Friday, April 08, 2011

Secebis nota emo.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Cahaya mentari musim bunga kembali menerangi pagi-pagi kita.
Sungguh indah.
Keindahan mentari pagi disudahi dengan damai hujan pada petangnya,
Subhanallah.

Kedatangan musim bunga memang sangat dinanti-nantikan.
Angin-angin musim bunga bertiupan, membawa pergi bersamanya memori musim sejuk, membuka halaman baru bagi kedatangan musim baru.

Ok. Cukup.

Kedatangan spring, pada kami, membawa bersamanya satu perkara "besar" dalam perjalanan hidup kami sebagai pelajar di sini.
Final Exam.
Tanpa sedar, final exam bakal menjelang, kurang 2 bulan lagi.
Reflect kembali, apa yang dah kita buat sepanjang tahun pengajian ini.
Produktif kah?
Atau sekadar memenuhi ketetapanNya tanpa hati dan jiwa bersama?

Ah ujian dunia.
Jika lulus exam yang kita kejar, maka lelahlah kita.
Kerana ketidak-lulusan akan datang bertemu kita di mana kita menyorok.
Jika kejayaan dunia yang kita kejar, maka kecewalah kita.
Kerana kejatuhan akan menyapa kita walau setinggi mana kita melompat.
Namun jika redha Allah yang kita kejar, maka berbahagialah.
Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya.

"Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan"
[2:148]

"Hamparkanlah masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya"
-ISHAB

ps: Jagalah hubungan dengan Allah.
Beriringanlah dengan teman-teman.
Berpakaianlah dengan pakaian taqwa.
:)

No comments: