Thursday, December 29, 2011

100. Terima kasih


Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah masih diizinkan untuk bangun dan terus mengucap syukur.
Alhamdulillah masih diizinkan untuk menyentuh dahi  ke lantai, tanda cinta kepadaNya.
Alhamdulillah diberi winter break sangaaaattt refreshing (walaupun tanpa snow ^^)
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Bukan sedikit perjalanan yang ditempuh break kali ini.
Berbagai. Alhamdulillah.
Dan trip kali ini merupakan antara trip yang paling refreshing buat saya.
Sungguh. Sungguh refreshing. Alhamdulillah.
Semoga cukup bekalan yang saya kutip kali ini.
Gelas yang kosong pun sudah terisi. Dan bersedia untuk dikosongkan semula ^^

Penghargaan buat mereka-mereka di France yang telah menerima kami sebagai tetamu kehormat dengan baik sekali. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Ok. Ayat cliche. Tapi tak kira. Nak cakap juga.
Doa kami agar kita berjumpa semula di jannah, saling berhadap di atas dipan-dipan, bersembang dan bercerita, tanpa dibatasi waktu, tanpa dibatasi kepenatan hidup manusia di dunia.
Oh. Memang berat rasa kaki yang melangkah meninggalkan bumi France yang aman damai bahagia gembira, kembali ke alam sibuk, busy berbagai kerja dan tanggungjawab.
"Lambat-laun kena balik ke dunia realiti juga". Oh.

Dan kini, saat saya menaip, saya rasa begitu rindu sekali pada sahabat-sahabat dan kawan-kawan saya.
Rasa bagaikan ingin sahaja saya memberi sebuah pelukan jika mereka berada di depan mata. Sungguh.
Rindu pada mereka yang jauh. Rindu pada mereka yang dekat.
Nikmatnya jika berukhuwwah kerana Dia, bertambah-tambah rasa rindu


Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa
[43:67]

ps: Ok. Jiwang. Biarlah!
ps2: Mari saling mendoakan (^^)v

Sunday, December 18, 2011

Je ne parle pas français

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Setelah marathon mengejar 3 flight, Alhamdulillah, kami selamat tiba di bumi France.
Selepas naik flight yang macam 'wow' dan juga yang macam 'oww', kami diizinkan menikmati keindahan alam tepi laut *ehem* yang, Subhanallah, keindahannya tak mampu diterjemah dengan kata-kata mahu pun dengan gambar. Hanya mata dan hati yang melihat dapat menikmatinya.

Amazingly enough, penerbangan kali ini, saya hanya nampak awan putih di bawah kapal terbang.
Putih yang serius putih. Putih yang macam selimut gebu comforter yang kalau dah masuk seboleh-boleh tak nak keluar.
Putih yang macam salji yang meliputi tanah di Poland pada bulan 12 tahun lepas *ehem lagi*.

Sambil tersenyum melihat lautan awan, tiba-tiba neuron otak mem-fire neurotransmitter, memaksa berfikir.
Awan tanpa tali, tanpa tiang mampu berarak di langit.
Memanglah, awan ringan.
Ok. Kapal terbang yang berat mampu mengangkat diri dia untuk terbang tinggi.
Memanglah, enjin dia pun besar.
Ok. Burung tu, tak penat ke dia kibas-kibas sayap dia nak terbang?
Memanglah,....
Ah sudah!
Langit itu sendiri, yang luasnya kita tak tahu ada penghujung atau tidak, dah ada kat atas tu sejak entah-tak-tahu-bila dan akan terus ada sampai entah-tak-tahu-bila juga.

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya [31:10]

Hakikatnya, kuasa Allah tak siapa mampu jangka, tak siapa mampu memahaminya.
Amazing!
Amazing.
Ama.. oops tersilap. ehem.
Subhanallah. Subhanallah.
Sungguh, pada penciptaan langit dan bumi itu ada tanda-tanda kekuasaanNya. Hanya terpulang pada kita untuk menyedarinya.

Dan setelah amazed dengan lautan awan, diizinkan pula kami menikmati keindahan sunrise.
The golden tinge around the cloud => speechless.

 Ya, saya bukan seorang photographer yang baik. Maka terimalah seadanya.
Real-life lagi cantik. No camera can be as good as the eye ^^


Kemudian, tengah teruja ambil-ambil gambar di "Taman Eksotik (lah sangat)", kami bertambah teruja melihat tornado ini:

Or do ye feel secure that He Who is in Heaven will not send against you a violent tornado (with showers of stones), so that ye shall know how (terrible) was My warning?
[67:17]

Dan rasa teruja bertukar menjadi takut-seram-sejuk apabila tornado tersebut makin besar dan mula bergerak :o
Bertambah lagi ketakutan-keseraman-kesejukan apabila kelihatan awan-awan bagaikan cuba untuk merapati bumi bagi membina tornado yang lebih besar, dan tiba-tiba petir menyambar. Allah. Allah. Allah.
Hanya Dia yang tahu perasaan dan rasa hati ketika itu.

Bersyukurlah Dia masih izinkan kita untuk beristighfar, bertaubat dan berdoa.
Bersyukurlah Dia masih izinkan kita untuk mencari redhaNya.
Bersyukurlah Dia masih izinkan hati-hati kita untuk dibuka menerima hidayahNya.
Moga kita mampu mati dalam keadaan "hati kita masih hambaNya".


Allahu ta'ala 'alam.


Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana cara kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak-retak sedikit pun?
[Qaf (50) : 6]


ps: Tiba-tiba obses langit. Syurga di mana ya? v(^^)
ps2: Jangan lupa untuk terus berdoa. Doakan agar saya mampu kuat dan teguh ya ^^

Saturday, December 17, 2011

Bebelan 2am

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Semoga post ini menemui kalian dalam keadaan tip-top lagi power wa hebat kedudukan kesihatan rohani dan jasmani.

Tiada apa yang ingin saya nukilkan (peh!) di sini pada hari ini.
Cukuplah sekadar penyataan syukur saya kepada Yang Maha Penyayang kerana masih menyayangi hambaNya yang sangat fakir ini. Alhamdulillah. <= emo.
Sudahkah kita bersyukur hari ini?

If there's one thing that i learnt today, it is doa. Dan istighfar. Ok, that's two things.
But still, it comes together.
Apa pun keadaannya, selagi mana kita beristighfar dan memohon, inshaAllah, Dia akan sediakan jalannya. Dia akan campakkan ketenangan ke dalam hati kita.

Hebatnya kuasa doa ni, tak perlu pun kita menggunakan jampi-serapah-air-jampi-pening-kepala-fikir-fikir.
Doa sahaja. Doa. Dan terus berdoa.
Sampai satu saat yang kita tak mampu lagi berdoa.
Dan jangan putus doa itu.

Minggu ini merupakan satu minggu yang sangat mencabar bagi saya.
Tidak mahu saya berkeluh-kesah alkisah minggu ini.
Saya hanya mahu beritahu bahawa...
bahawa...
bahawa...
ye! Cuti dah bermula! Oh yeah!

Ok. Tak payah nak oh yeah sangat lah kan.
Semoga anda, mereka, dia, kamu, kamu dan kamu juga saya diberi kekuatan dan kesihatan yang mantop lagi tip-top.
Akal yang cerdas minda yang matang.
Semoga semua dapat memanfaatkan cuti ini dengan baik sekali.

Destinasi seterusnya buat mencari bekalan permusafiran:

FRANCE (oh yeah!)

Moga dipermudah urusan. Moga diberi kekuatan.
Moga jumpa kepingan puzzle yang seterusnya.

Doakan perjalanan kami ye ^^

Diriwayatkan dari Abu Darda’ ra., bahwasanya ia berkata, “Apabila seorang Muslim mendo’akan saudaranya tanpa sepengetahuannya, maka pasti malaikat yang ditugaskan (kepadanya) akan mengucapkan, “Engkaupun akan mendapatkan yang semisalnya”. (HR. Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga do’a mustajab yang tidak diragukan lagi, yaitu do’a orang yang teraniaya, do’a musafir, dan do,a orang tua untuk anaknya” (HR. Tirmidzi, dll. Dinilai hasan oleh al-Albani) 

Tuesday, December 13, 2011

Hadiah 6

Salam wbt. Salam buat semua.

Moga hari ini lebih super dari hari semalam, malah bertingkat-tingkat peningkatan amal kita ^^


Hari-hari menghadap bayi-bayi comel, pegang-pegang, cubit-cubit, baling-baling.
Maka inilah hasilnya.




"Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya (ibu bapaku) sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"
[al-Isra' (17) : 24]

ps: Ohhh Encik Sindrom Sakit-Rumah, main jauh-jauh. Saya ada exam ni. Sobs. TT_TT

Sunday, December 11, 2011

Hadiah 5

Salam wbt. Salam buat semua.



Don't forget to put on a smile, no matter how hard it gets, no matter how many exams you have next week. v(^^)

Jangan kamu memandang rendah pada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis.
[HR Muslim]

ps: Tiba-tiba rasa Danbo ni macam baby, sebab tangan dia pendek -__-"
ps2: Alhamdulillah, kesihatan yang Allah uji dah Allah pinjamkan kembali. Jzkk pada kalian yang mendoakan. Doakan lagi ya :)
"dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku" [26:80]
ps3: Paediatrics memang oh-sem! ^^

Tuesday, November 29, 2011

Hadiah 4


Digital kini semuanya digital belaka.
Dari "syurga" ke "neraka" dimuat turun ke dalam komputer ribanya.  :o
TT__TT
*tekan delete button sekarang juga*

Sunday, November 27, 2011

Oh, oh dan oh lagi

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hujung minggu dah berada di penghujung.
Refleksi kembali, apa yang dah kita lakukan sepanjang minggu.
Moga diterima amal kita, moga diampuni kesalahan kita.
Dam semoga tahun 1433 ini, lebih baik daripada 1422 :)

Weekend ni, saya kira satu weekend yang menarik buat saya.
Saya ni, mungkin bolehlah dikategorikan dalam kategori manusia-manusia kurang rajin (i'm trying to be positive here).
Tapi weekend ni saya cuba merajinkan diri saya untuk ke Rumah Penuh yang sentiasa penuh dengan makanan masakan Malaysia itu. Dan memang pehh!, masuk-masuk je semerbak bau pisang goreng.
Lalu saya pun melepak dengan agak lamanya disana. Hehe.
Saya pun tak tahu punca kerajinan saya adalah kerana ingin melarikan diri dari sesuatu, kerana rindukan environment begitu atau semata-mata kerana mendapat aura pisang goreng. Oh!

Dan indahnya takdir garisanNya, Dia tetapkan di Rumah Penuh ada dua orang revert bersama anak-anak mereka.
Menariknya, bila kami berdiri untuk solat berjemaah, kanak-kanak itu, lingkungan usia 2-3 tahun, turut berdiri sama dan begitu teruja melihat sejadah kecil yang dia kira dibentang khas untuknya. Apa-apa je lah, dik.
Dan dia mulakan takbir <== perasan dia yang imam.

Lazimnya, lepas solat, kita akan bersalaman dan meminta maaf. Benar?
Maka, selepas beri salam, kami pun bersalaman.
Tapi, menariknya lagi, mak kepada kanak-kanak comel-hyperactive tadi terus peluk kami.
Dan dia ucap "Alhamdulillah".
Saya terdiam. Kaget (hehe :P).
Ok. Tak lah frozen sangat, tapi sepatah kata yang dia ucapkan membuat jantung saya bagai ingin berhenti berdegup (pehh!).

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa tak pernah terfikir oleh minda-dalam-kotak ini, untuk ucapkan syukur setiap usai solat?
Kenapa tak pernah terdetik dalam hati yang konon-kononnya tulus ikhlas mencintai Dia, untuk ucapkan syukur seikhlas hati setiap usai solat?
Bermasalah lagi hati dan iman ini. Oh!

Nampaknya benarlah, lagi susah kita nak dapatkan sesuatu itu, lagi tinggilah tahap apresiasi kita terhadapnya.
Ya. Kita dilahirkan muslim. Tak perlu cari.
Lahir-lahir, pada nama pun dah tahu muslim.
Tapi mereka? Kesusahan yang mereka alami membuatkan mereka bersungguh mensyukuri iman ini.
Kepayahan yang harus mereka tempuh membuatkan mereka bersungguh menanam rasa cinta itu.
Betapa bersyukurnya mereka masih diberi peluang sekali lagi untuk solat, untuk sujud, untuk berdoa.
Betapa kita take it for granted.
Oh! Sungguh memalukan.
Malulah kita pada diri kita!
Malulah kita pada mereka!
Malulah kita pada Dia, yang masih terus mengilhamkan kita kearah kebaikan.
Oh! oTL


dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur
[16 : 78]

ps: Esok kami exam lagi. Dan lusa juga. Oh! Ini rupanya dunia. Rabbi yassir wala tu'assir, wa atmim bi khair.
ps2: ya Muqallibul qulub, tsabit qulubana 'ala deenik v(^^)

Friday, November 25, 2011

Hadiah 3

Salam wbt. Salam buat semua.

(Err. Post ini bukan untuk dibaca oleh katak-katak-dibawah-tempurung-easily-offended-berpemikiran-dalam-kotak. Aman ^^)


Sedutan exam hari ini

Cikgu 1: *pandang pelajar yang jaraknya hampir 1km jauh (hiperbola)*
Pelajar: *senyum-sengih-gaya-kambing*
Cikgu 1: *senyum* Ok. Question for you.
Pelajar: *senyum-sengih-gaya-kambing*
Cikgu 1: *senyum lagi. geleng-geleng kepala* What is.....?
Pelajar: *senyum-sengih-gaya-kambing. pause. buat muka blur-pelik*
Cikgu 1: *gelak* Ok. This is the question for you. What is bla3?
Pelajar: Blablablablabla.
Cikgu 1: Ok. Kalau inflammation of inguinal lymph node maknanya apa?
Pelajar: Urinary tract infection
Cikgu 2: Ok. Infection. Lagi?
Pelajar: Err. Err. Viral infection? (lame gila -__-")
Cikgu 2: Infection. Ok. Lain?
Pelajar: Err. Err. *apa benda yang ada kaitan dengan lymph node ni? apa? apaaaa?*
Cikgu 1 dan 2: *pandang dengan muka ehemcomelehem*
Pelajar: *cuba ingat balik gambar kat slide presentation hari tu. aha! muka excited* Cancer. Prostate cancer.
Cikgu 2: Ok. Prostate cancer. But in man or in woman?
Pelajar: -__-"
Dan satu kelas gelak.
Oh cikgu. Janganlah buli kami lagi semester depan ya. v(^^)



Sampai bila dibelenggu? Kita semua perlu bebas.

ps: Tiba-tiba saya perasan, lately asyik je saya bercerita kisah medic. Medical-student-with-lots-of-exams syndrome much?

Thursday, November 24, 2011

Itu dan ini

Salam wbt. Salam buat semua.

Dengan kepala menghadap skrin, sila gerakkan mata anda ke kanan.
Kemudian ke kiri. Kemudian ke atas. Dan akhir sekali ke bawah.

Dengan mata tertumpu pada perkataan ini, gerakkan kepala pula ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri.
Apa anda rasa? Seronok bukan!
Siapa rasa seronok, dia forever alone.
Ok tak.   :):   <==bipolar disoder. *abaikan*
Sudah bersyukurkah kita masih diberi nikmat untuk menggerakkan mata dan kepala tanpa perlu mengaduh kesakitan?
Sudah beristighfarkah kita atas keluhan-keluhan kecil mahupun besar yang sering kali terbit dari mulut-mulut kita?
Mari kita ambil masa beberapa minit untuk berintrospeksi.

Kadang-kadang kita suka mengeluh, mencari-cari kesalahan orang yang akhirnya membuat kita sendiri tak puas hati, lalu meningkatlah suhu bertingkat-tingkat, lalu meletup.
Kadang-kadang dalam mencari-cari kesalahan, kita terlupa, boleh jadi silap dan salah tu datang dari diri kita sendiri.
Lalu kita dengan seronok senang hatinya menyalahkan orang lain agar diri kita terselamat daripada rasa bersalah.
Mari kita tanya hati kita bila kita buat macam tu, "Hai cik hati, tenangkah kau bila aku buat sekian-sekian?".
Kalau jawab cik hati, "Tak, malah aku berduka cita" (pehh!), maka tanyalah pula mengapa.
Kadang kita lupa ketenangan hati itu datang dengan mengingati Allah.
Kadang kita lupa ketenangan hati itu datang dengan memberi erti pada syukur.

Orang selalu kata, bersyukurlah atas segala nikmat yang diberi.
Sedarkah kita, yang sebenarnya bukan hanya nikmat yang perlu disyukuri, tapi juga perasaan rasa ingin bersyukur itu juga perlu disyukuri. Ok lah, in a way, perasaan rasa ingin bersyukur itu juga nikmat. Ilham.

Macam mana kalau ditakdirkan, kita ditarik-balik nikmat perasaan rasa ingin bersyukur tu?
Apa akan jadi pada hati kita?

Anda masih ingat kisah alveolus kecil?
Jika alveolus kecil senang collapse, bagaimana pula dengan alveolus besar?
Ok, besar bagus, tapi jika terlalu besar?
Anda pernah dengar pulmonary emphysema?
Bukanlah alveolus tu membesar sampai menyebabkan berlakunya emphysema.
Tapi emphysema berlaku disebabkan adanya bahan-bahan yang "memakan" dinding-dinding alveolus, lalu bergabunglah beberapa biji (?) alveoli, dan jadilah alveolus itu besar.

Jadi apa masalahnya alveolus besar? Kan susah sikit nak collapse.
Bila berlaku emphysema, maka makin berkuranglah ruang-ruang (baca: surface area) untuk berlakunya pertukaran gas.
Maknanya, susahlah oksigen nak masuk ke darah, karbon dioksida keluar.
Yang lebih susah adalah untuk carbon dioxide keluar, maka susah untuk bernafas keluar, jadilah COPD.
Selepas COPD, proses-itu-proses-ini, pulmonary hypertension, proses-itu-proses-ini, passive liver congestion, bla3.
Pokoknya, penyakit yang banyak.
Tak puas hati juga dengan explanation, sila tanya sendiri pada Encik Google, atau tonton video ini.
Apa leading cause dia? *ehem-cigarette-ehem*

Maka apa kaitannya dengan kisah syukur kita?
Err. Ok.
Kata orang, too much of "good thing" is bad.
Sama macam kes emphysema. Sama macam kes syukur kita.
Kita terus-terusan disumbat dengan nikmat, dengan pujian. Which are "good things".
Sampai kita terlupa nak bersyukur.
Dan nikmat-nikmat serta kipasan-kipasan yang kita terlupa untuk syukurkan tu, makin lama makin menghakis dinding iman kita, menghakis sensitiviti hati dan pandangan kita, jadilah kita hamba yang tak-tahu-bersyukur-lagi-riak-sombong-dan-takabbur. Sama rosaknya hati dan iman kita seperti rosaknya alveoli akibat emphysema tadi. Oh!

But the good news is, it's treatable. Yeay!
The bad news is, the treatment causes pain. A lot of pain. And backflips and somersaults too.
Sila berjumpa dengan doktor-doktor dan para pengamal perubatan rohani dan jasmani anda.

Ahh. Cakap banyak tapi tak amalkan pun tak guna.
Maka kakak-abang-adik-makcik-pakcik-saudari-saudara para pembaca yang budiman, marilah sama-sama kita berdoa agar kita dapat bersyukur, lalu memberi erti pada rasa syukur, dan seterusnya mengecap ketenangan hati. *muka kagum + berharap*

Ok. Cukup-cukup membebel/mengarut. Esok ada exam.
Doakan kami ye ^^

Selamat baca surah Kahf :)

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan
- alveolus kecil vs alveolus besar - 

ps: Kata cikgu,  biasanya profession doc ni dipandang tinggi dalam masyarakat. Mungkin sama tinggi dengan para "rahib"  (:o) Moga terselamatlah kami kita saya dan anda daripada fitnah dunia.
ps2: Doakan saya cepat-cepat sembuh ya v(^^)

Saturday, November 19, 2011

Encik M pula

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Berehat. Istirahat. Lepak. Chill.
Uishh. Seronoknya bermalas-malasan.
"Nikmat"nya tidur lama-lama.
Kata adik saya, kalau malas-malas tak payah hidup. Erk! TT_TT

Semoga kita sentiasa diilhamkan untuk terus bertaubat dan bersyukur.
Astaghfirullah. Alhamdulillah. Tsummalhamdulillah.

Minggu ni merupakan minggu yang sangat pack buat kami.
Kelas pagi sampai malam.
Pagi sampai malam.
Pagi sampai malam.
Tiba-tiba rasa macam dah jadi robot. Oh!
Tapi macam yang saya katakan, tsummalhamdulillah, diizinkan juga kita rasa nikmat sibuk.
Baru kurang sikit bakteria-bakteria M yang sentiasa nak menyerang.

Banyak sebenarnya bakteria dalam badan kita. Setiap daripada kita.
Lebih banyak daripada sel-sel badan sendiri.
Sampaikan cikgu pun kata "there's more bacteria in you, than you in you".
Dan bakteria yang paling saya concern buat masa ini ialah bakteria M, lebih concern daripada Helicobacter "helikopter" pylori. Serius bentuk dia macam helikopter.
Banyak bakteria yang ada pada kita adalah hero yang membantu kita melawan bakteria-bakteria jahat.
Tanpa belas kasihan dia meng-invade kawasan-kawasan dalam badan kita untuk mengelak daripada di-invade oleh bakteria-bakteria jahat.
Ok. Kira baiklah tu. Baik tanpa belas kasihan.

Banyak daripada bakteria-bakteria ini juga merupakan bakteria pengambil kesempatan (baca: opportunistic bacteria).
Apakah? Kenapakah bakteria-bakteria ini dipanggil sedemikian rupa? Whyyyyyy???
Kerana memang sememangnya bakteria ini suka sangat mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Maknanya...?
Maknanya, bila tuan punya badan mengalami fasa kompromi imuniti. Ok macam tak kena term tu. Sungguh saya tak tahu macam mana nak bercakap dengan pt bila pulang ke tanah air tercinta nanti. Oh!
Bila tuan punya badan sedang immunocompromised (imuniti berkurang), bakteria-bakteria ini akan mula menyerang dan menjadikan tuan punya badan mula rasa tak sedap badan, suhu meningkat bertingkat-tingkat, atau kata nama lainnya, sakit.

Macam mana imuniti boleh berkurang? Kerana kurang makan lemak kah? Tak boleh diet-lah macam tu.
Sabar, sabar. Jangan gagalkan skim pemakanan sihat saya sekali lagi.
Biasanya imuniti berkurang kerana penyakit-penyakit yang menyerang sistem imuniti (contoh: serangan virus HIV), memakan ubat yang tujuannya memang untuk mengurangkan imuniti (contoh: bila nak transplant), dan juga faktor umur (contoh: bayi).

Bila sistem imuniti kita tidak dapat berkawal dengan baik, maka beraya sakanlah bakteria-bakteria tersebut sambil main mercun dan bunga api.
Sebab bila sistem imuniti kita berkawal dengan baik, tak dapatlah bakteria-bakteria ni nak main mercun. Maka disimpan, dipendam keinginan main mercun tu.
Macam kita masa kecik-kecik dulu, bila mak ayah ada dirumah, pehh memang terbaik sopan santunnya.
Bila mak ayah keluar, kita pun "horayy!", dan apa yang berlaku seterusnya adalah terpulang pada imaginasi anda.

Kembali pada cerita bakteria M.
Bila sistem imuniti kita berkurang, dia dengan bersuka ria gembiranya menyerang diri kita.
Siapakah encik bakteria M ini yang sungguh pandai mengambil kesempatan?
Itulah dia, bakteria............

Makan!
Eh tak. Bakteria....

Malas!

Bila defense system (baca: iman) kita berkurang, dia dengan bersuka ria gembiranya menyerang diri kita.
Maka  menjadikan tuan punya badan mula rasa tak sedap badan, suhu meningkat bertingkat-tingkat, atau kata nama lainnya, sakit.
Sakit apa? Sakit malas.
Dan salah satu sebab seseorang itu berasa bawah adalah bukan kerana suasana, bukan kerana banyak kerja, bukan kerana kurang tempat menyalurkan energy yang banyak, tapi kerana dia MALAS.
Malas.
Malas.
MALAS.

Oh encik Malas, pergilah jauh-jauh daripada kami. Syuhhh.
Mari tingkatkan imuniti! Dapat boost vaccine seminggu sekali pun cukup baik :)

Prescription melawan bakteria M yang dikira MDR (Multi Drug Resistant) minggu ini:
Doktor kata kita harus relaks lagi tenang.
Doktor kata kira harus perlahankan pace kehidupan dan nikmati semua yang datang.
Doktor kata kita harus mulakan skim pemakanan sihat (pemakanan sihat? Apa tu? Pfftt!)
Doktor kata kita harus rajin bersenam.

Menu terbaru di Kedai Kopi yang akan menggagalkan skim pemakanan sihat anda.
Apam balik Warsaw yang pehh!
- photo courtesy of *housematesaya*

Selamat minum kopi.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan akhirat tetapi masih beristirahat
- Hadith Qudsi. Oh! TT_TT

ps: Esok ada festival makan tak ingat punya sedap. Oh! Habislah.
nota kaki: Terpulang pada daya imaginasi dan kreativiti anda untuk memahami kata-kata doktor fizikal dan spiritual itu, dan bagaimana rupa ubat yang di-prescribed. (^^)v

Saturday, November 12, 2011

Cik D dan D

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Masih mampu jari-jari ini berlari di atas keyboard dan menaip.
Masih diberi peluang.
Adakah mampu diri ini bersabar jika ditakdirkan suatu hari nanti, jari-jari ini tak lagi mampu menaip, hatta untuk bergerak sekali pun.
Alhamdulillah. Tsummalhamdulillah.

Minggu ini, saya telah melalui satu minggu yang sangat mencampur-tolak-bolak-balik-terjatuh-tergolek kan emosi saya.
Kata cikgu saya, minggu ini bermulalah kehidupan saya sebagai seorang pelajar perubatan secara rasminya. Pehh! Lambat betul.

Macam-macam ragam patient saya jumpa minggu ini.
Ada yang muda, ada yang tua, ada yang sakitnya sejak kecil, ada yang sakitnya disebabkan kerosakan yang dia sendiri buat, ada yang tak tahu kenapa dia dimasukkan ke hospital, ada yang sakit dah berpuluh-puluh tahun, ada yang sakit buat kesekian kalinya, ada yang sakitnya di-"complicate" oleh penyakit lain, ada yang sabar menerima, ada yang comply, ada yang badannya reject treatment, ada yang mental nya reject treatment, ada yang penyakitnya kalau disenarai, di ambil sejarah pesakitnya (baca: patient's history) berkajang-kajang, berjela-jela, ada yang mempunyai organ orang lain dalam badannya, ada yang menghidap sindrom sakit rumah. Err. Ok. Mungkin tu bukan dekat hospital.
Pokoknya, macam-macam.

Dan situasi begini selalunya akan menginsafkan orang yang melihat, sekali gus berazam untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Malangnya, tidak berkesan buat saya. Minggu pertama dah gagal dalam perancangan pemakanan.
Setiap kali saya diajak makan, saya akan teringat rangkap ini;
Sorong papan tarik papan, papan ditarik berjela-jela.
Suruh makan saya makan, suruh study terus terlena


Orang-orang tua kata, rezeki tak baik ditolak. Sebagai belia yang hormat pada orang tua, saya patuh.
Dan setelah itu, saya boleh rasakan kenaikan tahap kolesterol dan tekanan darah. Oh sakit kepala.
Tapi tak apa. Gagal sekali, kita cuba lagi. Gagal dua kali, kita cuba lagi. Gagal banyak kali tak bermakna gagal selama-lamanya. Kan?
Ok. Saya dah mengarut.

Keinsafan yang datang hanya sebentar buat saya terfikir. Adakah manusia hanya bersemangat apabila dia tahu bila datangnya pengakhiran itu dan bagaimana outcome sesuatu event tu?
Macam bulan Ramadhan. Rajin orang puasa. Rajin pergi ceramah. Rajin baca Qur'an. Rajin bangun malam.
Tapi lepas tu, hilang semuanya. Adakah sebab manusia tahu, Ramadhan tu sebulan je, maka semangat pun datang. Dan berlaku penurunan graf tahap melampau setelah berlalunya Ramadhan.
Adakah kalau manusia tahu, nisbah hidupnya dibumi berbanding akhirat sangatlah sedikit, dia akan bersemangat menjadi hamba? Adakah jika dia tahu bagaimana rupa pengakhiran tu, dia akan lebih bersemangat.
Adakah jika dia tahu perjuangan ni hanya sebentar, dia akan bersungguh-sungguh?

Berhadapan dengan patient yang berbagai-bagai ragam ni perlukan kesabaran tahap maksima.
Perlu juga kita raikan kepelbagaian ragam manusia ciptaan Ilahi.
Melayan patient, bagi saya tak jauh beza daripada melayan mad'u.
Mungkin bezanya pada tahap intimacy dr-pt da'ie-mad'u. Dan mungkin juga berbeza pada tahap ketahanan pt/mad'u menadah telinga mendengar bebelan. Believe me, mad'u yang comply, tahap kekebalan telinganya jauh meninggalkan pt yang comply. Bravo!

Masa tahun pertama pengajian, saya belajar tentang compliance and non-compliance patient. Dan pada masa tu, dengan pemikiran yang kurang matang, semestinya saya ignore fakta-fakta tersebut.
'Mana datang pt yang tak nak comply. Semua orang nak sihat. Kalau patient tak nak treatment, semestinyalah dia tak pergi jumpa doc kan. Teori. Abstrak.'
Fikir saya ketika itu.
Dan macam yang saya cakap, itu hanyalah pemikiran minda kurang matang. TT__TT

Ya, memang ada. Dan ini bukan rekaan semata-mata. Ini benar. Ini fakta. Ini konkrit.
Sebab apa pt reject treatment, sebab apa pt refuse makan ubat, saya masih tak dapat fikirkan sebabnya.
Kalau saya bukan seorang doc yang berwibawa pada ketika itu, harus suhu mental saya meningkat bertingkat-tingkat, akhirnya meletup.
Tetapi itu tidak berlaku. Bukan sebab saya doc yang berwibawa, bukan juga sebab itu bukan pt saya, tapi sebab saya memang belum jadi doc. Oh. Harus tingkatkan kesabaran.

Dan semestinya juga cara melayan pt yang comply berbeza dengan pt yang non-compliance.
Disini, kepantasan neuron amat diperlukan. Pentingnya sifat empathy kepada seseorang doktor. Pentingnya kesabaran kepada seseorang doktor.
Dan pentingnya manipulation skill, agar dapat memanipulasi situsai ketika itu (Ok. Bunyi macam jahat sikit. Macam Dr House. Tp percayalah, ini adalah baik. Kot.)

Seorang doktor, tugasnya hanyalah "to treat" dan bukannya "to cure".
Kerana yang mampu cure, hanyalah yang telah menciptakan kita in the first place.
Pentingnya tawakkal itu, boleh saya katakan paling kurang, sama penting, jika tidak lebih, dengan treatment itu sendiri.
Maka disinilah perlunya kepada masa-masa bersama antara doc dan yang menyembuhkan.

Maka jadi doc ni, macam yang selalu diperkata di mana-mana sahaja, bergantung pada pengalaman.
Pengalaman itu latihan.
Pengalaman itu mematangkan.
Setelah berpengalaman, tidak akan wujud lagi pemikiran-pemikiran kurang matang. Sepatutnya.
Saya perlu lebih pengalaman nampaknya.

Sepanjang percubaan memahami pt, percubaan membuat muka-poker, percubaan men-diagnose pt, percubaan menjadi doktor, saya teringat kepada mereka-mereka-yang-tak-perlu-saya-sebut-namanya-kerana-mereka-tahu-siapa-mereka-dan-sila-jangan-perasan.

Ini hanyalah perasaan perasan saya untuk minggu ini. Moga minggu depan lebih bermanfaat. ^^




Ini pemandangan luar tingkap saya pada 02 Nov 2011





Ini pula pemandangan luar tingkap saya pada 12 Nov 2011
Pantasnya. -__-"


Selamat Hari Sabtu.


Walau aku mungkin jadi seorang pemeran yang bagus, belum tentu aku boleh jadi seorang Islam yang bagus.
-Zahiril Adzim-

ps : Dan pengalaman seminggu ini juga telah berjaya membuat saya sedar, betapa pentingnya subjects yang kami belajar dari 1st year. Oh!
ps2 : Teringat kata-kata; Bilal dihempap batu besar, apabila disuruh meninggalkan aqidahnya, yang dia kata hanyalah "AHAD, AHAD". Kita juga serupa. Dibaluti selimut, apabila diajak bangun malam, yang kita kata juga hanyalah "Ahad, Ahad". TT__TT
Kalau tak faham, consider diri anda loser. v(^^)

Tuesday, October 18, 2011

Dah senja


A: Prepare for death, for what?
B: Because it’s more certain than life.

:)

Monday, October 17, 2011

Kotak kosong.


Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Pagi itu sejuk. Sangat sejuk.
Dan saya telah memilih untuk berada di luar rumah dalam kesejukan tu.
Ok, tak. Saya tak pilih. Saya terpaksa. Kalau tak berada di luar rumah, macam mana nak balik rumah.
Err. Ok.
Saya terus melangkah ke hentian tram terdekat.
Walaupun cuaca sejuk, tapi tak lah terasa sangat.
Kebal? Tak lah. Pakai jacket.
Segala puji-pujian buat Allah kerana telah mengilhamkan manusia untuk buat jacket.
Tengah-tengah tunggu, tiba-tiba terdengar suara kecil seorang kanak-kanak kecil yang sangat kecil dan comel.
Dan apa yang sedang dia lakukan bersama ibunya membuat saya tersenyum sorang-sorang.
Saya senyum dan terus senyum. Rasa macam nak gelak. Tapi kalau gelak nanti orang ingat saya gila.
Maka saya gelak dalam hati sahaja.
Apa yang mereka sedang buat?
Berbual. Err, ya, saya faham apa yang mereka bual kan  <== eavesdropping, tak baik.
Kanak-kanak mana pandai self-restrain. Jadi volume suara dia pun agak kuat. Salah saya ke?
Si anak, mungkin sekitar umur 4 atau 5 tahun, sedang belajar membaca.
Semua notice board dan papan-papan iklan nak dibacanya. Baru belajar mungkin.
Dan ibunya, dengan sabar melayan anaknya. Sangat comel dan sangat sweet.
Kanak-kanak memang macam tu. Semua yang dia belajar, terus dia apply.
Dan sentiasa eager untuk belajar. Sebab tu lah peratusan REM-sleep mereka lebih banyak.
Oh kanak-kanak.

Macam kita juga. Masa kita mula-mula disentuh dengan sentuhan tarbiyah.
Semua kita nak buat. Tak kira masa, tak kira consequence.
Orang suruh buat, laju je kita bergerak.
Orang tak suruh buat, rajin kita volunteer.
Orang kata jangan, pun kita lawan nak buat juga.
Semangat syabab (pemuda) katanya. Syuyukh (err. Orang tua?) mana faham.
Semangat jadi kereta kebal berfikir (think tank?).
Dapat ilmu terus amal, terus sampaikan.
Semua pun semangat. Semua pun eager.

Tapi kemudian, apa yang jadi?
Kita sendiri tak mampu nak pin-point di mana puncanya.
Orang suruh buat, kita buat tapi penuh rungutan.
Orang tak suruh buat, kita main nyorok-nyorok. Kalau tak jumpa, macam mana nak suruh, kan.
Orang kata jangan, kita pun yeay!
Dah syuyukh katanya (perasan), biarlah syabab yang bekerja.
Kereta kebal pun dan rosak-rosak, tak mampu berfikir.
Ilmu berkepuk-kepuk kat dada  langsung karat, jadi bahan terpakai.
Semangat pun hilang.

Kenapa boleh jadi macam ni?
Sebab bosankah?
Sebab kurang sabar kah?
Sebab banyak komitmen lainkah?
Atau apakah?
Atau mungkin kerana perjalanan ini terlalu panjang, terlalu jauh, tak diketahui bila penghujungnya akan tiba, dan tak tahu pun kalau kita sempat sampai ke penghujung jalan ni?
Jangankan kata dalam tarbiyah je macam tu, dalam seluruh kehidupan pun macam tu.
Di sekolah pun. Ok, di university pun begitu.
Makin hari makin malas tengok slide. Makin hari makin malas baca buku yang tebal.
Lesu.
“Orang tua” memang macam tu. Dah tua kan. Cell pun banyak yang dah atrophy, apoptosis, necrosis.
Oh  “orang tua”.

Ah. Itulah perlunya kita sentiasa tajdid niat kita.
Sentiasa fikir kembali apa tujuan utama kita.
Sentiasa dan sentiasa ingatkan diri, hakikat kehidupan kita.
Bangkitlah wahai syabab berjiwa syuyukh!


Maka apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja keras.


ps: Tanya diri - Saya syabab ke syuyukh. 
Jawapan mengecewakan -_-"

Friday, October 14, 2011

Nota peringatan.


KH Rahmat Abdullah berkata
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Tuesday, October 11, 2011

Selamat Hari Ini


Salam wbt.

Subhanallah. Datang sekali lagi peluang.
Peluang yang tak diberi pada orang lain.
Peluang yang hanya diri dan Pemiliknya tahu.
Yang hanya Sang Pemilik faham hikmah di sebaliknya.
Memetik kata-kata Encik Jobs yang agak famous lately "you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards".
Alhamdulillah, segala puji-pujian atas peluang.
Semoga terus diilhamkan untuk terus bersyukur.

Semester baru dah bermula beberapa minggu lalu.
Tapi dalam hati masih rasa ada something missing.
Apakah?
Ruang kosong lama tidak diisi.
Ditunggu-tunggu, tertunggu-tunggu.
Masih juga kosong.
Detik berganti detik.
Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
Masih juga kosong.
Ahh sudah. Apa mau bikin?

Tiba-tiba, jantung rasa bagaikan di-'squeeze'.
Hati melompat bagai mahu melonjak keluar.
Tekak terasa begitu padat.
Suffocate dalaman.
Sesak. Sangat sesak.
Sesak bila menyedari apa yang hilang.
Sesak bila menyedari apa yang kosong.
Namun bersyukurlah bila tersedar apa yang dicari masih mampu dicapai.
Bersyukurlah kerana diilhamkan.

Tiba-tiba bagai ada yang berbisik ke telinga
"Oh, patutlah. Lupa tajdid niat.Mungkin. Astaghfirullah"
Mari tajdid niat kita!

ps: Maaf jika post berbaur emo.

Monday, October 10, 2011

Garisnya disini

Salam wbt.

Sekarang saya faham
Kenapa saya dan kamu
Belum boleh parallel.
Mungkin.
Enough said.

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam keimanan dan ketaqwaan

ps: Bila tiba Oktober, tiba jugalah simptom2 sakit sejuk. Ah, mungkinkah psychosomatic?

Tuesday, August 23, 2011

Sebelum wisel ditiup

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Guess what! Dah masuk pusingan akhir Ramadhan tahun ni!
Ok. Agak lambat, dah nak masuk masa kecederaan pun. But still, masih punya masa untuk memburu piala itu.
Subhanallah.

Kata orang, "ignorance is bliss".
Well, i'd agree with that. I'd cherish that.
But then, kalau kita jadi ignorant, then...
They have hearts wherewith they understand not, eyes wherewith they see not, and ears wherewith they hear not.
[al-A'raf (7):179]
What are we?

Hurm. Worth to ponder.


They are like cattle,- nay more misguided: for they are heedless (of warning). [7:179]
Tapi at least kambing boleh dimakan.

Selamat memburu :)

Allahumma 'afuwwun kareem, tuhibbul 'afwa fa'fuanna

Wednesday, August 10, 2011

Niskala.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ya, memang saya dapat perkataan tu daripada tajuk lagu.
Tapi perkataan tu intriguing. Deep.

Alhamdulillah. Dah menjejak hari ke-11 marathon merebut piala itu. Piala Taqwa.
"Semoga takbir kita kali ini ialah takbir kemenangan". Or something along that line. Menarik.

Alhamdulillah. Dah lebih sebulan menjejakkan kaki ke tanah air. Setelah hampir 30 jam bermusafir.
Ahh. It's worth it to go through all those hours. Or is it?
Dan dah lebih sebulan juga macam-macam jenis marathon telah saya lakukan.
Penat? Hei, tak namanya orang muda lah kalau penat sana, penat sini.
Tapi hakikatnya, penat tu memang ada. Oh. Tuakah saya?

Makin lama saya berada di tanah air, makin saya confuse. Keliru.
"Confusion is always a good start for learning". Well, yeah, i hope so.
Kadang terasa bagaikan berada di Megakidz Playland di Midvalley.
Sungguh, ketidak-matangan ini mengelirukan.
Kadang terasa bagaikan sedang menonton filem sedih cheesy habisan.
Sungguh, kesedihan ini mengelirukan.
Dan kadang terasa bagaikan sedang ditikam berkali-kali dengan sebilah pisau tumpul, sehingga patah matanya.
Sungguh, kepedihan ini mengelirukan.

Puas sudah menjerit, memekik meminta tolong.
Apa yang boleh dibantu pun, entahlah.
Hakikatnya, hanya kita yang mampu menolong.
Menolong diri kita sendiri.
Bertanya pada diri, "adakah ini salah dia, atau salah saya?".

‎"But once i realize the problem was not you, but within me, i found inner peace"
- Master Shifu
Ah. Apa aku mengarut ni!

"Orang yang bijaksana lebih terkesan dengan bisikan berbanding jeritan"
Tapi hakikatnya diri bukan sahaja tidak bijaksana, malah tuli. Tuli yang bukan dikurniakan semasa dilahirkan. Oh.

ps: Baru 6 hari puasa, dah pasang lagu raya? Mana pergi semangat Badar?

Friday, June 17, 2011

War: Final Round

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Dan Musa berkata, "Wahai kaumku! Apabila kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepadaNya, jika kamu benar-benar orang muslim".
[Yunus : 84]

Tawakal. Hebat kesan tawakal ini.

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
[at-Talaq : 3]

Ayuh kita bertawakal. Ayuh kita jadi hamba.

ps: Rabbi yassir wala tu'assir, atmim bi khair :)

Saturday, June 04, 2011

Non-stop war

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Sekadar nota peringatan pendek.

"Sungguh, Allah telah menolong kamu di banyak medan perang..."
[9:25]

Semoga Allah bantu kita di medan perang bersenjatakan pensel ini. Amiin.

Tuesday, May 24, 2011

Jalan berjalan

Salam 'alaikum. Salam buat semua.



Perjalanan kebenaran yang lurus itu, tidaklah mudah.

Perlukan...


pengorbanan



kekuatan


dan...


doa berpanjangan.


Kadang diselit...



ketakutan



kesakitan


dan...



keletihan.


Namun bersabarlah dan tetap teguhlah.
Kerana kemenangan menanti jua di akhirnya.



Dalam keletihan ini.. aku bahagia
kerna..
pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.
-Dr MAZA-


Dan janganlah kamu lemah, dan jangan bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.
[Ali Imran (3) : 139]

Tuesday, May 10, 2011

Berus sabut itu ubatnya.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Dah jadi macam rutin pula meng-update blog sebulan sekali.
Wait2. Apa?
Sebulan sekali?
Hehe. No comment.

Sekali lagi saya nak tekankan di sini.
Weather Poland EMO.
Downright emo.
Snow bulan 5. Wow!
Ok cukup. Sangat lame berkata-kata tentang cuaca.

Alhamdulilah, masih lagi kita mampu berdiri, masih punya kekuatan untuk membuka mata, bertarung dengan nyenyak tidur untuk bangkit memulakan hari yang indah, yang eventually disinari cahaya matahari.
Subhanallah. Indah hari jika kita sulami dengan senyuman. Senyuman yang mampu membuat awan mendung berlalu dari hati-hati yang sedang berduka.
Astaghfirullah, ucapan kita setelah muhasabah diri setiap waktu. Ya, itu yang kita perlukan.
Mohon pengampunan. Bukan hanya menunggu. Mohon.

Semalam, ketika saya menaiki bus untuk ke kelas, ok, bus sini tak ada aircond. So memang agak panas. Agak stuffy.
Namun keindahan jalan raya yang dipenuhi bunga-bunga yang berwarna-warni mampu membuahkan senyum pada mata yang melihat, melupakan kepanasan bus.
Kagum.
Dari tanah beku bertukar menjadi tanah subur berwarna-warni.
Dari ais bertukar menjadi rumput.
Dari sejuk bertukar menjadi panas.
Dari gelap bertukar menjadi cerah.
Subhanallah. Kadang tak tercapai akal memikirkannya.



Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah.
[al-Hajj (22) : 5]



Perubahan berlaku. Setiap tahun. Saban tahun.
Berubah, dan terus berubah.
Itu sifat tanah.
Dan jika dibaja dan disiram, mampu menumbuhkan tumbuhan yang pelbagai.
Kagum. Sekali lagi, kagum.

Dalam mengagumi keindahan ciptaan Dia, tiba-tiba timbul satu persoalan.
Kenapa susah sangat manusia nak melakukan perubahan?
Adakah sesusah itu bagi tanah untuk berubah?
Jika ya, mengapa tanah mampu sedang manusia tidak?
Ah sudah. Apa nak jawab ni.

Kelihatan seorang wanita menaiki bas menolak stroller anak kecilnya yang sedang nyenyak tidur walaupun cuaca agak panas.
Kanak-kanak. Hanya itu rutin mereka. Tidur.
Jika kanak-kanak kurang tidur, ibubapa mula risau.
Dan makin mereka membesar, makin kurang tidurnya.
Sekali lagi, boleh kita lihat perubahan pada kanak-kanak ini.

Dan fikiran kembali memikirkan persoalan yang masih belum dijawab.
Mengapa melakukan perubahan itu menyakitkan?
Mengapa meninggalkan segala jahiliyyah itu menyakitkan?
Sedangkan amat mudah untuk meninggalkan satu-satu suruhan.
Mengapa dan mengapa?
Mengapa perlu bersusah-payah dalam hidup?

Pandangan jatuh pada anak kecil yang tadi sedang nyenyak tidur.
Kini suaranya kedengaran di segenap ruang bas, menangis. Panas barangkali.
Senang jadi anak kecil. Tiada kerisauan, tiada pening kepala memikirkan masalah.
Yang ada hanyalah menunggu waktu perut diisi.

Dan fikiran kembali memikirkan persoalan yang masih belum dijawab.
Kali ini diiringi dengan teori.
Mungkin.
Mungkin kerana jahiliyyah itu terlalu sebati dengan diri.
Mungkin kerana jahiliyyah itu bukan lagi kotoran yang melekat pada hati, yang boleh dicuci menggunakan sabun pencuci pinggan.
Tapi mungkin kerana jahiliyyah itu telah pun berkarat didalam hati.
Dan karat itu, tidak boleh dibuang dengan sabun pencuci pinggan.
Habis, macam mana nak buang karat?

Karat itu perlu direndam di dalam minyak.
Perlu ditonyoh, perlu disagat, perlu diberus dengan berus sabut.
Itu pun belum tentu semuanya hilang.
Sakit?
Mungkin kerana itu membuang jahiliyyah itu begitu menyakitkan.

Namun ketahuilah, disebalik kesakitan itu, kebaikannya jauh mendahului.
Bukan kembali berkilatnya hati itu yang kita tunggukan, tapi proses memberus yang sakit itu yang penting.
Proses memberus yang sakit itu yang menjadikan kita lebih kuat.
Proses memberus yang sakit itu yang akan menolong kita bangun pada setiap jatuhnya kita.
Proses memberus yang sakit itu yang akan membantu mengelakkan kita dari kembali cuba menghidu bau jahiliyyah.
Proses memberus yang sakit itu yang akan kita jadikan alasan pada hari semua orang mencari alasan kelak. InshaAllah.

Maka para doktor sekalian, prescribe-lah ubat ini. Berus sabut.
Jom kita memberus!

Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa.
[al-An'am (6) : 153]

ps: Tiba-tiba dah nak final. Eh. Apa saya buat sepanjang tahun??

Friday, April 15, 2011

Ular, tangga dan yang diantaranya.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Mari sekali lagi kita selami hati kita.
Kita cari cebisan-cebisan iman yang masih bersisa di hati.
Subhanallah. Masih lagi kita bernafas dalam rahmatNya.

Mari kita sebarkan kesedaran dalam kalangan kita.
Kesedaran tentang kemanusiaan.
Kerana apa perlu kita sebarkan?
Kerana kita manusia.
Ke tak?

Selalu je kita berfikir, "kalau aku buat pun, aku sorang buat, apa ada effect. Buang masa."
Sedarkah kita, kita tak keseorangan?
Sedarkah kita, jika kita tidak mahu menaiki keratapi itu, masih ramai yang ingin menaikinya.
"Dah, kalau dah ramai nak naik, aku nak naik lagi buat apa. Buat sesak je."
Ketahuilah, bukan mereka yang sangat-sangat memerlukan sifat "kemanusiaan" kita.
Tetapi kitalah yang sangat-sangat memerlukan kepada sifat "kemanusiaan" kita terhadap mereka.

Snakes and ladders.
Siapa tahu permainan ni?
Tak tahu? Tak pernah main?
Haa. Ni contoh dia:


Ini contoh. Ini snakes and ladders yang sangat senang. Extremely senang.
Pfftt.

Kenal?
Tak kenal? Tak apa.

Setelah sekian minggu saya, kami, bercinta.
Tak. Bukan saya dengan snakes and ladders ni.
Saya dan buku.
Bercinta sakan dengan segala macam jenis buku dan encik google.
Hingga, saya sedar, kurang saya luangkan masa dengan manusia. Dengan nyawa.
Tapi hari ini, entah macam mana, kami main game ni.
Ya, game kanak2. Saya tahu.

A: Hahaha. Kena turun! [gelak A pada B bila B kena turun ikut snake yang panjang gila. A berada di top row]
B: Jahat!
*main-main*
B: Hahaha. Kita sama level! [gelak B pada A bila A kena turun ikut snake yang lagi panjang, sampai mereka berada di petak yang sama]
A: Tak aci la macam ni! Tadi jauh beza tau!

Hah. Itulah dia hakikat permainan snakes and ladders ni.
Semuanya tidaklah bergantung kepada kepandaian kita mengira dan mengatur strategi, tidaklah bergantung kepada kehebatan tangan kita membaling dadu, tidaklah juga bergantung pada kebesaran piece kita (kalau besar sangat tu, main tipu eh).

Kadang-kadang pada permulaannya, kita sangatlah laju, meninggalkan pieces yang lain di belakang. Tapi mungkin akhirnya piece kita penat, atau tangan yang penat membaling dadu, kita slow down bila dah hampir sampai ke petak penamat. Memberi ruang pada pieces yang lain untuk mengejar kita.

Atau mungkin pada permulaannya kita sangatlah slow, ditinggalkan pieces yang lain. Tapi sampai satu saat, piece kita "hit the jackpot" dan kita dapat naik tangga yang sangat tinggi. Wuhuu! Gembiralah kita dapat melompat ke petak hampir penamat.

Atau boleh jadi kita bermula dengan konsisten. Tak naik tangga, tak turun ular, tak dapat double. Slow and steady, sampai ke petak penamat (Bosan sikit main snakes and ladders macam ni. Sebab tak boleh ejek).

Boleh jadi kita berada di petak yang sangat tinggi, dah nak sampai petak akhir. Kita excited, overconfident, poyo sikit2, tapi dah sampai petak-petak teratas tu, asyik je dok ulang-alik tak dapat exact number. Maka dapatlah pieces lain yang sebelum ni berada jauh di bawah berada sama tingkat dengan piece kita.

Mungkin juga kita berada di petak yang sangat tinggi, dah nak sampai petak akhir. Kita excited, overconfident, poyo sikit2, akhirnya, dua petak sebelum penamat, kita pun menaiki ride percuma turun ke ekor ular yang berpetak-petak bawahnya, lagi rendah dari petak kawan kita. Namun kita terus berusaha untuk menapak ke petak penamat, bukan berhenti di tengah jalan. Selagi permainan diteruskan.

Ah. Itulah hakikat.
Hidup ini tidaklah statik. Tak selalunya senang.
Tapi boleh kita jadikannya selalu indah.
Walau apapun cara kita bermain, kita perlu terus bermain sehingga semua pieces berjaya menjejak petak penamat, atau sehingga permainan ditamatkan.

Kadang apabila asyik kena makan dengan ular, kita rasa tak best.
Lagi-lagi kalau kena balik ke petak 1.
Pieces lain dah petak 80 lebih.
Berasap sikit. Rasa macam jauh sangat lagi perjalanan kita nak bersama pieces lain.
Tapi kita teruskan juga perjalanan.
Sebab kita yakin, eventually, our little piece will reach the same square as other pieces.
Kita bercita-cita besar.
Untuk nak bercita-cita besar, kita kena berjiwa besar.

Jangan jadi macam alveolus kecil.
Tahu kisah alveolus kecil?
Tahu alveolus tu apa?
Alveolus tu adalah air-sac dalam paru-paru, di mana berlakunya pertukaran oxygen and carbon dioxide.

Tahu kisah dia?
Alveolus mempunyai surface tension yang sangat tinggi.
Of course-lah ada beberapa method yang digunakan oleh sistem badan kita untuk kurangkan surface tension tu.
Everything in our system is well made even before we exist. Itu kenyataan.
Semuanya bekerja dengan sinergi dan harmoni.
Anyway.
Surface tension ni membuatkan alveolus senang collapse.
Lagi kecil saiz alveolus, lagi senang lah dia nak collapse.
Kalau collapse, hampir impossible-lah untuk kita bernafas.

Maka, janganlah kita berjiwa kecil seperti alveolus kecil itu.
Benar, ada kegunaan juga alveolus kecil ni
Tapi kan lebih baik kalau kita menjadi alveolus besar, berjiwa besar.
Kerana hanya yang berjiwa besar mampu menyimpan dan memahami cita-cita besar.
Kan kalau nak bercita-cita, kita kena bercita-cita besar.
Kan kalau nak minta syurga, kita kena minta syurga tertinggi.
Kan?

Maka, janganlah kita fikir, dengan usaha kita menderma 1euro kepada tabung Help Heal Japan, kita tak akan mampu mengubah apa-apa.
Janganlah kita fikir, dengan usaha kita mengajak rakan kita ke program Kesedaran Palestin, kita tak akan mampu mengubah apa-apa.
Bukankah sedikit yang ikhlas itu lebih baik daripada banyak tetapi bermegah-megah?
Berharaplah semoga usaha kecil kita ini yang akan menjadi hujah kita kelak.
Kalau awal-awal pun kita dah tak punya cita-cita untuk mampu memberi impak pada keadaan, tidak menyimpan impian untuk melakukan sesuatu yang besar, macam mana kita nak mulakan langkah?

Mari kita cari sisa-sisa iman, cinta dan kemanusiaan dalam hati kita. And spread the words :)

It's the "small things" in life that matters.

ps: Bukan setakat sudut kewangan yang boleh kita bantu. Ada yang lebih besar. Doa kita untuk mereka dan kita :)
psps: Matahari dah menunjukkan diri. Pokok dah berdaun. Tanah dah berumput. Jalan dah berbunga. Hati dah bertaman. Simptom-simptom final exam pun muncul.
Jangan kita biarkan dunia menguasai akhirat kita :)

oh btw, A kalah dalam permainan snakes and ladders hari ini. *gelak jahat disini*