Ya, memang saya dapat perkataan tu daripada tajuk lagu.
Tapi perkataan tu intriguing. Deep.
Alhamdulillah. Dah menjejak hari ke-11 marathon merebut piala itu. Piala Taqwa.
"Semoga takbir kita kali ini ialah takbir kemenangan". Or something along that line. Menarik.
Alhamdulillah. Dah lebih sebulan menjejakkan kaki ke tanah air. Setelah hampir 30 jam bermusafir.
Ahh. It's worth it to go through all those hours. Or is it?
Dan dah lebih sebulan juga macam-macam jenis marathon telah saya lakukan.
Penat? Hei, tak namanya orang muda lah kalau penat sana, penat sini.
Tapi hakikatnya, penat tu memang ada. Oh. Tuakah saya?
Makin lama saya berada di tanah air, makin saya confuse. Keliru.
"Confusion is always a good start for learning". Well, yeah, i hope so.
Kadang terasa bagaikan berada di Megakidz Playland di Midvalley.
Sungguh, ketidak-matangan ini mengelirukan.
Kadang terasa bagaikan sedang menonton filem sedih cheesy habisan.
Sungguh, kesedihan ini mengelirukan.
Dan kadang terasa bagaikan sedang ditikam berkali-kali dengan sebilah pisau tumpul, sehingga patah matanya.
Sungguh, kepedihan ini mengelirukan.
Puas sudah menjerit, memekik meminta tolong.
Apa yang boleh dibantu pun, entahlah.
Hakikatnya, hanya kita yang mampu menolong.
Menolong diri kita sendiri.
Bertanya pada diri, "adakah ini salah dia, atau salah saya?".
"But once i realize the problem was not you, but within me, i found inner peace"
- Master Shifu
Ah. Apa aku mengarut ni!
"Orang yang bijaksana lebih terkesan dengan bisikan berbanding jeritan"
Tapi hakikatnya diri bukan sahaja tidak bijaksana, malah tuli. Tuli yang bukan dikurniakan semasa dilahirkan. Oh.
ps: Baru 6 hari puasa, dah pasang lagu raya? Mana pergi semangat Badar?
3 comments:
awak, I know that song. -__- apahal brain wave kita sama ni. sebab smlm pn kita terpinga2 (lol) apekebenda niskala ni. kita dengar dalam drama Wasiat (hari rabu hari wasiat haha). awak denga kat mana? hehe then google translate cakap niskala tu abstract, kannnnn =D tp sebenranya kita suka lagu tu part yg aaaa aaaaa aaaa. You geddit part mana? ahaha
hi najihah. i miss u too :P (teringat peach cobbler awak tiba2 puasa2 ni. hehe)
kenapa i miss you too? saya tak cakap pun i miss you? hahahah =D awwwww my biggest fan rindu I awww~~ hahaha
Post a Comment