Friday, January 21, 2011

(P+A)^2 =PutusAsa

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Salji masih gembira menari-nari turun dari langit.
Suci.
Ada flake besar, ada flake kecil.
Buatkan yg melihatnya tersenyum mengagumi kebesaran ciptaan-Nya.

Snow yg turun terasa macam cermin.
Setiap kali berjalan dalam snow, secara automatik me-reflect diri sendiri.
Berintrospeksi.
Macam ada sejenis kedamaian yg snow tu bawa turun sama.
Entahlah.

Rata-rata pelajar perempuan Malaysia kat sini dah tau, kalau pergi masjid mesti selalu nampak baby, kanak2 berlari riang, bermain, bergelak-tawa, menangis, merengek dan menjerit.
Terasa lively pulak bila ramai kanak2 macam tu.
Muka-muka suci dan comel yg parents bawa bila nak solat sentiasa mendamaikan mata yg melihat.
Membuatkan semua yg memandangnya tak henti2 memuji kebesaran Penciptanya.

Macam2 yg blh dimain.
Apa yg seronok sangat entahlah. Daya imaginasi terlebih.
Ada yg memang dah kenal, mungkin sebab selalu berjumpa di masjid.
Ada baru nak belajar2 kenal.
Ada yg tak kenal pun, tp ramahnya terlebih.
Sampaikan org yg baru masuk, walaupun tak kenal langsung, dihulurnya sepotong carrot.
Ye, carrot. Pelik. Tp tu la dia snack kanak2 ni.
Sayur-sayuran. Kagum sekejap.

Dah menjadi kebiasaan kat sini, bila org masuk je masjid, terus tunaikan solat sunat 2 rakaat.
Tahiyyatul masjid, mungkin.
Bila orang tgh solat, kalau tak ditenungnya org yg sedang solat, mesti kanak2 tu akan ikut.
Ikut je apa orang buat.
Kalau salah, kawan sebelah tegur.
Solat sambil tersenyum.
Dan yg melihat dari jauh turut tersenyum.
Sangat lain suasana jika nak dibandingkan dengan masjid2 di kampung halaman (kampung laa sgt -_-").

Melihat kanak2 ni bermain, jatuh, bangun, membuat saya terfikir.
Kenapa eh, kanak2 ni semangat dia lain?
Curiosity dia lain?
Kalau ikut kata cikgu Philosophy, kanak2 ni bukanlah sekadar "young adults", tp mereka adalah entiti yg berbeza.
Perlukan cara dan pendekatan berbeza.
Dia nak buat apa, dia buat je.
Tanpa rasa takut, diskriminasi, putus asa, bla3.

Bila baca tafsir surah al-Balad dalam Fi Zilalil Qur'an tulisan Syed Qutb, diceritakan macam mana kesusahan demi kesusahan seseorang tu lalui dalam hidup dia, bermulalah dari saat dia menjadi zygote.
Nak kena cari tempat implant betul2 lalu fallopian tube tu. Jauh tu, kalau nak bandingkan ratio saiz dan jarak.
Lepas tu bla3.
Bila lahir, nak lahir tu sendiri dah satu kesusahan.
Bertukar dari comfort zone ke dunia yg penuh tipu muslihat.
Ok. Ini ayat terlalu emo.
Bertukar dari comfort zone ke dunia yg penuh dengan warna-warni, tiada lagi perlindungan melainkan perlindungan Allah semata2.
Daripada tak perlu bernafas, kena bernafas.
Daripada tak perlu melihat, kena tengok cahaya lampu hospital yg gila silau tu.
Daripada tak perlu kunyah, kena kunyah bila nak makan. Tapi lambat sikit aa.
Kena rasa sakit tumbuh gigi lagi.
Kena belajar golek2 lagi.
Merangkak lagi.
Belajar bercakap lagi.
Kena belajar berjalan lagi.
Setiap kali langkah, jatuh. Ingat tak sakit ke jatuh?
Frustration setiap kali cakap kat orang, orang tak faham2 apa dia nak.
Apa lagi boleh buat, nangis la. Itu pun org still tak faham.
Tapi perkataan give up tu tak pernah sekali menjengah hati.
Bila dah besar sikit, kena belajar membaca, menulis.
Semuanya demi survival.

Kalaulah masa kita kecik2 dulu, jalan sikit jatuh, kita give up, agak2 sekarang ni, mampu ke kita berjalan2 pergi Poland ni?
Kalaulah masa kita kecik2 kita give up bila tak reti2 nak baca tulis, agak2 sekarang ni, mampu ke tulis and baca blog minimalis picisan ni? (Sila jangan tanya apa maksud perkataan tu)
Kalaulah masa kita first time buka laptop ni, kita give up bila tak reti2 nak bukak Internet Explorer (jangan tipu, masa tu takde lagi chrome, tak famous lg firefox), agak2 sekarang ni banyak tak masa kita terbuang dengan me-lagha membaca buku Facebook? Oops.
Disebabkan ke-tidak-give-up-an kita tu, lama2 semuanya jadi senang. Sesenang bernafas menyedut udara free yg tak pernah kita hargai ni.

Tapi kenapa bila dah menginjak dewasa, dah menjadi pemuda harapan agama bangsa negara, dah pandai melawan cakap ibu ayah yg menyuapkan kita nasi masa kita kecik2 dulu, cepat pulak kita give up?
Asal jatuh sikit, give up.
Kadang2 tu, belum jatuh lagi, baru goyang2, acah2 nak jatuh je, dah give up.
Atau lagi teruk, belum cuba pun dah give up.

Sebab kita bukan lagi kanak2?
Sebab kita tak lagi mempunyai hati yg suci?
Sebab dah belajar rasa takut?
Sebab kita dah pandai mendiskriminasi?
Sebab kita dah pandai jadi judgemental?
Sebab kita dah pandai sikit2 menghukum orang?
Sebab kita dah pandai (pseudo) sgt, kita dengan senang2 kata itu haram, ini haram?
Ok. Point akhir takde kaitan.

Carilah apa2 alasan sekali pun untuk justify kelebihan yg ada pada diri kita tu (ie giving up).
Tu lah dia antara kelebihan dan kepandaian kita, selain malas dan kuat mengeluh.
Teruskan beralasan, kerana in the end, it comes back to us.
Kita yg memberi, kita yg merasa.


Kanak2 juga mampu menjadi guru kita :)

Children find everything in nothing; men find nothing in everything.
~Giacomo Leopardi



ps: Emosi kotak2 kembali menganggu daya fikir. Oh!

No comments: