Just finished reading Anthem by Hlovate. Akhirnya, I know.
Compared to Hlovate's other books, this one is...
the same... yet so different.
And this is what's written on the last page, which I'm sure there's many out there who feels this way.
words!
...saya dalam gelap...
...dan salah siapa kalau saya tak nampak?
...kenapa orang keliling hanya pandai bising...
...tapi tak pandai menghulur tangan?
Jangan pernah judge masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.
Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.
Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita singsing lengan untuk membetulkan dan membantu.
Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.
Moga hari ini, esok dan akan datang
adalah yang baik-baik je sampai ke penghujung nyawa.
Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam
tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna.
Minta dengan doa.
Aku rasa dah lama aku tak tulis apa-apa tentang travelling.
Sebab dah lama tak travel kah? Atau dah lama tak ada travel yang inspiring kah?
Atau aku memang pemalas? Err.
Ok. Maka hari ini aku nak ajak anda-anda semua pergi bercinta dengan nature. Pergi cari solace dalam nature.
Pergi lari peluk pokok sambil jerit "hug a tree!".
Kalau orang tanya "dah apahal kau ni?"
Jawab "aku mabuk cinta!",
atau jawab "you don't need a reason to hug a tree",
atau simply jawab "just because", lepas tu terus nyanyi lagu Harimau Malaya, kalau orang tanya buat apa nak peluk pokok.
Destinasi peranginan cuti-cuti Malaysia kita kali ini ialah....
BAKO NATIONAL PARK
(TAMAN NEGARA BAKO)
Park ni letaknya memang tak berapa nak jauh daripada Bandaraya Kuching. Ada lah dalam setengah jam lebih-lebih sikit kot naik kereta. Dulu aku bajet tempat ni 3-4 jam jauhnya daripada Kuching. Chait!
Lepas ni boleh pergi Bako tiap-tiap bulan. Hoho.
Bas ada. Aku nampak ada bas ni ulang alik Kuching-Bako. RM 3.50 one way.
Sampai-sampai, ada office sambut pelanggan. Kat sini anda perlu beli tiket masuk, RM3 untuk kanak-kanak bawah umur, RM10 untuk dewasa bergaya.
Kat sini juga anda perlu sewa bot. Ya, anda kena naik bot pergi Taman Negara daripada ofis sambut pelanggan ni. Memang bergaya.
RM 94 return trip untuk satu bot, maksimum 5 orang.
Betapa riangnya kanak-kanak riang tersebut. Hoho
Boat trip ni ada lah dalam 15 minit. Puas hati naik bot ni. Lama. Kalau naik kat Waterfront Kuching tu tak sampai seminit agak nya. Baru nak feel-feel angin laut menyapa muka, eh,eh dah sampai. Laa.
Ye lah, tambang pun 50sen, nak bising apa.
If you wanna try swimming, nak try test power, hah silalah!
Adik aku kata boleh minta dia pergi bawa anda tengok batu, tapi kena bagitahu kaunter dulu. Bayar lebih ah, memenuhi tuntutan alam pun kena bayar kan, apatah lagi nak pinjam masa pemandu bot tu.
Apahal ilmiah sangat post aku ni.
Pakcik-pakcik nelayan bersemangat Malaysia boleh.
*Tua muda kanan kiri miskin kaya. Inikan tanah airmu juaaaa*
The view that marks the end of your bumpy-wavy boat trip.
Kat sini ada banyak trail boleh lalu, ikut lah berapa lama masa yang ada.
Perkhidmatan bot tamat jam 4 petang. Tidur lah kau kat Taman Negara tu kalau lambat.
So kalau agak-agak gagah nak cuba lebih daripada satu trail, datang awal pagi. Lalu satu trail, makan, lalu trail lain.
Ini tips aku belajar daripada kegagalan. Heh.
Dan aku nak nasihat kan juga, pakai kasut power sikit. Kalau ada hiking shoes/boots lagi bagus.
Kalau tak, alamat anda balik tanpa tapak kasut lah. Lagi-lagi kalau musim hujan.
The trails
Nak try trail mana, anda minta je pendapat hakak/habang kat kaunter tu. Cerita sikit situasi anda, lepas tu sign buku dia. Mudah.
Kalau anda nak menembak (gambar) monyet, kemungkinan besar mereka akan cadangkan trail Teluk Paku. Oh dan kalau anda ada binocular/teropong lagi gembira, sebab pokok hutan Malaysia ni mana ada yang rendah nya.
Aku sendiri lalu trail Teluk Paku. 800 meter katanya. Katanya.
Sepatutnya sejam one way. Tapi sebab kami osem, maka kami telah menamatkan perjalanan pergi dalam masa 40 minit, dan perjalanan balik 30 minit. Dan ini termasuk perhentian untuk stalk monyet proboscis.
Gila apa stalk monyet?
Gila tak stalk! Dah berbulan aku photohunt monyet ni, sejak aku tahu kewujudan dia.
Memang sepanjang perjalanan kena pasang telinga untuk dengar kalau-kalau monyet tu ada keliling.
Monyet ni suka gayut dari pokok ke pokok. Kau cari je bunyi-bunyi daun pokok kena hempap.
Apa special sangat monyet ni? Nasalis larvatus, atau monyet proboscis, atau Big Nose Monkey, atau orang belanda ni, boleh jumpa kat kepulauan Borneo je. Endangered species, pemalu, kacak.
Nak tahu lebih-lebih, apa susah, National Geographic kan ada. Wiki, kalau tak tahu NG tu apa.
Teluk Paku trail and Pantai Teluk Paku itself. Yeah, you walk along the trail to get to this beach. And later I found out that you can just walk along the coast to get here -__-"
Trail Teluk Paku agak mudah. Not bad. Standard ah.
Maka selesai trail TP ni, kami balik ke starting point, naik trail kuning merah ala-ala bendera Selangor.
Harapan dan niatnya nak ke Teluk Pandan Kecil, ada viewpoint. Harapannya.
Jam dah menunjukkan jam 12 tengahari. Lapar dah semestinya.
Tapi gagah juga nak pergi Teluk Pandan Kecil, dan jimat masa kalau tak balik ke HQ dulu.
Ok, fine.
Naik trail. Dalam 50 meter mendaki, terjumpa pakcik foreigner yang kata trail tu mendatar je. 2 jam boleh siap.
Ok, fine.
Ascend lagi 100m. Fuhh, semput dah ni. Mana mendatarnya.
Ascend lagi 100m. Wei bila nak habis ni?
Sampai je tanda 300m, memang dah nak pengsan.
Tiba-tiba ada bunyi-bunyian dari belakang, "lapar sangat dah ni".
Mata bersinar-sinar. "Nak balik? Jom?"
Gila tak nak balik! Kaki gua dah menggigil der!
Descend another 300m, sampai-sampai HQ melepek.
Dapat nasi, memang heaven. Pfft!
The great, great dilemma!
So kalau anda-anda terasa nak dekat dengan nature, sambil exercise keluar toxic yang dah accumulate entah berapa lama dalam badan tu, Bako National Park is definitely one of them that should be on your list.
Day trip pun menarik, tidur sana bertambah teruja.
Ada chalet. Ada dorms. And the price is affordable, or even quite cheap.
Naik satu trail, balik bilik mandi rehat makan, go for the next one.
Kalau tidur 1 malam, boleh lah kot dapat 4-5 trail pendek, 2 trail panjang.
Puas. Tak payah exercise setengah tahun lepas tu. Hah!
Is it just me, or are these trees really creepy?
Pokok akaq kat luaq. Air surut.
Spot the Proboscis! Met almost 10 of them. Kacak bukan?
I saw these guys lots of time walking in the yard of my old house. But NEVER with a beard. Hoho
The show-off gila-gambar macaques. They're the real cheeky munkeh mind ya.
Kemain rembat makanan orang terus sumbat semua masuk mulut.
Nugget, fries. chips, nasi goreng, ayam kurma. You name it, I eat it.
Ada orang cakap kalau tinggal camera/phone atas meja pun dia rembat. Buat selca, instagrammm.