Tuesday, March 15, 2011

oTL (ini kawan saya ajar)

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Khabar baik kah iman kita semua?
Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan sempurna.
Masih lagi diberi peluang menikmati duduk di rumah yang selesa. Bukan di tepi jalan mahupun di sekolah2 tempat pemindahan mangsa.
Dah diberi nikmat tu, bersyukurlah. Ingat pada yang susah. Jangan ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.
Semoga sahabat, saudara, dan sekalian makhluk di negara matahari terbit yang baru dilanda kesusahan itu diberi kekuatan untuk bangun, dan terus berlari membina kehidupan baru di bawah sinar cahayaNya.
Dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqamah. Jangan sekali kita padamkan lilin harapan itu.


oTL. Apa itu oTL?
Siapa tak tahu, dia oTL. Haha.
Tak2.
oTL ni adalah gambaran seseorang yang akhirnya pasrah menerima kenyataan bahawa dia adalah seorang loser pada masa dan keadaan itu. (kawan saya cakap)
Dan sekarang, saya rasa saya-lah oTL itu.
oTL oTL oTL

Cerita oTL 1

Lokasi: Dalam seminar immunology.
Situasi: Cikgu tanya banyak soalan, semua senyap tak boleh jawab.

A: Saya minta maaf. Saya tahu saya sepatutnya kena belajar dulu sebelum datang seminar. Tapi saya terlalu sibuk, esok ada exam Biochem. Maka saya terpaksa fokus pada Biochem.
B: Saya tak kisah pun. Saya tahu. Saya cuma nak ingatkan awak, kalau awak study last minute untuk immuno, awak tak kan sempat. Banyak nak baca ni. Lagi pun ni untuk awak.
A: Ya, saya tahu. Saya cuma rasa macam agak rude bila datang kelas, tak prepare, cikgu tanya tak boleh jawab.

Sopan betul mat saleh ni. (i'm being judgemental here. sorry)
Saya, apa saya rasa?
Tak rasa apa2.
Maka dengan itu, saya layak menerima anugerah oTL pertama.
oTL oTL oTL


Cerita oTL 2

Lokasi: Meczet
Situasi: Talk Bahasa Inggeris, ada translator Bahasa Poland.

A: (baca ayat Qur'an dan english translation)
B: (translate to polish)
A: (guna term bahasa arab)
B: (tak tahu nak translate macam mana). Mungkin kawan saya boleh translate dengan lebih baik. (panggil C. Orang Polish juga, mungkin)
A: (term bahasa arab)
C: (menerangkan dalam polish)
A: (baca ayat Qur'an)
C: (Tanpa menunggu english translation, terus translate ayat tersebut ke polish)

Ok. Dia memang faham bahasa arab.
Saya yang dah 20 tahun baca Qur'an dalam bahasa arab ni?
Patutlah susah betul nak menyerap masuk ayat-ayat Qur'an tu. Oh.
Maka dengan itu, terasa-lah nak menerima anugerah oTL kedua.
oTL oTL oTL


Cerita oTL 3

Lokasi: Rumah Penuh
Situasi: Kesempatan berjumpa dengan seorang doctor yang bukan berbangsa eropah. Datang ke Poland untuk belajar medic beberapa puluh tahun lalu. Dalam keadaan Poland masih berfikiran komunis, buku tak cukup dan belajar dalam bahasa Poland walaupun tak faham langsung bahasa Poland. Dan selalu ke serata Poland untuk mengajar masyarakat muslim Poland pada masa itu (Tartar) tentang asas islam.

A: Macam mana awak bahagi masa awak untuk belajar lagi, mengajar lagi.
B: Alhamdulillah, barakah. Saya belajar 2 jam pun dah boleh lulus exam.

Betapa tingginya kebergantungan dia pada Allah. Betapa dia benar-benar menghayati istilah tawakal. Betapa dia tahu sebenarnya bukan jumlah jam kita belajar yang akan menentukan keputusan kita, tetapi berkat dalam jam kehidupan itu yang penting. 2 jam belajar. Selebihnya? Menyebarkan.

Maka dengan itu, doc telah membuatkan saya dengan paksa rela menerima anugerah oTL ketiga.
oTL oTL oTL


Cerita oTL 4

Lokasi: Dalam bus.
Situasi: Duduk dalam bas.

A: Salam 'alaikum
B: Wa'alaikum salam.
A: something2 *in polish* do meczetu?
B: *monolog dalaman: mungkin maksud dia "nak pergi masjid ke?"* Tak (yes)
sembang-sembang-sembang
A: Saya ni bukanlah muslimah yang baik.
B: (memandang meminta penjelasan)
A: Kadang-kadang susah bangun subuh, kadang-kadang solat tak on time.
B: Oh. It's ok. Perubahan memerlukan masa. Slow2.
A: No, it's not ok. Saya sedih. Saya tak tahu nak buat macam mana.
B: Awak selalu ke datang masjid ni?
A: Actually semalam saya datang. Saya jumpa imam. Saya ucap shahadah semalam depan imam dan seorang saksi.
B: (rasa macam nak terjatuh, tergolek) Subhanallah. Macam mana perasaan awak sekarang? Ok?
A: Tak. Macam mana saya nak ok. Saya bukan muslimah yang baik.
B: (betul-betul jatuh terduduk, tergolek. Figuratively)

Dia sudah mula solat for a while sebelum officially revert.
Bayangkan, salah satu definisi "not a good muslimah" dia adalah tidak solat awal waktu.
Tu sebelum betul2 ambil keputusan nak revert.
Sangat bersemangat bila dia bercerita tentang future plans dia. Kagum.
Saya?
Muhasabah diri sikit.
Introspeksi sikit iman tu.

Maka dengan itu, saya tahu bahawa jelaslah bahawa saya adalah penerima anugerah oTL keempat.
oTL oTL oTL



Cerita oTL 5
Lokasi: BR
Situasi: Mengeratkan silaturrahim (hehe)

A: Bila-bila kita pergi jogging nak?
B: Ha'ah. Pergi minum-minum kat kedai kopi ke. Ye lah, ada kedai kopi tu dah macam nak tutup, lama tak buka.
C: *blur.blur.blur* Oh! *papp* (bunyi orang dipukul)

Maka cukuplah 5 anugerah oTL saya.
oTL oTL oTL



Penutup cerita bersiri oTL

Kita menghabiskan banyak masa, banyak tenaga, banyak kata2, banyak alasan untuk mencari kekuatan yang hilang. Tanpa kita sedar, kekuatan itu ada dalam diri kita sendiri, menunggu masa untuk dikeluarkan.
Maka kuatkanlah diri untuk mengeluarkan kekuatan tersebut!


Refleksi hati.




Mari katakan : "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”
[al-Insan (76) : 9-10]

ps: Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga saya siapkan satu post yang tak nak siap2. Setelah banyak kali tulis, save draft, tulis, save draft. Hehe.
Aseef kerana mengabaikan tanggungjawab. Aseef jiddan.

5 comments:

Sk1mpyTr33 said...

wow! tak sia-sia datang melawat kedai kopi hari-hari.
akhirnya buka kembali.

and article yang best utk di baca.
terima kasih.
tahniah kerana menang banyak anugerah oTL
so, lepas dapat anugerah, what next? :P

sila teruskan menulis dan mengingatkan ok. terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

pemilik kedai kopi, apa kena dgn chatbox anda takleh tulis?baru nk bajet2 comel lagi. jgn la blok I~~

yos truli,
stalker.. eh silap, pengunjung kedai kopi setia number 2.

LightOfWitness said...

busuk aa hg cik konon2-anonymous. blh je comment kat chat box. awat dgn laptop 4gig hg? lalala

Anonymous said...

i taknak kena stalk. tu la pasal jd cik anon jappp :D

cik hot hot chili hott, chatbox tu ada, tp tpt nak tulis tu takde. maybe dia keluar kat lap top 1 gig je kot. opsss

LightOfWitness said...

awat hg jeles dgn laptop 1 gig ni? haha.
sat laa org check.