Sunday, June 27, 2010

Road to Death

Salam 'alaikum. Salam for all.

Phew! Lama tak update.
Alhamdulillah. Everything went well.
Saya lulus exam histo juga.
Meaning that's the end of 1st year's cramming, backflips, sommersaults vomitting, bla3.
Alhamdulillah. Semua dari Dia.

Ok. Start cuti.
Summer bebeh!
Ingat relax la. Tapiii.
Macam busy je.
Duduk kat rumah kejap2.
Ahhh. Masa busy macam ni, mula la deviate sikit2. Mutaba'ah amal lubang sana sini.
Oh no.
Harus pull myself together again. Baru ujian kelapangan masa sikit.

What have i been doing?
The first 2 days, disibukkan dengan mencari lagi tempat buat practical. Lagi.
Memang ingat dah dapat. Tiba2, masalah.
Takpe2.
Tiba-tiba saya terbaca satu ayat:
Maksud:
Dan dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. [3 : 154]


Erk!
Tak cukup bersih hati ni mungkin.
Setelah berusaha lagi, insyaAllah saya mendapat tempat di department of neurology. Dibantu seorang Prof. yang pernah ber-holiday di Malaysia. ^^
And of course, dengan izin Allah.

Semalam kami pergi satu tempat yang sangat dah lama saya nak pergi. Lawatan ke Poland tak lengkap rasanya jika tak ke tempat ni. Krakow. Or in English, Cracow.

Apa ada Krakow ni? Well, it is said to be the most beautiful city in Poland.
It's kinda like Prague.
I like it. It's nice. Tapi i still prefer Warsaw =D

Ok. Journey to Krakow, naik train intercity. Memang best naik train kat Poland ni. Hehe.
Pergi Krakow sendiri. Mencuba untuk jadi survivor.

Sampai je Krakow, kami buat keputusan untuk pergi Auschwitz Concentration Camp.
Hah? Apa tu?
Oh sama macam masa kena sumbat ramai2 kat dissection room hari tu.
Eh, tak2.
Concentration Camp ni ialah tempat dimana orang-orang Poland pada awalnya, dan orang Gypsy serta Yahudi kemudiannya, ditempatkan masa zaman Nazi dulu.
It is the largest of all concentration camps. Road to death is what they call it.
Diorang jadi slave atau kena bunuh.
Kena bunuh banyak cara.
Bath (konon2 mandi, tapi last2 kena bunuh dengan Cyclone B), suffocation (dalam bilik gelap. Which the prisoner will die sebab tak cukup oxygen. Kadang-kadang diorang nyalakan api sket, bagi cepat sket oxygen habis), starvation, illness, pest, macam-macam lagi la.
Memang genocide kaw2 laa.
Kebanyakan diorang mati lepas 2 or 3 month kat situ.


Nak masuk tempat ni payah gak la, kena ada tour guide.
Dia cerita laa sejarah ni.
Kalau tengok memang sedih gak la dengan cara hidup diorang semua.
Dari sudut pandangan humanity, memang kesian.
About 1-2 million people were killed. Just like that.
Mass extermination.
Kalau ikut apa yang saya faham, orang-orang yang pergi sana tu dijanjikan a 'better life'.
Naik train sempit2. Ada yang mati dalam perjalanan.
Sampai2 ada Doctor check kesihatan. Pastu "Ke kiri" or "ke kanan".
Ke kiri means dibunuh dalam 'bath'. Ke kanan means jadi slave.
I personally don't know which would be a better fate.
Ada je orang yang escape. Diorang lari, bagitahu orang ramai yang diorang sebenarnya dibunuh beramai-ramai kat camp tu.
Tapiii. Takde siapa nak percaya.
Dan kebanyakan yang escape tu, berjaya ditangkap balik.


The infamous quote 'Arbeit macht Frei'. German for 'Works will make you free'.
This sign was stolen late last year and cut into 3. Only the replica's left now.


Memang tempat tu ada aura ngeri sket.
Saya masuk pagar tu, memang saya rasa macam saya sendiri jadi tahanan. Hehe. Over2.
Setelah membaca dan mendengar sejarah Nazi ni, memang "wow, tak sangka".
Kalau tak dapat pergi pun, baca lah sejarah dia. Memang menarik.
Sebab tu lah, banyak kali dalam Quran tu, kita kena travel, macam dalam surah al-Mulk yang kita baca tiap2 malam tu: (maksudnya)
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya [67 : 15]

Lepas jalan2 Auschwitz, kami pun pergi Old Town Krakow.
Menarik juga!
Dan kami ambik last train, balik Warsaw.

Those who forget the past are condemned to repeat it.

ps: Baca-baca juga. Tapi jangan sampai terpercaya propaganda diorang. I wonder, berapa ramai Palestinians yang diorang dah bunuh, compared to their numbers being killed. Hurm. At least they don't have to live in tents like the Palestinians do, eh?

Sekian.

Monday, June 21, 2010

Pagi yang gelap, kini sudah terang. Selamat Pagi.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Apa khabar iman kita? Semoga peningkatan iman kita selari dengan peningkatan usaha kita untuk jawab exam esok. Amiin.

Ikuti dialog antara semut api kacak dan girlfriendnya.....

A: Awak2. Jom gossip.
B: Isu apa? Kes cerai?
A: Bosan betul nak cerita masalah dalaman orang lain.
B: World cup?
A: Ok. Awak tolong jangan bagi batal puasa world cup saya ya.
B: Banjir di China?
A: Ah, teringat cerita 2012.
B: Perkahwinan diraja Sweden?
A: Eh ni bukan yang Pawel pg tengok tu ke?
B: Kantoi awak stalk!
A: Bukan salah saya! Housemate saya yang ajar. Ngeh2.
B: UPSR dan PMR nak dihapuskan?
A: Kalaulah zaman kita lagi dah mansuh kan best! Hehe.
B: Ada pros and cons. At least takde la exam-oriented sangat sistem pembelajaran Malaysia. Kan?
A: Nexttt!
B: Tembok besar China nak dirobohkan?
A: WHAT?!
B: Eh tak2. Silap. Tembok Penjara Pudu nak dirobohkan.
A: What? Yang dah 100 tahun tu? Yang mural kat dinding tu pernah jadi terpanjang kat dunia? Yang berhantu tu? Yang ada bilik gelap tu? Yang kita selalu lalu lepas turun LRT nak pg Times Square tu? Yang dah lama takde orang guna tu? Yang bina mahal-mahal tu? Yang kat tengah2 segi tiga emas tu? Yang satu2 nya bangunan jejak tanah tu?
B: Eh banyak tanya la awak ni.
A: Kenapa? Why? Dlaczego? Li maza?
B: Entah. Menyemak kot. Diorang nak bina laluan bawah tanah.
A: Kenapa? Diorang kena sekatan gak ke? Jom hantar Freedom Flotilla ke KL!
B: Mengarut laa awak ni.
A: Kenapa dia tak buat jadi muzium? Atau edit balik jadi penjara? Atau biar je dia duduk diam2 kat situ?
B: Awak. Tolong berfikiran produktif sikit boleh tak? Mungkin lepas ni kita boleh main skateboard kat situ.
A: Hmmph!
B: By the way. Cakap pasal bina-mahal-mahal-lepas-tu-tak-berguna-pun-untuk-semut-semut-macam-kita-ni-sebab-kita-semut-tinggal-dalam-tanah-cukup-la-boleh-buat-dissection-tak-yah-pergi-belajar-university-amek-medic-kat-Poland-pun-takpe-sebab-semut-ramai-lari-oversea, teringat *tuuuuttttt*
*Dialog terpaksa di-censored dan ditamatkan.


Penjara Pudu
"Heyy manusia! Jangan kau sentuh itu harta, bukan kau yang punya. Ahmad Albab yang punya. Ahmaaaddd Albaaaaabb yang punya! Hahahaha!"


dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
[al-Israa' (17) : 26]


ps: Bye2 penjara pudu! I'm gonna miss walking in front of you! Sobs!

Sekian.

Sunday, June 20, 2010

Pengumuman raya

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Harapnya semua dalam situasi iman mantopp la yee. ^^

Cerita Hari Ini, Episod 1:

Setelah sekian lama kami tak makan nasi ayam, akhirnya!
Kami masak nasi ayam. Wehuu!

Ya, nasi ayam kami masak sedap. Harap maklum.
Namun, dalam keterujaan memasak, saya telah mengalami cedera parah pada 2 jari saya. Ya, parah.
Mungkin saya boleh guna alasan ini untuk tak menjawab Histo dan mana tau, cikgu bagi lulus free2. *wink2*

Maka disini ada beberapa pengajaran dari aktiviti memasak hari ini.
1. Jika anda kekurangan atau ketiadaan lesung batu, tak kira la anak dia ke ibu dia, sila jangan guna pisau ya untuk mengetuk halia. Perlakuan ini boleh menyebabkan cedera parah. Harap maklum.
2. Ada sebab kenapa tok moyang kita cipta cutting board. Maka janganlah kita merasakan diri kita hebat dan menggantikan cutting board dengan tangan kita. No, no, no. Cedera parah nanti.
3. Bolehlah menggunakan lemon untuk mewangikan ayam anda yang sudah tidak bermaya akibat peti sejuk terlalu lama di-defrost. Tapi awas! Ini boleh menyebabkan sup anda berasa lemon terlampau -_-".
Maka konklusinya, masak nasi ayam adalah bahaya. Jom masak lemak cili padi!

Cerita Hari Ini, Episod 2:

Option > Change setting > Select language > Mixed Rojak.

Ok.
Today, while i was reviewing the chapter Neuroendocrine, yes the one with the dull grey colour, i found something that distracted me and diverted my attention to Mr Google instead of Mr Kierszenbaum.
I was reading pineal gland. There was this thing called 'Circadian rythm'.
Circa = circle, dian = Latin-derived word, dies = day.
"Circle day rythm". Whatever.
Then, ada la listed disorders of the circadian thingy. Jet lag, sleep disorder, and bipolar disorder.
Bipolar disorder. Bipolar disorder?

Tiba-tiba keobsesan diri terhadap bipolar disorder pun tiba.
Maka saya pun men-google Encik Bipolar disorder ni.
Sila google sendiri kalau nak tau. Ngeh2.

Ya, saya tau laa bipolar disorder ni orang yang mood dia tak menentu.
Tapi nak juga cari details. Sama ke tak dengan Borderline Personality disorder.
Sama tak dengan split personality. Schizo ke. Kan.
Kalau malas nak google, boleh tengok cerita House, Season 2, episode 10 : Failure to Communicate

So i found this site that conducts free online personality test. Haha!
Ok. Sambil menggalakkan sekali lagi keobsesan diri, saya pun gatal tangan buat test ni.
Sila2 anda semua cuba.

Dah buat?
Belum? Ish! Pemalas betul!
Takde trick nya. Takde keluar hantu2 mana.
Sila cuba <== Ini adalah paksaan.

Dah buat?
Bagus. Sekarang sila benarkan diri anda untuk paranoid terhadap keputusan ujian ni.
Dan sila galakkan keobsesan diri anda untuk search segala personality disorder yang anda disyaki menghidap. Hahaha.
Everyone needs a good laugh once a while.
Ok. Motif?
Sajeeee. Sambil obses, boleh tambah pengetahuan. Kan?

Hah? Nak tau keputusan saya?
Hahaha. Mari obses!

DisorderRating
Paranoid:Very High
Schizoid:Very High
Schizotypal:High
Antisocial:High
Borderline:Moderate
Histrionic:Moderate
Narcissistic:Very High
Avoidant:Moderate
Dependent:Low
Obsessive-Compulsive:High


Tolong ya, jangan gelak.
Dan tolong percaya kata mereka. NOT!
Ini sangat sengal. Fullstop.
Why do i even bother posting this whole thing up. -_-"


See how colourful my notes are? How can the say i've got personality disorder?


The truth always hurt. So don't ask for the truth if you're not 100% sure you can accept it.

p.s: Definisi saya: Sebahagian sedang buat practical, sebahagian sedang di rumah baru, sebahagian sedang di Rome, sebahagian sedang di Malaysia. Oh wait! Mana bahagian study histo?! Tett!

Nota kaki : Keputusan ujian telah diubah secara drastik dan ditambah sedikit perencah secukup rasa agar lebih menarik dan menawan. Maka sila jangan hilang kepercayaan terhadap kopi yang telah anda order.

Sekian.

Thursday, June 17, 2010

It's not my job. Done.

Salam 'alaikum.

No matter what you say, no matter what you do, you can't stop me.
I know i'm on the right way, doing the right thing.
My job is to spread, and so i have.
The rest is no more mine. Fullstop.

Dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
[Luqman (31) : 17]
ps: Kill me if you have to, i'll keep on writing, i'll keep on talking. As long as Allah wills.

Sekian.

Wednesday, June 16, 2010

Kisah 16 Jun 2010

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

What's up? Dah renew iman every 3 seconds?
Ya2. Saya tau. Dah lama kedai kopi tutup.
Renovation. haha!

Ok. Sekarang saya penat.
Terlampau penat.
Dari pagi sampai ke petang saya berjalan, naik tram, naik bus.
Buat apa?
'Hospital Hunt'.
Buat apa?
Oh. Untuk practical summer ni.
Buat apa?
Eh banyak tanya lak.
Oh tapi cuaca sangat baik hari ni.
Angin sepoi2 bahasa.
Alhamdulillah.
Tunggu bus dan tram pun tak lama. Sampai station je, bus pun sampai.
Alhamdulillah. Dia permudahkan urusan.
FYI, buses kat Warsaw ni agak lambat, jika nak dibandingkan dengan tram or train. Tapi sangat pantas kalau nak banding dengan RapidKL. Dan ya, saya selalu naik RapidKL

After 6 hospitals, 10 departments, 20 Sekretariat Offices, 300 doors (hyperbole), 500 nurses (even hyper-er hyperbole) and 1000 km, I finally got, wait, no. I didn't get it. *sigh*
It's like what Mr Edison said,
"I have not failed. I have just found 8 hospitals that won't take non-Polish-speaker for practical".

Ya. Dah 8 ye kawan2, adik2, kakak2, tuan2, puan2.
And there's still, i don't know, 20 more to go?
I never knew Warsaw had so many hospitals!

Ok2. It's not that bad.
Mungkin saya dah lama tak keluar rumah, jadi Allah nak suruh saya exercise lebih sikit.
Mungkin saya dah lama tak practice cakap Polish, jadi Allah nak saya polish up my Polish.
Mungkin Allah nak uji sejauh mana saya bersungguh-sungguh nak cari hospital ni.
Mungkin Allah uji sebab nak bagi nikmat yang lebih besar.
Mungkin bila saya keluar rumah tadi, saya tak cukup bersungguh, jadi Allah nak saya belajar buat sesuatu bersungguh-sungguh.
Mungkin saya tak cukup bergantung pada Allah, jadi Allah nak saya doa lagi dan lagi.
Mungkin saya dah makin leka, jadi Allah nak saya usaha lebih.
Mungkin Allah nak kurniakan pahala kepada kami atas usaha kami.
Mungkin saya tak menghargai nikmat kesihatan yang Allah bagi, jadi Allah nak saya tengok macam mana bila nikmat sihat tu ditarik balik. Dari sekecil2 baby, sampai laa orang tua. Mereka sakit, tapi semangat mereka kuat. Mereka sakit tapi mereka still nak main2, jalan2.
Mungkin. Mungkin. Mungkin.

Dan dalam kesusahan inilah, Allah kurniakan kawan2 yg sangat prihatin.
Memberi cadangan strategy baru.
Ok. Baru saya faham. Saya tak ada strategy rupanya.
Main redah je. Patutlah. Oh!
10 muwassafat tarbiyyah.
Daripada 10 tu, which badge did i get?
"Tersusun urusannya".
Yes! Itu maknanya kena laa susun urusan betul2.
Bukan main redah jee.
Ada baiknya Muwassafat Tarbiyyah tu.
Hah. Muwassafat tarbiyyah tu apa?
Haa. Nak tau, baca sini.

Ok.
Kalau kita main chess, tapi tak ada strategy. Apa jadi?
Kalau kita pergi berperang, tapi tak ada strategy. Apa jadi?
Kalau kita join Freedom Flotilla, tapi tak ada strategy. Apa jadi?
Paling senang la.
Kalau kita nak buat kenduri walimah, tak ada planning semua. Apa jadi?
Kesian mak sedara kita dari Balik Pulau tak dapat makan nasi minyak. Penat2 dia datang jauh2 kan.
Perang Ahzab. Atau perang Khandaq.
Apa strategi yang kaum Muslimin guna?
Masa perang Uhud. Bila kaum muslimin tak ikut betul2 strategy yang dah di-plan rapi. Apa jadi?

Haa. Memang laa menang atau kalah semua Allah yang tentukan.
Dapat tempat kat hospital ke tak, Allah yang tentukan.
Tapi kan usaha tu penting.
Strategy tu part of usaha laa kan.
Ok? Mari berstrategy!


Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat.
Sun Tzu


ps: Makin banyak tempat di Warsaw yang saya dah pergi ya. Terima kasih.
Jom pulun histo!

Sekian.

Wednesday, June 09, 2010

Yang kosong dah berisi. InsyaAllah

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
Hanya itu yang mampu kami ucapkan.
No matter how bad you feel, Allah is always with you.

Ok.
Exam tadi, Alhamdulillah boleh buat. Pin-test semalam je, speechless.
But then, selagi kita berharap pada Allah, selagi tu ada pengharapan.
Selagi ada pengharapan, selagi itu Allah akan bantu.
And yes, saya LULUS final anatomy. Alhamdulillah (nak lompat boleh tak?!).
Passing anatomy means passing the first year.
Saya lulus pun disebabkan bantuan, bukan atas usaha saya.
Ya, bantuan. Tiru? Takk.
Allah bantu. Memang saya dah sangat down lepas pin-test.
Tapi memikirkan masih ada perjuangan yang belum selesai, saya usaha juga.
Dan juga atas bantuan anda-anda semua yang mendoakan kejayaan saya, kejayaan kita bersama.
Teruskan doa kita, jangan pernah putus. (Sambil tu jangan lupa juga doakan saudara kita yang lain yang masih dalam kesusahan ^^)
Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.
[HR Muslim]

Tujuan saya tulis post ni bukan untuk berlagak gila pandai ke apa.
Tapi untuk menceritakan salah satu daripada nikmat tak terkira yang Allah kurniakan kepada saya hari ini.
Nikmat?
Ya, nikmat!
Nikmat kebahagiaan.
Nikmat kejayaan dunia.
Dan juga ujian.
Allah nak menguji sejauh mana saya akan melaksanakan apa yang saya katakan, mungkin. (sila refer sini)
Oh bantulah saya. Ingatkan saya jika saya mula lupa! Oh!
So, what's next?
Oh, mulakan camping Histology. Perjuangan belum selesai! (22nd, 23rd June)
Semoga perkerjaan kita Allah terima sebagai perjuangan di jalan-Nya. InsyaAllah.

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
[al-Inshirah (94) : 7-8]

Pada sahabat-sahabat yang lulus, tahniah! Jom pulun histo!
Pada yang belum lulus, ingat janji Allah. Jangan berputus asa. Jom pulun histo jugak!

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
[Yusuf (12) : 87]

Ok. This song is stuck inside my head and i can't get it out. -_-"

Anatomy teaches you how to study and how to be a good doctor.
We're gonna miss you anatomy and dear-dear cadavers! Tak lupa juga Dr Pietrasik dan pakcik penjaga cadaver ^^

ps: Thank you Kak Yana for the email, yang membuatkan saya semangat nak study MCQ. And thanks for the peringatan. Hampir2 saya terlupa surah al-Nasr. Ni sayang Kak Yana lebih ni. Oh! And yeah, saya tahu Kak Yana baca post ni. =p

Nota kaki: Post kali ni tiada gambar. Mungkin disebabkan keterujaan-yang-melampau-taksub. Tak2. Sepatutnya saya keluar jalan-jalan dengan Ahmad sambil photoshooting. Tapi dapat tahu ada exhibition di Złote Tarasy, pergi dan tak sempat keluar dengan Ahmad. And sebab dapat phone call result dah keluar. Oh maaf Encik Ahmad! And yeah, they've got Gaza photos there as well.
My favourite was the one where the autistic boy was picking up a strand of hair from the wall. Classic!
And also, the 'pendakwah'2 mendekati kami lagi. Kali ni siap bagi magazine. Oh! Saya sangat kagum dengan semangat mereka. Bila saya nak jadi macam tu.
[Harus ke cerita benda ni? -_-"]

Sekian.

Tuesday, June 08, 2010

Kosong.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Yeah, it was harsh. Fullstop.

ps: Kena husnuzhon dengan Allah. Ya Allah, berilah apa yang terbaik buat iman kami dan kehidupan kami di dunia dan di akhirat. Amiin.

Sunday, June 06, 2010

This is a post without title - 1

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah.
Macam mana persediaan exam semua?
Hah? Dah habis exam?
Tak. Bukan exam tu.
Exam yang laaasssttt sekali tu.
Haa. Ok ke?
Harapnya exam dunia ni tak menganggu la exam yang satu tu eh.
InsyaAllah.

Nampaknya dah masuk hari ke-4 berturut-turut saya tak keluar rumah.
Walaupun cahaya matahari kat luar menari-nari memanggil saya.
Wait for me my Sunshine!

Dalam usaha saya menjadi seorang nerd.
Dalam 4 hari ni juga, saya turut tak makan, tak tidur, tak mandi, tak macam-macam lagi.
Ok. Itu hyperbola. Bagi menunjukkan betapa saya berusaha bersungguh-sungguh dalam proses menjadi nerd. NOT!
Oh. Walaupun saya dah baca (la sangat kan), tapi saya tetap tak boleh jawab soalan.
Nampaknya saya tidak khatam dengan cemerlang.

Kata seorang yang tidak mahu identitinya di-public-kan,
"Ala, final anatomy je pun. Bukan final BCA pun"
"Huh? BCA?"
"Buku catatan amalan"
Oh! Anda benar.

Cerita 1

Ketika saya bertadabbur surah al-Haqqah, iaitu surah ke-69, i came across this very interesting ayat.
Mungkin keadaan sekarang yang membuatkan saya agak teruja bila membaca ayat ni.
Mungkin kalau waktu lain saya baca ayat ni, saya akan baca secara skimming and scanning.
Tapi ketentuan dan perancangan Dia sangat indah!
Terjemahan ayat 43 - 46:
43 - (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
44 - Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan, -
45 - Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
46 - Kemudian sudah tentu Kami akan
memutuskan pembuluh jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta)
Ok. Terhenti bacaan saya. Pembuluh? Pembuluh bukan artery ke?
Artery of the heart? Which one?
Disebabkan saya baru je review thorax minggu ni, maka saya pun terfikir. Ya, tau la nak exam anatomy. Harus ke obses? -_-"

Coronary artery.
Right - Right coronary artery - Atrial branch - Sinoatrial nodal branch - Right marginal branch - AV nodal branch - Posterior interventricular branch.
Thus supplying the right atrium, right ventricle, posterior 1/3 of the IV septum, SA node (in 60% of people) and the AV node (80%)

Left - Left coronary artery - IV branch - Circumflex branch - Left marginal branch - Posterior left ventricular branch.
Thus supplying left atrium, left ventricle, anterior 2/3 of the IV septum, apex of the heart.

So, which artery?
Mungkin vein kot.

Cardiac vein.
Right - Anterior cardiac vein - small cardiac vein -(joined by) Middle cardiac vein.
Left - Great cardiac vein -(joined by) Oblique vein of Marshall -(and) Posterior vein of left ventricle .
Both of which drain into the coronary sinus.

Sambil menggalakkan keobsesan diri, saya pun buka terjemahan English.
Tak puas hati la. Nak tau artery ke vein. (Saya expect translation dia "vessel")

"And we should certainly then cut off the artery of his heart". [ 'Abdullah Yusuf 'Ali]

Ok. Nasib baik bukan coronary artery atau cardiac vein, or i would've gotten a cardiac arrest.

Mari kita lihat, kenapa artery.
Artery, as we already know, sangat penting for the transport of oxygen to the tissues, kan.
So kalau artery dah kena potong, blood supply restricted, ischemia, death. Ok, mungkin myocardial infarction dulu.
The point is death.

Tengok eh, dah la artery, cordis (Latin for "of the heart") pulak tu.
Both are vital. Both pun dalam system yang sama, circulatory.
Kalau artery of heart kena potong, surely darah yang flow direct daripada aorta tu akan spurt out, menyebabkan pericardial effusion, increased intrapericardial pressure, causes cardiac tamponade, and death. And subsequently causes the practitioner in charge to lose his/her license. -_-"
Kalau tak sempat cardiac tamponade pun, sebab MI. Heart tak dapat darah = death juga.
Intereesssting. See why i love anatomy so much?

Saya tak puas hati lagi, saya pun cari English translation online. And guess what i found.
"Then We would certainly have cut off his aorta." [Shakir]

Erk!! Ok. Ini memang membuatkan saya bertambah obses kepada anatomy. Boleh ke?

Kalau aorta lagi best. Cantas je aorta tu, bukan spurts lagi dah, memang bagai mencurah ke ladang gandum. Dengan high pressure dari left ventricle. Definitely instantaneous.

Imagine eh, if Rasulullah (SAW) has written the Quran by himself, as what many have proposed, how would seorang yang tidak tahu membaca atau menulis, have known this?
Kita yang dah belajar anatomy ni pun, not to say we know better - just a figure of speech, kalau bunuh orang fikir paling kuat potong pun carotid artery and jugular vein je. Kan? Yang berkenaan, tolong terasa. =p
Nampak tak?
So tolong fikir atas dasar iman ye.

And guess who the 'Father of Circulatory Physiology' is?
Nope. Not Galen.
Not Ibn Sina either, though he did find the theory of pulsation.
It was Ibn al-Nafis, an Arabian physician.
Zaman bila Ibn al-Nafis ni jumpa benda ni?
Yup, the Golden Age. And yeah, the 'Dark Ages' if that's more familiar to you.
Zaman kerajaan Abbasiyyah.
Zaman yang sama dengan Ibn Sina, Al-Farabi, Al-Biruni, Abbas Ibn Firnas, Ibn al-Haythem, Al-Jazir, Al-Ghazali, Al-Khawarizmi, Al-Razi, Abu al-Qasim al-Zahrawi, Ibn Zuhr (interestingly, he was the one who invented tracheotomy, something our teachers forgot to mention in class, or maybe they don't know. Let's tell them! =D) and, Subhanallah, many other great figures and influenced so many of the later physicians and theories. (btw, tolong google kalau tak kenal. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nak study pun jadi teruja)
And yet here we are, struggling for anatomy final, learning what was once 'our field of expertise'.
Teruskan my friends. Kita bina semula kegemilangan ummah.
Ke arah Platinum Ages, mungkin.

Adakah kau lupa....(sila menyanyi di sini)

Meet Abu Ahmad, the newest member of Baklawa Domu. He was martyred a few years ago. You see, he lost his left foot. But not to worry, he's already received a prosthetic foot now, thanks to your generous donation =)
(And no, this is not a real set. This is some kind of puzzle skeleton. Every worthy future doctors know that posting photos of real skeleton and cadaver to public is strictly prohibited by doctor's ethic as well as in Islam. And is considered as unethical-how-are-you-honestly-going-to-be-a-doctor-and-save-lives-if-you-can't-even-comprehend-and-follow-such-a-simple-ethics)


Cerita 2

Baru-baru ni saya ada tengok video di Youtube.
Berkenaan tujuan Freedom Flotilla.
Lepas tengok, baru saya tersedar.
Mereka juga macam kita.
The Palestinian, i mean.
Kehidupan tak ubah macam kita.
Makan sedap, tengok TV, main game, internet, tidur selesa.
Tapi bila diserang, hilang semua.
Hilang rumah 3 tingkat, tinggal dalam khemah.
Hilang video game, main dengan batu-batu dari runtuhan rumah mereka sendiri.
Hilang communication dengan outside world.
Hilang ahli keluarga, tempat bermanja.
Oh! How ignorant i have been all this while!
What have i been expecting to see?
I don't know. All this while i thought, maybe, just maybe, they lived in an underdeveloped environment.
A third-world country perhaps?
Oh! Which of the Favours of your Lord will you deny?
Oh. Oh. OH!

Maka faham la perbuatan mereka mengutuk zionis.
Maka faham la perbuatan mereka membaling batu kepada mereka.
Maka faham la 'terrorist act' mereka.
Maka faham la suicide bombing mereka.
Oh!

I am not implying that suicide bombing is the right thing to do.
It is wrong, yes, i would agree.
But all this while, i've always been wondering, why on earth would they want to kill themselves and all the innocent citizens? Yes, they are supposed to be considered innocent.
When they know kalau adab perang dalam Islam, memang tak benarkan kerosakan awam dan pembunuhan orang awam. What do they expect? Jannah?

Tapi bila saya lihat keadaan mereka lepas diserang tentera zionis, fahamlah saya keadaan mereka.
Ya, saya tak mungkin tahu penderitaan yang mereka lalui.
Saya tak rasa, saya tak lalui. Tapi ketahuilah, bersabar itu lebih baik buatmu!
Though i don't know what i would do if it was me.
Try to put ourselves in their shoes.
Subhanallah.

Kenapa kita tak boleh bantu mereka?
Sedangkan Palestine pernah dibebaskan masa zaman Khalifah Umar al-Khattab dan masa zaman Salahuddin al-Ayyubi.
Kenapa? Apa sebab?

Sekali lagi.
Adakah kau lupa.....

Penutup

Ceehh. Over lak ada penutup-penutup.
Eh suka hati la!

Kesimpulannya, mari sambung belajar anatomy!
Adakah kau lupa...... (branches of Trigeminal nerve dan maxillary artery. Oh!)

Even Abu Ahmad supports Palestine!
Oh by the way, if you happen to want to learn from a close-to-the-ones-in-the dissection-room-instead-of-just-a-book, please do come by. Girls only though.


Ilmu itu juga harta. Maka infakkanlah.

ps: Effect of studying CNS early in the morning is very much like drinking a cup of w Biegu coffee. Oh! -_-"

Sekian.

Tuesday, June 01, 2010

Wahai Encik yang ku sayang,

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah. Dalam kesibukan bersedia untuk final, masih diberi peluang mengikuti perkembangan semasa dunia.
Masih diberi peluang mencari-Nya.
Tanda kasih dan cinta Dia kepada kita.

A: Oh Encik Moore, saya dah bersama awak dekat setahun. Saya rasa macam dah tiba masanya untuk saya beralih kasih. Kenapa saya rasa begitu ya, Encik Moore?

B: Oh, mungkin awak, Cik Pelajar, tak cuba memahami saya kot.

A: Tapi Encik Moore, saya dah selidik latar belakang awak, selongkar heart awak, front-to-back. Dekat 3,4 kali dah. Saya tetap rasa 'cannot go' lagi dah.

B: Oh, mungkin niat awak salah?

A: Saya dah cuba betulkan, setiap kali saya ingat.

B: Oh, kalau begitu, mungkin ada something wrong with your heart. Apa kata awak selongkar heart awak pula.

A: Mungkin. Saya rasa mungkin dah tiba masanya kita mulakan hidup baru. Semoga bertemu lagi Encik Moore. Doakan saya bahagia bersama Encik BRS!

B: -_-"


Learning anatomy is like learning a whole new language.
-_-"

ps: Oh! Maaf Encik Moore. Bukan ku tak sudi lagi denganmu. Tapi di saat-saat genting seperti, saya memerlukan Encik Tak-Tebal-Sangat-Dan-Tak-Banyak-Perkataan-Dan-Straight-To-The-Point. Oh, maafkan kekhilafanku!

Sekian.