Pada mulanya, ingin saya catatkan kesemua bebelan saya dalam satu post sahaja.
Tapi memandangkan post yang lalu sudah terlebih panjang (panjang ke?), maka saya bahagilah kepada dua bahagian. Mungkin lebih. Ok, tak. Ok, mungkin ya.
Statistik di laman sesawang DBP menunjukkan, purata rakyat Malaysia hanya membaca 1 muka surat buku dalam setahun pada tahun 1997, 2 muka surat setahun pada 2002, dan peningkatan mantop pada tahun 2005 (yang ini statistik perpustakaan negara, so kurang valid dalam comparison ini), iaitu 2 buah buku setahun. Bravo!
Dan memandangkan kebanyakan daripada anda adalah rakyat Malaysia (haruslah -_-"), maka terpaksalah saya split, agar tidak membebankan anda (ok, alasan).
Dalam post yang lalu, telah saya
Perasaan nervous adalah salah satu daripadanya.
Dan stress boleh menganggu persembahan permainan kita.
Stress yang saya maksudkan di sini ialah stress yang melampau, yang membuat permainan menjadi mengarut. Stress tahap lain, sila lupa buat sementara waktu.
Tetapi stress juga boleh jadi berguna pada kita.
Saat apa?
Saat stress itu menguasai pihak lawan. Hahaha *gelak jahat tapi sopan, ya*.
Melalui pemerhatian melalui cermin mata berkuasa tak berapa tinggi saya, saya dapati, saat saya mula stressed out, permainan menjadi sangat mengarut, maka berlakulah insiden bulu tangkis keluar kotak. (Berpemikiran luar kotak bagus. Bulu tangkis luar kotak adalah sangat tidak bagus. Ok? Elakkan.)
Dan begitu juga apabila stress mula menguasai pihak lawan.
Dan saat itulah saat terbaik untuk kita menyerang.
Masih ingat kisah pembulian cikgu saya ke atas saya?
Rasa anda apa tujuan cikgu tersebut buat begitu?
Sebab cikgu saya memang suka buli orang?
Tidak sama sekali! Cikgu saya itu sangat baik, ok.
Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk menguji tahap stress saya (beliau yang cakap, bukan saya).
Dan kita semua tahu, dalam keadaan stress, perkara paling basic pun kita boleh tak ingat.
Kadang kita rasa sangat tertekan dengan himpitan tugasan yang tak sudah-sudah.
Kadang kita rasa sangat tertekan dengan kawan yang bagai tak memahami tekanan kita.
Kadang kita rasa sangat tertekan sebab itu, sebab ini.
Kadang kita rasa sangat tertekan untuk terus hidup.
Ah. Manusia itu memang senang dipengaruhi emosi negatif.
Lebih parah apabila manusia itu "suka" dipengaruhi emosi, lantas tidak cuba untuk mengurangkan kadar emosi tersebut dalam bertindak, berfikir, mahu pun membuat keputusan.
Sedangkan kita lupa, bahawa masih ramai mereka yang sanggup menolong meringankan kesesakan himpitan tugasan kita, walau pada masa itu mereka juga hampir putus nafas dihimpit tugasan lain.
Sampai kita lupa, kita ada Yang Maha Mendengar.
Sampai kita lupa "pahlawan yang dikuasai emosi adalah pahlawan yang tewas".
In most cases stress is the root cause of death; illnesses are just the wrap up
No comments:
Post a Comment