Monday, December 27, 2010

Kelepasan jet

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Huwarghh!
Jet lag. Jet lag.
Bila hang naik jet? Tett.
Ok. Sekarang saya sedang exhausted. Memang macam jet lag.
Mencuba sedaya upaya untuk tak mengeluh.

Allahuma yassir wala tu'assir. Rabbi tamim bi khair.
Alhamdulillah. Masih mampu bernafas secara normal.
Alhamdulillah. Dia permudahkan urusan.
Alhamdulillah.

Baru je tiba dari bandar indah permai, Hradec Kralove.
Berjuta ribu lemon terima kasih buat warga Czech Republic yang banyaaakkk sgt menolong kami yg menyusahkan ni haa.
Walaupun sy tau terima kasih byk mana pun mcm tak cukup. Ok, bukan macam, memang tak cukup pun. Maka yg mampu sy katakan hanyalah jazakumullah khair. :)

Sekarang baru blh cerita.
Cerita apa?
Al-kisah jet lag.
Tak, saya tak naik kapal terbang pun pg HK tu. Naik train je pun.
Tp jet lag mengalahkan dari Malaysia ke Poland.
Macam mana? Entah.

Pagi Ahad yang indah, setelah 2 hari terperap di rumah comel atas gunung, kami gerak beramai-ramai ke satu gunung yang-taktau-apa-nama-dia-ntah.
Pergerakan kami ada misi.
Misi yang jelas.
Ya, kami bersedia menghadapi kemungkinan2 itu.
Apa misi kami?
Jeng. Jeng. Jeeennnggg.

Main ski! *weeeee. tepuk tangan!*

Ok. Ehem.
Kebanyakan yg pergi memang baru first time.
Maka timbullah niat tak berapa nak baik di hati.
*kena kan org best ni.*

Mereka: "Bahaya tak main ski ni?"
Saya: "Bahaya"
Mereka: "Kenapa? Jatuh eh?"
Saya: "Haah. Boleh patah kaki, patah tengkuk"
Mereka: "Hah?!"
Masa tu nak kacau dua-tiga orang je. Sekali ramai pulak yg dengar dan pandang sy dgn pandangan tell-me-you-are-joking-pleaseeeee.
Memang betul, main ski boleh patah riuk. Bukan ski je, apa2 sports pun.
Tapi kalau untuk beginner, dia bwk rendah2 je.
So chances utk patah riuk dah pun di-minimize-kan disitu.
Maka ber-kahkah la saya tergelak.
Ok, itu memang jahat. Maaf!

Disebabkan kami tak pandai skiing, maka kami pun hire-lah cikgu.
Cikgu-cikgu yang begitu sabar mengajar kami yang tak reti-reti nak main ni.
Dari naik slope tu step by step ala-ala ketam mengajar anaknya berjalan, sampai naik mini ski lift yang ada gambar katak2 dan matahari (ok. ini namanya perli habis. tempat budak2 kah?), hinggalah naik T-bar ski lift yang bawa naik tinggi-gila-menggigil-bila-sampai-atas-sebab-sejuk-yang-amat-dan-gerun-yang-melampau-sampai-spect-pun-penuh-dengan-ais-so-tak-nampak-jalan-maka-terjatuhlah-tergoleklah-anda.
Belajar cara berhenti, cara turning, cara slow down, cara laju.
Tapi paling best bila cikgu cakap "the best and easiest way to stop, is by falling down".
Maka setiap kali ada org turun slope tu, kedengaranlah cikgu jerit2 "fall down, fall down!". -_-"
Yes. Memang best.

Cikgu dan anak muridnya. Cikgu baju oren.

Jatuh?
Of course, semua yang main ski akan jatuh.
Sebab apa?
Sebab jatuh tu best.
Best gelakkan orang jatuh. Huahuahua.
Sendiri jatuh pun best jugak.
Feeling lebih sket. (ya saya tau, ada unsur masochism di situ)
Memang time jatuh tak rasa apa, rasa best.
Tapi over night, hah, rasakanlah ke-best-an tu. Padan muka.
Saya yg jatuh 2, 3 kali ni pun dah sakit sana-sini, panas badan, concussion, head trauma, bla3.
Apatah lagi kawan2 sy yang jatuh banyak kali. Kesian mereka.
Tapi apa pun, ski memang best.
Berganda best, ski yang disertai ukhuwwah. Hoyeh!

Balik dari main ski, tibalah masanya untuk pulang ke rumah-yang-cosy-lagi-comel-bemowo-ratusz-baitul-raudhah-ehem.
Tapi ada 4jam sebelum train begerak ke Warsaw.
Nak buat apa ni??
Apalagi, makan CFC lah!
Hah? CFC? Chlorofluorocarbon?
Tak2. Entah apa nama penuh dia, yang penting, dia adalah restoran halalan thoyyiban di HK.
Memang best!

Location: tepi jalan
Lepas makan, on the way ke train station, tiba-tiba. Jeng3.
Ada kereta berhenti dan reverse ke arah kami.
Ok, tlg imagine, kami berdua, perempuan, malam, bertudung di tengah2 alam sunyi.
Memang takut.
Orang mabuk? Orang jahat? Oh.
Takpe2. Minta perlindungan Allah.
Lelaki dalam kereta tu pun jerit dari dalam kereta.

"Salam 'alaikum! Can i help you sister?"
Ok. Masa tu taktau nak describe feeling macam mana.
Takut? Relieved? Nervous? Entah laa.
"Sister?"
Maka kami pun memberanikan diri mendekati kereta tersebut, bila nampak ada kereta polis ronda berdekatan.
"Are you going to the terminal?" --> mungkin disebabkan beg-beg kami yang agak bulky.
"Yes"
"I can give you a ride. Come sister". Dengan senyuman lebar lelaki tersebut mempelawa kami.
"No, no. It's ok. We can take a bus"
"Are you sure?"
"Yeah, of course. Thanks"
"Ok then. Salam 'alaikum"
"Wa'alaikumsalam"
Dan dengan senyuman juga lelaki tersebut berlalu.

Blur. Blur. Blur.
Digest. Digest.
Oh!
Subhanallah!
Orang islam rupanya. Di tengah-tengah negara atheist ni.
Masa tu, hilang semua sangkaan buruk, yang ada cumalah hati yang berbunga-bunga, kerana terasa manisnya ukhuwwah kerana Allah. Oh!

Cerita diteruskan. Ye, panjang cerita saya.
Location: Dalam train dari Pardubice ke Warsaw.
Dalam compartment tu, bukan kami berdua je.
Alaaa. Baru ingat nak tidur.
Kami ambik coach duduk je.
Dorang tgh baca buku, tak boleh tutup lampu.
Takpe2. Sampai Warsaw boleh tidur.
Otak ligat berfikir, macam mana nak survive tak tidur 10jam dalam train ni? Oh!
Dah la malam, penat pulak tu.
Takpe2. Allah ada.

Tak sampai sejam lepas kami board train tu, dua2 lelaki dalam compartment tu pun turun.
Maka, apalagi, melompat kegirangan laa kami.
Alhamdulillah.
Naik kan hand rest, jadilah katil. Hoyeh!

Ya, semuanya terjadi dalam masa 24 jam.
Sampai2 kat Warsaw.
Eh, mana snow??
The End.

Moral of the story.
Kalau kita sandarkan semua harapan pada Allah, inshaAllah, takde apa pun akan jadi beban bg kita.
Kalau kita berharap pada Allah, nescaya pertolongan Allah tu akan tiba, dengan cara yang tak disangka-sangka.

Apa saya dapat bila main ski?
Selain dari sakit sana-sini, panas badan, concussion, head trauma, bla3?
Banyak. Banyak sangat.
Walaupun ni bukan kali pertama saya main ski.
Bukan juga yang kedua, ketiga, keempat, mahupun yang ke bla3.

Bila naik atas tu, memang, mashaAllah.
Cantiknya pemandangan.
Saya tak ambik gambar pemandangan dari atas tu. Ye la, takkan nak bwk camera gedabak tu naik atas tu. Buat nya tergolek, arwah laa camera tu. Huhu.



Pemandangan kat bawah je.

Rasa best bila tengok orang jatuh.
Best. Bukan best tengok kesakitan orang. Tak.
Tapi best bila tengok orang jatuh, dengan bersungguh dia cuba bangun balik.
Nak bangun pulak tu, bukan senang.
Macam2 gaya.
Sampai yang cabut ski tu pun ada.
Kadang2 berjaya bangun sendiri.
Kadang2 tak. Perlu bantuan orang. So datanglah kawan, hulurkan tangan.

Best bila tengok orang langgar orang, dua2 jatuh, dua2 cuba bangun dengan susah payah.
Best. Bukan best tengok kesakitan orang. Tak.
Tapi best bila tengok dua2 bersama2 bersusah payah untuk buat benda sama.
Dan akhirnya berjaya.
Tak give up walaupun susah.
Kalaulah Sultan Muhammad al-Fateh give up bila dah berkali2 cuba buka Konstantinople tp tak berjaya, agak2 sekarang Konstantinople jd negara apa eh?
Kalaulah Rasulullah sendiri give up masa kena tentang kaw2 kat Mekah dlu, agak2 kita semua ni, agama apa ye sekarang?

Ya, cakap memang senang.
Jatuh sendiri tengok.
Hehe. Tu laa sebab kena ingatkan diri sendiri.
Jangan marah naa.

Bila naik ski lift yang tinggi tu sampai je atas, memang "gulp, tinggi"
Pandang cikgu sambil buat muka kesian, nampak cikgu tersenyum rilek je.
"Remember, make arrow. To stop, make a biiggg arrow. To turn right, left knee lower, right knee higher. To turn left, right knee lower, left knee higher. Don't worry, I'll be behind you"
"Ok. Bismillah". Maka saya pun turun dengan laju nya. Weeeeee.

Bila cikgu cakap macam tu, rasa relieved datang secara tiba2.
Rasa, ok i can do this!
Kalau jatuh pun cikgu ada. The feeling of someone's there for you.
Baru saya faham dan nampak pentingnya to be there for others bila diperlukan.
Baru saya faham dan nampak rasa best bila ada orang yang akan support kita whatever happens.
Baru saya faham dan nampak salah satu sebab perlunya untuk ehem. Tk nak cakap.
Kalau tak ada pun orang tu tak jadi masalah.
Allah sentiasa ada.
The feeling of needing and needed.

Ya, kita mampu lakukannya!



Ibarat naik gerabak keretapi, kalau pun kita tak mahu naik, ramai lagi orang menunggu dan mengejar untuk menaikinya.

ps: Kak Az cakap, kalau nak kahwin kena khatam surah an-Nisa, Maryam, an-Nur, dengan al-Ahzab dulu, baru pass. Hehe.

2 comments:

liyana Z said...

wow! pantas nye update!! meh saya edit..

"Baru saya faham dan nampak salah satu sebab perlunya untuk ehem [BACA:NIKAH]. Tk nak cakap."

=P

LightOfWitness said...

ahaha. kak yana nakal!
hehehhee. mungkin itu salah satu pilihan jawapan :P