Ya, saya tahu, di tanah air Malaysiaku tercinta, semua orang sedang sibuk dengan persiapan masing-masing.
Ada yang dalam perjalanan pulang ke kampung.
Ada yang sedang memasak.
Tak nak kalah juga, ada yang sedang main mercun pun.
Dan ya, saya tahu, di tanah suci saat ni, lautan manusia sedang membanjiri.
Masing-masing menyerahkan seluruh jiwa dan hati, menghambakan diri padaNya.
Indahnya kelihatan wajah mereka yang begitu tenang mencari cintaNya di sana.
Dan ya, saya tahu, saya masih di sini.
Masih di sini.
Di sini.
Setiap hari, setiap detik, tarbiah itu sentiasa akan menyapa kita.
Walau di mana kita berada.
Memberitahu kita betapa Allah sayangkan kita.
Dan kerana itulah Dia hantarkan kepada kita medium-medium penyampai yang pelbagai. Untuk kita sedar (diri) & ingat padaNya sentiasa.
Ok cukup.
Actions have consequences.
Begitu mudah disebut. Hanya tiga patah kata.
Tak berbelit lidah pun nak sebut.
Tapi seringkali kita lupa. Kita lupa bahawasanya apa yang kita lakukan pada hari ini, pada saat ini, akan memberi kesan pada kita. Jika tidak hari ini kesannya, mungkin esok.
Atau mungkin minggu depan.
Atau mungkin 10 tahun akan datang.
Atau mungkin di akhirat nanti. Siapa tahu.
Mungkin kerana itu jugalah ar-Rasul (SAW) bersabda, yang maksudnya,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam" HR Bukhari
Dan mungkin kerana itu juga seorang Sahabah pernah berkata, yang maksudnya,
Sekiranya kamu merasa letih dalam melakukan kebaikan, sedarlah bahawa letih itu akan hilang dan kebaikan itu akan berkekalan…dan sekiranya kamu seronok dalam melakukan dosa, ingatlah keseronokan akan hilang tetapi dosa akan kekal.
Kerana tahu, kerana faham bahawa "actions have consequences".
Dan kita sebagai insan, tak akan dapat lari dari tabiat alam ini.
Dan untuk memastikan 'consequence' yang kita bakal terima itu baik, maka haruslah kita baiki apa-apa yang kurang baik dalam hati kita, dalam amal kita, dalam fikiran kita, dalam lisan kita.
Oi senangnya cakap kau!
Ya, tidak saya nafikan memang susah.
Untuk mem-baik-kan segala hati, amal, fikiran, lisan kita itu memang tidak mudah.
Senang cerita, bina KLCC lebih mudahlah!
Tapi kita tahu, tidak Allah jadikan sesuatu itu susah untuk membebankan kita.
Tidak sama sekali.
Dia hanya mahu memberi ganjaran lebih kepada kita atas mujahadah kita.
Ya, itu kata kuncinya.
Mujahadah. Pengorbanan itu perlukan mujahadah.
Dan bersempena Hari Raya Korban ini, mari kita sama-sama mujahadah "mengorbankan" sayang kita pada jahiliyyah, rasa sayang kita untuk tinggalkan dosa, agar dapat meringankan beban perjalanan menuju syurga abadi!
'Eid Mubarak! Kullu 'am wa antum bi khair :)
Without discipline your ego is the first jail of yourself.
- Tariq Ramadhan
ps: Terasa berat sungguh bebanan post ini bahu sendiri. Allahu rabbi.
ps2: Oh hati, oh jiwa, janganlah sakit-sakit. Lawan-lawan-lawan!
ps3: Mari gandakan doa kita!
No comments:
Post a Comment