Wednesday, January 26, 2011

Kembara Pencarian Diteruskan

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah. Nikmat yang diterima tak pernah putus.
Hanya milikNya lah segala nikmat dunia yang sementara ni.

Perhentian seterusnya, buat mencari bekalan:




ANDALUSIA
InshaAllah

The Spain Gateway.
Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah disusahkan.
Berikanlah kepada kami pengakhiran yang baik.


Clogged soul is more deleterious to long term health than clogged arteries.

ps: Semoga Allah memberkati perjalanan kami dan kita :)

Friday, January 21, 2011

(P+A)^2 =PutusAsa

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Salji masih gembira menari-nari turun dari langit.
Suci.
Ada flake besar, ada flake kecil.
Buatkan yg melihatnya tersenyum mengagumi kebesaran ciptaan-Nya.

Snow yg turun terasa macam cermin.
Setiap kali berjalan dalam snow, secara automatik me-reflect diri sendiri.
Berintrospeksi.
Macam ada sejenis kedamaian yg snow tu bawa turun sama.
Entahlah.

Rata-rata pelajar perempuan Malaysia kat sini dah tau, kalau pergi masjid mesti selalu nampak baby, kanak2 berlari riang, bermain, bergelak-tawa, menangis, merengek dan menjerit.
Terasa lively pulak bila ramai kanak2 macam tu.
Muka-muka suci dan comel yg parents bawa bila nak solat sentiasa mendamaikan mata yg melihat.
Membuatkan semua yg memandangnya tak henti2 memuji kebesaran Penciptanya.

Macam2 yg blh dimain.
Apa yg seronok sangat entahlah. Daya imaginasi terlebih.
Ada yg memang dah kenal, mungkin sebab selalu berjumpa di masjid.
Ada baru nak belajar2 kenal.
Ada yg tak kenal pun, tp ramahnya terlebih.
Sampaikan org yg baru masuk, walaupun tak kenal langsung, dihulurnya sepotong carrot.
Ye, carrot. Pelik. Tp tu la dia snack kanak2 ni.
Sayur-sayuran. Kagum sekejap.

Dah menjadi kebiasaan kat sini, bila org masuk je masjid, terus tunaikan solat sunat 2 rakaat.
Tahiyyatul masjid, mungkin.
Bila orang tgh solat, kalau tak ditenungnya org yg sedang solat, mesti kanak2 tu akan ikut.
Ikut je apa orang buat.
Kalau salah, kawan sebelah tegur.
Solat sambil tersenyum.
Dan yg melihat dari jauh turut tersenyum.
Sangat lain suasana jika nak dibandingkan dengan masjid2 di kampung halaman (kampung laa sgt -_-").

Melihat kanak2 ni bermain, jatuh, bangun, membuat saya terfikir.
Kenapa eh, kanak2 ni semangat dia lain?
Curiosity dia lain?
Kalau ikut kata cikgu Philosophy, kanak2 ni bukanlah sekadar "young adults", tp mereka adalah entiti yg berbeza.
Perlukan cara dan pendekatan berbeza.
Dia nak buat apa, dia buat je.
Tanpa rasa takut, diskriminasi, putus asa, bla3.

Bila baca tafsir surah al-Balad dalam Fi Zilalil Qur'an tulisan Syed Qutb, diceritakan macam mana kesusahan demi kesusahan seseorang tu lalui dalam hidup dia, bermulalah dari saat dia menjadi zygote.
Nak kena cari tempat implant betul2 lalu fallopian tube tu. Jauh tu, kalau nak bandingkan ratio saiz dan jarak.
Lepas tu bla3.
Bila lahir, nak lahir tu sendiri dah satu kesusahan.
Bertukar dari comfort zone ke dunia yg penuh tipu muslihat.
Ok. Ini ayat terlalu emo.
Bertukar dari comfort zone ke dunia yg penuh dengan warna-warni, tiada lagi perlindungan melainkan perlindungan Allah semata2.
Daripada tak perlu bernafas, kena bernafas.
Daripada tak perlu melihat, kena tengok cahaya lampu hospital yg gila silau tu.
Daripada tak perlu kunyah, kena kunyah bila nak makan. Tapi lambat sikit aa.
Kena rasa sakit tumbuh gigi lagi.
Kena belajar golek2 lagi.
Merangkak lagi.
Belajar bercakap lagi.
Kena belajar berjalan lagi.
Setiap kali langkah, jatuh. Ingat tak sakit ke jatuh?
Frustration setiap kali cakap kat orang, orang tak faham2 apa dia nak.
Apa lagi boleh buat, nangis la. Itu pun org still tak faham.
Tapi perkataan give up tu tak pernah sekali menjengah hati.
Bila dah besar sikit, kena belajar membaca, menulis.
Semuanya demi survival.

Kalaulah masa kita kecik2 dulu, jalan sikit jatuh, kita give up, agak2 sekarang ni, mampu ke kita berjalan2 pergi Poland ni?
Kalaulah masa kita kecik2 kita give up bila tak reti2 nak baca tulis, agak2 sekarang ni, mampu ke tulis and baca blog minimalis picisan ni? (Sila jangan tanya apa maksud perkataan tu)
Kalaulah masa kita first time buka laptop ni, kita give up bila tak reti2 nak bukak Internet Explorer (jangan tipu, masa tu takde lagi chrome, tak famous lg firefox), agak2 sekarang ni banyak tak masa kita terbuang dengan me-lagha membaca buku Facebook? Oops.
Disebabkan ke-tidak-give-up-an kita tu, lama2 semuanya jadi senang. Sesenang bernafas menyedut udara free yg tak pernah kita hargai ni.

Tapi kenapa bila dah menginjak dewasa, dah menjadi pemuda harapan agama bangsa negara, dah pandai melawan cakap ibu ayah yg menyuapkan kita nasi masa kita kecik2 dulu, cepat pulak kita give up?
Asal jatuh sikit, give up.
Kadang2 tu, belum jatuh lagi, baru goyang2, acah2 nak jatuh je, dah give up.
Atau lagi teruk, belum cuba pun dah give up.

Sebab kita bukan lagi kanak2?
Sebab kita tak lagi mempunyai hati yg suci?
Sebab dah belajar rasa takut?
Sebab kita dah pandai mendiskriminasi?
Sebab kita dah pandai jadi judgemental?
Sebab kita dah pandai sikit2 menghukum orang?
Sebab kita dah pandai (pseudo) sgt, kita dengan senang2 kata itu haram, ini haram?
Ok. Point akhir takde kaitan.

Carilah apa2 alasan sekali pun untuk justify kelebihan yg ada pada diri kita tu (ie giving up).
Tu lah dia antara kelebihan dan kepandaian kita, selain malas dan kuat mengeluh.
Teruskan beralasan, kerana in the end, it comes back to us.
Kita yg memberi, kita yg merasa.


Kanak2 juga mampu menjadi guru kita :)

Children find everything in nothing; men find nothing in everything.
~Giacomo Leopardi



ps: Emosi kotak2 kembali menganggu daya fikir. Oh!

Wednesday, January 19, 2011

dua kuasa lima

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Iman apa cerita? Masih sihat? Segar bugar?
Jantung apa cerita? Masih berdegup?
Normal? Atau bradycardia?
Atau tachycardia?
Macam degupan jantung saya yg tengah sangat-laju-sampai-rasa-nak-muntah-ibarat-orang-nak-pergi-dating-for-the-first-time? Oh.
Saya dah tak tau apa saya mengarut. Ini semua salah encik kopi.

Hikayat 1:
Macam biasa dengar je ayat ni.
Tapi tak kisah, nak cakap jugak.
Percayalah, segaris senyuman yang kita pamerkan di wajah, mampu mengubah hari seseorang.
Ok. Macam over. Dalam hati ada taman
Tapi betul lah. Dengan izin Allah.
Itulah dia kuasa senyuman. Bukan kuasa perut

Teringat ayat lagu ni, lagu ni macam mengarut pun ada.
Tapi dalam mengarut2 dia, ada juga mesej yg dpt disampaikan. At least bg saya.
Abaikan part lain.

Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali.
Kalau kita senyum, semua orang berjangkit.
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.
Senyum.
Tak perlu kata apa2.
Senyum.

Kenapa tiba2 saya cakap pasal senyum?
Sebab lately, sy rasa otak sy mcm berselirat dgn wayar yg entah-apa-apa.
Muka berkerut, nak senyum macam kena pakai engine berkuasa tinggi 2.5 turbo.
Tapi yg bestnya, orang2 kat kawasan perumahan sy sgt suka menghadiahkan senyuman pd saya.
Walaupun rumah saya terletak di desa indah permai pinggiran bandar, penduduknya tak pandang kami pelik2 macamlah kami ni alien berwarna biru.
Tak macam kat tengah2 bandar Warsaw metropolitan, robot-politan, bla3.
Pandang orang macam laa orang ada 13 kaki.
Oh! Emo.

“Janganlah sekah-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu.” [HR. Muslim]


Hikayat 2:
Saya malas nak cerita, tapi taktau kenapa jari saya sangat pantas menaip, melanggar arahan drpd akal dan hati sy.
Masa dalam kelas Polish, guru kesayangan menyangkan sebuah video.
Video yang bakal ditayangkan di tak-tau-kat-mana bersempena ulang tahun ke 100 makcik Marie Curie mendapat Nobel Prize keduanya.
Serius ni. Bukan main2.
Siapa Marie Curie?
Kenapa Marie Curie?
Apa kaitan Marie Curie dengan kelas Polish kami?
Apasal kami dapat tgk tayangan tu in advance?
Ini tidak adil!
Ok. Jangan tanya banyak2. Saya malas jawab.
Baca sendiri kat sini. Membaca amalan mulia.
See. Dah cakap dah. Orang Poland ni pandai2.

Anyway. Nak ceritanya.
Dalam video tu, ada tujuk gambar report card dia masa kat uni.
Mak aih. Berderet 5 dari atas sampai bawah.
Saya pun confused. Ni manusia ke ribut katrina?
Nampak gayanya cuti kali ni kena bercinta dengan buku physio-lah.
22 chapters ye kawan2, next credit.
Hehehe. Padan muka.


Hikayat 3:
Dah 2 minggu saya keluar rumah tak pakai glove.
Tak sejuk. Pelik kan?
Tak sejuk?
Poland?
Kemuncak bulan 1?
Biar benar?
Maka kami pun bergembira, spring arrives early.
Hujan je. Snow semua dah cair.

Tiba2.
Bangun pagi, selak langsir.
Subhanallah.
Dah putih! Nampaknya kami masih dalam musim winter.
Oh.
Takpe. Awan tu pun nak ikut sunatullah dia juga.
Pun begitu, kami masih menunggu kedatangan spring :)



Spread love, even just by saying "Salam".


Aku tak ada duit, jadi kena murah dengan senyuman.
- Mohd Jayzuan

ps: jangan tanya kenapa post saya kali ni berbaur pelik. Selamat bercuti!

Sunday, January 09, 2011

Pre-exam traumatic syndrome 2

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ya, semua pun busy nak exam. Tahu.
Tp dalam busy2 jgn sampai lupa benda2 yg lagi penting.
Jangan kita cari alasan untuk beralasan di hadapan Allah kelak.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
Minggu ni, Warsaw mengalami kenaikan temperature.
Entah kenapa. Tiba2 hujan, maka snow jadi ice.
Snow cair. Ice cair.
Wahh. Spring is here early!
Seronok study sambil buka tingkap. Nyaman.

Masa saya kecik, ok tukar.
Masa saya kanak2 lagi, ayah saya selalu pesan.
And i mean it, selalu.
Kalau nak berbelanja, fikir dulu.
Keperluan ke kemahuan?
Necessity ke luxury?
Maka setiap kali saya ke mall, akan berlakulah battle field dalam kepala saya.
Perlu vs mahu.

Sehinggalah saya besar, ok tukar
Sehinggalah saya dah agak grown up, saya masih berpegang pd prinsip ni bila nak berbelanja.
Kiranya kalau nak beli baju, saya akan mula fikir, ada berapa banyak baju kat rumah tu?
Muat lagi ke almari tu?
Kalau beli baju ni, berapa kali saya akan boleh pakai dalam masa setahun?
Berapa lama baju ni akan bertahan?
Blablabla.
Hingga akhirnya saya terfikir, ok, saya tak perlukan baju baru. Dan saya pun berlalu.
Atau akhirnya saya terus ambik baju tu dan pergi ke kaunter.

Dari dulu jugak, ayah selalu cakap "ayah tak mampu bagi kamu luxury, tp ayah blh bagi kamu education. So dgn education tu, kamu carilah luxury kamu sendiri."
Maka dilatihlah kami kalau nak sesuatu, you have to work for it. Sebab easy come, easy go katanya.
Dan bila nak exam, ayah akan selalu cakap yang ayah tak kan bagi hadiah apa2 kalau dapat result gempak macam mana sekali pun, sebab tak nak kami belajar untuk dapat hadiah.
Katanya.
Tapi bila dapat result bagus, ayah tetap akan bagi hadiah.
Ok. Dah lari topic. U-turn balik.

Contoh situasi 1:
Saya: Ayah, nak beli handphone.
Ayah: Handphone apa?
Saya: 3100.
Ayah: Sukati kamu lah. Duit kamu.

Maka saya tahulah bahawa itu adalah keperluan dan necessity.

Contoh situasi 2:
Saya: Ayah nak beli handphone.
Ayah: Handphone apa?
Saya: 3G.
Ayah: Nak buat apa?
Saya: .....
Ayah: Kamu nak 3G dengan siapa?
Saya: ....
Ayah: Sukati kamu lah. Duit kamu.

Maka saya tahulah bahawa itu adalah kemahuan dan luxury.

So, let's spend wisely!



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
[25:67]

ps: saya taktau ini sindrom apa. macam sindrom sakitrumah pun ada.
dah jangan tanya kenapa saya malas pergi shopping!

Sunday, January 02, 2011

selamat-lah tahun baru yg memang selamat.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

This is totally awesome!
Kalau blm pernah baca, silalah baca.
Selalu sangat, yg keluar dari mulut kita, complaint, mengeluh, complaint, mengeluh, bla3.
Itu tak kena, ini tak kena, itu tak cukup, ini tak cukup.
Cuba buka mata sket, tgk sekeliling.
Tengok pakcik kat bus stop tu, apa dia buat?
Takde rumah tu, tidur tepi jalan sejuk2 ni.
Rumah kita, sikit punya warm dengan heater pasang no 5.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yg engkau dustakan?

Bila sebut tahun baru, apa kita fikir?
Azam baru.
Lagi?
Angka baru pada umur.
Lagi?
Party.
Lagi?
Bunga api.
Lagi?
Konsert.
Lagi?
Eh macam2 la.

Kalau kat Poland ni, memang jadi norm, 2-3 days prior to new year's eve, kedai2 akan jual minuman beralkohol dengan secara intensive dan murahnya bagai durian runtuh.
Sebab apa?
New year's eve party tak lengkap lah kalau takde alcohol, lagu auld lang syne yang dipasang kuat2, bunga api dan mercun, jeritan-jeritan bla3.
Hah, mimpi laa kalau new year's eve tu nak tidur awal.
Melainkan anda memang heavy sleeper yang tidur tak ingat dunia.

2-3 jam sebelum countdown, sy masih berada di luar rumah.
Sila jangan tanya kenapa.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.
Ramai je orang mabuk jalan sana sini.
Tp tak sorg pun kacau. Buat dek je.
Yg penting, nak jalan malam2 ni, eh silap.
1st of all, jgn jalan malam.
Tp kalau keadaan mendesak lg didesak, maka bersiap sedialah.
Mata sentiasa alert, buat2 macam tak tgk org, tp sebenarnya anda tgh sgt alert dgn keadaan sekeliling.
Otak jgn jam-kan dgn lagu2 lagha-tahpape, mahupun dgn memikirkan nak mkn apa balik nnt.
Otak tu, akal tu, guna utk fikir as much escape route as possible.
Paling penting, berdoa dan letaklah segala pengharapan pd Dia.
Sebab takde satu pun mudharat yg mampu menimpa kita melainkan dgn izin-Nya.
Itu tips yg sy dpt dan amalkan ntah dah brp lama, and I find it very useful.

Ok. Sambung cerita.
Bila dah naik bus, as usual, kena stare.
Sy tak fhm knp Poles suka sgt stare orang.
Tp fikir lantak pi laa. Buat2 tak perasan.
Then ada sorg lelaki ni, duduk bahagian depan bus, sorang2.
Jaket macam kotor kena cat.
Aikk, kerja mengecat ke malam2 new year ni??
Sampai 1 stop tu, dia turun.
Masa tu, tergamam sekejap.
Astaghfirullah.
Baru sy perasan. Rupanya kotoran tu adalah....


*


*

*

*

*

*

BLOOD!

Ookaayy.
Jap2. Pause.
Rewind.
Stop.
Blood?
Blood?
Blood?
Ya. Blood. RBC. Erythrocyte. Plus plasma, WBC, bla3.
Belum pape lg dah pecah kepala?
Banyak sgt darah yg keluar dari kepala dia, tembus snowcap, penuh muka, jacket semua.
Jalan sorg2, mmg dah tak stabil. Tp sempat lg naik bus tu.
Pg hospital, kurang2 5,6 jahitan kena tu.

Dalam hati, mmg sy bersyukur sy tak pg duduk sebelah dia, depan dia mahupun belakang dia.
Boleh jd dia mabuk, blh jd dia tak waras.
Macam2.
Mulalah sy terfikir.
Ini ke kebahagiaan yg mereka cari?
Ini ke bukti kebebasan hak asasi yg mereka?
Ini ke kebebasan yg mereka nak?
Ini ke yg dimaksudkan dengan kemajuan?

Kalau pd neraca ini lah dikatakan kebahagiaan,
kalau pd neraca ini lah dikatakan kebebasan hak asasi,
kalau pd neraca ini lah dikatakan kebebasan,
kalau pd neraca ini lah dikatakan maju,
maka sy lebih rela tak bahagia, tak mendapat hak asasi, terkongkong, tidak bebas dan sungguh mmg lbh sy rela untuk jd kolot dan tak maju2.

Sampai je di rumah, area rumah sy memang sgt bising.
Semua rumah kalau blh nak pasang woofer, subwoofer, speaker sekuat mungkin.
Nasib tak pecah cermin tingkap segala.
Nampak ada sorg makcik, keluar balcony, pakai pj's, usha atas bwh.
Bising sgt, tak dpt tidur agaknya.
Kesian.
Nak tknak mmg kena live with it.

Tepat 12 malam, mulalah dengan gedebom sana sini.
Mungkin mcm tahanan perang, sy taktau.
Tengok luar tingkap rumah, ramai lah mereka2 yg sedang menjerit, bersuka ria, dengan botol dn tin di tangan (faham2 sendiri), pasang bunga api, mercun dan yg paling tak blh blah, couples tgh buat x-rated action.
Maka teruslah kami menundukkan pandangan, mengucap istgihfar dan terus berlalu.
Membiarkan mereka dgn keseronokan dunia mereka.
Semoga Allah lembutkan hati2 mereka dan kita. Amiin.

Kalau detik 12malam 1 Jan 2010 sy sambut dengan menghadap laptop, update blog,
detik 12 malam 1 Jan 2011 sy sambut dengan makan nasi lauk ayam masak merah. Ho yeah!

Selamat 2011.




Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati jadi tenteram.

ps: Ni kat Europe, so macam no surprise laa kan. Kat Malaysia mcm mana?
Eh sama je.
Aa. Surprised tak?
Tak pun. Dah jd norm.
Oh masih ada jahiliyyah dalam diri kita2. Introspeksi iman.