Showing posts with label the title does not match the content of the post. so what. Show all posts
Showing posts with label the title does not match the content of the post. so what. Show all posts

Wednesday, November 07, 2012

Ayam panggang berlada

Salam 'alaikum. Salam buat semua.



"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam."
[HR Bukhari, Muslim]


Mulut memang mudah melontar kata.
Berkata itu, berkata ini.
Begitu, begini.

Pantas sungguh keluarnya sesuatu dari mulut kita.
Kadang tak sempat ditapis pun.
Banyaknya, sampai satu tahap, kita sendiri lupa apa yang pernah kita tuturkan suatu ketika dahulu.
Tapi malang (ke?) sekali, ada yang ingat.
Ada yang prihatin, lalu disemat kemas-kemas apa yang kita tuturkan di dalam kotak memori.
Ahh. Maka apa yang kita katakan, akan berbalik pada kita.
You see, actions have consequences. So do words!

Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya.
[HR Tirmidzi]

Mari kita usaha supaya mampu lakukannya!



لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
[al-Anbiyaa' (21) : 87]

Wednesday, April 25, 2012

Batu dan bata

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Weeee.
Cerah pagi ini, mencerahkan hati. Ewah. Pfftt!

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Dia Yang Maha Mengetahui, tahu segala rahsia yang tersimpan.
Dia Yang Maha Mengetahui, tahu segala yang tersirat di hati hambaNya.

"Sesungguhnya rahasia terkabulnya doa ada pada kondisi hati orang yang mengucapkannya" - Mencari Mutiara di Dasar Hati

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Moga Allah kurniakan kita dengan lebih kesabaran, barakah wa rahmah.

Belakangan ini, kerap kali berkata-kata tentang mimpi.
Mimpi itu, mimpi ini.
Mimpi apa?
Mimpilah.
Tak, tak. Bukan impian mahupun mimpian masa hadapan.
Mimpi. Yang makin deep tidur kita, makin peliklah mimpi itu.
Makin surreal lah mimpi itu. Ohho.

Mimpi ini, kata orang-orang tua dulu-dulu, permainan tidur.
Permainan sebelum kita sedar ke alam realiti.
Seperti mana permainannya dunia ini.
Permainan sebelum kita sedar di akhirat nanti.
Dan di sana nanti, kita akan dibentangkan amal-amal kita kepada kita, dan dihisablah kita, tanpa meninggalkan walau sedikit.
Dan yang pasti, keputusan kita, tak ada retake. Tak ada commission, tak ada super commission.

Dan saya terbayang. Kalaulah belajar medic ni, tak ada satu pun paper yang boleh retake, ohho, sesungguhnya akan bertambah bersungguh-sungguh dengan usaha sungguh bersungguh-sungguhlah makhluk insan bergelar pelajar medic dalam pelajarannya (bukti masih ada ruang untuk improve dan belum belajar sampai pengsan     -__-"). Tak satu pun saat digunakan selain daripada medic demi menjaga kemaslahatan dan kebahagiaan keputusannya peperiksaannya.
Dan tiada lagilah belajar last minute.
Wow!
Macam mana pula dengan akhirat yang sememangnya kita tahu tak ada retake ni?
Dah bersungguh-sungguh?
Masih ada ruang untuk dosa?
Sungguhlah ke-wahn-an! Oh.

Maka bersyukurlah ada retake. Uish.

Tiba-tiba daun dah banyak. Masa untuk bercinta, ber-rendezvous-24/7 bersama buku.
Maka tidak haruslah kita tinggalkan kejayaan akhirat kita sekadar mimpi sepertimana tidak harusnya kita tinggalkan kejayaan medic sekadar mimpi dan angan-angan kosong. 


[22 : 77]
*senyum sampai telinga*

ps: Jangan lupa doakan kita semua ya (^^)v

Monday, October 17, 2011

Kotak kosong.


Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Pagi itu sejuk. Sangat sejuk.
Dan saya telah memilih untuk berada di luar rumah dalam kesejukan tu.
Ok, tak. Saya tak pilih. Saya terpaksa. Kalau tak berada di luar rumah, macam mana nak balik rumah.
Err. Ok.
Saya terus melangkah ke hentian tram terdekat.
Walaupun cuaca sejuk, tapi tak lah terasa sangat.
Kebal? Tak lah. Pakai jacket.
Segala puji-pujian buat Allah kerana telah mengilhamkan manusia untuk buat jacket.
Tengah-tengah tunggu, tiba-tiba terdengar suara kecil seorang kanak-kanak kecil yang sangat kecil dan comel.
Dan apa yang sedang dia lakukan bersama ibunya membuat saya tersenyum sorang-sorang.
Saya senyum dan terus senyum. Rasa macam nak gelak. Tapi kalau gelak nanti orang ingat saya gila.
Maka saya gelak dalam hati sahaja.
Apa yang mereka sedang buat?
Berbual. Err, ya, saya faham apa yang mereka bual kan  <== eavesdropping, tak baik.
Kanak-kanak mana pandai self-restrain. Jadi volume suara dia pun agak kuat. Salah saya ke?
Si anak, mungkin sekitar umur 4 atau 5 tahun, sedang belajar membaca.
Semua notice board dan papan-papan iklan nak dibacanya. Baru belajar mungkin.
Dan ibunya, dengan sabar melayan anaknya. Sangat comel dan sangat sweet.
Kanak-kanak memang macam tu. Semua yang dia belajar, terus dia apply.
Dan sentiasa eager untuk belajar. Sebab tu lah peratusan REM-sleep mereka lebih banyak.
Oh kanak-kanak.

Macam kita juga. Masa kita mula-mula disentuh dengan sentuhan tarbiyah.
Semua kita nak buat. Tak kira masa, tak kira consequence.
Orang suruh buat, laju je kita bergerak.
Orang tak suruh buat, rajin kita volunteer.
Orang kata jangan, pun kita lawan nak buat juga.
Semangat syabab (pemuda) katanya. Syuyukh (err. Orang tua?) mana faham.
Semangat jadi kereta kebal berfikir (think tank?).
Dapat ilmu terus amal, terus sampaikan.
Semua pun semangat. Semua pun eager.

Tapi kemudian, apa yang jadi?
Kita sendiri tak mampu nak pin-point di mana puncanya.
Orang suruh buat, kita buat tapi penuh rungutan.
Orang tak suruh buat, kita main nyorok-nyorok. Kalau tak jumpa, macam mana nak suruh, kan.
Orang kata jangan, kita pun yeay!
Dah syuyukh katanya (perasan), biarlah syabab yang bekerja.
Kereta kebal pun dan rosak-rosak, tak mampu berfikir.
Ilmu berkepuk-kepuk kat dada  langsung karat, jadi bahan terpakai.
Semangat pun hilang.

Kenapa boleh jadi macam ni?
Sebab bosankah?
Sebab kurang sabar kah?
Sebab banyak komitmen lainkah?
Atau apakah?
Atau mungkin kerana perjalanan ini terlalu panjang, terlalu jauh, tak diketahui bila penghujungnya akan tiba, dan tak tahu pun kalau kita sempat sampai ke penghujung jalan ni?
Jangankan kata dalam tarbiyah je macam tu, dalam seluruh kehidupan pun macam tu.
Di sekolah pun. Ok, di university pun begitu.
Makin hari makin malas tengok slide. Makin hari makin malas baca buku yang tebal.
Lesu.
“Orang tua” memang macam tu. Dah tua kan. Cell pun banyak yang dah atrophy, apoptosis, necrosis.
Oh  “orang tua”.

Ah. Itulah perlunya kita sentiasa tajdid niat kita.
Sentiasa fikir kembali apa tujuan utama kita.
Sentiasa dan sentiasa ingatkan diri, hakikat kehidupan kita.
Bangkitlah wahai syabab berjiwa syuyukh!


Maka apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja keras.


ps: Tanya diri - Saya syabab ke syuyukh. 
Jawapan mengecewakan -_-"

Wednesday, January 19, 2011

dua kuasa lima

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Iman apa cerita? Masih sihat? Segar bugar?
Jantung apa cerita? Masih berdegup?
Normal? Atau bradycardia?
Atau tachycardia?
Macam degupan jantung saya yg tengah sangat-laju-sampai-rasa-nak-muntah-ibarat-orang-nak-pergi-dating-for-the-first-time? Oh.
Saya dah tak tau apa saya mengarut. Ini semua salah encik kopi.

Hikayat 1:
Macam biasa dengar je ayat ni.
Tapi tak kisah, nak cakap jugak.
Percayalah, segaris senyuman yang kita pamerkan di wajah, mampu mengubah hari seseorang.
Ok. Macam over. Dalam hati ada taman
Tapi betul lah. Dengan izin Allah.
Itulah dia kuasa senyuman. Bukan kuasa perut

Teringat ayat lagu ni, lagu ni macam mengarut pun ada.
Tapi dalam mengarut2 dia, ada juga mesej yg dpt disampaikan. At least bg saya.
Abaikan part lain.

Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali.
Kalau kita senyum, semua orang berjangkit.
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.
Senyum.
Tak perlu kata apa2.
Senyum.

Kenapa tiba2 saya cakap pasal senyum?
Sebab lately, sy rasa otak sy mcm berselirat dgn wayar yg entah-apa-apa.
Muka berkerut, nak senyum macam kena pakai engine berkuasa tinggi 2.5 turbo.
Tapi yg bestnya, orang2 kat kawasan perumahan sy sgt suka menghadiahkan senyuman pd saya.
Walaupun rumah saya terletak di desa indah permai pinggiran bandar, penduduknya tak pandang kami pelik2 macamlah kami ni alien berwarna biru.
Tak macam kat tengah2 bandar Warsaw metropolitan, robot-politan, bla3.
Pandang orang macam laa orang ada 13 kaki.
Oh! Emo.

“Janganlah sekah-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu.” [HR. Muslim]


Hikayat 2:
Saya malas nak cerita, tapi taktau kenapa jari saya sangat pantas menaip, melanggar arahan drpd akal dan hati sy.
Masa dalam kelas Polish, guru kesayangan menyangkan sebuah video.
Video yang bakal ditayangkan di tak-tau-kat-mana bersempena ulang tahun ke 100 makcik Marie Curie mendapat Nobel Prize keduanya.
Serius ni. Bukan main2.
Siapa Marie Curie?
Kenapa Marie Curie?
Apa kaitan Marie Curie dengan kelas Polish kami?
Apasal kami dapat tgk tayangan tu in advance?
Ini tidak adil!
Ok. Jangan tanya banyak2. Saya malas jawab.
Baca sendiri kat sini. Membaca amalan mulia.
See. Dah cakap dah. Orang Poland ni pandai2.

Anyway. Nak ceritanya.
Dalam video tu, ada tujuk gambar report card dia masa kat uni.
Mak aih. Berderet 5 dari atas sampai bawah.
Saya pun confused. Ni manusia ke ribut katrina?
Nampak gayanya cuti kali ni kena bercinta dengan buku physio-lah.
22 chapters ye kawan2, next credit.
Hehehe. Padan muka.


Hikayat 3:
Dah 2 minggu saya keluar rumah tak pakai glove.
Tak sejuk. Pelik kan?
Tak sejuk?
Poland?
Kemuncak bulan 1?
Biar benar?
Maka kami pun bergembira, spring arrives early.
Hujan je. Snow semua dah cair.

Tiba2.
Bangun pagi, selak langsir.
Subhanallah.
Dah putih! Nampaknya kami masih dalam musim winter.
Oh.
Takpe. Awan tu pun nak ikut sunatullah dia juga.
Pun begitu, kami masih menunggu kedatangan spring :)



Spread love, even just by saying "Salam".


Aku tak ada duit, jadi kena murah dengan senyuman.
- Mohd Jayzuan

ps: jangan tanya kenapa post saya kali ni berbaur pelik. Selamat bercuti!

Wednesday, December 15, 2010

Prosze oddychac!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Sedikit nada serene minimalist.

Senyumnya pengubat hati.
Tatkala aku menangis, tatkala aku ketawa.
Senyumnya mampu menyinari hariku
melebihi mutiara langit
yang bersinar cerah, tatkala malam sunyi.
Ku bahagia melihatnya
tersenyum gembira.
Namun segalanya
tidak akan pernah cukup untuk menandingi kasihnya
sabarnya
penatnya
mendidik dan membesarkanku.
Hanya yang ku mampu, mengangkat tangan
memanjatkan doa.
Doa tanpa putus, tiada henti.
Semoga dirinya sentiasa berada di bawah
naungan kasih dan rahmatNya.
Berkatilah, ya Rahman, hidup ibuku.
Cintailah, ya Rahim, ibuku melebihi
luas cintaku padanya.
Di dunia yang fana dan akhirat
yang abadi.

Ibu, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke *ehem* 27 *ehem*!
I have, am, and will always love you :D
Oh, ayah pun :)


“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”

ps: Doa kan saya exam hari ni ya :)

Sunday, October 17, 2010

Ribu-juta-bilion

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Kata seorang sahabat,

"Aku nak jadi baik. Nasihatkanlah aku"

Damai.
Alhamdulillah.


"Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" [al-Qasas (28) : 56]

Jom membaca.

Sunday, June 20, 2010

Pengumuman raya

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Harapnya semua dalam situasi iman mantopp la yee. ^^

Cerita Hari Ini, Episod 1:

Setelah sekian lama kami tak makan nasi ayam, akhirnya!
Kami masak nasi ayam. Wehuu!

Ya, nasi ayam kami masak sedap. Harap maklum.
Namun, dalam keterujaan memasak, saya telah mengalami cedera parah pada 2 jari saya. Ya, parah.
Mungkin saya boleh guna alasan ini untuk tak menjawab Histo dan mana tau, cikgu bagi lulus free2. *wink2*

Maka disini ada beberapa pengajaran dari aktiviti memasak hari ini.
1. Jika anda kekurangan atau ketiadaan lesung batu, tak kira la anak dia ke ibu dia, sila jangan guna pisau ya untuk mengetuk halia. Perlakuan ini boleh menyebabkan cedera parah. Harap maklum.
2. Ada sebab kenapa tok moyang kita cipta cutting board. Maka janganlah kita merasakan diri kita hebat dan menggantikan cutting board dengan tangan kita. No, no, no. Cedera parah nanti.
3. Bolehlah menggunakan lemon untuk mewangikan ayam anda yang sudah tidak bermaya akibat peti sejuk terlalu lama di-defrost. Tapi awas! Ini boleh menyebabkan sup anda berasa lemon terlampau -_-".
Maka konklusinya, masak nasi ayam adalah bahaya. Jom masak lemak cili padi!

Cerita Hari Ini, Episod 2:

Option > Change setting > Select language > Mixed Rojak.

Ok.
Today, while i was reviewing the chapter Neuroendocrine, yes the one with the dull grey colour, i found something that distracted me and diverted my attention to Mr Google instead of Mr Kierszenbaum.
I was reading pineal gland. There was this thing called 'Circadian rythm'.
Circa = circle, dian = Latin-derived word, dies = day.
"Circle day rythm". Whatever.
Then, ada la listed disorders of the circadian thingy. Jet lag, sleep disorder, and bipolar disorder.
Bipolar disorder. Bipolar disorder?

Tiba-tiba keobsesan diri terhadap bipolar disorder pun tiba.
Maka saya pun men-google Encik Bipolar disorder ni.
Sila google sendiri kalau nak tau. Ngeh2.

Ya, saya tau laa bipolar disorder ni orang yang mood dia tak menentu.
Tapi nak juga cari details. Sama ke tak dengan Borderline Personality disorder.
Sama tak dengan split personality. Schizo ke. Kan.
Kalau malas nak google, boleh tengok cerita House, Season 2, episode 10 : Failure to Communicate

So i found this site that conducts free online personality test. Haha!
Ok. Sambil menggalakkan sekali lagi keobsesan diri, saya pun gatal tangan buat test ni.
Sila2 anda semua cuba.

Dah buat?
Belum? Ish! Pemalas betul!
Takde trick nya. Takde keluar hantu2 mana.
Sila cuba <== Ini adalah paksaan.

Dah buat?
Bagus. Sekarang sila benarkan diri anda untuk paranoid terhadap keputusan ujian ni.
Dan sila galakkan keobsesan diri anda untuk search segala personality disorder yang anda disyaki menghidap. Hahaha.
Everyone needs a good laugh once a while.
Ok. Motif?
Sajeeee. Sambil obses, boleh tambah pengetahuan. Kan?

Hah? Nak tau keputusan saya?
Hahaha. Mari obses!

DisorderRating
Paranoid:Very High
Schizoid:Very High
Schizotypal:High
Antisocial:High
Borderline:Moderate
Histrionic:Moderate
Narcissistic:Very High
Avoidant:Moderate
Dependent:Low
Obsessive-Compulsive:High


Tolong ya, jangan gelak.
Dan tolong percaya kata mereka. NOT!
Ini sangat sengal. Fullstop.
Why do i even bother posting this whole thing up. -_-"


See how colourful my notes are? How can the say i've got personality disorder?


The truth always hurt. So don't ask for the truth if you're not 100% sure you can accept it.

p.s: Definisi saya: Sebahagian sedang buat practical, sebahagian sedang di rumah baru, sebahagian sedang di Rome, sebahagian sedang di Malaysia. Oh wait! Mana bahagian study histo?! Tett!

Nota kaki : Keputusan ujian telah diubah secara drastik dan ditambah sedikit perencah secukup rasa agar lebih menarik dan menawan. Maka sila jangan hilang kepercayaan terhadap kopi yang telah anda order.

Sekian.

Tuesday, May 11, 2010

Caramel Latte Macchiato, double the cinnamon!

Salam 'alaikum. Salam for all.

Ok. That was harsh. Fullstop.

Teeetttt. Stop whining. Astaghfirullahal'azim.
Beristighfarlah sebelum anda mengeluh.
Buat apa mengeluh? Apa yang nak dikeluh-kesahkan?
Takdir? Complain sana-sini, sedangkan kita tau semua ni datang dari Dia.
Bersangka buruk pada Dia?
Daripada stress, tension2, baik kerja.
Stress je tak ke mana.
Ya, kalau kita fikir je, memang laa stress.
Exam one after another.
Tapi kalau masa yang digunakan untuk stress tu, kita guna untuk lipat-gandakan usaha.
Tadaa. Jimat masa! <== sesi monolog dalaman membebel kat diri sendiri. Sila abaikan.

Something to share : Pahitnya Perjuangan

Dengan pantas masa berdetik, berlalu meninggalkan kita
dalam bayangan...

Qailulah. Hah? Ya. Tidur itu memang best.
Tidur itu memang nikmat
. Ye ke?
Not really. Kadang-kadang, boleh je tidur yang nikmat tu, yang sepatutnya menyegarkan kita, jadi memenatkan bila kita 'overdose'.
See, too much of a good thing kills.

"Power napping". Ever heard of that?
Apa benda power nap ni?
Tidur kuasa. It's like filling your car's tank when it's out of fuel.
You see, our brain is quite like a battery.
Power dia down-down-down. Tamat.
So, sebelum battery tu flat, charge dia bila dah low.

Sometimes in mid-day, tidurlah 15-20 minutes.
Ya. 15-20 minit. Bukan 2-3 jam.Kenapa?
Tidur yang sekejap ini yang dipanggil power nap, atau "qailulah".
Scientifically proven to improve work quality.

Kenapa kejap sangat?Haiihh. Nak lama je bila tidur. Kerja malas!
Sebab nya, bila tidur kita melebihi 30 minit, otak kita pun mulalah fall into 'deep sleep'.

Apa salahnya?
Pernah tak tidur berjam-jam-jam, tapi tak cukup2 jugak?Makin penat ada laa.
Haa. Tu laa dia.Bila kita dah masuk fasa 'deep sleep', kita akan memerlukan tidur yang lebih lama.
Jadi bila kita terjaga, kita rasa lesu.

Tapi power nap ni bertindak sebagai "charger battery" kita.
Dia bagi rest kejap, pastu resume function.
Macam switch off kejap, pastu on balik.Faham2?

Pernah a few times saya rasa nikmat tidur yang maksimum bila power nap ni.
Serius. Tak tipu.
Subhanallah. Memang namanya nikmat tidur.
Memang nikmat ar!
Oh! Sungguh seronok.
Jadi tak perlulah laa nak tidur lama2 pada waktu malam. Sebab kena qiamulail kan?
Atau pun mandi 15kali sehari untuk segarkan diri. Sebab air mahal kat Poland ni.

ada sedikit bahan masakan rujukan : Mid-day napping

Nak info lebih lanjut? Hah. Google laa sendiri. Credit sangat mencabar minda.

All i know is i've done my best. It might not be as good as their best, but i did what i could.

Sekian.

Sunday, April 18, 2010

Terjatuh, bangun semula. Panik di Kuala Lumpur!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

Its been quite sometimes since i last wrote something up here. A lot passed my mind, but none, and i mean it, NONE can be expressed into letters and words. I stared for hours at this blank little page, thinking what when how to write. Writer's block? Naahh. Just having a hard time. Well i shouldn't complain, really. I mean, Allah has given me everything i need. What else do i want? No reason to complain. Right?

Ok. Enough.
Mari kita baca surah ke 51 dalam al-Kitab, Surah az-Zariyat, ayat 15-18:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ
كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman Syurga dan mata air,
mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam,
dan pada akhir malam, mereka memohon ampunan (kepada Allah).


"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam."
Saya ulang, mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
So, kalau kita tidur berlebihan, adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang melampaui batas?
Fikir2 kan laa ye.

At last, saya diberi kekuatan untuk bangun semula.
Benar, kekuatan perlu dibina, bukan ditunggu.
Alhamdulillah, dalam kesempitan dunia ni, Dia permudahkan urusan.
Lama. Ya lama saya berfikir.
Dalam keadaan berfikir inilah, saya tersedar banyak perkara. Subhanallah.
Adakah bila ditimpa sesuatu kesusahan baru kita ingat Dia?

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.
[Fussilat (41) : 51]

Dia yang sentiasa berada bersama kita, sentiasa menjaga urusan kita, sentiasa memberi kepada kita dengan penuh kasih sayang yg melimpah ruah.
Benar kata seorang sahabat,

"Sungguh, kalau nikmat sihat itu akan menyebabkan kita lupa padaNya, mungkin lebih baik jika kita berada dalam kesakitan." [credits to Shiela Saad]



Ya Allah,
janganlah kesibukan dunia ini kau jadikan matlamat utama kami.
janganlah kecintaan kami terhadap dunia kau lebihkan daripada kecintaan kami pada-Mu
jangan kau biar hati kami kering tanpa zikir kepada-Mu.
"Jika Kau tidak murka kepada kami, kami tidak peduli semua ini. Asal saja kami tetap dalam redhaMu"

Letaklah dunia di tangan kami, biar kami genggam,
dan bukannya dihati, untuk kami rindu,
mahu pun pada akal, untuk kami junjung.

Sungguh,tiada daya dan tiada upaya,
melainkan dengan Engkau, ya Allah.

Subhanallah.
Puji-pujian buatMu, ya Allah.

May Allah bless us all.
Wallahu'alam.Oh! Inilah dia kesibukan dunia kami.
Bantulah kami ya Allah.
Kurniakan apa yang terbaik buat diri kami, iman kami dan kehidupan kami di dunia dan akhirat.

ps: Happy Birthday Ayah! I love you. Always.

And put your trust in Allah, and enough is Allah as a Disposer of affairs
[al-Ahzab (33) : 3]

Sekian.

Thursday, April 01, 2010

cikgu kami balik kampung

“Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Imam as-Syahid Hassan al-Banna


Sekian.


Wednesday, March 31, 2010

look who's coming to town! Spring baby!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan satu pagi lagi untuk melihat cahaya matahari 11degree Warsaw. Tak berlaku bombing di Warsaw, yet. Alhamdulillah. So, no worries dear family and friends =)

My biogical clock still trying to adapt to the new time. Boleh jet lag ke? hehe.
Hari Ahad berlalu dengan hanya 23 jam sehari disebabkan day-light saving. Agak kelam kabut sikit. Ya, nikmat masa tu milik Allah. Ingat kita pernah dapat 25 jam sehari? Ya, Allah
pinjamkan kita satu jam tu, and sekarang Allah dah ambik balik satu jam tu, so jangan complain2 ya. =)




One thing i love about being Dr Pietrasik's student is his little "pep talks". A
nd it always boost my spirit up. Just like a dose of passive immunity.
"Just a month ago it was -20, and today it's +20 degrees. Soon the leaves will come out and that means it's time to start studying for the final. Study systematically. On the day of the exam, just tell yourself 'I have done my best. I may not be as good as him, but I have done my best.'"

Yup, just do your best.
Bercakap tentang exam, sedikit peringatan untuk diri sendiri.

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya” [HR Bukhari dan Muslim]

Bila muhasabah balik, baru tersedar. Kadangkala niat belajar kita dah lari. Asalnya belajar tak lain 'Lillahi Taala' bertukar menjadi kerana "exam dah dekat", atau kerana "cikgu saya garang", atau kerana "nak jadi doctor", atau kerana "nak dapat 5", atau kerana " nak kalah orang tu orang ni".
Macam mana nak tau kita belajar kerana apa?
Cuba teliti balik setiap jawapan yg kita bg bila org tnya "asal belajar teruk sgt ni?"
Cuba igt balik apa aktiviti pertama kita buat lepas balik daripada exam?
Apa pulak kita buat hari esoknya?
Adakah konsisten jam belajar kita sebelum dgn selepas exam?
Adakah kita menjaga etika2 belajar?
Kerap kali saya perhatikan, antara gambar "wajib" student medic, pakai lab coat, pakai stethoscope, dengan model otak, badan bla3. Tu tak apa la. Ambil laa banyak mana pun. Tapi bila kita ambil gambar dengan specimen, dengan cadaver, apa pulak tujuan kita? Untuk belajar? Untuk beritahu semua org "lihatlah, aku student medic"?
Maybe ni tak sepatutnya dijadikan isu.Tapi kita kena igt, kita belajar ada etika. Yang kita pegang, yang kita pose depan camera tu pernah jd manusia satu ketika dulu. Pernah punya ruh, juga makhluk Allah. Cuba kita bayangkan kalau itu adalah ahli keluarga kita, sanggup tgk org buat macam tu? Lepas tu, bila gambar tu dah post, ada org comment "eeiy gelinya!". Apa perasaan kita kalau tu ahli keluarga kita? Agak2 kenapa ya, bila kita dissect muka, badan cadaver kena tutup, bila dissect badan, muka kena tutup? Menghormati mayat kan wajib. Sedangkan membuka aib mayat pun salah.
Kalau kita ambil gambar structure, kita buat simpanan kita, supaya kita blh belajar, itu saya tak nak bantah. Tapi kalau untuk tujuan "suka-suka2", ingatlah, kita pun akan jadi mayat satu hari nanti.
Untuk bacaan lanjut http://afiqizzudin.wordpress.com/2010/03/13/hukum-post-mortem-dalam-islam/

Ok enough with the interruption.
Tanya lagi pada diri.
Adakah konsisten ibadah kita sebelum dan selepas exam?
Ke "nak exam, so kena dapat redha Allah, so kena banyakkan ibadah"
instead of "Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap org muslim, so kalau berjaya dalam exam mesti Allah redha, jadi kena study la" ==> credits to langitilahi.com
Maksudnya? Adakah kita belajar untuk mendapat redha Allah, atau kita mencari redha Allah supaya boleh berjaya?
Setiap amalan bergantung pada niat.
Adakah dunia yang kita kejar? Atau akhirat yang kita cari?
Hakikatnya kita insan. Ibarat pengemis yang tidur ditepi jalan, yang bermimpi mimpi2 indah. Tiba masa, kita dikejutkan. Bila bangun, kita sedar, semuanya dah tak ada, semuanya cuma mimpi.
Wallahu'alam.




Mencari dunia itu ibarat menanam rumput dan mencari akhirat itu ibarat menanam padi. Tanam padi, rumput turut tumbuh, tetapi tanam rumput, padi tak akan tumbuh.

nota kaki: tetapkan kompas kita!

Sekian.

Sunday, March 28, 2010

ayam masak kicap

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing
dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.”
[al-Anbiya' (21) : 33]

Since it's very sunshiny today, jom ke Łazienki Park.
Wehuu!



Sekian.


Saturday, February 27, 2010

kopi 'o' satu!

Which is it , of the favors of your Lord , that you deny? ~ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Cinta mestilah membawa ke syurga. Buat apa bercinta kalau akhirnya ke neraka. Maka keredhaan Allah adalah dasar sebenar kepada cinta.

Sekian.

Thursday, February 25, 2010

aktiviti renang.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

ya. ya. dah malam. nak tidur la kejap lagi. huhu.
cerita bermula....

A: ey what's up with you?
me: nothing
A: no. what's up?
me: yes. nothing.
A: seriously, what's up?
me: seriously, nothing.
A: come on. you can tell me.
me: sure. i'll tell you.
A: what is it then?
me: what is what?
A: what's up?
me: you really want to know?
A: duhh. i've been asking haven't i?
me: go on, have a guess.

can you guess?
teka..
teka lagi..
teka lagi..



tadaaaaa......



yeay me!
tahniah kpd saya, dan sahabat2 Baklava Domu kerana berjaya membeli tiket pulang ke tanah air dengan harga yang agak murah.
Alhamdulillah. syukur atas rezeki yang Allah kurniakan.
lepas ni jangan tanya2 lg ya.
nantikan kepulangan kami, Malaysia!!

insyaAllah.

p.s: excited je lebih. lambat lagi pun. final pun belum. doakan kita sama2 berjaya! insyaAllah =D

Sekian.

Tuesday, February 23, 2010

berdiri duduk di mana saja.

Salam 'alaikum. salam buat semua.

buatmu sahabat:

bersabarlah.
hanya itu yang mampu ku ucapkan.
maaf sahabat,
bukan ku tak ingin menolongmu,
tapi ku juga turut terkesan.
mereka ajak kita 'clubbing',
kita jawab "no, thank you"
mereka ajak kita minum,
kita jawab "i don't drink"
mereka cadang kita cari 'couple',
kita jawab "we will. when we're married."
mereka ajak kita ke 'church',
dengan harapan kita goyang,
tapi Alhamdulillah, Allah melindungi kita.
akhirnya mereka 'give up'.
lalu mereka cuba 'psychologically'.
mereka kata kita kolot,
hanya kerana kita enggan berkompromi dalam perkara2 dilarang.
mereka kata kita menyusahkan diri sendiri,
hanya kerana kita enggan memakan makanan haram dan syubhah.
mereka gelar kita terrorist,
mereka marahkan kita, hingga membaling batu,
hanya kerana kita muslim.
mereka kata kita gila,
kerana sanggup menahan lapar dahaga,
tatkala menunaikan hak Dia.
mereka gelak kat kita,
bila mereka tengok kita mendirikan saf di tengah2 bumi Allah yang luas,
dan sujud menghadap Yang Maha Esa.
mereka kata mereka bertamadun,
tapi botol2 arak bergelimpangan setiap malam minggu,
berserta jeritan mereka yang separuh sedar,
dan bau yang tajam menusuk hidung.
mereka kata mereka hormat wanita,
tapi billboard perempuan 'almost-naked' merata2.
lalu mereka kata itu kebebasan hak asasi semua.
adakah itu bukti keluasan pemikiran mereka?
merdekakah minda mereka?
lalu kita jawab "cukuplah Allah dan Rasul-Nya sebagai pelindung kami.
kami rela dipanggil kolot,
kami rela digelar terrorist,
kami rela dilabel gila,
kami rela ditertawakan,
jika itu bermakna kami dapat mempertahankan aqidah kami.
tiada apa yg perlu kami gentar,
selagi Allah bersama kami."
Alhamdulillah, Allah bg kefahaman kepada kita,
Allah bg kekuatan pd kita,
untuk meneruskan perjalanan kita,
perjuangan menuntut ilmu yang masih belum selesai.
kerana sabda junjungan mulia:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,
nescaya Dia akan menguji dengan kesusahan"
bersabarlah, wahai sahabat.



p.s: la tahzan, inallaha ma'ana.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia benar-benar kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Sekian.

Friday, January 29, 2010

takkk. bukan macam tu..

..salam buat semua..

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

Masih bernafas dengan selesanya kat depan laptop ni.
Alhamdulillah. Nothing to complain.
1 week down, 2 more to go.
Hope it'll be a lot better filled.

Just when i thought Warsaw was done with the snow, sebab temperature da turun gila2 tahap tk blh nak snow, kalau ada pun awan yg nak berbakti, agaknya turun ais ketul kot, it suddenly snow. Again. Which was nice. Sebab bila snow turun, temperature will rise, making it warm. And i was right. The temperature shot up to 0degrees from -27. Which is REALLY warm and nice. Dan akhirnya saya boleh laa buat perkara2 yg da lamaaaaa saya tk buat, ie: tak payah pakai glove bila keluar =D

Disebabkan cuti yang sgt panjang, maka bertambahlah aktiviti2 tambahan rumah ni.
One of last night's was...


teka2 apa dia..


Fathin buat sushi! yeay! (even though i don't really eat sushi, it's kinda nice to see her bahagia GILA bila buat sushi tu. haha!)




Nice, isn't it?
And this is what the final product looks like:


Yummm =D

The way you cut your meat reflects the way you live. -Confucius
(seriously??)

Sekian.

Tuesday, January 26, 2010

proton.electron.neutron.

..salam buat semua..

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

akhirnya buat juga blogspot ni. haha!
sebenarnya blm berniat pun lagi nak buat blogspot ni.
tapi ada sahabat2 yg request buat a proper blog instead of my old lovely myspace blog.
sebab susah nak comment.
masih malas lagi masa tu, but then, seorang sahabat yang sangat disayangi cakap "bg la rajin skang gak! huhu..buat la blogspot..plis..??♥"
ok2. demimu Shiela, Shielka! =p

so i thought, tak perlu ta'aruf kot?
we get to know each other as we get along. hehe.
my old blog : http://blogs.myspace.com/lonedtrick
and the last post daripada blog saya dah pun saya transfer.
tak boleh nak transfer semua. maaf!
and forgive me for my language.
saya masih belum pandai ber'blog' sebenarnya.
maaf sekali lagi.

salam perkenalan =)

The first step is the most important.

Sekian.