Wednesday, May 26, 2010

What the F- - - - - ish?!

"Eiy Shida mencarut!"
Tolong jangan su'uzhon (buruk sangka) ok!

Salam 'alaikum. Salam buat semua. =D

Alhamdulillah. Matahari masih belum bosan menyinari pagi kita.
Mari manfaatkan masa lapang kita sebaik mungkin.

Kisah hari ini: Saya seekor ikan, hence the title.

Saya seekor ikan. Saya tinggal dalam akuarium di rumah Encik M.
Akuarium saya cantik sangat. Saya tinggal dengan ikan-ikan lain.
Saya boleh dikira sebagai ikan 'otai' laa. Tak, saya tak laa tua sangat.
Tapi semua ikan-ikan dalam akuarium tu hormat pada saya.
Dia-ikan (Diorang) ikut je cakap saya.
Saya suka keadaan macam tu. Seronok jadi ikan! Tak payah mandi.

Disebabkan akuarium saya diletakkan di ruang tamu, maka selalulah saya tengok TV (ya, saya tau TV itu apa. Harap maklum).
Saya selalu tengok National Geographic Channel. Tengok spesis2 saya di TV, berenang bebas di lautan, membuatkan saya rasa teringin menjelajah ke serata dunia.
"Nampak macam best."
Maka saya pun menyuarakan hasrat saya kepada tuan saya, Encik M (and yes, tuan saya pandai cakap bahasa ikan).
Encik M bersetuju dengan saya.
"Perlu juga tengok dunia ni sekali sekala", kata Encik M.

Berbekalkan keperluan2 yg di'sponsor' oleh Encik M, saya pun pergi terjun ke laut, menjelajah lautan luas.
Subhanallah! Sangat indah alam ciptaan-Mu ini!
Dan baru saya sedar, saya bebas berenang kemana2.
"Ah, heaven sungguh kebebasan ni!"
Saya pun terus berenang-renang, cari kawan baru.
Ramai kawan saya.

Dalam keluasan laut ni, hampir je saya lemas. Eh tak, tak logik. Hampir je saya sesat.
Tapi, mungkin GPS saya masih berfungsi dengan baik, saya pun tak sesat.
Tapi lama-lama saya berenang gaya bebas, saya pun jadi bosan.
Saya bosan jadi ikan!
Saya selalu tengok ke permukaan air, selalu juga saya nampak manusia2 bergembira ber-BBQ dan ber-cruise atas kapal.
"Ah jelesnya!".
Saya nak jadi manusia gak! Macam best.

Lalu saya pun dengan beraninya melompat ke atas kapal cruise yang sedang dalam perjalanan menuju ke mana saya tak tau.
Tadaa! Saya dah ada atas kapal.
Mula-mula memang la, peh susah nak bernafas!
Lemas duduk atas darat ni.
Tapi lama2, lepas dah train diri, berjayalah saya menjadi manusia. Wehuu!

Maka hiduplah saya sebagai seorang manusia setelah bosan menjadi ikan.
Jadi manusia susah. Macam-macam tak boleh buat.
Macam-macam etika nak jadi manusia ni.
Nak tidur kena cari tempat tidur.
Nak buang kena pergi toilet.
Kena mandi pulak tu!
Tapi jadi manusia best jugak.
Boleh makan nasi goreng, laksa penang, aiskrim, tomyam, bla3.
Jadi ikan balik2 makan rumput. Bosan!

Perjalanan hidup saya sebagai manusia susah sangat.
Ye laa, jadi manusia kat tengah-tengah laut ni.
Bila-bila masa je kapal cruise saya naik ni boleh karam macam kapal Titanic yang terbelah dua.
Pastu lemas, mati.
Tak pun, lemas2, bertukar jadi ikan balik. Oh tak nak i!

Kadang-kadang tu, ada juga kawan-kawan saya pergi terjun berenang.
Nak tangkap ikan katanya. Ngeh3 *evil grin*
Kadang-kadang tu, ada juga kawan-kawan saya yang tak berjaya naik balik ke kapal cruise kami tu.
Jadi apa saya boleh buat? Terjun pergi selamatkan?
Oh tidak. Saya takut lemas.
Saya pun apa lagi, saya humban tong-tong oksigen ke dalam laut tu.
Semoga kawan-kawan saya boleh bernafas dalam laut tu. Oh!
Nampaknya kena tukar strategi.
Mungkin boleh cuba menjala ikan pula lepas ni. Hurm.

Tak berapa lama jadi manusia saya pun terasa rindu kat tuan saya, Encik M.
Saya berfikir-fikir. Perlukah saya balik ke akuarium saya?
Saya sangat rindu dengan Encik M dan kawan2 akuarium saya. Dan saya yakin Encik M dan kawan-kawan akuarium saya pun rindu saya. Hurm, macam mana ni?!
Kalau saya balik pun, saya nak balik sebagai manusia ke ikan?
Jadi manusia karang, Encik M tak kenal saya pulak.
Tapi saya tak nak jadi ikan! Oh -_-"
Ke kena berpura-pura jadi ikan dan tinggal di akuarium comel saya tu?
Karang jadi ikan sungguh pula.
Macam mana ni. Saya perlukan bantuan!



If you get up one more time than you fall, you will make it through.


ps: Cerita adalah bukan rekaan semata-mata dan ada kena mengena dengan yang masih hidup. Sila faham sendiri. Tak faham lantak.

Sekian.

9 comments:

che omel said...

pergi jmpa balik ikan2 itu..
dan bawa mereka menjadi manusia..
jadi shida yang biasa..cuma versi yang berbeza..(manusia instead of ikan)
mngkin dioikan nak jdi manusia tapi tak tahu cara...=)

LightOfWitness said...

mana ada ikan tu nama shida -_-"

che omel said...

owhh..silap2..nama ikan itu saya ea..=)

nurul1man said...

kenapa ikan ni x ske mandi, padahal dok dalam air? musykil ni.. hmm..

p.s. tukang cerita ni pun x ske mandi eh..?huhu..

LightOfWitness said...

-_-"
ikan tu dia da boring dok dalam air tu. tu dia malas mandi. hehehehe.

saya rajiiinnnnn mandi. hehehehe

liyana Z said...

owhh my little mermaid ngeee~~

LightOfWitness said...

mermaid? haha. mermaid tak dok atas kapal laa kak yana. ke? huhu

liyana Z said...

owhh ye ke? hw pity! klu gitu im sure even mermaids jeles ngn "ikan otai" nih *hiks*

bgtau kat si otai ikan nih, dunia nih tersangat lah luas. hidup ini tersangat lah indah. n come on! we r in the 21st centuary everbody r free to do as thy wish =) [err o'coz within d teachings of quran]

pesan kat si ikan berjiwa manusia nih, die patut contohi sikap ex-gangster zaman rasullullah s.a.w; abu dzar. abu dzar nih asal dr kluarga ghafiry klu tk silap. kira mmg kluarga otai gangster la, tp hati die baek ala2 mcm mamat jamaican-coke or robinhood.

pendek crita, bila abu dzar nih peluk islam. die bukan jer dapat buat family die yg mmg otai sgala gengster kat tanah arab tuh TRIMA die, trima perubahan, die but also REVERT THM all to islam!! masyaAllah...
*teringt hadith logam*

so wahai si ikan otai, andai abu dzar dgn izin Allah mampu lembutkan hati para gangster. sudah pasti tentu awak mampu buat rakan2 seaquarium anda menerima anda! (ikan ade hati ke? huhu) u r a human. not a fish nmore! d most sophisticated creature!! so act like one!*wink*wink*

***may the force from Allah be with you!***

LightOfWitness said...

uuuu.
ikan-ikan suka makan nasi ayam ni. hurm.
macam abu dzar eh.
hurm. insyaAllah. nanti ikan tu jd cam abu dzar. hhuhu.

thnx kak yana! =)