Thursday, February 18, 2010

tak baca pun takpe.

Salam'alaikum..salam buat semua.
weeeee

ok! firstly let's thank Allah for giving us all the things we need, ie a body to live in, with the muscles moving harmoniously, with the help of the brain and nerves and vessels to produce even the simplest movement like opening the eyelid and typing this little post. Alhamdulillah!

ok. dah.
POSFES pun dah habis (yg dimenangi oleh JADE, harap maklum).
maka bermulalah semester baru. weehuu!
semester yg jauuuhh lg busy dari semester lepas. tp takpe, insyaAllah kalau ada usaha, ada kejayaan. =)

ok lagi. i came across something very interesting to share.
saya tau semua org pun pernah rasa ni, kalau belum, tunggu je. nanti rasa la tu. wahaha!
no matter how hard kita cuba ikhlas kan hati menolak bisikan musuh utama kita, mesti terselit juga perasaan marah, benci, meluat, rasa nak lempang. come on, kita manusia. fitrah laa tu berperasaan dan berperasan. haha.
marah, benci, meluat, rasa nak lempang kat siapa?
haa. tu yg menjadi topic perbualan kedai kopi siber kita hari ni.

antara golongan tu ialah:

- kawan yang tak faham bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa polish, or bahasa apa2 je laa yg manusia tau. tak tau la kenapa. otak lembap ke, otak masuk air ke, tapi dah cakap berkali2 tak faham gak. nasihat dah. slow talk dah. nak sound direct je ke? rilek2. cool2. kita minum dulu!
- kawan yang tak habis2 menyusahkan hidup. kaki ada, tangan ada, tapi nakkkk jugak pinjam kaki tangan org lain. pastu tak berhenti bercakap pagi smpai malam, malam smpai pg, nyanyi2 perasan suara sedap, bebel je keje. benda berfaedah takpe. ni mengumpat je. sampai korg nak tido, nak makan, nak mandi, nak study, nak, erkk.. phm2 je la ya.
- kawan yang tak reti cakap "tak". believe me it is worse than kawan yg tk reti buat decision, walaupun dua2 mmg annoying gila tahap tkleh pakai. korg ajak buat baik dia tak reti ckp "tak" tu baguslaa, ni korg ajak buat benda tak baik pun dia tk reti2 nak cakap "tak" (yg korg ajak buat apa?)
- kawan yg korg rasa homo, terlalu banyak physical contact, melebihi kemampuan korg menerimanya. tak semua org boleh tolerate physical contact. kalau physical contact setakat salam, tepuk bahu takpe, blh laa anggap gurauan. ni tahap pukul smpai berbekas lima jari kat lengan korg, ok, hiperbola la tu, tp kalau smpai sakit2 dibuatnya, apa kes?
- kawan makan kawan, keje menipu, rampas bf/gf korg (padan muka. siapa suruh korg ada bf/gf. kan da kena rampas! wahaha!).

kat sini sy 'stress'kan masalah bersangkut paut dengan kawan ya. bukan org yg kita kenal cmtu2 je or mmg tk kenal langsung. sebab kalau org yg mmg tak kenal langsung, boh layan jeeee.
adakah korg perlu berdiam diri dan telan semua2 je?
mengaku je laa. jangan hipokrit. luar nmpak baik, dalam menyumpah2 kawan korg tu, kan dah tak ikhlas ukhuwwah tu. so macam mana nk buat bg kawan korg ni sedar sket.
so nak sound direct? rilek2.

1-JANGAN mengumpat kawan korg tu kat org lain. cite kat org tu, org ni, kawan korg mcm tu, mcm ni. loser gila nak mengumpat2 ni. tinggal kan ya amalan jahiliyyah ni.
"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." [al-Hujjurat (49) : 12]
2- jangan putus asa tegur kesalahan kawan korg ni, tapi tegur jangan smpai menyakitkan hati. tegur sekadar utk mengingatkan. bukan tegur sebab korg, tapi tegur sebab korg sayang kat diorang. tegur sebab korg takut bila korg marah tu korg doa bukan2 kat dia (yang memang korg tak patut buat in the first place). tegur sebab korg takut dorg menyusahkan org lain gak, yang tk brp nak sabar, last free2 kena maki kawan korg tu.
3- bila korg rasa macam nak mengamuk je, cepat2 istighfar.
4- pakai baju besi, so that bila kawan korg nak pukul ke, jentik ke, cubit ke, dia sendiri yang sakit. wahaha! takde2. korg pergi belajar seni mempertahankan diri, nescaya korg akan berjaya mengelak segala jenis serangan dari kawan korg tu.
5- hantar kawan korg pg ISK skali lagi. bagi tarbiyah dan didikan sempurna balik. tapi kalau kes korg ajak kawan korg buat benda tak baik, rasanya korg pn kena ISK skali lagi kot. wuwuwu
6- tak jalan jugak? tulis blog macam saya ni. harharhar! takde makna nya!
7- janganlaa suka sangat cari kesalahan orang lain. kita, termasuklah saya, ni pun takde bezanya. ubah dari dalam diri kita, niatkan dalam hati ukhuwwah kerana Allah. sebab serendah2 ukhuwwah adalah dengan husnuzon (baik sangka) dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah dengan? itsar (melebihkan orang lain)

and kepada korg yang baca, kalau ada mana2 yang kat atas rasa pedas2 cili kering, masa utk berubah la tu kot. haha.
kalau korg rasa perangai 'kawan' kat atas tu sama ngan perangai korg, diam2 sudah. takyah la nak tnya2 saya "aku ke weyh yg kau tulis kat blog tu". jangan perasan disalahkan dan jangan perasan famous sgt smpai saya nak buat 1 post pasal korg je. muhaha!
kalau korg rasa perangai 'kawan' kat atas tu, sama mcm mana2 kawan korg, korg blh ikut, korg blh tknak ikut. yang penting, jangan ikut mem"bab" buta je. sebab saya mungkin salah. kalau korg ikut, nanti korg pn jd salah. so kita salah beramai2. macam tu ke?
and jangan la korg cakap kat kawan korg tu "weyh aku rasa shida ngumpat kau r kat blog dia".
dahh 3 kesalahan korg buat.
1- su'uzon (buruk sangka)
2- memfitnah or mengumpat
3- perasan disalahkan
haa. jadi cara terbaik? diam saja. wokeyh?
kita akhiri sembang2 kita hari ni dengan tasbih kifarah =D

shift your paradigm!

nota kaki: post ni takde kena mengena dengan yg hidup atau yg dah takde. kalau ada persamaan, semuanya secara kebetulan. weeeeee.
p.s: forgive me for my language. saya sudah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan pengunaan perkataan yang tak patut saya guna. huhu. ampun!

Sekian.

No comments: