa kita melainkan dgn izin-Nya.
Itu tips yg sy dpt dan amalkan ntah dah brp lama, and I find it very useful.

Ok. Sambung cerita.
Bila dah naik bus, as usual, kena stare.
Sy tak fhm knp Poles suka sgt stare orang.
Tp fikir lantak pi laa. Buat2 tak perasan.
Then ada sorg lelaki ni, duduk bahagian depan bus, sorang2.
Jaket macam kotor kena cat.
Aikk, kerja mengecat ke malam2 new year ni??
Sampai 1 stop tu, dia turun.
Masa tu, tergamam sekejap.
Astaghfirullah.
Baru sy perasan. Rupanya kotoran tu adalah....


*


*

*

*

*

*

BLOOD!

Ookaayy.
Jap2. Pause.
Rewind.
Stop.
Blood?
Blood?
Blood?
Ya. Blood. RBC. Erythrocyte. Plus plasma, WBC, bla3.
Belum pape lg dah pecah kepala?
Banyak sgt darah yg keluar dari kepala dia, tembus snowcap, penuh muka, jacket semua.
Jalan sorg2, mmg dah tak stabil. Tp sempat lg naik bus tu.
Pg hospital, kurang2 5,6 jahitan kena tu.

Dalam hati, mmg sy bersyukur sy tak pg duduk sebelah dia, depan dia mahupun belakang dia.
Boleh jd dia mabuk, blh jd dia tak waras.
Macam2.
Mulalah sy terfikir.
Ini ke kebahagiaan yg mereka cari?
Ini ke bukti kebebasan hak asasi yg mereka?
Ini ke kebebasan yg mereka nak?
Ini ke yg dimaksudkan dengan kemajuan?

Kalau pd neraca ini lah dikatakan kebahagiaan,
kalau pd neraca ini lah dikatakan kebebasan hak asasi,
kalau pd neraca ini lah dikatakan kebebasan,
kalau pd neraca ini lah dikatakan maju,
maka sy lebih rela tak bahagia, tak mendapat hak asasi, terkongkong, tidak bebas dan sungguh mmg lbh sy rela untuk jd kolot dan tak maju2.

Sampai je di rumah, area rumah sy memang sgt bising.
Semua rumah kalau blh nak pasang woofer, subwoofer, speaker sekuat mungkin.
Nasib tak pecah cermin tingkap segala.
Nampak ada sorg makcik, keluar balcony, pakai pj's, usha atas bwh.
Bising sgt, tak dpt tidur agaknya.
Kesian.
Nak tknak mmg kena live with it.

Tepat 12 malam, mulalah dengan gedebom sana sini.
Mungkin mcm tahanan perang, sy taktau.
Tengok luar tingkap rumah, ramai lah mereka2 yg sedang menjerit, bersuka ria, dengan botol dn tin di tangan (faham2 sendiri), pasang bunga api, mercun dan yg paling tak blh blah, couples tgh buat x-rated action.
Maka teruslah kami menundukkan pandangan, mengucap istgihfar dan terus berlalu.
Membiarkan mereka dgn keseronokan dunia mereka.
Semoga Allah lembutkan hati2 mereka dan kita. Amiin.

Kalau detik 12malam 1 Jan 2010 sy sambut dengan menghadap laptop, update blog,
detik 12 malam 1 Jan 2011 sy sambut dengan makan nasi lauk ayam masak merah. Ho yeah!

Selamat 2011.




Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati jadi tenteram.

ps: Ni kat Europe, so macam no surprise laa kan. Kat Malaysia mcm mana?
Eh sama je.
Aa. Surprised tak?
Tak pun. Dah jd norm.
Oh masih ada jahiliyyah dalam diri kita2. Introspeksi iman.

No comments: