Friday, March 09, 2012

Duaaaa puluuhhh satuuuuu. Okeh.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Bila diintrospek kembali, saya rasa sangat sedikit saya bersyukur.
Sedangkan nikmat Allah itu melimpah ruah, bukan setakat tak terkira, sampai tak ternampak pun, sebab belum sempat nampak satu nikmat tu, nikmat lain dah datang, menghilangkan nikmat yang lama dari pandangan alpa. Sedang ke semua nikmat itu terus-terusan berada di situ. Cuma cermin mata yang kekurangan lengkungannya barangkali.

Hampir setiap minggu, saya sendiri tak berpeluang untuk "ter"lupa jika hari itu adalah hari Jumaat, dan antara amalan utama hari Jumaat ialah membaca surah Kahf.
Pasti. Pasti tidak berpeluang lupa.
Kenapa?
Kerana Allah kurniakan diri ini sahabat-sahabat dan mereka di sekeliling yang soleh, yang seringkali mengingatkan.
Apa lagi yang boleh di katakan?
Tsumma Alhamdulillah.

Saya rasa anda semua pasti tahu apa yang sangat panas dan hangat circulating di alam maya ini, pada saat ini.
Mungkin anda sudah pun menonton video selama 29 minit itu, atau mungkin belum.
Dan saya tidaklah hendak memberi apa-apa kritikan mahupun komen atau kompelin.

Cuma yang saya tertarik pada video itu, adalah semangatnya.
Bagaimana satu kumpulan manusia yang yakin dengan apa mereka perjuangkan, yakin apa yang mereka perjuangkan itu adalah benar dan harus ditegakkan.
Dan mereka benar-benar berusaha menegakkannya, sehingga suara mereka didengari.
Subhanallah. Sungguh tegar!

Mereka tidak putus asa walau pada mulanya segala usaha mereka ditolak.
Mentah-mentah ditolak.
Semata-mata kerana apa yang mereka perjuangkan itu tidak memberi kesan kepada kuasa besar kapitalis tirani.
Maka suara mereka yang kecil itu bertambah-tambah kecil.

Tapi...
Ada mereka berputus asa?
Tidak!
Walau suara mereka kecil, jiwa mereka besar! Besar! BESAR!
Dan mereka berusaha.
Dan terus berusaha.
Dan usaha tanpa jemu, tanpa putus asa.
Mereka korbankan masa dan tenaga mereka.
Semata-mata untuk sesuatu yang tak membawa apa-apa kesan pun pada diri mereka.
Kerana apa mereka berjuang?
Kerana apa yang mereka sangka sebagai kebenaran.
Ya. Kebenaran semata-mata.
Sehingga akhirnya suara mereka menjadi besar, menggegar lena mereka yang tidur.
Allahu Rabbi.

Kini fahamlah saya.
Jika konflik dalam diri sendiri tak mampu diselesaikan, bagaimana mahu bermimpi besar?
Oh. Harus malu tutup muka kepada mereka.
Sedang diri yang kononnya berjuang ini, sedang membawa risalah agung.
Sesuatu yang kita yakin tiada yang lebih benar melainkannya.
Tapi...
Sejauh mana usaha diri?
Sejauh mana kesungguhan diri?
Sejauh mana pengorbanan diri?
*air mata mengalir deras* T_T

Mari kita sugguh-sungguh tingkatkan usaha kita dengan benar-benar bersungguh-sungguh!
Dan jika mereka boleh yakin tahun 2012 adalah kemuncak perjuangan mereka, mengapa tidak kita?
Let's spread the word (^^)v




21 hari lagi...


The people who are crazy enough to think they could change the world, are the ones who do.

ps: al-Ankabut ayat 69 ^^
ps2: Saya tak against perjuangan mereka. Kita juga punya kader hebat. Sekadar introspeksi diri. Aman.

No comments: