Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). [15 : 39-42]
Kita tahu, kita sedar, iblis itu adalah musuh.
Maka perlakukanlah ia seperti musuh, selayaknya.
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). [7 : 200-201]
Have patience with all things. But, first of all with yourself.
ps: Setiap kali umur bertambah, suhu juga turut bertambah. Moga menjadi kafarah buat dosa-dosa. Amiin.
ps2: Minggu ni macam kena banyaaaakkk sangat istighfar. Allahu rabbi :(
ps3: Moga Allah beri kekuatan pada saya, anda, dan kita semua.
No comments:
Post a Comment