Thursday, March 01, 2012

29 hari lagi

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ya, benar tekaan anda. Saya ada exam esok.
Saya perasan juga, bila nak exam, baru nak update blog.
Macam masa-masa lain tak berfikir pula ya.
Allah.
Maaf. Terlalu dan terlampaulah sibuknya belakangan ini.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai nikmat sibuk.
Tak ada lah nak buang masa tak tentu hala kan.
Moga Dia lindungi diri ini dan anda semua juga ^^

Bila saya baca post terbaru [IG], saya jadi terfikir sendiri, dan terus berfikir.
Macam banyak sangat je lah bunyinya fikir tu. Apa-apa je lah.
Bila benar-benar saya introspect, saya reflect, saya sedar.
Banyak juga saya merungut dan mengeluh dan meng-complain belakangan ini.
Sedangkan saya bukanlah orang yang layak untuk mengeluh.
Dan saya bukanlah berada di posisi untuk mengeluh dan meng-complain sana-sini.
Allahu Rabbi.
Sampai ada yang berkata "Janganlah complain je".
Saya tak complain, cuma kritikan membina.
"Jangan kritik membina je, sama-sama bina sekali". Oh!

Kadang-kadang tu pula, cepat sangat nak mengalahnya.
Ok. Understatement mengalah tu. Putus asa.
Masa kelas Microbiology, buat slide, tengok guna microscope, tak jumpa-jumpa.
Teropong punya teropong, tak jumpa juga.
"Ada tak? Bacteria apa?"
Entah. Tak jumpa lagi. Tolong carikan. *dalam hati rasa mungkin tersalah prepare. Tu yang tak ada tu*
*beberapa saat kemudian*
"Gram negative bacilli"
Eh. Ada? Macam mana boleh jumpa?
"Oh. Tadi tu dah dekat dah. Pusing sikit je knob tu dah jumpa dah".
Dan beberapa lagi insiden mirip insiden ini.
Kadang-kadang tu, kita give up cepat sangat, saat kejayaan dah hampir tiba.
Cuma kalau kita bertahan dan bersabar sikit sahaja lagi, dapat lah kita bersama-sama merasakan kejayaan tu.

Kata cikgu kesayangan,
"I always remind my students, if you want to send CSF specimen to the laboratory, you should call the lab a few minutes earlier so that we can prepare. Time is very important when dealing with CSF. You should call until someone picks up the phone. It's not like someone sits by the phone all the time. So you need a strong determination to call the lab"

Mungkin kena lebih muhasabah.
Sebab apa yang berlaku, itulah yang terbaik.
Itulah yang Dia dah tetapkan untuk kita, yang tak akan mampu kita ubah.
Kerana yang telah menciptakan kita, Dia tahu itu yang terbaik.
Dan kita, jangan pernah berputus asa dan berhenti harap.
Allahu 'alam.



ps: Doakan agar dipermudah projek terbaru saya untuk keluar daripada zon nyaman saya ya (^^)v

No comments: