Moga semua masih berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja iman dan jasmaninya. Juga emosinya.
Minggu ini, kami terpaksa memberi ruang kepada Pathomorphology untuk mengisi tiap-tiap pagi kami.
Dan kelas ni dekat sangat dengan rumah, maka haruslah lewat tiap-tiap pagi -__-". (ok, tapi tak lah lewat sampai cikgu dah mula kelas. Lewat sikit je, setakat kena duduk betul-betul depan screen tu, apalah sangat. Kan?)
Baik, ini kami punya azam baru!
Dari hari pertama, cikgu sering kali menyebut perkataan autopsy.
Tapi tak juga berpeluang melihat sendiri.
Sehingga semalam. *gulp*
Dan melihat sekujur tubuh dihadapan kami, pucat, sejuk (mungkin), sungguh membuat kami kembali introspeksi.
Begini agaknya rupa kami bila mati nanti. Pucat, sejuk (mungkin). Pucat tanpa darah.
Atau mungkin kematian kita akan jadi sedikit berbeza.
Mungkin juga kematian kita tidak pucat, tapi merah. Merah kerana darah yang mengalir.
Seperti mana pedih hampir berdarahnya hati-hati kita melihat saudara-saudara kita "dialirkan" darahnya akibat kekejaman oleh makhluk juga, bergelar manusia.
Yang diharapkan penuh dengan sifat kemanusiaan.
Setiap hari harus ada saudara kita pergi dengan darah mengalir keluar.
Pergi mempertahankan diri, mempertahankan agama, mempertahankan keluarga, mempertahankan tanah air.
Dan jika ada secebis nilai kemanusiaan dalam diri kita, harus kita rasa simpati terhadap mereka.
Tapi bukan itu yang mereka mahukan!
Mereka tidak perlukan simpati dari kita!
Mereka hanya mahu kita faham perjuangan mereka.
Mereka hanya mahu doa kita yang berpanjangan.
*ok. Emo sebentar*
Dan hari ini, hari ini bakal menjadi satu lagi hari penting dalam lipatan sejarah kita dalam menyokong perjuangan saudara kita di Palestine.
Hari ini, kita bakal saksikan penyatuan seluruh dunia dalam usaha menunjukkan solidariti mereka terhadap mereka yang berada di Palestine.
Hari ini, kita bakal saksikan, apakah lagi yang mampu dilakukan oleh mereka yang sudah hilang sifat kemanusiaannya.
Hari ini, kita bakal saksikan.
Berdoalah. Dan terus berdoa.
Berdoalah tanpa jemu, tanpa penat.
Bersediakan anda?
Bagi anda-anda yang berada di Poland ni, mari kita tunjukkan solidariti kita dengan memakai baju putih hari ini. ^^
Allahualam.
Moga Allah redha.
We know too well that our freedom is incomplete without the freedom of the Palestinians
[Nelson Mandela, 1997]
ps: Untuk sebarang update terpantas, boleh refer sini myGMJ
ps2: Oh ya, excited, excited juga. al-Kahf jangan lupa ^^
ps2: Oh ya, excited, excited juga. al-Kahf jangan lupa ^^