Saturday, November 19, 2011

Encik M pula

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Berehat. Istirahat. Lepak. Chill.
Uishh. Seronoknya bermalas-malasan.
"Nikmat"nya tidur lama-lama.
Kata adik saya, kalau malas-malas tak payah hidup. Erk! TT_TT

Semoga kita sentiasa diilhamkan untuk terus bertaubat dan bersyukur.
Astaghfirullah. Alhamdulillah. Tsummalhamdulillah.

Minggu ni merupakan minggu yang sangat pack buat kami.
Kelas pagi sampai malam.
Pagi sampai malam.
Pagi sampai malam.
Tiba-tiba rasa macam dah jadi robot. Oh!
Tapi macam yang saya katakan, tsummalhamdulillah, diizinkan juga kita rasa nikmat sibuk.
Baru kurang sikit bakteria-bakteria M yang sentiasa nak menyerang.

Banyak sebenarnya bakteria dalam badan kita. Setiap daripada kita.
Lebih banyak daripada sel-sel badan sendiri.
Sampaikan cikgu pun kata "there's more bacteria in you, than you in you".
Dan bakteria yang paling saya concern buat masa ini ialah bakteria M, lebih concern daripada Helicobacter "helikopter" pylori. Serius bentuk dia macam helikopter.
Banyak bakteria yang ada pada kita adalah hero yang membantu kita melawan bakteria-bakteria jahat.
Tanpa belas kasihan dia meng-invade kawasan-kawasan dalam badan kita untuk mengelak daripada di-invade oleh bakteria-bakteria jahat.
Ok. Kira baiklah tu. Baik tanpa belas kasihan.

Banyak daripada bakteria-bakteria ini juga merupakan bakteria pengambil kesempatan (baca: opportunistic bacteria).
Apakah? Kenapakah bakteria-bakteria ini dipanggil sedemikian rupa? Whyyyyyy???
Kerana memang sememangnya bakteria ini suka sangat mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Maknanya...?
Maknanya, bila tuan punya badan mengalami fasa kompromi imuniti. Ok macam tak kena term tu. Sungguh saya tak tahu macam mana nak bercakap dengan pt bila pulang ke tanah air tercinta nanti. Oh!
Bila tuan punya badan sedang immunocompromised (imuniti berkurang), bakteria-bakteria ini akan mula menyerang dan menjadikan tuan punya badan mula rasa tak sedap badan, suhu meningkat bertingkat-tingkat, atau kata nama lainnya, sakit.

Macam mana imuniti boleh berkurang? Kerana kurang makan lemak kah? Tak boleh diet-lah macam tu.
Sabar, sabar. Jangan gagalkan skim pemakanan sihat saya sekali lagi.
Biasanya imuniti berkurang kerana penyakit-penyakit yang menyerang sistem imuniti (contoh: serangan virus HIV), memakan ubat yang tujuannya memang untuk mengurangkan imuniti (contoh: bila nak transplant), dan juga faktor umur (contoh: bayi).

Bila sistem imuniti kita tidak dapat berkawal dengan baik, maka beraya sakanlah bakteria-bakteria tersebut sambil main mercun dan bunga api.
Sebab bila sistem imuniti kita berkawal dengan baik, tak dapatlah bakteria-bakteria ni nak main mercun. Maka disimpan, dipendam keinginan main mercun tu.
Macam kita masa kecik-kecik dulu, bila mak ayah ada dirumah, pehh memang terbaik sopan santunnya.
Bila mak ayah keluar, kita pun "horayy!", dan apa yang berlaku seterusnya adalah terpulang pada imaginasi anda.

Kembali pada cerita bakteria M.
Bila sistem imuniti kita berkurang, dia dengan bersuka ria gembiranya menyerang diri kita.
Siapakah encik bakteria M ini yang sungguh pandai mengambil kesempatan?
Itulah dia, bakteria............

Makan!
Eh tak. Bakteria....

Malas!

Bila defense system (baca: iman) kita berkurang, dia dengan bersuka ria gembiranya menyerang diri kita.
Maka  menjadikan tuan punya badan mula rasa tak sedap badan, suhu meningkat bertingkat-tingkat, atau kata nama lainnya, sakit.
Sakit apa? Sakit malas.
Dan salah satu sebab seseorang itu berasa bawah adalah bukan kerana suasana, bukan kerana banyak kerja, bukan kerana kurang tempat menyalurkan energy yang banyak, tapi kerana dia MALAS.
Malas.
Malas.
MALAS.

Oh encik Malas, pergilah jauh-jauh daripada kami. Syuhhh.
Mari tingkatkan imuniti! Dapat boost vaccine seminggu sekali pun cukup baik :)

Prescription melawan bakteria M yang dikira MDR (Multi Drug Resistant) minggu ini:
Doktor kata kita harus relaks lagi tenang.
Doktor kata kira harus perlahankan pace kehidupan dan nikmati semua yang datang.
Doktor kata kita harus mulakan skim pemakanan sihat (pemakanan sihat? Apa tu? Pfftt!)
Doktor kata kita harus rajin bersenam.

Menu terbaru di Kedai Kopi yang akan menggagalkan skim pemakanan sihat anda.
Apam balik Warsaw yang pehh!
- photo courtesy of *housematesaya*

Selamat minum kopi.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan akhirat tetapi masih beristirahat
- Hadith Qudsi. Oh! TT_TT

ps: Esok ada festival makan tak ingat punya sedap. Oh! Habislah.
nota kaki: Terpulang pada daya imaginasi dan kreativiti anda untuk memahami kata-kata doktor fizikal dan spiritual itu, dan bagaimana rupa ubat yang di-prescribed. (^^)v

No comments: