Tuesday, May 24, 2011

Jalan berjalan

Salam 'alaikum. Salam buat semua.



Perjalanan kebenaran yang lurus itu, tidaklah mudah.

Perlukan...


pengorbanan



kekuatan


dan...


doa berpanjangan.


Kadang diselit...



ketakutan



kesakitan


dan...



keletihan.


Namun bersabarlah dan tetap teguhlah.
Kerana kemenangan menanti jua di akhirnya.



Dalam keletihan ini.. aku bahagia
kerna..
pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.
-Dr MAZA-


Dan janganlah kamu lemah, dan jangan bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.
[Ali Imran (3) : 139]

Tuesday, May 10, 2011

Berus sabut itu ubatnya.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Dah jadi macam rutin pula meng-update blog sebulan sekali.
Wait2. Apa?
Sebulan sekali?
Hehe. No comment.

Sekali lagi saya nak tekankan di sini.
Weather Poland EMO.
Downright emo.
Snow bulan 5. Wow!
Ok cukup. Sangat lame berkata-kata tentang cuaca.

Alhamdulilah, masih lagi kita mampu berdiri, masih punya kekuatan untuk membuka mata, bertarung dengan nyenyak tidur untuk bangkit memulakan hari yang indah, yang eventually disinari cahaya matahari.
Subhanallah. Indah hari jika kita sulami dengan senyuman. Senyuman yang mampu membuat awan mendung berlalu dari hati-hati yang sedang berduka.
Astaghfirullah, ucapan kita setelah muhasabah diri setiap waktu. Ya, itu yang kita perlukan.
Mohon pengampunan. Bukan hanya menunggu. Mohon.

Semalam, ketika saya menaiki bus untuk ke kelas, ok, bus sini tak ada aircond. So memang agak panas. Agak stuffy.
Namun keindahan jalan raya yang dipenuhi bunga-bunga yang berwarna-warni mampu membuahkan senyum pada mata yang melihat, melupakan kepanasan bus.
Kagum.
Dari tanah beku bertukar menjadi tanah subur berwarna-warni.
Dari ais bertukar menjadi rumput.
Dari sejuk bertukar menjadi panas.
Dari gelap bertukar menjadi cerah.
Subhanallah. Kadang tak tercapai akal memikirkannya.



Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah.
[al-Hajj (22) : 5]



Perubahan berlaku. Setiap tahun. Saban tahun.
Berubah, dan terus berubah.
Itu sifat tanah.
Dan jika dibaja dan disiram, mampu menumbuhkan tumbuhan yang pelbagai.
Kagum. Sekali lagi, kagum.

Dalam mengagumi keindahan ciptaan Dia, tiba-tiba timbul satu persoalan.
Kenapa susah sangat manusia nak melakukan perubahan?
Adakah sesusah itu bagi tanah untuk berubah?
Jika ya, mengapa tanah mampu sedang manusia tidak?
Ah sudah. Apa nak jawab ni.

Kelihatan seorang wanita menaiki bas menolak stroller anak kecilnya yang sedang nyenyak tidur walaupun cuaca agak panas.
Kanak-kanak. Hanya itu rutin mereka. Tidur.
Jika kanak-kanak kurang tidur, ibubapa mula risau.
Dan makin mereka membesar, makin kurang tidurnya.
Sekali lagi, boleh kita lihat perubahan pada kanak-kanak ini.

Dan fikiran kembali memikirkan persoalan yang masih belum dijawab.
Mengapa melakukan perubahan itu menyakitkan?
Mengapa meninggalkan segala jahiliyyah itu menyakitkan?
Sedangkan amat mudah untuk meninggalkan satu-satu suruhan.
Mengapa dan mengapa?
Mengapa perlu bersusah-payah dalam hidup?

Pandangan jatuh pada anak kecil yang tadi sedang nyenyak tidur.
Kini suaranya kedengaran di segenap ruang bas, menangis. Panas barangkali.
Senang jadi anak kecil. Tiada kerisauan, tiada pening kepala memikirkan masalah.
Yang ada hanyalah menunggu waktu perut diisi.

Dan fikiran kembali memikirkan persoalan yang masih belum dijawab.
Kali ini diiringi dengan teori.
Mungkin.
Mungkin kerana jahiliyyah itu terlalu sebati dengan diri.
Mungkin kerana jahiliyyah itu bukan lagi kotoran yang melekat pada hati, yang boleh dicuci menggunakan sabun pencuci pinggan.
Tapi mungkin kerana jahiliyyah itu telah pun berkarat didalam hati.
Dan karat itu, tidak boleh dibuang dengan sabun pencuci pinggan.
Habis, macam mana nak buang karat?

Karat itu perlu direndam di dalam minyak.
Perlu ditonyoh, perlu disagat, perlu diberus dengan berus sabut.
Itu pun belum tentu semuanya hilang.
Sakit?
Mungkin kerana itu membuang jahiliyyah itu begitu menyakitkan.

Namun ketahuilah, disebalik kesakitan itu, kebaikannya jauh mendahului.
Bukan kembali berkilatnya hati itu yang kita tunggukan, tapi proses memberus yang sakit itu yang penting.
Proses memberus yang sakit itu yang menjadikan kita lebih kuat.
Proses memberus yang sakit itu yang akan menolong kita bangun pada setiap jatuhnya kita.
Proses memberus yang sakit itu yang akan membantu mengelakkan kita dari kembali cuba menghidu bau jahiliyyah.
Proses memberus yang sakit itu yang akan kita jadikan alasan pada hari semua orang mencari alasan kelak. InshaAllah.

Maka para doktor sekalian, prescribe-lah ubat ini. Berus sabut.
Jom kita memberus!

Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa.
[al-An'am (6) : 153]

ps: Tiba-tiba dah nak final. Eh. Apa saya buat sepanjang tahun??