Showing posts with label mata bersinar-sinar. Show all posts
Showing posts with label mata bersinar-sinar. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

So much to learn, so little time...

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.

Akhirnya, sedikit break daripada hectic-life yang menuntut diri ini bertapa menghadap buku sepanjang masa. Bolehlah mula catch up on things-kinda-neglected before. Huhu
Harus semuanya disebabkan ketidak-upayaan diri untuk mengurus masa dengan baik. Astaghfirullah.

On the topic of time management, selama ini selalu orang berpesan pada saya; get your priorities right. Prioritise.
Dan banyak kali juga kandas dalam percubaan.
Saya tak tahu di mana silapnya.
Adakah saya tidak tahu apa priority saya?
Atau saya memang tak reti nak prioritise?

Hah!

On another topic, kadang-kadang kita rasa kita dah habis being pushed to the limit.
Ahh, tak mampu lagi! Tolong ingatkan aku....Err. Ehem.
Kadang saya rasa macam dahh cukup! Dah sampai edge of Cliff of Moher dah ni. Cukuplah. Tolonglah.
Tapi semua asakan terus bertalu-talu menolak.
Bukan sekadar carpet bombing, drones turut dihantar sekali dengan missile.
Tunggu masa nak jatuh je daripada Cliff.
Tutup mata, pasrah je.
Tapi jatuh yang ditunggu tu tak juga kunjung tiba.
Eh, pelik.


Semalam kami hadiri sebuah talk yang pada saya amaaat serta sangaaatttlah bermakna, dan harapnya akan membawa pada amal.
Talk khas untuk kami, inshaAllah para doctor-to-be.
Dan saya rasa terjawablah persoalan-persoalan saya yang kusut menyerabuti neuron otak saya. Ohoi.

Kata Dr, kita kena prioritise.
Err. Prioritise lagi.
Tapi ada tambahan nya.
Prioritise... and sacrifice.
Eh?
Bermakna, prioritise apa yang penting, dan sacrifice apa yang tidak penting.
Oh?
... (mata terkebil-kebil)
... (mata terkebil-kebil)
... (mata terkebil-kebil)
Patutlah!


Pada masa lapang pula, saya gunakan masa untuk bersembang-sembang sedikit bersama Dr, dan juga isteri beliau yang turut menemani beliau ke sini (ladies power! wuhuu!)
Pesan mereka, you must be willing to go extra miles.
There is always a way out.
Kalau kita sungguh-sungguh ikhlas doa pada Tuhan, yakin dengan benar-benar yakin yang Allah akan bantu kita, inshaAllah help WILL arrive.
Tak kiralah setakat mana kita rasa kita tak mampu, kita masih mampu sebenarnya.


Kita di sini, hidup kita bukan hanya untuk diri kita.
Berilah erti pada hidup dengan memberi.
All the emotions, hormones flowing through, salurkanlah.
Ke mana?
Devotion to God, and charity.
Shift your paradigm. And inspire others.
There's only so much you can do as long as you're willing to.




Whatever happens, never let people touch you on the inside.


ps: Saya rasa saya baru faham. Mungkin. Atau mungkin salah. Atau mungkin saya salah faham. Entahlah. Islam & da'wah is not about dictating someone's life or letting someone dictate your life. Sure Islam has law and lifestyle. But you just have to be creative.
ps2: Moga Allah terima amal saya, anda, kita dan mereka. Doa, dan teruslah berdoa.
ps3: Seriously, it's like the last day of March, but the snow outside, it's like the beginning of January. Welcome back Winter. Stay as long as you wish. You're just following God's order. Jangan berhenti hanya kerana manusia bising-bising. Biasalah mulut manusia. Don't let people touch you on the inside, and don't let people's hope dictate your life. Wuhuu! Tahniah encik Snow. (^_^)v

Monday, December 10, 2012

Hah! Tunggu apa lagi?!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Baru selesai 2 minggu di Pulmunology.
2 minggu. Memang sangat macam lama.
Since PMR, all the way through SPM & my foundation studies, I never really liked learning the respiratory system. It's just too passive <== this is a lame medical joke. Whoever gets it is as lame as I am at making jokes. Eh.
Dan bila melihat jadual yang ada bertulis Pulmunology selama 2 minggu, sigh.

Satu hari, sedang kami berjalan keluar daripada ICU, salah seorang ahli kumpulan kecil kami (ya, kumpulan kami sangat kecil dan saya sangat bahagia) berkata "akhirnya, sesuatu yang mengingatkan saya kembali kenapa saya nak belajar medicine" (ok, ayat dalam bahasa asal jauh lagi menarik. Maafkan saya).
And how right he was!
Dan buat pertama kalinya, saya terasa ingin belajar respiratory system dengan bersungguh-sungguh. Hoho.

I guess we all need such reminders once a while.
Moga Allah tetapkan hati dan niat kita.




Kata En Afdlin:
"Apa yang dorang nak is menghancurkan infrastruktur supaya orang di sana dah tak boleh hidup lagi. Sebab dorang dah tak ada sebab 'kenapa lagi aku nak duduk sini'. Hospital pun susah, berniaga pun susah. Apa pun dah tak boleh buat. Dia nak mematahkan semangat orang-orang Palestin supaya mereka keluar, dan akhirnya Israel yang dahulunya hanya datang menumpang di Palestin menukar peta Palestin tu menjadi peta Israel. Itu yang dorang nak.
Tapi silap mereka adalah mereka tak kenal orang Palestin. Mereka tak kenal semangat orang Palestin yang 'kau buat macam mana pada aku pun, aku akan tetap mempertahankan bumi ini. Sampai ke darahku yang terakhir'.
Semua tak takut mati. Macam mana kau nak lawan orang yang tak takut mati?
There is no way. You cannot break their spirit.
You cannot break the spirit of the Palestinian people, of the people in Gaza."

MashaAllah! Well said!

Mari ambil aura semangat mereka untuk teruskan perjalanan kita.
Moga Allah redho.

Kata seorang patient kepada cikgu, "mungkin saya ditimpa pelbagai penyakit sebab saya tak pernah ke gereja kot doktor".
Jawab cikgu:
"Tapi Tuhan itu ada di mana-mana sahaja".
Huhu.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
[al-Baqarah 2 : 186]

Friday, November 16, 2012

1 sahaja lagi!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Belakangan ini. Setiap kali, setiap kali saya buka laman web Facebook, setiap kali itu News Feed saya dipenuhi oleh berita-berita, gambar-gambar, kata-kata semangat.
Semuanya buat menunjukkan solidariti kita terhadap saudara-saudara kita.
MashaAllah!
Rasa macam kena spam pun ada. Eheh.

Teruskan. Teruskan doa kita.
Dalam kita doakan saudara kita di Gaza, jangan tinggal doa kita buat saudara-saudara kita yang terus-terusan dizalimi di Syria, di Arakan, di mana-mana sahaja!
Mereka tetap saudara kita. Kita tetap bersama mereka. InshaAllah.

Moga Allah permudah urusan kita esok.
Mari tajdid niat.






Doa. Doa. Doa.
Teruuuuuuss-terusan.
:)

Tuesday, November 13, 2012

EMPAAATT. Hari. Lagi. *aman*

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Countdown. Bermula. Lagi.
Debaran. Kian. Terasa.
Palpitation. Nierownie bicie serca.
Rabbi yassir wa la tu'assir wa atmim bi khair.



Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
[at-Taubah (9) : 128]

Monday, November 05, 2012

Hadiah 25

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari demi hari, satu persatu petanda yang Allah tunjukkan pada kita.
Petanda, petunjuk.
Petunjuk, petanda.
Petanda apa?
Petunjuk apa?
Errr.

Allah tunjukkan yang Allah memang benar-benar sayangkan kita.
Dengan itu, Allah kurniakan kita dengan sahabat-sahabat yang baik.
Sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kita padaNya.
Sahabat-sahabat yang apabila kita duduk bersama mereka, langsung ingatan kita pada pertemuan di taman-taman syurga.
Sahabat-sahabat yang apabila kita tatap wajah mereka, terus tinggi meningkat himmah kita.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Kita berbeda untuk saling mengisi segala kekurangan kita.
Tak ada bukit yang terlalu tinggi untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam untuk diselami


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[al-Anfal (8) : 63]


ps: oo, hari ini ada laa seorang sahabat tu yang buat sesuatu yang sangat sweet-hyperglycemic! Oh!
ps2: Bilalah nak berjaya menjadi sahabat yang memberi rather than diberi. Oh! T_T

Monday, October 08, 2012

Yang berlalu makin tua, yang bakal datang makin muda. Erk!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari berganti hari. Dan umur kita makin berkurang.
Sesaat berlalu, berkuranglah sesaat yang tinggal untuk kita.
Duduk sejenak, dan berfikir.
Berapakah usia kita saat ini?
Berapakah baki usia yang tinggal untuk kita?
Maka apa yang perlu kita buat dalam masa yang semakin singkat ini?

Kalaulah pepatah ada menyatakan bahawa hidup bermula pada usia 40, maka sejarah kegemilangan Islam telah membuktikan sebaliknya.
Tak percaya?
Check semula sejarah Sultan Muhammad al-Fatih.
Check semula kisah Muadz dan Muawwidz.
Check semula kisah Imam as-Syafie.
Check semula kisah Imam Nawawi.

Mereka ada Konstantinopel.
Mereka berjaya membunuh musuh Allah dalam sebuah peperangan.
Mereka ada hafaz Quran seawal umur 9 tahun.
Mereka ada kitab Riadhus Solihin.

Tanya diri, aku ada? Apa aku ada?
Apa yang dah diri kita lakukan untuk dunia, untuk ummah?
Apa ada, kalau pergi ke kelas pun lambat.
Apa ada, kalau di kelas pun tak nak berfikir.
Apa ada, kalau belajar pun main-main.
Apa ada, kalau doa pun malas.
Apa ada, kalau tawakkal pun bukan kepada Allah. :o

Wahai yang berselimut! Bangkitlah!
Ambil cintamu di langit, tuk ditebar ke bumi.


A famous poet once said:

You can't always get what you want. But if you try, sometimes you might find that you'll get what you need.

ps: Kalau rasa-rasa tak boleh, ingat. It's just a matter of perception. An optical illusion.
ps2: Wahahah. Konon semangat baru mula kelas. Moga mampu tsabat dan istiqomah. Jom berusaha! Dan berdoa tanpa putus (^_^)v

Wednesday, April 25, 2012

Senyum malam hari

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ya, saya lagi. Ahah!

Benarlah, bahagia itu adalah dengan mengingati Allah.
Dan kebahagiaan itu, hanya hati yang merasa dapat menikmatinya.
Alhamdulillah.
Bertambah-tambah nikmat kurniaan Dia pada diri. Tsumma Alhamdulillah.

Sekadar perkongsian kecil. ^^

Nie ma Boga prócz jednego, Muhammad Jego wysłannikiem

Terjemahan shahadah kita ke bahasa Polski. (^^)v


Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
[49 : 13]

ps: Terasa loser-yang-amat apabila sedar diri tak tahu berbahasa Arab mahupun Polish. *air mata mengalir laju*
ps2: Semoga Allah lembutkan hati semua yang hadir pada ceramah "Mari Mengenal Agama Kami" tadi yang berbahasa Polski untuk menerima hidayahNya, seperti mana Dia telah melembutkan hati-hati tersebut untuk berada dalam dewan tersebut. Aamiin :)
ps3: Ohho. Benarlah medan cakap lebih mudah dari medan amal. Y_Y

Friday, March 30, 2012

1. No wait. 0. Hari ini!! *firework*

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Moga semua masih berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja iman dan jasmaninya. Juga emosinya.

Minggu ini, kami terpaksa memberi ruang kepada Pathomorphology untuk mengisi tiap-tiap pagi kami.
Dan kelas ni dekat sangat dengan rumah, maka haruslah lewat tiap-tiap pagi -__-". (ok, tapi tak lah lewat sampai cikgu dah mula kelas. Lewat sikit je, setakat kena duduk betul-betul depan screen tu, apalah sangat. Kan?)
Baik, ini kami punya azam baru!

Dari hari pertama, cikgu sering kali menyebut perkataan autopsy.
Tapi tak juga berpeluang melihat sendiri.
Sehingga semalam. *gulp*
Dan melihat sekujur tubuh dihadapan kami, pucat, sejuk (mungkin), sungguh membuat kami kembali introspeksi.
Begini agaknya rupa kami bila mati nanti. Pucat, sejuk (mungkin). Pucat tanpa darah.

Atau mungkin kematian kita akan jadi sedikit berbeza.
Mungkin juga kematian kita tidak pucat, tapi merah. Merah kerana darah yang mengalir.
Seperti mana pedih hampir berdarahnya hati-hati kita melihat saudara-saudara kita "dialirkan" darahnya akibat kekejaman oleh makhluk juga, bergelar manusia.
Yang diharapkan penuh dengan sifat kemanusiaan.

Setiap hari harus ada saudara kita pergi dengan darah mengalir keluar.
Pergi mempertahankan diri, mempertahankan agama, mempertahankan keluarga, mempertahankan tanah air.
Dan jika ada secebis nilai kemanusiaan dalam diri kita, harus kita rasa simpati terhadap mereka.
Tapi bukan itu yang mereka mahukan!
Mereka tidak perlukan simpati dari kita!
Mereka hanya mahu kita faham perjuangan mereka.
Mereka hanya mahu doa kita yang berpanjangan.
*ok. Emo sebentar*

Dan hari ini, hari ini bakal menjadi satu lagi hari penting dalam lipatan sejarah kita dalam menyokong perjuangan saudara kita di Palestine.
Hari ini, kita bakal saksikan penyatuan seluruh dunia dalam usaha menunjukkan solidariti mereka terhadap mereka yang berada di Palestine.
Hari ini, kita bakal saksikan, apakah lagi yang mampu dilakukan oleh mereka yang sudah hilang sifat kemanusiaannya.
Hari ini, kita bakal saksikan.

Berdoalah. Dan terus berdoa.
Berdoalah tanpa jemu, tanpa penat.

Bersediakan anda?



Bagi anda-anda yang berada di Poland ni, mari kita tunjukkan solidariti kita dengan memakai baju putih hari ini. ^^


Allahualam.
Moga Allah redha.


We know too well that our freedom is incomplete without the freedom of the Palestinians
[Nelson Mandela, 1997]


ps: Untuk sebarang update terpantas, boleh refer sini myGMJ
ps2: Oh ya, excited, excited juga. al-Kahf jangan lupa ^^

Thursday, March 15, 2012

15. 15. 15. 15. Oh!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Sudahkah anda bersyukur hari ini?
Sudahkah anda mohon keampunan hari ini?
Mari sama-sama kita ambil masa sebentar untuk beristighfar, bersyukur dan memanjatkan setinggi-tinggi pujian pada Dia, yang paling layak menerimanya.

Jujurnya, dah lama saya terasa nak update.
Macam-macam berlaku.
Banyak perkara yang ingin dikongsi.
Tapi kekangan masa membuatkan tak terdaya mengangkat jari menaip isi blog ini.
Ok. Melampau kalau merungut tak cukup masa.
Mungkin sekadar kekurangan kerajinan. Oh.

Hari-hari berlalu, kadang-kadang tu rasa tak sempat nak kelip mata pun dah selesai satu hari.
Kadang tu, berkelip tak larat nak kira berapa kali pun tak sudah-sudah juga hari itu.
Atas bawah, macam roda.

Tahukah anda, bumi ni bulat tak berapa bulat?
Ok lah, sfera. Masa sekolah dulu, cikgu ajar geoid.
Hah. Apa-apalah. Yang penting, anda dapat ideanya bukan?
Kiranya bumi ni tak lah rata atau petak macam yang pernah dipercayai orang dulu-dulu.
Mungkin.

Jadi, kalau kita nak hidup kat bumi ni, kita kena lah adapt dengan hakikat kejadian dan rupa bentuk bumi ni.
Kan?
Kalau kita kata bumi bulat, bermakna untuk terus berdiri atas bumi, kita kena bergerak. Kalau tak bergerak, hilang keseimbangan, kita jatuh.
Macam berdiri atas bola sarkas. Kalau kita berhenti bergerak, hilang keseimbangan kita pun jatuh.
Ye tak?
Ke tak macam tu?
Mana boleh. Bumi ada daya graviti.
Ah. Suka hati sayalah. Analogi saya.

Pokoknya, kita kena bergerak. Bergerak, dan terus bergerak.
Kerana hidup ini keseimbangannya dinamik. Bukan statik.
Boleh berhenti kalau penat bergerak.
Sedangkan Nissan Fairlady pun perlukan rehat kalau jauh perjalanan.
Apatah lagi kita yang memang sememangnya jauh perjalanan.
Tapi harus kita ingat, berhenti, sekadar untuk melepaskan lelah. Hanya sementara.
Bukan untuk bersenang-senang. Kerana rehatnya seorang mukmin itu, nikmatnya di syurga kelak, inshaAllah.

Sepanjang minggu ni, begitu banyak yang berlaku, pelbagai pentarbiyyahan diterima. Direct.
Dari tarbiah dapur, ke tarbiah kesibukan, ke tarbiah exam, ke tarbiah dalam-kelas-mikrobiologi-cikgu-kata-kadar-STD-paling-tinggi-adalah-di-south-east-Asia-termasuk-Malaysia-apa-nak-jadi-tak-tahu, ke tarbiah hari-tu-buku-nota-paediatrics-kali-ni-buku-teks-pula-hilang-mungkin-kena-jadi-paediatrician-ni, ke tarbiah ajal-maut-jumpa-patient-yang-doktor-jangkakan-akan-mati-pada-usia-dua-tahun-tapi-masih-mampu-bersembang-sembang-dengan-kami-pada-usia-tujuh-tahun-dengan-kadar-intelligent-yang-agak-tinggi, ke tarbiah simptom-pelik-pelik, ke tarbiah satu-status-FB-boleh-buat-orang-interpret-pelik-pelik, dan ke tarbiah hospital.
Subhanallah. Sungguh. Banyak lagi yang dah tak rajin nak list semua.
Subhanallah.
Setiap yang berlaku tu, ada pertarbiyyahan nya. Cuma kita, nak buka mata atau nak tutup rapat macam *ehem*dalam-kelas*ehem*.

Kita memang tak akan pernah tahu dan faham apa yang Dia dah tetapkan, dah susun atur untuk kita.
Kita tak tahu. Dan mungkin tak akan tahu pun. Sebab itu semua rahsia Dia.
Cuma percayalah, mesti ada yang Dia simpan.
Itu pasti. Dan kita, hanya perlu yakin.

Yakinlah, everything will be OK in the end. If it's not OK, it's not the end. Yet. (^^)v


March di New World, Warsaw
Saya teruja ingatkan pre-GMJ. Rupanya demonstrasi aman bantahan penggunaan pesticide ke atas lebah.
Oh. Aktivitis lebah rupanya. Tak apa Warsaw, kita saksikan.
*Teruja GMJ. Soon. InshaAllah. Biidznillah*

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
[2 : 214]

ps: Doakan saya mampu lakukan apa yang saya katakan ya ^^
ps2: Jangan lupa untuk tak putus harap dan doa anda.

Friday, March 09, 2012

Duaaaa puluuhhh satuuuuu. Okeh.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Bila diintrospek kembali, saya rasa sangat sedikit saya bersyukur.
Sedangkan nikmat Allah itu melimpah ruah, bukan setakat tak terkira, sampai tak ternampak pun, sebab belum sempat nampak satu nikmat tu, nikmat lain dah datang, menghilangkan nikmat yang lama dari pandangan alpa. Sedang ke semua nikmat itu terus-terusan berada di situ. Cuma cermin mata yang kekurangan lengkungannya barangkali.

Hampir setiap minggu, saya sendiri tak berpeluang untuk "ter"lupa jika hari itu adalah hari Jumaat, dan antara amalan utama hari Jumaat ialah membaca surah Kahf.
Pasti. Pasti tidak berpeluang lupa.
Kenapa?
Kerana Allah kurniakan diri ini sahabat-sahabat dan mereka di sekeliling yang soleh, yang seringkali mengingatkan.
Apa lagi yang boleh di katakan?
Tsumma Alhamdulillah.

Saya rasa anda semua pasti tahu apa yang sangat panas dan hangat circulating di alam maya ini, pada saat ini.
Mungkin anda sudah pun menonton video selama 29 minit itu, atau mungkin belum.
Dan saya tidaklah hendak memberi apa-apa kritikan mahupun komen atau kompelin.

Cuma yang saya tertarik pada video itu, adalah semangatnya.
Bagaimana satu kumpulan manusia yang yakin dengan apa mereka perjuangkan, yakin apa yang mereka perjuangkan itu adalah benar dan harus ditegakkan.
Dan mereka benar-benar berusaha menegakkannya, sehingga suara mereka didengari.
Subhanallah. Sungguh tegar!

Mereka tidak putus asa walau pada mulanya segala usaha mereka ditolak.
Mentah-mentah ditolak.
Semata-mata kerana apa yang mereka perjuangkan itu tidak memberi kesan kepada kuasa besar kapitalis tirani.
Maka suara mereka yang kecil itu bertambah-tambah kecil.

Tapi...
Ada mereka berputus asa?
Tidak!
Walau suara mereka kecil, jiwa mereka besar! Besar! BESAR!
Dan mereka berusaha.
Dan terus berusaha.
Dan usaha tanpa jemu, tanpa putus asa.
Mereka korbankan masa dan tenaga mereka.
Semata-mata untuk sesuatu yang tak membawa apa-apa kesan pun pada diri mereka.
Kerana apa mereka berjuang?
Kerana apa yang mereka sangka sebagai kebenaran.
Ya. Kebenaran semata-mata.
Sehingga akhirnya suara mereka menjadi besar, menggegar lena mereka yang tidur.
Allahu Rabbi.

Kini fahamlah saya.
Jika konflik dalam diri sendiri tak mampu diselesaikan, bagaimana mahu bermimpi besar?
Oh. Harus malu tutup muka kepada mereka.
Sedang diri yang kononnya berjuang ini, sedang membawa risalah agung.
Sesuatu yang kita yakin tiada yang lebih benar melainkannya.
Tapi...
Sejauh mana usaha diri?
Sejauh mana kesungguhan diri?
Sejauh mana pengorbanan diri?
*air mata mengalir deras* T_T

Mari kita sugguh-sungguh tingkatkan usaha kita dengan benar-benar bersungguh-sungguh!
Dan jika mereka boleh yakin tahun 2012 adalah kemuncak perjuangan mereka, mengapa tidak kita?
Let's spread the word (^^)v




21 hari lagi...


The people who are crazy enough to think they could change the world, are the ones who do.

ps: al-Ankabut ayat 69 ^^
ps2: Saya tak against perjuangan mereka. Kita juga punya kader hebat. Sekadar introspeksi diri. Aman.