Tuesday, February 23, 2010

berdiri duduk di mana saja.

Salam 'alaikum. salam buat semua.

buatmu sahabat:

bersabarlah.
hanya itu yang mampu ku ucapkan.
maaf sahabat,
bukan ku tak ingin menolongmu,
tapi ku juga turut terkesan.
mereka ajak kita 'clubbing',
kita jawab "no, thank you"
mereka ajak kita minum,
kita jawab "i don't drink"
mereka cadang kita cari 'couple',
kita jawab "we will. when we're married."
mereka ajak kita ke 'church',
dengan harapan kita goyang,
tapi Alhamdulillah, Allah melindungi kita.
akhirnya mereka 'give up'.
lalu mereka cuba 'psychologically'.
mereka kata kita kolot,
hanya kerana kita enggan berkompromi dalam perkara2 dilarang.
mereka kata kita menyusahkan diri sendiri,
hanya kerana kita enggan memakan makanan haram dan syubhah.
mereka gelar kita terrorist,
mereka marahkan kita, hingga membaling batu,
hanya kerana kita muslim.
mereka kata kita gila,
kerana sanggup menahan lapar dahaga,
tatkala menunaikan hak Dia.
mereka gelak kat kita,
bila mereka tengok kita mendirikan saf di tengah2 bumi Allah yang luas,
dan sujud menghadap Yang Maha Esa.
mereka kata mereka bertamadun,
tapi botol2 arak bergelimpangan setiap malam minggu,
berserta jeritan mereka yang separuh sedar,
dan bau yang tajam menusuk hidung.
mereka kata mereka hormat wanita,
tapi billboard perempuan 'almost-naked' merata2.
lalu mereka kata itu kebebasan hak asasi semua.
adakah itu bukti keluasan pemikiran mereka?
merdekakah minda mereka?
lalu kita jawab "cukuplah Allah dan Rasul-Nya sebagai pelindung kami.
kami rela dipanggil kolot,
kami rela digelar terrorist,
kami rela dilabel gila,
kami rela ditertawakan,
jika itu bermakna kami dapat mempertahankan aqidah kami.
tiada apa yg perlu kami gentar,
selagi Allah bersama kami."
Alhamdulillah, Allah bg kefahaman kepada kita,
Allah bg kekuatan pd kita,
untuk meneruskan perjalanan kita,
perjuangan menuntut ilmu yang masih belum selesai.
kerana sabda junjungan mulia:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,
nescaya Dia akan menguji dengan kesusahan"
bersabarlah, wahai sahabat.



p.s: la tahzan, inallaha ma'ana.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia benar-benar kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Sekian.

8 comments:

sz said...

shahida zahar!

LightOfWitness said...

ya sarina zulkifli!

sz said...

shahida zahar post anda berbau serius, saya berdebar baca! ;D

LightOfWitness said...

oh. minggu ini ialah minggu emosi ya. maka post pn emosi sket. hahahaha. rilek2.

shiela said...

alhamdulillah.
mudah-mudahan. mengapakah minggu emosi?? hee

LightOfWitness said...

sebab minggu depan credit anatomy lagi. huhuhuhuhuhu =p

che omel said...

"sesungguhnya bersama kesulitan ad kemudhn. maka apbila engkau telah selesai (dari satu urusan),tetaplah b'kerja kras (utk urusan yg lain). Dan kepada Tuhanmulah engkau b'harap"
(Asy-Syarh :6-8)

sesuai ayt ny ngan bdk medic...exam ta henti2..;D

LightOfWitness said...

JZKK! aa. credit lg mggu depan. best2! (tgh cuba tak mengeluh =p)