Monday, October 08, 2012

Yang berlalu makin tua, yang bakal datang makin muda. Erk!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari berganti hari. Dan umur kita makin berkurang.
Sesaat berlalu, berkuranglah sesaat yang tinggal untuk kita.
Duduk sejenak, dan berfikir.
Berapakah usia kita saat ini?
Berapakah baki usia yang tinggal untuk kita?
Maka apa yang perlu kita buat dalam masa yang semakin singkat ini?

Kalaulah pepatah ada menyatakan bahawa hidup bermula pada usia 40, maka sejarah kegemilangan Islam telah membuktikan sebaliknya.
Tak percaya?
Check semula sejarah Sultan Muhammad al-Fatih.
Check semula kisah Muadz dan Muawwidz.
Check semula kisah Imam as-Syafie.
Check semula kisah Imam Nawawi.

Mereka ada Konstantinopel.
Mereka berjaya membunuh musuh Allah dalam sebuah peperangan.
Mereka ada hafaz Quran seawal umur 9 tahun.
Mereka ada kitab Riadhus Solihin.

Tanya diri, aku ada? Apa aku ada?
Apa yang dah diri kita lakukan untuk dunia, untuk ummah?
Apa ada, kalau pergi ke kelas pun lambat.
Apa ada, kalau di kelas pun tak nak berfikir.
Apa ada, kalau belajar pun main-main.
Apa ada, kalau doa pun malas.
Apa ada, kalau tawakkal pun bukan kepada Allah. :o

Wahai yang berselimut! Bangkitlah!
Ambil cintamu di langit, tuk ditebar ke bumi.


A famous poet once said:

You can't always get what you want. But if you try, sometimes you might find that you'll get what you need.

ps: Kalau rasa-rasa tak boleh, ingat. It's just a matter of perception. An optical illusion.
ps2: Wahahah. Konon semangat baru mula kelas. Moga mampu tsabat dan istiqomah. Jom berusaha! Dan berdoa tanpa putus (^_^)v

Sunday, September 16, 2012

Ubi kentang memang sedap.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.


Satu hari tu, ada lah seorang ni, konon-kononnya nak buat mashed potato yang ter-paling sedap di alam semesta.
Maka bermulalah langkah pertama; rebus ubi kentang.
Setelah merebus, percubaan menanggalkan kulit ubi kentang tersebut sangat-lah susah, sebab panas sangat.
Datanglah seseorang, lantas bertanya (membebel kot lebih tepat)

A: Kenapa pi rebus dengan kulit-kulit sekali? Kan susah nak peel. Kalau dah peel siap-siap baru rebus kan mudah. Blablabla jimat masa blablabla-nyenyenye.
B: Ye laa. Ubi kentang ni, kalau kena rebus sekali dengan kulit, barulah manis dia tak hilang. Macam manusia. Kalau kena rebus dan dia tak tanggal-tanggal pakaian dia, barulah terasa manisnya iman tu. *lantas berlalu pergi*
A:   :o

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
[al-A'raf (7) : 26]

Monday, September 03, 2012

The end is not the end. 'Nuff said.

We cannot prevent death. But what we can do is to facilitate it.


Salam 'alaikum. Salam buat semua.

I've just started my summer clerkship/ elective posting/ practical lah senang cerita at a Paediatrics department.
And the "suasana" in the ward, peh. Memang tak mampu nak berkata apa-apa.
Kids running and jumping around, babies crying everywhere.
But I guess that's the beauty of any Paediatrics department. Mungkin lahh.

Wad Paediatrik di Malaysia agak berbeza konsepnya daripada wad Paediatrik di Warsaw, di mana setiap wad adalah department Paediatrik yang berbeza.
Di sini, semua pesakit, semua kes akan masuk wad sama.
Maka berbagailah ragam riang ria ceria kanak-kanak yang dapat dilihat.

It's indescribable. Really.
Seeing new life being welcomed to the world, the joy, at one end of the ward.
While at the other end, seeing life waiting to be ended with acceptance.
But that's life. I guess.

And so, the doctor told me;  "We cannot prevent death. But what we can do is to facilitate it. For both, the patient and the family".
And the hardest part is to accept.
And to accept, one must first understand.
And to understand, one needs a heart.
A heart that knows where to turn to in times of joy and grief.



Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kembalinya kita.
Sungguh. KepadaNya lah kembalinya kita.
Hanya itu yang dapat saya ungkapkan tatkala menerima berita pemergian seorang sahabat.
I may not know her well.
I may not see her often.
But the brief moments I get to know her are enough for me to know what a person we would all be missing.
Mungkin di situlah letaknya nikmat bertemu kerana kasihkan dan sama-sama mencari redhaNya.
Moga Allah berkati.
Moga Allah terima amalannya dan amalan kita.
Harapan saya agar dapat bertemu kembali di Jannah yang abadi.
Moga damailah di sana, dalam dakapan kasih sayang Allah Yang Maha Agung.

ps: Sungguhlah. Kematian itu peringatan. Buat kita semua. Moga Allah kurniakan kita semua dengan husnul khatimah.

Thursday, July 05, 2012

Tanah & air

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Berkesempatan juga akhirnya untuk update blog selepas lebih seminggu pulang ke tanahair.
Cehh. Bajet busy sangat.

Ok, itu tipuan semata-mata.
Berperasaan juga akhirnya untuk update blog selepas lebih seminggu pulang ke tanahair.
Ok, itu hampir benar.

Walaupun tanah yang kini saya pijak bukanlah dikira tanah kelahiran mahupun tanah tumpah darah peluh semua, tetapi tanah ini masih dikira tanahair. Masih di atas bumi Allah.
Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

Dan tanah yang kini saya pijak lebih hampir kepada Garisan Khatulistiwa berbanding tanah kelahiran saya.
Maka maknanya apa?
Ya, nikmat matahari lebih dapat dirasai & disyukuri.

Minggu pertama saya di sini, saya telah ke satu kawasan yang lebih hampir dengan garisan tersebut.
Jalan sikit lagi, sampailah ke negara jiran. Seronok juga kalau boleh ke negara jiran.
Tempat tersebut sangat terkenal dalam kalangan pembeli-belah tegar.



Yeah! Shopping mall tanpa bumbung!
Dan suhu pada waktu itu ialah 41 darjah Celsius.
Boleh bayangkanlah kan betapa *ehem*panasnya*ehem* pada waktu itu.
Dan sebagai seorang yang perasan European-mentang-mentang-baru-balik-daripada-Negara-Euro-2012, saya juga tidak terkecuali daripada hilang kewarasan dek kepanasan.

Tiba-tiba terbayanglah pula kisah Perang Tabuk.
Tak dapat saya bayangkan panasnya pada waktu itu, dan perasaan senangnya berada di rumah dalam bilik aircond sambil makan anggur minum ice-blended. Pehh!

Panasnya padang pasir yang harus dilalui, dan apabila tiba di destinasi, bukan hotel 5 bintang mahupun kesenangan yang akan ditemui, tetapi peperangan.
Dan berperang dalam kepanasan itu. Fuhh.
Meninggalkan kemudahan yang ada, kebun-kebun yang sedang berbuah, unta-unta yang sarat dengan barang dagangan. Fuhh.

Kemewahan & kesenangan dunia memang sangat tempting.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[61:10]

ps: nak tahu jawapan persoalan tersebut? Grab your love letter, turn to Surah as-Saff, ayat 10-13. Aman v(^^)