Monday, October 29, 2012

Entah yang keberapa kali.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

"Blogpost baru awak tu, awak nak perli saya ya?"
"Hah! Yang mana?"
"Eleh. Macam lah saya tak tahu. Tak baik tau perli-perli. Nak tegur, tegurlah elok-elok"
"Ehhh. Cubalaaaahhh anda berlapang dada sikit, bersangka baik sikit. Tak ada mananya saya nak perli-perli awak. Yang awak terasa lebih ni dah kenapa?"
*krikk.krikk.krikk*

*ayat di-edit bagi memaksimakan impak

Haa, lebih kurang begitulah dialog antara saya dengan seorang sahabat saya ni, beberapa tahun lalu.
Ok, mungkin tak lah beberapa tahun lalu, tapi bukanlah baru sangat.

Sering kita katakan, salamatus sadr dan husnudzon adalah tahap terbawah ukhuwwah.
Tetapi sejauh mana kita menghayatinya?
Sejauh mana kita mengamalkannya?
Sejauh mana, kita yang mengaku dan mengucapkan ukhuwwah fillah abadan abadaa sini-sana, benar-benar menjadikan dua perkara tersebut sebahagian daripada kehidupan kita?
Allahu Rabbi.

Dah kalau tak ada lagi salamatus sadr dan husnudzon antara kita dan sahabat kita, maka di manakah letaknya ukhuwwah yang kita katakan?
Dah kalau tak ada lagi salamatus sadr dan husnudzon antara kita dan sahabat kita, maka apa lagi yang berbaki daripada sesuatu yang kita katakan ukhuwwah itu?

Dan dua perkara itu memang sangat sukar untuk dilaksanakan, yet, tetap menjadi tahap terbawah dalam tahapan ukhuwwah.
Kenapa?
Dan apa pentingnya ukhuwwah itu?
Haa. Itu, saya tinggalkan pada anda untuk fikirkan.



Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saurdaramu. - ISHAB


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
[Ali Imran (3) : 103]


ps: Berat betul nak buat apa yang sering kita perkatakan. *sigh-bunyi-macam-mengeluh-tapi-bukan-sebab-tak-baik-mengeluh*
ps2: Moga tak beku gerak kerja kita dalam kesejukan suhu Warszawa saat ini. Ohoi.
ps3: Istighfar. Istighfar. Doa. Doa



Wednesday, October 24, 2012

Ahh.. Harus bersabar

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ya, saya tahu, di tanah air Malaysiaku tercinta, semua orang sedang sibuk dengan persiapan masing-masing.
Ada yang dalam perjalanan pulang ke kampung.
Ada yang sedang memasak.
Tak nak kalah juga, ada yang sedang main mercun pun.

Dan ya, saya tahu, di tanah suci saat ni, lautan manusia sedang membanjiri.
Masing-masing menyerahkan seluruh jiwa dan hati, menghambakan diri padaNya.
Indahnya kelihatan wajah mereka yang begitu tenang mencari cintaNya di sana.

Dan ya, saya tahu, saya masih di sini.
Masih di sini.
Di sini.

Setiap hari, setiap detik, tarbiah itu sentiasa akan menyapa kita.
Walau di mana kita berada.
Memberitahu kita betapa Allah sayangkan kita.
Dan kerana itulah Dia hantarkan kepada kita medium-medium penyampai yang pelbagai. Untuk kita sedar (diri) & ingat padaNya sentiasa.

Ok cukup.

Actions have consequences.

Begitu mudah disebut. Hanya tiga patah kata.
Tak berbelit lidah pun nak sebut.
Tapi seringkali kita lupa. Kita lupa bahawasanya apa yang kita lakukan pada hari ini, pada saat ini, akan memberi kesan pada kita. Jika tidak hari ini kesannya, mungkin esok.
Atau mungkin minggu depan.
Atau mungkin 10 tahun akan datang.
Atau mungkin di akhirat nanti. Siapa tahu.

Mungkin kerana itu jugalah ar-Rasul (SAW) bersabda, yang maksudnya,

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam" HR Bukhari

Dan mungkin kerana itu juga seorang Sahabah pernah berkata, yang maksudnya,

Sekiranya kamu merasa letih dalam melakukan kebaikan, sedarlah bahawa letih itu akan hilang dan kebaikan itu akan berkekalan…dan sekiranya kamu seronok dalam melakukan dosa, ingatlah keseronokan akan hilang tetapi dosa akan kekal.

Kerana tahu, kerana faham bahawa "actions have consequences".

Dan kita sebagai insan, tak akan dapat lari dari tabiat alam ini.
Dan untuk memastikan 'consequence' yang kita bakal terima itu baik, maka haruslah kita baiki apa-apa yang kurang baik dalam hati kita, dalam amal kita, dalam fikiran kita, dalam lisan kita.

Oi senangnya cakap kau!
Ya, tidak saya nafikan memang susah.
Untuk mem-baik-kan segala hati, amal, fikiran, lisan kita itu memang tidak mudah.
Senang cerita, bina KLCC lebih mudahlah!

Tapi kita tahu, tidak Allah jadikan sesuatu itu susah untuk membebankan kita.
Tidak sama sekali.
Dia hanya mahu memberi ganjaran lebih kepada kita atas mujahadah kita.

Ya, itu kata kuncinya.
Mujahadah. Pengorbanan itu perlukan mujahadah.

Dan bersempena Hari Raya Korban ini, mari kita sama-sama mujahadah "mengorbankan" sayang kita pada jahiliyyah, rasa sayang kita untuk tinggalkan dosa, agar dapat meringankan beban perjalanan menuju syurga abadi!

'Eid Mubarak! Kullu 'am wa antum bi khair :)


Without discipline your ego is the first jail of yourself.
- Tariq Ramadhan


ps: Terasa berat sungguh bebanan post ini bahu sendiri. Allahu rabbi.
ps2: Oh hati, oh jiwa, janganlah sakit-sakit. Lawan-lawan-lawan!
ps3: Mari gandakan doa kita!

Thursday, October 18, 2012

Hadiah 23

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). [15 : 39-42]


Kita tahu, kita sedar, iblis itu adalah musuh.
Maka perlakukanlah ia seperti musuh, selayaknya.


Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). [7 : 200-201]




Have patience with all things. But, first of all with yourself.


ps: Setiap kali umur bertambah, suhu juga turut bertambah. Moga menjadi kafarah buat dosa-dosa. Amiin.
ps2: Minggu ni macam kena banyaaaakkk sangat istighfar. Allahu rabbi :(
ps3: Moga Allah beri kekuatan pada saya, anda, dan kita semua.

Monday, October 08, 2012

Yang berlalu makin tua, yang bakal datang makin muda. Erk!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari berganti hari. Dan umur kita makin berkurang.
Sesaat berlalu, berkuranglah sesaat yang tinggal untuk kita.
Duduk sejenak, dan berfikir.
Berapakah usia kita saat ini?
Berapakah baki usia yang tinggal untuk kita?
Maka apa yang perlu kita buat dalam masa yang semakin singkat ini?

Kalaulah pepatah ada menyatakan bahawa hidup bermula pada usia 40, maka sejarah kegemilangan Islam telah membuktikan sebaliknya.
Tak percaya?
Check semula sejarah Sultan Muhammad al-Fatih.
Check semula kisah Muadz dan Muawwidz.
Check semula kisah Imam as-Syafie.
Check semula kisah Imam Nawawi.

Mereka ada Konstantinopel.
Mereka berjaya membunuh musuh Allah dalam sebuah peperangan.
Mereka ada hafaz Quran seawal umur 9 tahun.
Mereka ada kitab Riadhus Solihin.

Tanya diri, aku ada? Apa aku ada?
Apa yang dah diri kita lakukan untuk dunia, untuk ummah?
Apa ada, kalau pergi ke kelas pun lambat.
Apa ada, kalau di kelas pun tak nak berfikir.
Apa ada, kalau belajar pun main-main.
Apa ada, kalau doa pun malas.
Apa ada, kalau tawakkal pun bukan kepada Allah. :o

Wahai yang berselimut! Bangkitlah!
Ambil cintamu di langit, tuk ditebar ke bumi.


A famous poet once said:

You can't always get what you want. But if you try, sometimes you might find that you'll get what you need.

ps: Kalau rasa-rasa tak boleh, ingat. It's just a matter of perception. An optical illusion.
ps2: Wahahah. Konon semangat baru mula kelas. Moga mampu tsabat dan istiqomah. Jom berusaha! Dan berdoa tanpa putus (^_^)v