Saat saya menaip isi perut blog ni, emosi saya berbolak-balik. Begitu juga dengan iman.
Iman yang tak pernah statik, tak pernah kaku.
Iman itu akan sentiasa bergerak, mem-bother hidup kita. Itu yang harus kita waspada. Itu yang harus kita hati2.
Jangan sampai iman TERlalu tinggi, lalu kita menjadi sesat.
Dan jangan sampai iman TERlalu rendah, lalu kita menjadi sesat.
Alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki untuk pergi bermusafir, mencari kepingan2 puzzle yang masih lagi missing, somewhere out there.
Tak semua orang Allah izin dapat melihat tanda-tanda kebesaranNya. Tak semua orang Allah izin dapat menggali hikmah disebalik ciptaanNya.
Mungkin kerana tidak berkesempatan, tidak mampu atau sekadar tidak dapat melihat.
Tidak dapat melihat dengan mata, mahupun dengan hati.
Tapi biar buta mata, jangan buta hati.
Bersyukurlah, dan beruntunglah orang-orang yang diizinkanNya.
I've seen a few of Malaysian movies and dramas lately.
Saya semakin kagum.
Dalam banyak2 movie Malaysia yang semakin hari semakin mengarut, semakin hari semakin ketandusan idea, muncullah cerita-cerita yang saya kira membawa sedikit perubahan dalam industri perfileman Malaysia.
Walaupun masih ada kekurangan sana-sini, but hey, it's a good start.
Ye lah, kita tak boleh expect pembikin2 filem ni terus nak buat 180 degrees turn kan.
Nanti tak ada siapa nak tengok. Kalau ada pun yang tengok, hanyalah orang2 yang memang faham hakikat Islam, mesej yg sebenarnya ditujukan pada umum, tak sampai. Sebab apa? Sebab orang tak tengok. Ye lah, macam agak loser lah kan tengok cerita2 alim ni. Siapa nak jadi loser, kan?
Ye, saya tau, masih banyak kesalahan dan kekurangan dalam cerita2 ni.
Tapi kenapa yg salah je yang perlu kita condemn, tanpa melihat kpd kebaikannya.
Mungkin director tahu, kalau dia buat cerita yg memang betul2 islamik tanpa cacat cela gedebuk macam tu, kumpulan target tak kan tengok cerita-cerita yg dia buat. Jadi macam mana mesej nak sampai?
Maka diletakkan sedikit madu ke dalam racun.
Ya, kita tak boleh campurkan yg haq dengan yg batil, kerana yang ada hanyalah hitam dan putih.
Tapi kalau kita buat satu cerita alim2 tanpa main2, satu pihak lagi buat cerita main2 tanpa alim2, tak ke sekular namanya tu? Ok. Mungkin tak.
The point being, perubahan perlukan masa. Dan perlu dilakukan sedikit2.
Mungkin tak bg impak maksima, tp sekurang-kurangnya dapat bertanda di hati penonton.
Kita tak blh expect semua orang see the world as we see it.
Different people have different perspective, no?
Maka nasihat, istiqamah, kesabaran dan doa lah menjadi kunci nya.
Bukan condemn, hina dan stereotyping yang diperlukan.
Kalau kita asyik condemn, macam mana orang nak keluar dari kepompong?
Nak keluar je, kena ketuk masuk balik. Buatnya orang tu lemah semangat?
Haa. Apa saya dah mengarut ni?
Apa-apa pun, syabas saya ucapkan kepada mereka yg berpemikiran kritis dan inovatif ni.
Macam dalam cerita yang sy tengok tu. Mesej yg disampaikan jelas.
Untuk bantu mengurangkan stereotyping masyarakat terhadap mereka yg pernah buat silap.
Macam mana masyarakat hanya tahu menghukum. Sedangkan bukan hak kita untuk menghukum.
Mereka dah buat silap, dan mereka dah sedar. Cukuplah perasaan bersalah sebagai hukuman bg mereka, tak perlulah kita tambahkan.
Pernah rasa ke perasaan bersalah tu?
Saya tertarik dengan satu ayat drpd salah satu buku yg sy baca.
"Take a bite off my plate, chew it, telan then talk. Itupun kalau tak throw up".
Mencari kesalahan orang memang senang. Tapi yakin ke kita, kalau kita berada dalam situasi orang tu, adakah kita akan terlepas drpd melakukan kesilapan yg sama?
Ye, yang salah tetap salah.
Sebab tu kita perlu benci perbuatannya, bukan orang nya.
Perbuatan yg salah, kita tegur. Nasihat. Nasihat kerana sayang.
Bukan tegur kerana marah.
Bukan tegur sebab meluat.
Boleh jadi satu hari nanti, yg ditegur, yg dihukum menjadi lebih dekat dengan Dia bebanding yang menegur dan yg menghukum.
Jadi apa yg perlu kita buat? Bantu mereka.
Mereka perlukan bantuan.
Lupakah kita bila kita dalam kesusahan, ada yg menghulurkan tangan?
Jangan expect orang akan hulurkan tangan kalau kita sendiri tak nak hulurkan tangan.
Jangan expect orang akan berlapang dada dengan kita kalau kita sendiri tak blh nak berlapang dada dengan orang lain.
Kalau musuh kita pandai cucuk kita dengan perkara yg kita suka buat, kenapa kita nak cucuk orang dengan perkara yg dia tak suka buat? Itu memang menempah kekalahan namanya.
Berkreatiflah. Dan yakinlah, kebenaran akan tertegak jua akhirnya.
[az-Zumar (39) : 52-54]
Semakin hari, usia semakin kurang. Apakah yang kita dah sediakan untuk hari esok?
ps: Mari sama-sama kita mengingatkan.
pss: Sebenarnya nak update pasal benda lain, tapi lain pula yg ter-update. Huhu.
1 comment:
wow. nice post. tuan kedai lama dah tak bukak kedai. waiting for the next cup of coffee :-) come back soon k.
Post a Comment