Showing posts with label Malaysiaku Malaysiamu jua. Show all posts
Showing posts with label Malaysiaku Malaysiamu jua. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

apa ada dengan merdeka?

Salam 'alaikum. Salam buat semua.


Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 56 yaww!
Tahun ini ulangtahun Malaysia ke 50. Bakal.
Kalau ikut kalendar manusia, harus Malaysia dilanda krisis umur pertengahan yang tak berkesudahan (baca: mid-life crisis).
Tapi yelah. Kalau ikut kalendar manusia.
Tapi Malaysia tanah. Atau mungkin bendera? Atau sekadar nama? Atau mungkin sekumpulan manusia pula? Arghh!
So what is it that defines a country?
It's border or it's name or it's people or it's people's mentality or it's infrastructure? Or...?
So kalau kita cakap negara tu besar maknanya apa?
Area dia besar?
Population dia besar?
Rakyatnya berjiwa besar?
Kalau kita cakap negara tu miskin pula?
Negara tu negara maju?
Negara mundur?
Ahhh! Apa jadah tanya soklan-soklan macam ni pepagi hari Merdeka ni?

Bila tiba hari ulangtahun merdeka, kita akan lihat orang ramai mula cuba define erti kemerdekaan. Cliche.
Apalah ertinya merdeka kalau jiwa kita tidak bebas.
Merdeka 56 tahun, tapi mentaliti... huh!
Dah lama merdeka, patutnya dah tak timbul isu racial unity. Sebab patutnya memang dah unite dah.
Merdeka apa kalau seluruh kehidupan harian kita, apa kita pakai, bila kita kena makan, apa bentuk hiburan kita, semua tu media yang dictate?
Erti merdeka bukanlah terletak pada laungan "Merdeka" tengah malam di dataran.
Bersyukurlah Malaysia masih aman.
Apa benda yang merdeka, ----------- depa, apa benda yang merdeka?
And the list goes on.

Habis, apa ada salah kata-kata orang tu?
Hoi, aku tak cakap pun salah.
Aku cuma nak point out betapa cliche nya ayat-ayat tersebut yang diulang sebut saban tahun.
Aku cuma tulis semula, bagi tembus skull sampai ke hippocampus biar melekat terus.
Ahh. Tiba-tiba aku rasa aku yang quarter-life crisis.
*Tinggalkankuuuu. Perlahan-lahan ku terima. Sungguh ku tak sangkaaaaa. Dia membawa jantungku bersamamuuuuu*
Ngape ngko?

My favourite saying for Merdeka this year, by kukubesi, as for now;
Kalau tanya aku apa itu merdeka maybe aku tak la feel sangat, tapi aku tau aku sayang Malaysia.
Wuhuu!


Adakah benar merdeka?
Dari penjajahan minda?
Dari segala sudut dan segi?



ps: Mari kita retrospek dan introspek, how far we've come, how hard we've worked, how high we're planning to reach.
ps2: Rasa-rasa macam Malaysia memang tengah dilanda mid-life crisis je? Eh.
ps3: masih menunggu Tanahairku tanahairmu jua. Oi cepatlah!
ps4: Jom ngap sayot!

Monday, May 06, 2013

Ini kali kah?!

Salam 'alaikum. Salam for all.

Sometimes I wonder...
I think...
And more thinking...

And I came to the conclusion (as for now, probably)
Attitude matters.
And our attitude reflects more of our alter egos, than of our principles (or upbringing for that matter).
Don't you think?

And our alter egos, well.
Probably just reflect who we really are.
Maybe not. I don't know.

I've just come to realized; my favourite word in any of the Malaysian language is...
"laah". 
I mean, it's so Malaysian and so universal, who doesn't use it?


We need to be the change we want to see happen.


ps: Nasi lemak rendang kerang is definitely Malaysian!

Thursday, July 05, 2012

Tanah & air

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Berkesempatan juga akhirnya untuk update blog selepas lebih seminggu pulang ke tanahair.
Cehh. Bajet busy sangat.

Ok, itu tipuan semata-mata.
Berperasaan juga akhirnya untuk update blog selepas lebih seminggu pulang ke tanahair.
Ok, itu hampir benar.

Walaupun tanah yang kini saya pijak bukanlah dikira tanah kelahiran mahupun tanah tumpah darah peluh semua, tetapi tanah ini masih dikira tanahair. Masih di atas bumi Allah.
Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

Dan tanah yang kini saya pijak lebih hampir kepada Garisan Khatulistiwa berbanding tanah kelahiran saya.
Maka maknanya apa?
Ya, nikmat matahari lebih dapat dirasai & disyukuri.

Minggu pertama saya di sini, saya telah ke satu kawasan yang lebih hampir dengan garisan tersebut.
Jalan sikit lagi, sampailah ke negara jiran. Seronok juga kalau boleh ke negara jiran.
Tempat tersebut sangat terkenal dalam kalangan pembeli-belah tegar.



Yeah! Shopping mall tanpa bumbung!
Dan suhu pada waktu itu ialah 41 darjah Celsius.
Boleh bayangkanlah kan betapa *ehem*panasnya*ehem* pada waktu itu.
Dan sebagai seorang yang perasan European-mentang-mentang-baru-balik-daripada-Negara-Euro-2012, saya juga tidak terkecuali daripada hilang kewarasan dek kepanasan.

Tiba-tiba terbayanglah pula kisah Perang Tabuk.
Tak dapat saya bayangkan panasnya pada waktu itu, dan perasaan senangnya berada di rumah dalam bilik aircond sambil makan anggur minum ice-blended. Pehh!

Panasnya padang pasir yang harus dilalui, dan apabila tiba di destinasi, bukan hotel 5 bintang mahupun kesenangan yang akan ditemui, tetapi peperangan.
Dan berperang dalam kepanasan itu. Fuhh.
Meninggalkan kemudahan yang ada, kebun-kebun yang sedang berbuah, unta-unta yang sarat dengan barang dagangan. Fuhh.

Kemewahan & kesenangan dunia memang sangat tempting.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[61:10]

ps: nak tahu jawapan persoalan tersebut? Grab your love letter, turn to Surah as-Saff, ayat 10-13. Aman v(^^)

Saturday, June 23, 2012

Say ohhhh.. Ohhhh

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

Sekali lagi, akan kami berterbangan bercuti sakan mulai esok.
Perhentian seterusnya buat pencarian bekalan makanan. Err. Kehidupan:

MALAYSIA, baby!




Moga Allah redha.
Semoga tidak lupa untuk berdoa dan terus berdoa tanpa henti.
Moga sentiasa diberi kekuatan untuk baiki niat.
Dan semoga Allah beri kekuatan untuk bertahan.

Kołatanie. Palpitation. Nierównie bicie serca.
Rabbi yassir wa la tu'assir.

ps: Half a doctor. Half a doctor.

Monday, April 16, 2012

Mam pytanie!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ohho. Tajuk tu, memang statement yang susah sungguh untuk kita dengar keluar daripada mulut rakyat Malaysia.
Err, memang lah. Sebab itu bahasa Polish?
Pada mulanya saya kira rakyat Malaysia je yang payah, rupanya ramai lagi rakyat negara-negara lain yang turut begitu.
Maka saya simpulkan (pandai-pandai je), bahawa statement ini jarang didengar, mungkin kerana memang dah hebat, atau mungkin kerana malu, atau mungkin kerana ego, atau mungkin kerana meletakkan diri pada satu level "I cannot afford to make mistakes".
Dan statement itu ialah "Saya ada soalan".

Ok next.
Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah.
Allah kurniakan hujan untuk membasahi bumi Polska ni.
Memang best.
Kalau dapat makan pisang goreng lagi best.
Ok, cukup.
Kalau kita perhatikan betul-betul, sekitar kita dah mula hijau kuning biru merah ungu oren kuning dan lain-lain.
Maka maknanya apa?
Benar, maknanya final exam dah dekat. Maka, fokus pada exam, ya, sebelum pulang bergembira ke negara tercinta yang tengah serabut dengan pelbagai ragam.

Berkata tentang serabut, memang sungguh saya rasa serabut bila baca surat khabar atas talian.
Lagi banyak jenama yang saya baca, lagi bertambah-tambahlah kekusutan otak, yang memang sedia kusut dengan pelbagai jenis bacteria, virus, penyakit, ubat bagai.

Apakah?
Gian ber-demo?
Apakah?
Teokrasi?
Apakah?
Tak mampu?
Apakah?
Mansuh?
Apakah?
Tak beradab?
Apakah?
Monarki?
Apakah?
Betul ke ni? Arghhhh!
Apakah?
Apakah?
Dan apakah?
Keanak-anakan apakah ini?
Ikan apakah ini?

Cuba tanya diri, siapa kita, dimana kita berada, ke mana tujuan kita.
Jom bercita-cita untuk majukan ummah ^_^


Mari kita guna masa yang ada untuk mengisi minda yang kosong, bukan sekadar mengisi masa yang kosong.
Aman (^^)v

A man who stands for nothing will fall for anything
-Malcolm X

ps: Periksa lagi esok. Mohon doanya, ya.
ps2: Orang buat, kita buat. Konsekuensi fikir belakangan. Semangat syabab. Bagus.
Tapi kan indah kalau semangat syabab itu kita guna untuk menjadi ruhbanu bi lail, wa fursanu binnahar. ^^
ps3: Jom mohon keampunanNya!

nota kaki: Saya tahu entri ini berbaur keserabutan, sebab memang tengah serabut. Sungguh lah.

Wednesday, February 15, 2012

Hadiah 13

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Merayau sana sini, terjumpa ini. Enjoy.


Atas roboh kota Melaka, kita bangunkan jiwa-jiwa yang merdeka

Friday, January 20, 2012

Hadiah 10

Salam 'alaikum. Salam buat semua

Baiklah. Bersempena semua orang mood balik kampung (pfft!), mari dengar sambil refleksi diri kita. Aman (^^)v


Kita iki wong jowo *facepalm*

Mungkin dah tiba masanya untuk kita merdekakan diri, jiwa dan akal kita dari "perhambaan" duniawi, kepada perhambaan sebenar.

ps: Nanti saya rajin, saya update ya ^^

Wednesday, January 04, 2012

Post 101

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Dalam kelalaian kita, tiba juga tahun 2012.
Dalam kelekaan kita, tiba juga Januari.
Bila di introspeksi, entah apa yang dah dibuat sepanjang 2011.
Tapi, alhamdulillah masih berpeluang buka mata, melihat keindahan 2012.
Satu tahun yang tak pernah terlintas akan dapat bertemu dengannya.
Dan alhamdulillah, Dia izinkan kami mulakan tahun 2012 ini dengan, inshaAllah, sesuatu yang Dia redha.
Alhamdulillah.
Tak pernah terfikir akan berada "di sini" saat ini.
Alhamdulillah.
Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. [al-Baqarah (2) : 103]
Allahumma Ya Rabbi. Allah. Allah.

Walk your talk.
Itulah yang cuba saya lakukan saat ini.
Tapi tika ini, detik ini, saya sedang condong ke arah ketewasan. Hampir kandas. Allahu Rabbi.
Fikir saya selama ini telah mampu saya campak jauh-jauh perkara yang satu itu.
Ahh. Jauhi. Jauhi. Buang dalam tong sampah perasaan seperti itu.

Sukar. Ya. Memang susah untuk walk whatever it is you've talked of.
Hanya satu yang meringankan beban berjalan itu.
Membiarkan ia berjalan dipimpin keimanan. Allahu Rabbi.

Bercakap memang senang. Berkata memang mudah.
Lebih-lebih lagi berkata tentang orang lain. Apatah lagi berkata tentang kesilapan orang lain.
Seronok! Barangkali.
Sedangkan doa itu sukar sekali untuk keluar daripada mulut-mulut kita.
Lebih-lebih lagi doa untuk orang lain. Apatah lagi untuk mereka yang kita rasakan "lebih berdosa" daripada kita.
Allahu Rabbi.

Seakan-akan kita lupa, kita tidak pernah melalui ujian yang sama. Maka tidak kita tahu jika kitalah yang diuji sedemikian rupa, di manakah posisi kita sekarang.
Seakan-akan kita lupa tugas kita hanyalah berusaha, dan terus berusaha. Bukannya mengata, dan terus mengata.
Seakan-akan kita lupa, kita juga pernah berada di tepi jurang neraka.
Allahu Rabbi.

Ah. Mari kita tanam rasa syukur. Mari kita tanam rasa kasih.
Kita siram dan kita baja.
Moga satu hari tumbuh mekar untuk kita tumpang berteduh.
Allahu Rabbi.


Pahlawan yang dikuasai emosi adalah pahlawan yang tewas.

ps: Emosi kotak-kotak kembali merampas takhta. Mari tingkatkan doa (^^)v

Wednesday, August 10, 2011

Niskala.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ya, memang saya dapat perkataan tu daripada tajuk lagu.
Tapi perkataan tu intriguing. Deep.

Alhamdulillah. Dah menjejak hari ke-11 marathon merebut piala itu. Piala Taqwa.
"Semoga takbir kita kali ini ialah takbir kemenangan". Or something along that line. Menarik.

Alhamdulillah. Dah lebih sebulan menjejakkan kaki ke tanah air. Setelah hampir 30 jam bermusafir.
Ahh. It's worth it to go through all those hours. Or is it?
Dan dah lebih sebulan juga macam-macam jenis marathon telah saya lakukan.
Penat? Hei, tak namanya orang muda lah kalau penat sana, penat sini.
Tapi hakikatnya, penat tu memang ada. Oh. Tuakah saya?

Makin lama saya berada di tanah air, makin saya confuse. Keliru.
"Confusion is always a good start for learning". Well, yeah, i hope so.
Kadang terasa bagaikan berada di Megakidz Playland di Midvalley.
Sungguh, ketidak-matangan ini mengelirukan.
Kadang terasa bagaikan sedang menonton filem sedih cheesy habisan.
Sungguh, kesedihan ini mengelirukan.
Dan kadang terasa bagaikan sedang ditikam berkali-kali dengan sebilah pisau tumpul, sehingga patah matanya.
Sungguh, kepedihan ini mengelirukan.

Puas sudah menjerit, memekik meminta tolong.
Apa yang boleh dibantu pun, entahlah.
Hakikatnya, hanya kita yang mampu menolong.
Menolong diri kita sendiri.
Bertanya pada diri, "adakah ini salah dia, atau salah saya?".

‎"But once i realize the problem was not you, but within me, i found inner peace"
- Master Shifu
Ah. Apa aku mengarut ni!

"Orang yang bijaksana lebih terkesan dengan bisikan berbanding jeritan"
Tapi hakikatnya diri bukan sahaja tidak bijaksana, malah tuli. Tuli yang bukan dikurniakan semasa dilahirkan. Oh.

ps: Baru 6 hari puasa, dah pasang lagu raya? Mana pergi semangat Badar?

Friday, October 22, 2010

Menjadi manusia robot

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Menjadi manusia robot. Ini topik perbualan kita hari ni.
Robot.
Robot. Robocop?
Terminator? Transformers? i-robot? Wall-e?
Star Wars? X-men? Apa dan apa?

Lately, tak tau lah, mungkin pemikiran saya dah jadi semakin negatif sejak menghadiri kelas Philosophy dengan seorang lecturer yg agak sgt negatif dalam kebanyakan ayat2 dia, atau mungkin sebab mmg btl apa dia ckp "it is easier to prove someone wrong than to prove someone right", tapi apa yg pasti, ada beberapa perkara yg saya nmpak n terasa mcm2 nk sentuh sket2.

Mungkin not so much berkaitan dengan Malaysia, but more to Melayu.
Melayu, huh? Mungkin influence drpd surat khabar kot.
Entah.
Firstly, kita tanya diri kita, adakah kita ni melayu yg secara kebetulannya islam, atau kita ni islam yg kebetulannya melayu??
Bukan nak downgrade bangsa sendiri. Tak sama sekali, malah sy bangga jd rakyat malaysia yg berbangsa melayu. Lebih berganda kebahagiaan lg, sy diberi nikmat utk menjadi org islam. Alhmadulillah.

Tapi mungkin ada sedikit persoalan ttg minda anak2 melayu. Maybe bukan semua anak melayu macam ni, tapi sy tujukan generally. Siapa nak terasa, terasa lah.
Bila saya dalam kelas yg biasa-biasa-saje-thp-interaktif-dia-dapat-jawab-ke-tak-dapat-tak-pe-sebab-memang-tak-kan-dapat-points-pun, ada dua situasi untuk satu soalan. Contoh soalannya, bila dua half-action potential daripada opposite direction bertemu, apa akan berlaku?

Situasi 1 - Anak mat saleh: "They cancel each other" "They magnify" "They crash unto each other" "They bounce back" "They cause blokage" bla3.
Situasi 2 - Anak melayu: *senyap* *bunyi komputer* *bunyi cengkerik*

Boleh nmpak betapa-nya neuron dorg keep on firing. Sentiasa ada je idea2 kreatif. Walaupun mengarut, walaupun salah, dorg cakap je. Anak melayu diam kenapa?
2 sebab. 1- idea bernas, tapi takut bersuara. Either takut salah or anak melayu memang pemalu. 2 - memang takde idea pun. Otak dah jammed.
Tidak menjawab, juga tidak betanya. Itu sifat utama anak melayu. Sedangkan minda seseorang tu, kita blh nmpak kehebatannya drpd soalan2 yg dia tnya, bukan sekadar drpd benda2 yg dia ckp.
Nak kata anak melayu ni sopan, tak suka interject? Ye ke anak melayu ni sopan? Ye ke anak melayu ni penuh budi bahasa? Ye ke? Open your eyes, tengok keliling. Ye ke? Ye ke?

Tapi bila dalam kelas yang kena-jawab-untuk-dapat-points-supaya-boleh-exempted-final-or-lepas-points-untuk-ambil-final masa tu, budak2 rambut kuning takde harapan la nak bercakap. Hebat anak melayu ni rupanya. Bagai permata yang belum digilap!

Apa yg buat ada perbezaan ni? Adakah sebab anak melayu kena ada 'reward' baru nak buat sesuatu? Atau anak melayu memang dibesarkan dalam suasana 'tak-boleh-buat-silap', kalau silap ready la nak kena "piapp". Atau kita memang cuma pentingkan sijil bertimbun, daripada kebolehan berfikir? Sebab rata2 kita cuma 'menghafal' bukan 'memahami' apa yg kita belajar. Ataupun, kelemahan2 ni datang dari dalam diri kita sendiri yang tak berusaha untuk memajukan diri? Lepas tu sibuk bising2 kata hak melayu, nasib melayu tak terbela, sedangkan kita sendiri tak cuba membela nasib diri kita, mcm mana nak bela nasib bangsa kita. Atau gak sebab anak melayu mengalami masalah 'inferiority complex'? Atau sekadar masalah 'jiwa yang terlalu kompleks'?

Bila berjanjinya pula anak melayu, orang akn cakap "ala, janji melayu". Janjinya pukul 2, pukul 3 belum sampai. Ke kelas pn semedang je lambatnya. Adakah ini ciri seorang muslim?

Lama-lama kita akan hilang kebolehan berfikir, hilang kebolehan bertanya, hilang kebolehan memahami dan bla3. Homogenized dan jadilah kita seperti apa? Ya. Jadilah kita manusia robot.
Yang tau hanya, bangun, bergerak bersama-sama mereka2 yg tidak pasti tentang tujuan hidup, bergerak naik bas, naik tram, naik train, ke kelas, menuju langit, pulang ke rumah, dan kitaran yang sama setiap hari. Tanpa hala tuju, tanpa terisinya hari tersebut, tanpa peluang menunduk ke bumi. Maka jadilah kita Melayu yang meLAYU. Semakin hari semakin layu.

Tanya diri, KENAPA jadi macam ni? Bila kita dah dissect, dah bedah, dah jumpa punca, inshaAllah, bolehlah kita cari penyelesaian dengan mengatasi punca. Masalah perlu diselesaikan dari punca, bukan semata-mata di permukaan.
Dan tanya diri lagi, SAMPAI BILA kita nak jadi macam ni?

Sempena hari Jumaat ni, apa kata kita hidupkan balik sunnah yg dah agak kita lupakan. Baca surah al-Kahf. Feeling lebih baca terjemah. Fokus pada kisah pemuda kahf - ayat 9-26. Yang berani mempertahankan prinsip iman, sehingga mengasingkan diri di gua, dan Allah kurniakan 'ketenangan berpanjangan' kpd mereka. Agak2 best tak tidur 300 tahun? Hehe.

Dan fokus pada kisah Nabi Musa dgn (menurut para mufasir) Nabi Khidir - ayat 66-82.
Nabi Musa hebat ber-knowledge. Rajin bertanya. Dan Nabi Khidir hebat ber-wisdom. Medalam fikirnya.

Semoga dapat mengambil ibrah/pengajaran/moral of the story, drpd kisah2 ni.

Wallahu'alam.


Robots are human's way of expressing their imperfections.

ps: Jangan terlalu menjadi manusia robot, takut terkena virus wahan.
pss: Saya juga melayu :)

Nota kaki: Sambungan kisah "Oh Malaysia..Apakah kesudahanmu?"

Wednesday, September 01, 2010

Cakap sikit, buat lebih.

Salam 'alaikum. Salam buat semua =D

Happy, happy birthday to you!
Ahh. Birthday siapa?
Siapa2 yang rasa birthday dia bulan 9, sila terasa.
Oh sebenarnya nak wish happy belated birthday kat kemerdekaan Malaysia.
Setelah begitu kecewa, frust dan annoyed menonton cerita yang dikatakan bertemakan Kemerdekaan semalam, di channel yang agak tak free, saya pun tiba2 nak bernasihat.
Kemerdekaan itu bukanlah semata2 pada kibaran bendera, laungan di bibir dan semangat patriotik.
Tetapi juga kepada sejauh mana diri, jiwa, hati dan peribadi kita berjaya dibebaskan dari sebarang jenis penindasan, penjajahan, penjahiliyyahan dan pen"taghut"an.

Newton's 3rd law of motion states that,
"Every action has an equal and opposite reaction".
Daily application: Bila kita saling nasihat-menasihati, we've got nothing to lose. Instead, boleh jadi peringatan yang baik utk diri kita, dan memberi motivasi untuk kita lakukan apa yang kita katakan tu.
Kata seorang trainer dalam cerita "Biggest Loser Australia" yang saya tengok baru2 ni
"to earn respect, you have to practice what you preach".

Alhamdulillah. Dah masuk 10 malam terakhir.
Erk! Tak perasan? Takpe2. Sekarang dah perasan kan?
Apa tunggu lagi, gerakkan tentera2 mu!
Hidupkan malam2 mu dengan penuh taubat dan pengharapan.

Sekian tazkirah subuh 22 Ramadhan1431H.

Jika seseorang tak sanggup mujahadah demi iman ini, maka tunggu sahajalah masa iman itu akan tercabut.
- Ust Fauzi

ps: Maaf short entry. Kedai kopi masih under renovation dan regeneration. Kesulitan amat dikesali.

Sekian.

Monday, July 26, 2010

Oh cuti!

Salam ‘alaikum. Salam for all.

Alhamdulillah. Masih lagi aman damai makmur bahagia berada di bumi Malaysia.

Well, encik internet masih tak nak attach dengan saya, unfortunately.

So most of my posts are delayed. Takpe2.

Lebih seminggu di Malaysia, membuat saya tertanya-tanya. Apa perubahan yang dah saya lakukan?

More specifically, apa kebaikan yang saya dah buat untuk ummah? Erk!

Nampak kemungkaran depan mata. Tak payah cari. Pusing mana pun nampak dan bandaraya KL ni.

Kalau kat Warsaw tu lain laa. Memang lain. Senang beza hak dan batil.

Obvious, betapa pentingnya bi'ah dalam membina karakter dan keimanan seseorang tu.

Lepas tu, peluang buat pahala datang bergolek. Tak payah cari jugak. Apa buat? Buat taktau?

Come on. Come on.

Ramadhan dah dekat. Macam dalam buku yang saya tengah baca sekarang, Sinergi, dia kata Ramadhan tu satu persinggahan dalam perjalanan hidup kita yang hanya gurau senda ni.

Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan mencari dan meraih takwa.

The question in, “apa itu takwa?”

Biasa kita dengar kisah Umar al-Khattab dengan Ka’ab bin Malik, dimana bila Umar Tanya pada Ka’ab bin Malik “Apa itu takwa?”

Jawab Ka’ab bin Malik dengan satu pertanyaan “Apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri, wahai Umar?”

Jawab Umar, “Pernah”

“Apa yang kau lakukan?”, Tanya Ka’ab bin Malik

“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik pada duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dengan mana-mana duri”, jawab Umar.

“Ketahuilah Umar, bahawa itulah sebenarnya takwa”.

Takwa, menurut penerangan dalam buku tu, adalah rasa berhati-hati dantakut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah.

Maka sekali lagi saya tanyakan, apa itu takwa?

Kenapa kita perlukannya? Kenapa, dalam Quran, kerap kali Allah membangkitkan perkataan takwa? Banyak. Terlalu banyak. Bukan ke, bila Allah kerap kali bangkitkan perkara tu dalam Quran, bermakna ada significant-nya perkara tu?

Sekali lagi saya tanya, apa itu takwa? Anyone?

Next.

Here’s the list of the books I have read and am reading, since I came back.

Sangat real, sangat dekat. What can i say? Thumbs up!

Ok, this one, totally unexpected! New insights. Banyak persoalan terjawab. Doktor muslim atau muslim yang jadi doktor? Sila baca.

Yang ni, no comment. =p

Really like this one too. Bacalah kalau sanggup nak jadi doc. Haha. Kalau nak jadi patient pun, sesuai gak baca. It shows how docs and patients are exactly like what ukhuwwah is about; saling lengkap-melengkapi.

Like Terasing, it's about ukhuwwah. Padat dengan pengisian. Tapi yang ni rasa ada kelainan sikit. =D

Seronok woo shopping buku.

One thing though, yang membuatkan saya agak tersenyum sinis semasa shopping2 buku.

When in Warsaw, pergi kedai buku, susahnya nak cari buku in English.

When in KL, pergi kedai buku, susahnya nak cari buku dalam BM.

Funny ain’t it?

Well, there’s more to be read. Best3!

Membaca jambatan ilmu. Widens your perspectives, broadens your mind, increases your knowledge =)

Apabila sesuatu itu dilakukan atas dasar iman, maka terhasillah 1+1=3.

ps: Siapa2 ada cadangan buku untuk saya baca?

Sekian.

Monday, June 21, 2010

Pagi yang gelap, kini sudah terang. Selamat Pagi.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Apa khabar iman kita? Semoga peningkatan iman kita selari dengan peningkatan usaha kita untuk jawab exam esok. Amiin.

Ikuti dialog antara semut api kacak dan girlfriendnya.....

A: Awak2. Jom gossip.
B: Isu apa? Kes cerai?
A: Bosan betul nak cerita masalah dalaman orang lain.
B: World cup?
A: Ok. Awak tolong jangan bagi batal puasa world cup saya ya.
B: Banjir di China?
A: Ah, teringat cerita 2012.
B: Perkahwinan diraja Sweden?
A: Eh ni bukan yang Pawel pg tengok tu ke?
B: Kantoi awak stalk!
A: Bukan salah saya! Housemate saya yang ajar. Ngeh2.
B: UPSR dan PMR nak dihapuskan?
A: Kalaulah zaman kita lagi dah mansuh kan best! Hehe.
B: Ada pros and cons. At least takde la exam-oriented sangat sistem pembelajaran Malaysia. Kan?
A: Nexttt!
B: Tembok besar China nak dirobohkan?
A: WHAT?!
B: Eh tak2. Silap. Tembok Penjara Pudu nak dirobohkan.
A: What? Yang dah 100 tahun tu? Yang mural kat dinding tu pernah jadi terpanjang kat dunia? Yang berhantu tu? Yang ada bilik gelap tu? Yang kita selalu lalu lepas turun LRT nak pg Times Square tu? Yang dah lama takde orang guna tu? Yang bina mahal-mahal tu? Yang kat tengah2 segi tiga emas tu? Yang satu2 nya bangunan jejak tanah tu?
B: Eh banyak tanya la awak ni.
A: Kenapa? Why? Dlaczego? Li maza?
B: Entah. Menyemak kot. Diorang nak bina laluan bawah tanah.
A: Kenapa? Diorang kena sekatan gak ke? Jom hantar Freedom Flotilla ke KL!
B: Mengarut laa awak ni.
A: Kenapa dia tak buat jadi muzium? Atau edit balik jadi penjara? Atau biar je dia duduk diam2 kat situ?
B: Awak. Tolong berfikiran produktif sikit boleh tak? Mungkin lepas ni kita boleh main skateboard kat situ.
A: Hmmph!
B: By the way. Cakap pasal bina-mahal-mahal-lepas-tu-tak-berguna-pun-untuk-semut-semut-macam-kita-ni-sebab-kita-semut-tinggal-dalam-tanah-cukup-la-boleh-buat-dissection-tak-yah-pergi-belajar-university-amek-medic-kat-Poland-pun-takpe-sebab-semut-ramai-lari-oversea, teringat *tuuuuttttt*
*Dialog terpaksa di-censored dan ditamatkan.


Penjara Pudu
"Heyy manusia! Jangan kau sentuh itu harta, bukan kau yang punya. Ahmad Albab yang punya. Ahmaaaddd Albaaaaabb yang punya! Hahahaha!"


dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
[al-Israa' (17) : 26]


ps: Bye2 penjara pudu! I'm gonna miss walking in front of you! Sobs!

Sekian.

Saturday, May 15, 2010

"tinggi rupanya langit itu!"

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

"Sesiapa yang menghendaki dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam, untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya."

[al-Israa' (17) : 18-19]


Kadang kala, yang berliku itu lebih membahagiakan. Maka istiqamahlah!

Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan diantara kedua-duanya adalah perkara syubhat.
Hadith 6

ps: Tahniah Langit Ilahi! Anda memang thorrbaik!

Sekian.

Sunday, February 28, 2010

Oh Malaysia..Apakah kesudahanmu? – part 4

Assalamualaikum. Salam buat semua.

Apa khabar iman kita hari ni?
Hari minggu yang cerah disinari matahari dan ditemani buku-buku embryology dan anatomy.
Dan hari yang semakin panjang. Ye la, pukul 6.30 matahari dah nak naik, pukul 5 lebih baru maghrib. Perubahan masa solat berubah mendadak. Hari-hari kena update, kalau tak, memang terlepaslah subuh. huhu.
Tapi tak apa. Itulah nikmat yang Allah bagi kat kita, yang kita tak dapat rasa bila kat Malaysia.
Alhamdulillah. Nothing to complain.

Seperti biasa, pagi weekend, memang saya luangkan masa sikit depan laptop, baca blog sahabat, baca online news semua. Bukan apa, nak keep in touch, masing2 sibuk. Nak beli newspaper, tak faham pulak kan. hehe.

Macam biasa bila baca news ni, isu pembatalan perarakan Maulidur Rasul yang tak sudah2 walaupun sambutan Hari Maulidur Rasul dah pun tamat. Biasalah tu, rumah dah siap pahat bunyi lagi. Dan menjadi kebiasaan juga mencintai Rasulullah hanya setengah hari dalam setahun. Hari2 lain? Entahlah. Husnuzonn.
Selain isu perarakan, isu yang tak pernah lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ialah isu perbalahan parti politik. Yang ni lagi saya tak minat nak masuk campur.

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya pada hari ini, yang saya kira 'inter-related' sebab dua2 pun hal berkaitan institusi kekeluargaan. Dan saya tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni banyak betul saya dengar, baca, bincang hal ni. Institusi kekeluargaan, i mean. Mungkin kerana pembinaan baitul muslim perlu dimulakan dengan pembinaan individu muslim, yang mana perlu dimulakan sejak awal lagi. Atau mungkin kerana nak dapat merasa makan nasi minyak walimatul urus tak lama lagi? Apa2 je lah.

Tajuk pertama ialah berkenaan pembunuhan seorang yang saya kira masih boleh digelar bayi kerana baru berusia 3 tahun. 3 tahun ya. Ya, 3! Apa sangatlah salah kanak2 umur 3 tahun sampai dibunuh dengan kejam, zalim, tak berperikemanusiaan, diktator, nazi. Come on la, budak tu mumaiyyiz pun belum! Tidur pakai lampin lagi. Dah2 shida. Relaks2. Husnuzonn. Mungkin dia ada masalah kesihatan. Mungkin dia sebenarnya tergolongan dalam golongan orang2 yang tak diwajibkan solat. Mungkin dia terlupa budak tu baru tiga tahun. Mungkin dia selalu kena buli masa kecik2 dulu, so dia membesar dalam keadaan 'disturbed'. Tu la. Awak sendiri, shida, tak jalankan tugas awak sebagai seorang muslim. Eh, dah. Kan hari Jumaat hari tu dah usrah. Habis, usrah tu je dah cukup tunaikan hak muslim lain, tanggungjawab awak kat Allah? Alaa, saya ni kena la 'level by level'. Usrah dulu. Betulkan diri sendiri dulu. Diri sendiri pun cam hampeh, mcm mana nak suruh orang lain buat baik. Ahh! Sudahlah dengan alasan awak tu. Awak dah lupa masa ISK hari tu? "Islah nafsak, wad'u ghairak" (Perbaiki diri kamu, dan ajak orang lain). Dah lupa? Nak kena ISK lagi sekali? (==> sila abaikan sesi monolog dalaman ni jika ia membuat anda menyampah lagi stress)

Ok. Dah habis sesi 'brain-wash'.
Menurut laporan news tu, hamba Allah yang mengamalkan diktatorship itu sebenarnya 'kekasih' mak kanak2 tu, yang bapanya sekarang berada di penjara keran tuduhan bla3. Ok. Leave out the unimportant points. Kita menulis bukan untuk mencari kesalahan orang. Tajassus namanya. Astaghfirullahal'azim.
Ok, sekarang ni boleh je saya cakap mcm ni "Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni. Senang2 je nak bunuh orang yang bukan milik dia. Budak tu milik Allah tau tak?". Dan boleh je saya nak cakap "Hah tu lah mak dia. Ada bf lagi. Bersekedudukan lagi. Balasan la tu". Atau boleh saja saya berkata "Rosak anak melayu islam Malaysia". Kalau saya nak.
Tapi saya tak nak cakap macam tu. Sebab ramai orang pun akan cakap macam tu, and kalau semua orang pun cakap macam tu, dan tak ada orang pun nak cakap benda lain, siapa nak cakap benda lain? Erkk! Maksud saya, kalau saya cakap macam tu pun, bukannya boleh ubah keadaan. 'Stigmatizing'. Tak kemana umat kalau kita cuma tahu menghukum, mengumpat, mengata, menyebarkan berita palsu siap buat versi remix, meng'stigmatise' et cetera, et cetera.
Jadi apa yang kita patut buat?

Ok. Kisah kedua yang menarik perhatian saya ialah errr. Saya tak tahu kenapa. Bahagian rencana online news tersebut dipenuhi cerita-cerita perangai jahiliyyah. Cerita-cerita perangai kaum Nabi Luth (as). Atau lebih dikenali sebagai nafsu songsang. Homoseks. Hubungan sejenis. Gay dengan les la senang! Tiba-tiba teringat kisah di dissection room.

A: Eh kenapa jantung ni lawa, jantung tu buruk?
B: Ni jantung pig dow. Jantung manusia yang hitam tu.
A: Oo. Patutlah lawa.
B: Eiy. Asal lak?
A: Ye la. Pig tak buat dosa. Banyak berzikir. Manusia suka mengumpat, su'uzon, dengki. Hati jadi hitam. Jantung pun hitam la. Satu badan pun jadi hitam.
B: Tapi pig buat hubungan sejenis!
A: Ala. Manusia pun sama je.
(Uwaga! Isi dialog telah diubah dan diremix dengan dahsyatnya supaya isi kandungan dialog ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang tiada. Serta supaya isinya lebih dramatik. Harap maklum)

Ok. Back to our news.
Seorang makcik yang pg ke toilet KLCC telah meng'kantoi'kan 2 orang pelajar agak berusia 12-13 tahun sedang 'buat kerja' sesuatu dalam toilet.
Hah buat kerja? Ye la, buat kerja. Gila arh! Apa yg gila? Budak tu. Wey! Husnuzon la! Suka2 nak fikir lain. Oh. Sorry2, my bad. Teruskan cerita.
Tapi mmg betul pun gila. Makcik tu kantoikan budak2 ni tengah ber...... err. Ber.... Ahh! Faham2 sendirilah.
Dah la buat kerja bernafsu dalam toilet awam, umur baru 12-13 tahun, perempuan dengan perempuan pula tu!
Astaghfirullahal'azim.
Betapa sedihnya hati bila baca. Sedih. Sedih. SEDIH.
Dalam situasi macam ni, boleh je saya cakap "Zaman aku kecik dulu (ceh! macam la dah tua sangat), umur 12 tu, barulah nak belajar kucing ada 4 kaki rupanya." Dan boleh je saya cakap "Hah tu la, orang suruh main PS tak nak. Kan ke lebih berfaedah daripada jadi sama macam kaum yang Allah binasakan" Atau boleh juga saya berkata "Rosak adik-adik aku". Ya. Hakikatnya mereka adalah adik-adik kita. Seagama, sebangsa. Berkongsi Tuhan yang Esa. Berkongsi bahasa yang sama.
Tapi saya tak nak cakap macam tu. Sebab ramai orang pun akan cakap macam tu, and kalau semua orang pun cakap macam tu, dan tak ada orang pun nak cakap benda lain, siapa nak cakap benda lain? Erkk! Maksud saya, kalau saya cakap macam tu pun, bukannya boleh ubah keadaan. 'Stigmatizing'. Tak kemana umat kalau kita cuma tahu menghukum, mengumpat, mengata, menyebarkan berita palsu siap buat versi remix, meng'stigmatise' et cetera, et cetera.
Jadi apa yang kita patut buat?

Bukan hak kita untuk menilai mereka. Bukan hak kita untuk mengatakan "Dorang dah rosak". Juga bukan hak kita untuk menghukum mereka. Apa yang kita perlu dan mampu buat, bukanlah dengan membenci dengan hati je. Sebab Rasulullah ajar, itu adalah cara mencegah maksiat yang selemah-lemahnya dan jika kita tak mampu. Saya ulang. Jika kita TAK MAMPU. Kalau kita ditakdirkan tak ada kaki, tak ada tangan, bisu dan pekak, boleh la kita bagi alasan nak mencegah kemugkaran dengan sekadar membenci kemungkaran tersebut. Walaupun sebenarnya dorang yang tak berkemampuan tu semangat amar ma'ruf nahi mungkarnya lagi hebat daripada semangat kita. Tapi Alhamdulillah, Allah jadikan kita sebaik-baik ciptaanNya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Jadi, apa kaitannya pula semua ni dengan institusi kekeluargaan?
Kalau kita tengok pendapat pakar, kajian, survey, semua2 tu, majoriti akan mengatakan kerosakan akhlak yang berlaku pada zaman kini adalah disebabkan dan bermula daripada keretakan dan kerosakan institusi kekeluargaan. Majoriti. Bukan semua. Kurangnya kasih sayang ibu bapa tu sebenarnya agak dah lapuk alasan tu.
Tapi sebenarnya lebih kepada kurangnya tarbiyyah dan didikan. Keluarga dibina atas dasar memenuhi nafsu. Keluarga dibina atas dasar suka sama suka. Keluarga dibina atas dasar nak cover sebab dah terlanjur. Keluarga dibina atas dasar paksaan keluarga. Keluarga dibina atas dasar apartheid. Erk! Silap2. Tapi ada juga kan. Atas dasar menjaga baka dan keturunan. Dan lain2. Boleh fikir sendiri kan?
Tapi dalam banyak-banyak dasar ni, tak ada pula keluarga dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Allah. Keluarga dibina demi mendapat cinta dan redha Allah, bukan untuk mendapat kepuasan diri. Kenapa? Why? Czemu? Li maza?

Adakah kita lupa tujuan kita hidup kat dunia ni?
Apa kita buat sekarang?
Change from within. Kita tak kan mampu ubah orang lain. Tapi kita mampu ubah diri kita sendiri. Kan? Kita mampu bentuk diri kita menjadi individu muslim, dangan pertolongan Allah.
Bila kita dah jadi individu muslim, baru la boleh sibuk2 nak bina institusi keluarga dengan individu muslim juga. Kalau dia belum lagi jadi individu muslim, sama2 kita bantu dia jadi individu muslim. Nanti boleh sama-sama tarbiyyah anak-anak jadi individu muslim. Maka terbinalah sebuah keluarga muslim.
Kalau dah kata individu muslim, mesti tau tanggungjawab. Kan? So bantu keluarga sebelah rumah untuk jadi keluarga muslim juga. Bila dah banyak2 keluarga muslim, barulah kita dapat membina sebuah masyarakat muslim.
Kalau dah kata individu muslim, mesti tau tanggungjawab. Kan? So bantu masyarakat sebelah untuk jadi masyarakat muslim juga. Bila dah banyak2 masyarakat muslim, barulah kita dapat membina sebuah kerajaan islam.
Kalau dah kata individu muslim, mesti tau tanggungjawab. Kan? So bantu kerajaan sebelah untuk jadi kerajaan islam juga. Bila dah banyak2 kerajaan islam, barulah kita dapat membina sebuah daulah islam.
Kalau dah kata individu muslim, mesti tau tanggungjawab. Kan? So bantu daulah sebelah untuk jadi daulah islam juga. Bila dah banyak2 daulah islam, barulah kita dapat membina sebuah empayar islam.
Kalau dah kata individu muslim, mesti tau tanggungjawab. Kan? So bantulah pemimpin mentarbiyyah rakyat supaya akhirnya islam dapat menjadi ustaziyatul 'alam.
Akhirnya, gejala sosial, akhlak jahiliyyah semua pun dengan sendirinya berkurangan sebab semua orang dah jadi individu muslim.
Jadi permulaannya apa? Individu muslim. Ya saya ulang, individu muslim. Sekali lagi, individu muslim. Siapa yang perlu jadi individu muslim? Diri sendiri, Pandaiiii anak mak.
Ahh shida ni, cakap memang laa senang! Buat tengok!
Dah2 shida. Anatomy dgn embryology menunggumu! Panjang pulak bebel. Ye la. Kalau pergi kedai kopi, tak lain main dam, mengumpat, tengok bola. Apa salahnya bila kita pergi kopi untuk bincang macam mana nak jadi individu muslim? Shift your paradigm, liberate your mind!

ayat untuk dikongsi: [Al-Furqan (25) : 63 - 77]

Wallahu'alam.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
َأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

p.s: Post ni ditulis berdasarkan fahaman penulis yang naif lagi fakir ilmu Allah. Jika ada apa2 kesalahan, maaf didahulukan. Mohon perbetulkan. Sesungguhnya segala yang baik datang daripada Allah.

nota kaki: "Oh Malaysia..Apakah kesudahanmu?" adalah siri bebelan saya daripada blog lama yang baru sampai episod 4.

Sekian.