Moga semua berada dalam keadaan super lagi ohsem tahap kesihatan fizikal, mental dan imannya.
Alhamdulillah. Subhanallah.
Ya, sekarang tengah cuti. Cuti semester.
3 minggu.
Dan telah lebih seminggu pun berlalu. Dan ya, saya tak ada plan untuk kemana-mana.
Selain daripada tak ada plan untuk kemana-mana, saya juga turut tidak punya "mood" untuk menelaah mata pelajaran yang bakal ada peperiksaannya 2 minggu lagi. Oh! <== mood cuti. bukan salah saya.
Dengan suhu luar yang tiba-tiba mendadak turun menjadi -15 darjah Celsius. Oh!
Maka saya pun hibernate dalam rumah. Macam panda.
Tiba-tiba, pagi-pagi lagi kawan saya yang sedang bergembira di kampung halaman *tchht* menghantar pesanan kepada saya melalui Apa Aplikasi.
Dan setelah puas mengarut, beliau pun mempromosi sebuah cerita terbaru yang ditayangkan Sabtu lalu oleh sebuah stesen televisyen di Malaysia.
Dan semestinya saya terpengaruh. Lalu saya pun menonton cerita tersebut.
Pada saya cerita tersebut bagaikan salah satu oasis buat para penonton yang bagaikan terus-terusan disumbat dengan kacang (baca: cerita mengarut pfft) sampai dahaga tak terkata tetapi tak ada siapa nak beri air minuman. Pehh!
Oh. Cerita tersebut memang berjaya membuatkan saya terharu Y_Y.
Dan paling penting, cerita tersebut berjaya membuat saya rasa nak pergi menelaah dan bermeditasi di hadapan buku.
Dengan izin Allah. Alhamdulillah.
Ok bye. Nak ber-rendezvous dengan buku. Kot.
Kerna ku bisa, dan ku akan terbang
*Oh yeah!*
ps: Oh ye. Tajuk cerita tersebut adalah..... Aku Mahu Terbang (^^)v
No comments:
Post a Comment