Dan saya telah memilih untuk berada di luar rumah dalam
kesejukan tu.
Ok, tak. Saya tak pilih. Saya terpaksa. Kalau tak berada di
luar rumah, macam mana nak balik rumah.
Err. Ok.
Saya terus melangkah ke hentian tram terdekat.
Walaupun cuaca sejuk, tapi tak lah terasa sangat.
Kebal? Tak lah. Pakai jacket.
Segala puji-pujian buat Allah kerana telah mengilhamkan
manusia untuk buat jacket.
Tengah-tengah tunggu, tiba-tiba terdengar suara kecil
seorang kanak-kanak kecil yang sangat kecil dan comel.
Dan apa yang sedang dia lakukan bersama ibunya membuat saya
tersenyum sorang-sorang.
Saya senyum dan terus senyum. Rasa macam nak gelak. Tapi
kalau gelak nanti orang ingat saya gila.
Maka saya gelak dalam hati sahaja.
Apa yang mereka sedang buat?
Berbual. Err, ya, saya faham apa yang mereka bual kan <== eavesdropping, tak baik.
Kanak-kanak mana pandai self-restrain. Jadi volume suara dia
pun agak kuat. Salah saya ke?
Si anak, mungkin sekitar umur 4 atau 5 tahun, sedang belajar
membaca.
Semua notice board dan papan-papan iklan nak dibacanya. Baru
belajar mungkin.
Dan ibunya, dengan sabar melayan anaknya. Sangat comel dan
sangat sweet.
Kanak-kanak memang macam tu. Semua yang dia belajar, terus
dia apply.
Dan sentiasa eager untuk belajar. Sebab tu lah peratusan REM-sleep
mereka lebih banyak.
Oh kanak-kanak.
Macam kita juga. Masa kita mula-mula disentuh dengan
sentuhan tarbiyah.
Semua kita nak buat. Tak kira masa, tak kira consequence.
Orang suruh buat, laju je kita bergerak.
Orang tak suruh buat, rajin kita volunteer.
Orang kata jangan, pun kita lawan nak buat juga.
Semangat syabab (pemuda) katanya. Syuyukh (err. Orang tua?)
mana faham.
Semangat jadi kereta kebal berfikir (think tank?).
Dapat ilmu terus amal, terus sampaikan.
Semua pun semangat. Semua pun eager.
Tapi kemudian, apa yang jadi?
Kita sendiri tak mampu nak pin-point di mana puncanya.
Orang suruh buat, kita buat tapi penuh rungutan.
Orang tak suruh buat, kita main nyorok-nyorok. Kalau tak
jumpa, macam mana nak suruh, kan.
Orang kata jangan, kita pun yeay!
Dah syuyukh katanya (perasan), biarlah syabab yang bekerja.
Kereta kebal pun dan rosak-rosak, tak mampu berfikir.
Ilmu berkepuk-kepuk kat dada
langsung karat, jadi bahan terpakai.
Semangat pun hilang.
Kenapa boleh jadi macam ni?
Sebab bosankah?
Sebab kurang sabar kah?
Sebab banyak komitmen lainkah?
Atau apakah?
Atau mungkin kerana perjalanan ini terlalu panjang, terlalu
jauh, tak diketahui bila penghujungnya akan tiba, dan tak tahu pun kalau kita
sempat sampai ke penghujung jalan ni?
Jangankan kata dalam tarbiyah je macam tu, dalam seluruh
kehidupan pun macam tu.
Di sekolah pun. Ok, di university pun begitu.
Makin hari makin malas tengok slide. Makin hari makin malas
baca buku yang tebal.
Lesu.
“Orang tua” memang macam tu. Dah tua kan. Cell pun banyak
yang dah atrophy, apoptosis, necrosis.
Oh “orang tua”.
Ah. Itulah perlunya kita sentiasa tajdid niat kita.
Sentiasa fikir kembali apa tujuan utama kita.
Sentiasa dan sentiasa ingatkan diri, hakikat kehidupan kita.
Bangkitlah wahai syabab berjiwa syuyukh!
Maka apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja keras.
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”