"Aku mengibaratkan diriku sebagai durian hujung julai, sesuai dengan diri yang tidak mahu gugur dan hanya menunggu ketika untuk jatuh ke bumi; jauh dari bumi di bawah sana. Kesepian asyik memagut-magut setiap penjuru perjalanan kehidupanku yang serba daif. Sekali imbas, terasa sepi dan benar-benar tersisih daripada sesiapa saja kecuali angin berpawana dan mentari yang menyinar..." -Shahnon Ahmad-
Apa tu, orang selalu cakap?
Masa adalah penawar?
Lama otak aku fikir, selongkar semua neuron yang ada.
Masa adalah penawar.
Aku fikir lagi.
Masa adalah penawar?
Dedaun kuning yang luruh aku abaikan. Terus berjalan.
Masa? Penawar?
Penawar tu bukan macam ubat ke?
Macam mana masa yang tak tercapai pancaindera nak gapai, yang membuatkan manusia tidak sudah berdebat tentang dia,boleh menjadi penawar, menjadi ubat?
Dengan bed rest dan immobilisation? (abaikan; post-orthopaedics)
Apa benda masa ni?
Apa benda ni?
Ahhh. Give up neuron aku nak menembak-nembak lagi.
Kalaulah boleh diulang masa.
Aku perlukan masa.
Tak cukup masa, tak cukup masa!
Beri dia masa.
Masa tu lah dia, punca masa-lah.
Ah sudahlah. Buang masa cakap dengan kau.
Terasa ibarat masa berterbangan keluar tingkap (Erkk)
Macam-macam kata kerja kita guna untuk masa. Sesuka hati.
Macamlah masa itu sesuatu objek wujud berjisim.
Tapi kan, mungkin juga.
Dengan selang masa, kesakitan yang kita alami makin berkurang.
Dengan selang masa, segala jerih payah rasa terubat.
Dengan selang masa, kekusutan boleh terlerai.
Dengan selang masa, kesusahan boleh jadi lupa.
Ahh. Itu kata kuncinya. Barangkali.
Lupa.
Masa, mungkin tidak dapat mengubati secara lahir.
Tapi masa, dengan selang masa, kita jadi lupa pada kesakitan, kesusahan, kepedihan kita.
Mungkin itulah dianya.
Mungkin sekali.
Mungkin.
"Man alone measures time.
Man alone chimes the hour.
And, because of this, man alone suffers a paralysing fear that no other creature endures.
A fear of time running out."
- the time keeper, Mitch Albom
Nah hadiah. Semoga boleh tersenyum.
kau tau. kau sayu. kau rindu;
-- sama tuhan.
-fynn jamal-
ps: Ahh malas aku nak ber-ps-ps hari ni.
nota kaki: bernotakaki pun aku malas. oktengsbai.