Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
"Blogpost baru awak tu, awak nak perli saya ya?"
"Hah! Yang mana?"
"Eleh. Macam lah saya tak tahu. Tak baik tau perli-perli. Nak tegur, tegurlah elok-elok"
"Ehhh. Cubalaaaahhh anda berlapang dada sikit, bersangka baik sikit. Tak ada mananya saya nak perli-perli awak. Yang awak terasa lebih ni dah kenapa?"
*krikk.krikk.krikk*
*ayat di-edit bagi memaksimakan impak
Haa, lebih kurang begitulah dialog antara saya dengan seorang sahabat saya ni, beberapa tahun lalu.
Ok, mungkin tak lah beberapa tahun lalu, tapi bukanlah baru sangat.
Sering kita katakan, salamatus sadr dan husnudzon adalah tahap terbawah ukhuwwah.
Tetapi sejauh mana kita menghayatinya?
Sejauh mana kita mengamalkannya?
Sejauh mana, kita yang mengaku dan mengucapkan ukhuwwah fillah abadan abadaa sini-sana, benar-benar menjadikan dua perkara tersebut sebahagian daripada kehidupan kita?
Allahu Rabbi.
Dah kalau tak ada lagi salamatus sadr dan husnudzon antara kita dan sahabat kita, maka di manakah letaknya ukhuwwah yang kita katakan?
Dah kalau tak ada lagi salamatus sadr dan husnudzon antara kita dan sahabat kita, maka apa lagi yang berbaki daripada sesuatu yang kita katakan ukhuwwah itu?
Dan dua perkara itu memang sangat sukar untuk dilaksanakan, yet, tetap menjadi tahap terbawah dalam tahapan ukhuwwah.
Kenapa?
Dan apa pentingnya ukhuwwah itu?
Haa. Itu, saya tinggalkan pada anda untuk fikirkan.
Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saurdaramu. - ISHAB
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
[Ali Imran (3) : 103]
ps: Berat betul nak buat apa yang sering kita perkatakan. *sigh-bunyi-macam-mengeluh-tapi-bukan-sebab-tak-baik-mengeluh*
ps2: Moga tak beku gerak kerja kita dalam kesejukan suhu Warszawa saat ini. Ohoi.
ps3: Istighfar. Istighfar. Doa. Doa
ps3: Istighfar. Istighfar. Doa. Doa
No comments:
Post a Comment