Wednesday, February 15, 2012

Fuhhh!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Angin monsun apa tiba-tiba ownerkedaikopi ni rajin sangat tambah-tambah entri.
Hey, bersyukurlah masih ada internet, boleh membaca.
Oh. Alhamdulillah.

Terjaga dari lena awal pagi tadi disebabkan bunyi jam loceng yang bingit.
Ok. Masa untuk bangun. Berbalam-balam sumber bunyi kelihatan.
Huh. Siapa pula rajin sangat berpesanan FB tengah-tengah pagi buta ni.
Kejap lagi lah baca.

Mungkin pesanan itulah yang membawa angin aura diabetes ke Warsaw belakangan ini.
Yang buat saya tersenyum. Sepanjang hari. Setakat inilah.
Walau bebola putih kecil turun ke bumi dengan meriahnya hingga menyebabkan jaringan tram meragam tak nak bergerak yang akhirnya menyebabkan saya lambat tiba di kelas. Masih mampu tersenyum.
Oh! Angau apakah ini?

Sahabat saya, yang sama-sama ponteng kelas untuk makan nasi lemak mak cik depan sekolah acap kali saya ke rumahnya untuk bermain-main dengan adiknya yang comel gila, yang sayang saya lebih daripada kakak dia sendiri (ok, perasan), yang mencampak telefon bimbitnya ke bawah dari tingkat 3 rumahnya. Huu. Ekstrem sungguh!

Sahabat saya, yang merupakan orang pertama yang menegur saya apabila saya berpindah ke sekolah baru.

Sahabat saya, yang pernah kena baling tepung pada ulang tahun kelahirannya. Bukan dengan tepung gandum, tapi tepung kanji. Aduh. Melekat habis semua.

Sahabat saya, yang dengan motosikal bapanya lah kami "mengajar" sahabat kami yang seorang lagi untuk menunggang motosikal (dan pertama kali juga kami merasa jatuh motor tergolek sakan).

Sahabat saya, yang rumahnya lah menjadi tempat santapan tengahari kami tatkala ada kokurikulum pada waktu petangnya.

Sahabat saya, yang emaknya lah yang menjahit baju kurung sekolah saya.

Sahabat saya, yang tak henti bergelak sakan apabila dapat tahu saya ditawarkan menjadi pengawas sekolah.  -__-"

Sahabat saya, yang sudah lama saya bercita-cita untuk melawat keluarganya yang berpindah jauh ke utara tanah air, tapi masih belum diizinkanNya untuk bertemu.

Sahabat saya, yang pernah berkata pada saya ketika di tingkatan 4 "weh, kau jangan kahwin tau sampai bila-bila. Nanti kita bertiga (dengan seorang lagi sahabat kami) tinggal serumah. Kau jaga aku, aku jaga kau".

Dan sahabat saya yang itulah yang menghantar pesanan kepada saya pagi ini, 6 tahun kemudian, yang berbunyi
"Weh aku nak kahwin... Lagi 10 hari".

Mabrouk 'alayk sahabat! Semoga rumah tangga yang bakal dibina sentiasa dilimpahi barakah, mawaddah wa rahmah. Moga dengan tingkatan tangga yang didaki dapat mendekatkan lagi kalian kepadaNya. Amiin.

Selamat (bakal) pengantin baru, sahabat!

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
[65:3]

ps: Terharu lebih pula sahabat seorang ni nak tinggalkan kita satu langkah ke hadapan.
ps2: Tiba-tiba teringat soalan adik saya beberapa hari yang lalu. "Kakak bila nak kahwin?" *pengsan*

Hadiah 13

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Merayau sana sini, terjumpa ini. Enjoy.


Atas roboh kota Melaka, kita bangunkan jiwa-jiwa yang merdeka

Tuesday, February 14, 2012

Heyy!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Jalan-jalan.
Toleh kanan.
Toleh kiri.
Pandang atas.
Pandang bawah.
Muka makin confuse.
Masuk-masuk kelas, tengok papan tulis.
Fikir-fikir-fikir. Apa benda pula ni. Oh!
Macam mana boleh lupa. Patutlah semua benda dan semua orang jiwang.
Ok.

Ya. Hari ini ada peperiksaan.
Lagi? Baru mula semester 2 hari dah ada peperiksaan?
Alhamdulillah ada peperiksaan. Tanda kita masih lagi siswa-siswi yang berpeluang untuk terus berada di menara gading.
Ramai lagi yang sangat inginkan posisi anda sekarang. Tapi tak berpeluang.
Mungkin kerana himpitan hidup yang menyesakkan. Atau mungkin kerana punya tanggungjawab yang lebih besar. Atawa mungkin kerana...ah. Banyak lagilah kemungkinannya.
Pokoknya tak berpeluang.
Hah. Merungut lah lagi sana-sini.
Ok. Insaf. Y_Y

Ceritanya. Sungguh keletihan kelelahan kepenatan pulang dari kelas hari ini.
Tak. Bukan merungut. Pembinaan plot. Jangan kacau.
Benar, peperiksaan memang mampu menyedut habis segala tenaga dan daya fikir kita, seperti mana prosedur liposuction mampu menyedut habis lemak-lemak terkumpul. Ok, mengarut.
Dah sampai rumah, tengok telefon bimbit, oh ada pesanan ringkas, yang ber-waktu... pagi tadi. Kenapa sekarang baru baca? -__-"

Pesanannya ringkas. Tapi mampu buat saya hyperventilate.
Sabar, sabar. Tarik nafas, lepas. Tarik, lepas. Beg kertas, beg kertas! Mana beg kertas?
Err. Apa kaitan dengan beg kertas?
Malas nak cerita. Baca sendiri.

Oo..kay.. Habis kenapa hyperventilate?
Kenapa, hang tanya? Tau tak, pesanan itu... Pesanan itu sungguh... Sungguh..
*diabetic*. Oh la la.
Insulin pump. Insulin pump.

Senyum. Lantas teringat:

"Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah; ketauhilah bahwa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah." Seseorang Badui berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami."Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai karena Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih."[Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027]


Aha. Ohsem bukan? Mahu lagi?


"Berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mencintai karena Aku, berhak mendapat cintaku orang-orang yang saling menasihati karena Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mengunjungi karena Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling memberi karena Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya."[Riwayat Ibnu Hibban, di-shahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib, 3019]


Maka....


Tidaklah dua orang yang saling mencintai karena Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah di antara keduanya adalah yang paling besar kecintaannya kepada saudaranya
[HR Bukhari]


ps: Ya saya akui entri ini jiwang sedikit banyak. Sahabat saya yang *ehem*balikMalaysia*ehem* telah membelikan saya sebuah buku berfalsafah-tapi-jiwang-tapi-berilmiah-suka-hati-sayalah-nak-suka-buku-macam-tu-heyy. Buku yang saya cari sejak setahun lalu.
Reaksi masa baca - pehh! Jiwang. Tamat bacaan - insaf Y_Y.
Sungguh manusia itu harus sedar menginsafi diri.
Ohsem, bukan? (^^)v
ps2: Oh sahabat-sahabat saya. Maafkan kekurangan diri ini. Sungguh. Saya sayang anda, anda, anda dan anda. *lari terjun tasik*

nota kaki: Perkataan "atawa" tu bukan typo ye. Memang wujud dalam bahasa tercinta. Ya, saya baru tahu. Oh!

Friday, February 10, 2012

Sabar itu bergaya, bergaya itu sabar.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari dimulakan dengan kesedaran bahwasanya penglihatan, auditori dan kotak suara masih mahu bekerjasama.
Alhamdulillah ala kulli hal.

Ya, Warsaw masih lagi sama. Bersama gebar putih yang makin menipis, walau sungai dan tasik masih belum menunjukkan petanda-petanda bahawa ia akan kembali mengalir dan bergerak, memberi ruang pada sang itik bermain air dengan riangnya.
Matahari muncul, memberi cahaya di tengah-tengah kebiruan langit dan kesucian awan.
Malam-malam masih disinari cahaya bulan yang baru melepasi fasa penuh, menerangi segenap ruang bilik, menemani malam-malam gelap.

Sudahkah diri bersyukur, Allah memilih untuk memberi mata ini melihat keindahan alam? Alhamdulillah.

Minggu lalu, saya telah menjadi pemandu pelancong kepada beberapa orang sahabat yang baru saya kenal yang datang melawat dari [Sebuah Negara]. Dan seharusnya lah, banyak tempat untuk dilawati di Warsaw bumi indah ini. Namun kejatuhan suhu secara mendadak telah tidak mengizinkan kami untuk berlebih-lebihan dalam melancong. Tak mengapa. Bersederhana itu lebih baik. *Apa mengarut ni?*

Ceritanya, kami berjalan-jalan di atas laluan pejalan kaki dekat dengan sebuah tasik. Tak, kami tak berjalan atas tasik tu, walaupun saya rasa tahap kebekuan tasik tersebut sebenarnya mengizinkan seseorang bermain papan luncur di atasnya. Apa-apa je lah.

Setelah beberapa ketika berjalan dalam kesejukan, kami terlihat sebahagian kecil tasik tersebut yang masih belum beku. Peh! Riang gembira itik-itik bermain air.
Kenapa bahagian tersebut tidak beku? Sedangkan bahagian-bahagian lain rasanya kalau dihentam dengan bom mortar sekali pun, belum tentu pecahnya. Ok, over. Suka hatilah.

Rupa-rupanya, ada sumber air mengalir pada bahagian tersebut.
Dan pengaliran air itulah yang telah menyahbekukan bahagian tersebut.
Allahu Rabbi.

Dan seperti itulah situasi diri ketika ini. Harus lebih bersabar!


Therefore do thou hold Patience, - a Patience of beautiful (contentment).
[70:5]

ps: Memang minggu ini macam semua benda dan semua orang tahu permasalahan saya, maka saya diulang kali dan berkali-kali diingatkan untuk bersabar. Oh. Konspirasi apakah ini?
ps2: Macam mana ya, sobran jameela (Patience of beautiful)itu?

Saturday, February 04, 2012

Hadiah 12

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

Cinta itu tidaklah hanya apa yang diucap oleh mulut. Tidak cukup juga sekadar rasa dan ucapan, tapi perlu dibukti dengan perbuatan.

Saya yakin dan pasti anda semua tahu apa istimewanya 12 Rabiul awwal. Terutama anda yang di Malaysia (cuti kan. Hehe).

Mari sama-sama kita cuba untuk bukti cinta kita kepada baginda. Selamat istiqamah mengikuti sunnah (^^)v