Tuesday, September 21, 2010

Live from my-sofa

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

*Ini entry mengarut*

Alhamdulillah. Selamat tiba di Warsaw.
Meneruskan perjuangan yang masih panjang.
Lepas ni mula busy, busy, busy.
Busy yang best. Tak sabar nak pergi IPS beli buku, start class.
Mari ikhlaskan hati!

Sampai2 bumi Poland, Warsaw menyambut kami dengan angin kuat dan temperature sejuk.
Sangat sejuk.
Ye, tiada lagi peluh.
Tiada lagi tunggu KTM selama 40minit.
Tiada lagi kena bayar setiap kali naik train dan bus.
Tiada lagi makan minum di mana2 kedai ikut suka.
Apa yang ada?
Kami ada kedai kebab matin.
Saya dah makan matin. Korang jangan jealous. Oh btw, matin dah naik harga 1zl. No, no, NO!
Kanapki numer 2 teraz jest 9zl. Oh man!
Banyak tempat kat Warsaw sedang di-renovate.
Nampaknya dalam masa 2bulan ni, Warsaw dapat banyak duit.
Kami kaya! Wehuu!
Dah lama tak greet orang dengan "dzien dobry".
Dah lama tak kena stare macam la kami ni makhluk asing.
Dah lama tak cakap kuat-kuat bahasa Malaysia tanpa orang lain faham. Oh seronok!

Kawan-kawan, bila nak balik ni?
Warsaw sunyi. Tak ada siapa nak masak.
Saya tak boleh masak di rumah Lucka 20. Sebab peti ais tak boleh on. *wink*
Lucka 18, tolong balik cepat supaya kami boleh lunch dan dinner properly.
Ok, saya sudah mengarut.
Kami penat setelah menghabiskan masa satu hari Florence, bandar Renaissance.
Nak tengok gambar? Hehe. Segan-lah!
Jangan risau. Kami tak pergi tengok statue of David by Michelangelo.
Muzium tutup hari Isnin. Maka hari Isnin bukanlah hari sesuai untuk ke Europe.
Florence cuaca sangat best. Tak panas, tak sejuk. Damai.
Setelah kedai kopi tutup selama 2 bulan, kini saya akan cuba untuk tak tutup.
Oh, kena pergi kedai kopi w Biegu. Agak2 dah naik harga ke?
Ok-lah.
Saya macam jet lag terlebih.
19 Sept 2010, merupakan hari yang sangat lama. Kami ada 30jam pada hari tu.
Maka kepenatan memang agak melampau.
Tidur juga agak melampau. Sekarang memang sudah mengantuk.
7pm dah mengantuk. Kalau tak kerana Isha' yang pada jam 8.30, nescaya rumah kami dah gelap lama dah.
Oh ya. Maghrib jam 6.40pm. Macam best?
Jangan excited lebih, Subuh jam 4.20am. Hehehe.
Hari ini kami habiskan dengan mengemas rumah. Sila take note.
Kalau ada open house, rajin-rajin la jemput ya.

Graffiti-Florence-style? I guess.


*Update hari pertama pulang ke Warszawa.
Khas untuk kawan-kawan yang belum balik.*

Baju ronyok tak apa, asal pakai selesa
- Fynn Jamal

ps: I miss you :)

Sekian.

2 comments:

saye kerink said...

yuhuuu! dah balik yee. hai hai hai! haha ;]

LightOfWitness said...

semangat encik ni online dari campus eh. hehehehehe :D