Monday, November 04, 2013

buku catatan maal hijrah

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari ni, tadi, ada parcel sampai; buku teks medik yang aku beli online.
Seronok. Gila. Rasa macam bagi hadiah kat diri sendiri.
Padahal,
tahu dah benda nak sampai.
Excited lebih.

Aku pun terfikir.
Oh. Macam ni agaknya perasaan,
kalau dapat
buku catatan amal cantik-cantik ikut tangan kanan.
Kot?

Aku pun terus buka selotep dengan tidak sabarnya.




Selamat awal tahun. Selamat Hijrah. Selamat berhijrah.
Selamat tinggalkan semalam.


Nah hadiah; lagu epik zaman sekolahan --



anda mahu tahu mengapa anda masih hidup pada tahun baru ini?
Kerana Dia mahu anda berubah. Dia mahu anda menjadi lebih dekat denganNya.

Senyum.
- inche gabanna -


ps: hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan.
Sila faham.

No comments: