Sudahkah anda bersyukur hari ini?
Sudahkah anda mohon keampunan hari ini?
Mari sama-sama kita ambil masa sebentar untuk beristighfar, bersyukur dan memanjatkan setinggi-tinggi pujian pada Dia, yang paling layak menerimanya.
Jujurnya, dah lama saya terasa nak update.
Macam-macam berlaku.
Banyak perkara yang ingin dikongsi.
Tapi kekangan masa membuatkan tak terdaya mengangkat jari menaip isi blog ini.
Ok. Melampau kalau merungut tak cukup masa.
Mungkin sekadar kekurangan kerajinan. Oh.
Hari-hari berlalu, kadang-kadang tu rasa tak sempat nak kelip mata pun dah selesai satu hari.
Kadang tu, berkelip tak larat nak kira berapa kali pun tak sudah-sudah juga hari itu.
Atas bawah, macam roda.
Tahukah anda, bumi ni bulat tak berapa bulat?
Ok lah, sfera. Masa sekolah dulu, cikgu ajar geoid.
Hah. Apa-apalah. Yang penting, anda dapat ideanya bukan?
Kiranya bumi ni tak lah rata atau petak macam yang pernah dipercayai orang dulu-dulu.
Mungkin.
Jadi, kalau kita nak hidup kat bumi ni, kita kena lah adapt dengan hakikat kejadian dan rupa bentuk bumi ni.
Kan?
Kalau kita kata bumi bulat, bermakna untuk terus berdiri atas bumi, kita kena bergerak. Kalau tak bergerak, hilang keseimbangan, kita jatuh.
Macam berdiri atas bola sarkas. Kalau kita berhenti bergerak, hilang keseimbangan kita pun jatuh.
Ye tak?
Ke tak macam tu?
Mana boleh. Bumi ada daya graviti.
Ah. Suka hati sayalah. Analogi saya.
Pokoknya, kita kena bergerak. Bergerak, dan terus bergerak.
Kerana hidup ini keseimbangannya dinamik. Bukan statik.
Boleh berhenti kalau penat bergerak.
Sedangkan Nissan Fairlady pun perlukan rehat kalau jauh perjalanan.
Apatah lagi kita yang memang sememangnya jauh perjalanan.
Tapi harus kita ingat, berhenti, sekadar untuk melepaskan lelah. Hanya sementara.
Bukan untuk bersenang-senang. Kerana rehatnya seorang mukmin itu, nikmatnya di syurga kelak, inshaAllah.
Sepanjang minggu ni, begitu banyak yang berlaku, pelbagai pentarbiyyahan diterima. Direct.
Dari tarbiah dapur, ke tarbiah kesibukan, ke tarbiah exam, ke tarbiah dalam-kelas-mikrobiologi-cikgu-kata-kadar-STD-paling-tinggi-adalah-di-south-east-Asia-termasuk-Malaysia-apa-nak-jadi-tak-tahu, ke tarbiah hari-tu-buku-nota-paediatrics-kali-ni-buku-teks-pula-hilang-mungkin-kena-jadi-paediatrician-ni, ke tarbiah ajal-maut-jumpa-patient-yang-doktor-jangkakan-akan-mati-pada-usia-dua-tahun-tapi-masih-mampu-bersembang-sembang-dengan-kami-pada-usia-tujuh-tahun-dengan-kadar-intelligent-yang-agak-tinggi, ke tarbiah simptom-pelik-pelik, ke tarbiah satu-status-FB-boleh-buat-orang-interpret-pelik-pelik, dan ke tarbiah hospital.
Subhanallah. Sungguh. Banyak lagi yang dah tak rajin nak list semua.
Subhanallah.
Setiap yang berlaku tu, ada pertarbiyyahan nya. Cuma kita, nak buka mata atau nak tutup rapat macam *ehem*dalam-kelas*ehem*.
Kita memang tak akan pernah tahu dan faham apa yang Dia dah tetapkan, dah susun atur untuk kita.
Kita tak tahu. Dan mungkin tak akan tahu pun. Sebab itu semua rahsia Dia.
Cuma percayalah, mesti ada yang Dia simpan.
Itu pasti. Dan kita, hanya perlu yakin.
Yakinlah, everything will be OK in the end. If it's not OK, it's not the end. Yet. (^^)v
March di New World, Warsaw
Saya teruja ingatkan pre-GMJ. Rupanya demonstrasi aman bantahan penggunaan pesticide ke atas lebah.
Oh. Aktivitis lebah rupanya. Tak apa Warsaw, kita saksikan.
*Teruja GMJ. Soon. InshaAllah. Biidznillah*
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
[2 : 214]
ps: Doakan saya mampu lakukan apa yang saya katakan ya ^^
ps2: Jangan lupa untuk tak putus harap dan doa anda.
No comments:
Post a Comment