Saturday, May 08, 2010

di sebalik lensa

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Sesaat lagi dipinjamkan kepada kita nyawa dan jasad kita.
Sudahkah kita beramal, memuji dan beristighfar pada-Nya?
Fikir sejenak, muhasabah diri.

Seperti yang saya janjikan, post-mortem time!
Post mortem versi saya laa. Bagi pihak Wajib Tayang Production. Haha.
Ok. Sesuatu isu tu, perlu kita lihat dari pelbagai sudut. Perlu kita kupas satu per satu.
Ibarat bawang ya, kita perlu kupas selapis, dan selapis lagi. Dah2! Jangan banyak mengarut.

Satu pengajaran yang saya dapat daripada penerbitan (cewah!) video2 Wajib Tayang ni ialah kepentingan hidup bersama. Hah? Apakah?
Video2 yang saya post bukanlah hasil usaha saya seorang, tapi juga usaha sahabat2 saya.
Kami mencari idea bersama2, dan menghasilkan video2 berdasarkan idea2 yg kami dapat apabila ber'brain-storm'.
Orang mukmin itu ibarat satu binaan yang saling mengukuhkan [Muttafaq 'alaih]
Bersatu dan bekerjasama tu penting. Ada siapa-siapa nak bantah?
Takde, bagus.
Bila kerjasama idea pun mencurah-curah.Bila kerjasama, semua jadi lancar.
Bila kerjasama semua jadi mudah~

Ok. Sebab tu, kalau kita tengok balik, dalam Islam, bersatu tu sangat penting.
Nak jadi ummah terbaik, apa caranya?
Amar ma'ruf, nahi munkar. refer[3:110]
Bukannya dengan solat sahaja. Or puasa sahaja. Even solat pun digalakkan kita berjemaah.


“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
[HR Ibn Majah]
Maknanya, hidup kita bukanlah sekadar menjaga hubungan dengan Allah sahaja, tapi juga dengan makhluk dan alam.
Kalau kita hanya jaga hubungan kita dengan Allah, lepas tu terperuk duduk dalam bilik sorang2 tak jaga hubungan dengan manusia, tak mengajak ke arah kebaikan, tak mencegah kemungkaran, walaupun benda tu terang-terang depan mata, lepas tu pula melakukan kerosakan pada makhluk termasuklah diri sendiri, fikir balik, di mana kedudukan kita kalau berdasarkan hadith ni?
Cakap berapi-api nak jadi 'the best ummah' tapi hanya kisahkan diri sendiri, sambil biarkan saudaranya terkontang-kanting mencari kebahagiaan dunia.
Jangan! Jangan biarkan ada di antara kita yang beralasan dihad
apan Allah nanti!
Come on sahabat! Kalau kita nak sesuatu, we have to work for it.
Selebihnya serah pada Allah, kerana rezeki dan hidayah hanya terletak pada kekuasaan Allah.
Dan jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.
Wallahu'alam

Seorang sahabat bila ditanya "Kenapa ek, walaupun orang buat tak tau, kau tetap mengajak gak?"
Jawabnya "Tugas aku untuk mengajak, bukan bagi hidayah"
Subhanallah.


Adakah kita akan beralasan dihadapan Allah kelak?


ps: semoga kita tak tergolong dalam golongan orang-orang yang menzalimi diri sendiri.

Sekian.

1 comment:

che omel said...

pihak wajib tayang berehat seketika...nk fokus kt exam..natykn kemunculan wajib tayang musim kedua..kih3..=P