Sunday, January 15, 2012

Ke-badminton-an 1

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Belum pernah sebelum ini, setiap bangun tidur, terus saya mengintai keluar tingkap.
Dan belum pernah juga setelah mengintai saya katakan "Oh, belum lagi".
Kalau ada yang melihat, harus dianggap saya menunggu Putera Idaman turun dari kayangan, yang tak turun-turun juga.
Satu hari yang tak disangka-sangka, saya telah keluar rumah secara kelam kabut kerana perasan lambat tanpa sempat mengintai keluar tingkap.
Dan sesampainya saya di anak tangga tingkat 0 (ya, saya gunakan tangga ya. Sila jangan gelak.), terkeluarlah daripada mulut saya sepatah kata, "Allah".
Lalu saya berlari semula naik tangga, sebagai senaman pada pagi yang sungguh pagi itu, untuk menukar kasut.
Ya, akhirnya Warsaw pun diselimuti selimut putih. Oh yeah!

Saya kira cuaca Poland tahun ini sedikit mogok dan tidak mahu menurunkan mutiara putih dari langit.
Rupanya disimpan.
Dan rindu untuk memijak salji putih yang mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi crepitations - bak kata cikgu saya -, terubat akhirnya.
Maka ingatlah kembali saya yang telah sekian lama tidak meletakkan hujung stethoscope pada pesakit sebenar kepada bunyi crepitations.
Subhanallah. Alhamdulillah.

Sudah lama juga saya tidak merasakan penat sebegini.
Penat yang menuntut mata dipejamkan walau 5 minit.
Penat yang bukannya letih.
Penat yang terasa bagaikan satu kenikmatan dan kebahagiaan.
Tsummalhamdulillah.

Setelah sekian lama juga tidak bersukan dengan begitu rancak sekali (tak, saya bukan malas bersukan. Cuma saya perasan sihat dan punya gaya hidup sihat walaupun sebenarnya jauh di dalam saya dapat merasakan bahawa kadar kolesterol dalam darah saya sudah hampir mencecah 200 mg/dL *obses*), dan setelah memonteng 3 acara lain dalam siri pertandingan bersukan Poland, akhirnya saya akur pada keputusan bahawa sesungguhnya saya harus mewakili rumah sukan saya untuk pertandingan badminton. Oh yeah!
Maka berpeluhlah saya ke-nervous-an.
Tiada lagi respiratory sinus arrhythmia. Yang ada hanyalah tachycardia. Oh.

Dan semestinyalah, bermain dibawah pengaruh stress adalah sangat bahaya untuk pasukan rumah sukan anda.
Kerana walaupun anda berfikir untuk serve bulu tangkis itu kearah pasukan lawan yang bersilang dengan anda ketika dalam permainan beregu, dan dalam fikiran anda hanya mahu membuat pukulan yang masuk dalam kotak, bulu tangkis itu akan tetap melayang jauh keluar kotak. Macam tak suka pada anda je rasanya bulu tangkis tu. Huh.
Dan itulah yang berlaku. <== Terasa sedikit loser-ish di sini.

Dan pada ketika itulah anda memerlukan seorang team mate yang sangat handal lagi ohsem seperti Kak Team-mate (bukan nama sebenar).
Kata Kak Team-mate, "Aim betul-betul dulu, baru pukul".
Dan 5 minit kemudian kedengaran lagi kata-kata Kak Team-mate, "aim betul-betul dulu, baru pukul".
Dan lagi, dan lagi.
Maka akhirnya, terpahat tak keluarlah kata-kata itu sehingga tamat permainan dan kami menjadi *ehem*juara*ehem*. Oh yeah!

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Kak Team-mate itu sehingga hari ini. Ok baru sehari. Kalau lupa memang amnesia.
Dalam perjalanan kehidupan kita yang begitu panjang ini, walau kita tak tahu sepanjang mana kah lagi yang tinggal untuk kita lalui, kita memerlukan satu matlamat. Tujuan. Aim.
Satu matlamat yang tetap. Satu matlamat yang kita bersungguh ingin mencapainya.
Kerana jika kita tidak bersungguh, itu bukanlah matlamat mahupun impian.
Itu hanyalah angan-angan. Angan kosong yang tidak berisi.
Bukan angan-angan membawa kepada ke-kreatif-an mahupun ke-kritis-an.

Teringat kata seorang yang cool lagi ohsem, katanya "kalau target kita clear, di-visualisasi setiap detail, kita akan mampu mencapainya".
Jika kita dah tahu ke mana kita ingin pergi sebelum memulakan perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, walau kita berhenti di R&R banyak kali sekali pun, walau kita berhenti untuk bermalam di mana-mana bandar sepanjang di perjalanan sekali pun, walau sepenat mana pun kita, kita akan tetap meneruskan perjalanan sampailah kita tiba di kampung halaman.

Pentingnya, harus kita tahu dahulu, di mana kampung halaman kita.
Servis kereta.
Sediakan bayaran tol secukupnya.
Guna jalan yang betul
Lalu "Bismillah, jalan sahaja".

Orang yang sukses harus sentiasa berada satu langkah di hadapan.
Bila orang masih tidur, dia sudah bangun. Bila orang bangun, dia sudah berjalan. Bila orang berjalan, dia sudah berlari. Bila orang berlari, dia sudah kembali tidur.

ps: Cukup-cukuplah sampai di sini saya luahkan bebelan terpendam. Tangan menjerit keletihan.
Semoga minggu yang baru tiba ini lebih baik daripada minggu yang baru berakhir. (^^)v

No comments: