Friday, April 27, 2012

Musim demam!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ahaa. Matahari semakin galak memancarkan cahaya, menerangi segenap ruang penglihatan.
Subhanallah. Subhanallah. Alhamdulillah.

Setelah sekian lama saya tak mendengarnya.
Lama. Cukup lama.
Sehingga saya terlupa perasaan mendengarnya.
Sehingga yang mampu saya buat hanyalah tersenyum.
Senyum bukan kerana geli hati.
Bukan juga kerana apa yang didengari itu sesuatu yang sangat menggembirakan.
Tapi senyum yang saya sendiri tak tahu dari mana puncanya.

Sedang saya ter-blur2 menaiki tram-yang-sangat-padat-tapi-nasib-baik-ada-aircond itu, tiba-tiba ada seorang makcik menegur;
"Nie pani gorąco?" (Cik tak panas ke?)
*memandang pelik sikit. Ada aircond kot* "Nie" (Tak)
*makcik tunjuk pada tudung*
"Aha. Nie, nie. Nie gorąco"
*makcik pandang*
*saya pandang. Senyum. Dalam hati terasa nak cakap apa yang saya baru belajar beberapa hari lalu "Dla Boga. Nigdy nie gorąco" (for God. It's never hot), tapi somehow tak terkeluar pula. Huhu*

Sepanas manalah sangat Polska ni kan, kalau nak banding dengan Malaysia tanah air tercinta.
Kalau masih boleh berjalan memakai hoodies keluaran Brotherhood Arts (ehem. Promote).
Pakcik pakai coat, tak panas ke?
Encik pakai Doc Mart, tak panas ke? Doc Mart tu, panas-panas ni.
Ahh. Moga Allah bantu kita, perbaharui niat kita, jaga niat kita.
Moga Allah terima amal dari kita semua.

Not bad eh? Welcome back, Spring ^^


Katakanlah: “Api neraka Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.
[9 : 81]




ps: Sanggupkah kita dicampak ke dalam api? Moga Allah berkati pekerjaan kita.
ps2: Di Poland sekarang demam PRU *ehem*. Di Malaysia demam apa? Jaundice barang kali?
ps3: Doa, dan teruskan berdoa. (^^)v

Wednesday, April 25, 2012

Senyum malam hari

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ya, saya lagi. Ahah!

Benarlah, bahagia itu adalah dengan mengingati Allah.
Dan kebahagiaan itu, hanya hati yang merasa dapat menikmatinya.
Alhamdulillah.
Bertambah-tambah nikmat kurniaan Dia pada diri. Tsumma Alhamdulillah.

Sekadar perkongsian kecil. ^^

Nie ma Boga prócz jednego, Muhammad Jego wysłannikiem

Terjemahan shahadah kita ke bahasa Polski. (^^)v


Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
[49 : 13]

ps: Terasa loser-yang-amat apabila sedar diri tak tahu berbahasa Arab mahupun Polish. *air mata mengalir laju*
ps2: Semoga Allah lembutkan hati semua yang hadir pada ceramah "Mari Mengenal Agama Kami" tadi yang berbahasa Polski untuk menerima hidayahNya, seperti mana Dia telah melembutkan hati-hati tersebut untuk berada dalam dewan tersebut. Aamiin :)
ps3: Ohho. Benarlah medan cakap lebih mudah dari medan amal. Y_Y

Batu dan bata

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Weeee.
Cerah pagi ini, mencerahkan hati. Ewah. Pfftt!

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Dia Yang Maha Mengetahui, tahu segala rahsia yang tersimpan.
Dia Yang Maha Mengetahui, tahu segala yang tersirat di hati hambaNya.

"Sesungguhnya rahasia terkabulnya doa ada pada kondisi hati orang yang mengucapkannya" - Mencari Mutiara di Dasar Hati

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Moga Allah kurniakan kita dengan lebih kesabaran, barakah wa rahmah.

Belakangan ini, kerap kali berkata-kata tentang mimpi.
Mimpi itu, mimpi ini.
Mimpi apa?
Mimpilah.
Tak, tak. Bukan impian mahupun mimpian masa hadapan.
Mimpi. Yang makin deep tidur kita, makin peliklah mimpi itu.
Makin surreal lah mimpi itu. Ohho.

Mimpi ini, kata orang-orang tua dulu-dulu, permainan tidur.
Permainan sebelum kita sedar ke alam realiti.
Seperti mana permainannya dunia ini.
Permainan sebelum kita sedar di akhirat nanti.
Dan di sana nanti, kita akan dibentangkan amal-amal kita kepada kita, dan dihisablah kita, tanpa meninggalkan walau sedikit.
Dan yang pasti, keputusan kita, tak ada retake. Tak ada commission, tak ada super commission.

Dan saya terbayang. Kalaulah belajar medic ni, tak ada satu pun paper yang boleh retake, ohho, sesungguhnya akan bertambah bersungguh-sungguh dengan usaha sungguh bersungguh-sungguhlah makhluk insan bergelar pelajar medic dalam pelajarannya (bukti masih ada ruang untuk improve dan belum belajar sampai pengsan     -__-"). Tak satu pun saat digunakan selain daripada medic demi menjaga kemaslahatan dan kebahagiaan keputusannya peperiksaannya.
Dan tiada lagilah belajar last minute.
Wow!
Macam mana pula dengan akhirat yang sememangnya kita tahu tak ada retake ni?
Dah bersungguh-sungguh?
Masih ada ruang untuk dosa?
Sungguhlah ke-wahn-an! Oh.

Maka bersyukurlah ada retake. Uish.

Tiba-tiba daun dah banyak. Masa untuk bercinta, ber-rendezvous-24/7 bersama buku.
Maka tidak haruslah kita tinggalkan kejayaan akhirat kita sekadar mimpi sepertimana tidak harusnya kita tinggalkan kejayaan medic sekadar mimpi dan angan-angan kosong. 


[22 : 77]
*senyum sampai telinga*

ps: Jangan lupa doakan kita semua ya (^^)v

Monday, April 16, 2012

Mam pytanie!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ohho. Tajuk tu, memang statement yang susah sungguh untuk kita dengar keluar daripada mulut rakyat Malaysia.
Err, memang lah. Sebab itu bahasa Polish?
Pada mulanya saya kira rakyat Malaysia je yang payah, rupanya ramai lagi rakyat negara-negara lain yang turut begitu.
Maka saya simpulkan (pandai-pandai je), bahawa statement ini jarang didengar, mungkin kerana memang dah hebat, atau mungkin kerana malu, atau mungkin kerana ego, atau mungkin kerana meletakkan diri pada satu level "I cannot afford to make mistakes".
Dan statement itu ialah "Saya ada soalan".

Ok next.
Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah.
Allah kurniakan hujan untuk membasahi bumi Polska ni.
Memang best.
Kalau dapat makan pisang goreng lagi best.
Ok, cukup.
Kalau kita perhatikan betul-betul, sekitar kita dah mula hijau kuning biru merah ungu oren kuning dan lain-lain.
Maka maknanya apa?
Benar, maknanya final exam dah dekat. Maka, fokus pada exam, ya, sebelum pulang bergembira ke negara tercinta yang tengah serabut dengan pelbagai ragam.

Berkata tentang serabut, memang sungguh saya rasa serabut bila baca surat khabar atas talian.
Lagi banyak jenama yang saya baca, lagi bertambah-tambahlah kekusutan otak, yang memang sedia kusut dengan pelbagai jenis bacteria, virus, penyakit, ubat bagai.

Apakah?
Gian ber-demo?
Apakah?
Teokrasi?
Apakah?
Tak mampu?
Apakah?
Mansuh?
Apakah?
Tak beradab?
Apakah?
Monarki?
Apakah?
Betul ke ni? Arghhhh!
Apakah?
Apakah?
Dan apakah?
Keanak-anakan apakah ini?
Ikan apakah ini?

Cuba tanya diri, siapa kita, dimana kita berada, ke mana tujuan kita.
Jom bercita-cita untuk majukan ummah ^_^


Mari kita guna masa yang ada untuk mengisi minda yang kosong, bukan sekadar mengisi masa yang kosong.
Aman (^^)v

A man who stands for nothing will fall for anything
-Malcolm X

ps: Periksa lagi esok. Mohon doanya, ya.
ps2: Orang buat, kita buat. Konsekuensi fikir belakangan. Semangat syabab. Bagus.
Tapi kan indah kalau semangat syabab itu kita guna untuk menjadi ruhbanu bi lail, wa fursanu binnahar. ^^
ps3: Jom mohon keampunanNya!

nota kaki: Saya tahu entri ini berbaur keserabutan, sebab memang tengah serabut. Sungguh lah.

Saturday, April 14, 2012

Hadiah 15

Salam 'alaikum. Salam buat semua.


Ohhooo. You're responsible for sindrom-sakit-rumah.
Ambil phone, dial, tengok jam, hang up.
-__-"

ps: Doa banyak-banyak

Friday, April 13, 2012

Hadiah 14

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Terngiang-ngiang lagu ni sepanjang minggu.


Kadang-kadang kita rasa kita sibuk mencari redha Allah, kita rasa kita sibuk menjalankan tanggungjawab kita, kita lupa pada perkara-perkara yang tertinggal.
Rasa-rasa macam kecil, picisan. Tapi hakikatnya, tidak begitu.
Kerana "yang tertinggal" itu jugalah, pada masa-masanya, yang akan beri kesan pada pergerakan dan amal kita.

Selamat muhasabah.
Moga Allah redha.

Monday, April 09, 2012

Sekilas kisah minggu ini

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Wah wah wah. Lama sungguh rasanya tak membebel di ruangan ni.
Kesian dia kesunyian.

Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.
Tak ada ucapan lain yang selayaknya terbit dari hati ini melainkan segala jenis pujian buat Dia, yang sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas kita.
Allahu rabbi.

Aah. Apa cerita GMJ versi Polska?
Boleh usha2 sini.

Belakangan ini, rasa-rasanya banyaaaaakkk sangat yang berlaku.
Walau baru 3 hari berlalu, rasa macam dah bertahun-tahun.
Tu dia nostalgia dia sampai macam tu sekali.

Rasa macam kasih sayang dan rahmat Allah tu dekaaaattt sangat.
Macam-macam nikmat yang Dia kurniakan, tapi jiwa diri sendiri, yang begitu kotor ni, nak juga bermaksiat pada Dia.
Berbagai-bagai tanda Dia dah tunjukkan, hati yang dah sedia ada banyak bintik-bintik hitam ni, nak juga tambah bintik baru. Aih, boleh kalah periuk belanga kuali kawah segala.
Allahu rabbi.

Patutlah perlu diulang berkali-kali kalimah sama;
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Sebab tabiat manusia ni mudah lupa.
Atau lebih tepat, mudah lupa diri.
Oh! Moga Allah ampun dosa kita semua.

Tiga hari ini, bumi Polska ni dipenuhi aktiviti.
Kalau orang tempatan, mungkin mereka sibuk dengan perayaan mereka.
Tapi bagi kami, kami disibukkan dengan explorace dan fiqh talk.

Saya tak ada lah pula rasa macam hurai panjang lebar. Cuma nak menyatakan apa yang rasa.
Jadi apa yang saya rasa?
Saya rasa macam "OMG saya sangaaaaaattttlaaaahhh osem!"
Ok. Itu statement yang kurang sahih.

Menarik bila adanya task dalam explorace tu, kami harus interview rakyat tempatan tentang Islam.
Peh! Kalau masa lain, memang tak ah nak pergi tanya saje2.
Menariknya bila kita dapat cuba memahami apa sebenarnya yang bermain-main di fikiran mereka.
Tapi akan jadi lebih menarik kalau pandai berbahasa tempatan dan menerangkan kepada mereka hal yang sebenar, dan bukan sekadar mengangguk bagai burung belatuk.
Ah.

Dan Fiqh Talk tersebut pula telah disampaikan oleh Dr Juanda Jaya.
Dr Juanda, okeh. Mufti negeri Perlis Darul Sunnah.
Memang thorbaek.
Mengingatkan saya, betapa luasnya rahmat Allah.
Mengingatkan saya, betapa lapangnya fiqh Islam.
Mengingatkan saya, betapa mudahnya Islam ini, yang hanya disusah-susahkan oleh ketidak-fahaman kita sendiri.
Dan paling terkesan di hati, mengingatkan saya tentang saat pertama saya mula berkenalan dengan diri saya semula.

Kadang kita lupa, dalam "kesibukan" kita mencari redha Allah, "kesibukan" kita mencari cinta Allah, kita lupa pada hakikat bahawasanya Allah hanya mahukan yang mudah-mudah buat kita.
Kita pula, selagi mungkin cuba menyusah-nyusahkannya.
Mari anjakkan paradigma!

Allahu'alam.
Moga Allah redha ^^

"Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"