Ya, semua pun busy nak exam. Tahu.
Tp dalam busy2 jgn sampai lupa benda2 yg lagi penting.
Jangan kita cari alasan untuk beralasan di hadapan Allah kelak.
Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
Minggu ni, Warsaw mengalami kenaikan temperature.
Entah kenapa. Tiba2 hujan, maka snow jadi ice.
Snow cair. Ice cair.
Wahh. Spring is here early!
Seronok study sambil buka tingkap. Nyaman.
Masa saya kanak2 lagi, ayah saya selalu pesan.
And i mean it, selalu.
Kalau nak berbelanja, fikir dulu.
Keperluan ke kemahuan?
Necessity ke luxury?
Maka setiap kali saya ke mall, akan berlakulah battle field dalam kepala saya.
Perlu vs mahu.
Sehinggalah saya dah agak grown up, saya masih berpegang pd prinsip ni bila nak berbelanja.
Kiranya kalau nak beli baju, saya akan mula fikir, ada berapa banyak baju kat rumah tu?
Muat lagi ke almari tu?
Kalau beli baju ni, berapa kali saya akan boleh pakai dalam masa setahun?
Berapa lama baju ni akan bertahan?
Blablabla.
Hingga akhirnya saya terfikir, ok, saya tak perlukan baju baru. Dan saya pun berlalu.
Atau akhirnya saya terus ambik baju tu dan pergi ke kaunter.
Dari dulu jugak, ayah selalu cakap "ayah tak mampu bagi kamu luxury, tp ayah blh bagi kamu education. So dgn education tu, kamu carilah luxury kamu sendiri."
Maka dilatihlah kami kalau nak sesuatu, you have to work for it. Sebab easy come, easy go katanya.
Dan bila nak exam, ayah akan selalu cakap yang ayah tak kan bagi hadiah apa2 kalau dapat result gempak macam mana sekali pun, sebab tak nak kami belajar untuk dapat hadiah.
Katanya.
Tapi bila dapat result bagus, ayah tetap akan bagi hadiah.
Ok. Dah lari topic. U-turn balik.
Contoh situasi 1:
Saya: Ayah, nak beli handphone.
Ayah: Handphone apa?
Saya: 3100.
Ayah: Sukati kamu lah. Duit kamu.
Maka saya tahulah bahawa itu adalah keperluan dan necessity.
Contoh situasi 2:
Saya: Ayah nak beli handphone.
Ayah: Handphone apa?
Saya: 3G.
Ayah: Nak buat apa?
Saya: .....
Ayah: Kamu nak 3G dengan siapa?
Saya: ....
Ayah: Sukati kamu lah. Duit kamu.
Maka saya tahulah bahawa itu adalah kemahuan dan luxury.
So, let's spend wisely!
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
[25:67]
ps: saya taktau ini sindrom apa. macam sindrom sakitrumah pun ada.
dah jangan tanya kenapa saya malas pergi shopping!
No comments:
Post a Comment