Thursday, October 28, 2010

Smiley :)

Salam 'alaikum. Salam for all.

Just a little note of what i've just read :)

"Life, for the true Muslim woman, is not to be spent solely on daily chores or enjoyment of the good things of this world; life is an important mission, in which every believer must take on the responsibility of living in such a way that he or she will be a true and sincere worshipper of Allah. This can only be achieved by checking one's intention, in all one's deeds, to ensure that they are done for the sake of Allah and to please Him." :)

Alhamdulillah.

ps: Are you game?! :D

Friday, October 22, 2010

Menjadi manusia robot

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Menjadi manusia robot. Ini topik perbualan kita hari ni.
Robot.
Robot. Robocop?
Terminator? Transformers? i-robot? Wall-e?
Star Wars? X-men? Apa dan apa?

Lately, tak tau lah, mungkin pemikiran saya dah jadi semakin negatif sejak menghadiri kelas Philosophy dengan seorang lecturer yg agak sgt negatif dalam kebanyakan ayat2 dia, atau mungkin sebab mmg btl apa dia ckp "it is easier to prove someone wrong than to prove someone right", tapi apa yg pasti, ada beberapa perkara yg saya nmpak n terasa mcm2 nk sentuh sket2.

Mungkin not so much berkaitan dengan Malaysia, but more to Melayu.
Melayu, huh? Mungkin influence drpd surat khabar kot.
Entah.
Firstly, kita tanya diri kita, adakah kita ni melayu yg secara kebetulannya islam, atau kita ni islam yg kebetulannya melayu??
Bukan nak downgrade bangsa sendiri. Tak sama sekali, malah sy bangga jd rakyat malaysia yg berbangsa melayu. Lebih berganda kebahagiaan lg, sy diberi nikmat utk menjadi org islam. Alhmadulillah.

Tapi mungkin ada sedikit persoalan ttg minda anak2 melayu. Maybe bukan semua anak melayu macam ni, tapi sy tujukan generally. Siapa nak terasa, terasa lah.
Bila saya dalam kelas yg biasa-biasa-saje-thp-interaktif-dia-dapat-jawab-ke-tak-dapat-tak-pe-sebab-memang-tak-kan-dapat-points-pun, ada dua situasi untuk satu soalan. Contoh soalannya, bila dua half-action potential daripada opposite direction bertemu, apa akan berlaku?

Situasi 1 - Anak mat saleh: "They cancel each other" "They magnify" "They crash unto each other" "They bounce back" "They cause blokage" bla3.
Situasi 2 - Anak melayu: *senyap* *bunyi komputer* *bunyi cengkerik*

Boleh nmpak betapa-nya neuron dorg keep on firing. Sentiasa ada je idea2 kreatif. Walaupun mengarut, walaupun salah, dorg cakap je. Anak melayu diam kenapa?
2 sebab. 1- idea bernas, tapi takut bersuara. Either takut salah or anak melayu memang pemalu. 2 - memang takde idea pun. Otak dah jammed.
Tidak menjawab, juga tidak betanya. Itu sifat utama anak melayu. Sedangkan minda seseorang tu, kita blh nmpak kehebatannya drpd soalan2 yg dia tnya, bukan sekadar drpd benda2 yg dia ckp.
Nak kata anak melayu ni sopan, tak suka interject? Ye ke anak melayu ni sopan? Ye ke anak melayu ni penuh budi bahasa? Ye ke? Open your eyes, tengok keliling. Ye ke? Ye ke?

Tapi bila dalam kelas yang kena-jawab-untuk-dapat-points-supaya-boleh-exempted-final-or-lepas-points-untuk-ambil-final masa tu, budak2 rambut kuning takde harapan la nak bercakap. Hebat anak melayu ni rupanya. Bagai permata yang belum digilap!

Apa yg buat ada perbezaan ni? Adakah sebab anak melayu kena ada 'reward' baru nak buat sesuatu? Atau anak melayu memang dibesarkan dalam suasana 'tak-boleh-buat-silap', kalau silap ready la nak kena "piapp". Atau kita memang cuma pentingkan sijil bertimbun, daripada kebolehan berfikir? Sebab rata2 kita cuma 'menghafal' bukan 'memahami' apa yg kita belajar. Ataupun, kelemahan2 ni datang dari dalam diri kita sendiri yang tak berusaha untuk memajukan diri? Lepas tu sibuk bising2 kata hak melayu, nasib melayu tak terbela, sedangkan kita sendiri tak cuba membela nasib diri kita, mcm mana nak bela nasib bangsa kita. Atau gak sebab anak melayu mengalami masalah 'inferiority complex'? Atau sekadar masalah 'jiwa yang terlalu kompleks'?

Bila berjanjinya pula anak melayu, orang akn cakap "ala, janji melayu". Janjinya pukul 2, pukul 3 belum sampai. Ke kelas pn semedang je lambatnya. Adakah ini ciri seorang muslim?

Lama-lama kita akan hilang kebolehan berfikir, hilang kebolehan bertanya, hilang kebolehan memahami dan bla3. Homogenized dan jadilah kita seperti apa? Ya. Jadilah kita manusia robot.
Yang tau hanya, bangun, bergerak bersama-sama mereka2 yg tidak pasti tentang tujuan hidup, bergerak naik bas, naik tram, naik train, ke kelas, menuju langit, pulang ke rumah, dan kitaran yang sama setiap hari. Tanpa hala tuju, tanpa terisinya hari tersebut, tanpa peluang menunduk ke bumi. Maka jadilah kita Melayu yang meLAYU. Semakin hari semakin layu.

Tanya diri, KENAPA jadi macam ni? Bila kita dah dissect, dah bedah, dah jumpa punca, inshaAllah, bolehlah kita cari penyelesaian dengan mengatasi punca. Masalah perlu diselesaikan dari punca, bukan semata-mata di permukaan.
Dan tanya diri lagi, SAMPAI BILA kita nak jadi macam ni?

Sempena hari Jumaat ni, apa kata kita hidupkan balik sunnah yg dah agak kita lupakan. Baca surah al-Kahf. Feeling lebih baca terjemah. Fokus pada kisah pemuda kahf - ayat 9-26. Yang berani mempertahankan prinsip iman, sehingga mengasingkan diri di gua, dan Allah kurniakan 'ketenangan berpanjangan' kpd mereka. Agak2 best tak tidur 300 tahun? Hehe.

Dan fokus pada kisah Nabi Musa dgn (menurut para mufasir) Nabi Khidir - ayat 66-82.
Nabi Musa hebat ber-knowledge. Rajin bertanya. Dan Nabi Khidir hebat ber-wisdom. Medalam fikirnya.

Semoga dapat mengambil ibrah/pengajaran/moral of the story, drpd kisah2 ni.

Wallahu'alam.


Robots are human's way of expressing their imperfections.

ps: Jangan terlalu menjadi manusia robot, takut terkena virus wahan.
pss: Saya juga melayu :)

Nota kaki: Sambungan kisah "Oh Malaysia..Apakah kesudahanmu?"

Sunday, October 17, 2010

Ribu-juta-bilion

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Kata seorang sahabat,

"Aku nak jadi baik. Nasihatkanlah aku"

Damai.
Alhamdulillah.


"Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" [al-Qasas (28) : 56]

Jom membaca.

Thursday, October 14, 2010

Sepagi di depan laptop.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

"Memanglah jatuh tu normal. Tapi kalau boleh, janganlah jatuh. Sebab bila dah jatuh, susah nak bangun balik."

Macam boleh di-kontrol plak jatuh bangun ni.
Memang bukan pilihan kita kalau kita jatuh pun, tp kita masih boleh kawal hati, diri, perasaan kita bila kita dah jatuh. Dan kita boleh paksa diri untuk bangun semula. It might take time, but then, kita kena ingat, kekuatan tu perlu kita bina.

Alhamdulillah. Kondisi diri semakin baik. Physically and spiritually.
Benar, sakit itu tarbiyyah.
Paling utama, mentarbiyyah hati yang tenat.
Alhamdulillah. Pagi2 lagi, Allah dah tunjukkan bukti kasih sayang Dia pd saya, dipermudahkan urusan sy, dimakbulkan doa saya.

Ok. Next.
Beberapa fakta untuk dikongsi.

1. The Poles belajar bahasa Russia instead of English kat sekolah. Dulu. Patutlah susah nak jmpa yang pandai cakap English.

2. Belajar bahasa adalah ibarat belajar main piano. Bezanya cuma pada mulut dan jari.

3. Datang lambat ke kelas bukanlah masalah tak ada transport atau pun jalan jem, tp lebih pada masalah attitude. Oh -_-"

4. Kalau nak apa2, minta. Minta je (ie: Doa). Mesti Allah bagi. Kalau tak dapat yang kita minta, mesti Allah bg yang lebih baik.

5. Hati boleh didik untuk cinta perkara baik, benci perkara buruk. Juga sebaliknya.

6. Manusia ibarat kosong. Kalau benda2 baik tak masuk, benda2 tak baik pulak yang masuk.

7. Rumah atas rumah saya ada orang. Alive. Don't worry, bunyi kanak2 berlari2 tu adalah real :P

8. Sekurang-kurangnya ada satu kereta Proton Wira left-hand drive di bumi Poland ni. Yeah! Saya dah nmpak. Selepas lebih setahun di sini. Go, go Malaysia!

9. 1kg cili kering di Poland = 350zl = RM 350 -____-"

Aa. Terima kasih awak2 semua, yang wish, bagi kek, bagi hadiah, dan terima kasih atas doa kalian. Terima kasih banyak2. Semoga peningkatan umur ni, selari dengan peningkatan iman. Amiin.





And life goes on.

Sekian.

Friday, October 08, 2010

Law of Heart-traction

Salam 'alaikum. Salam buat semua. :)

Bismillah.
Ya, ungkapan pembuka bicara. Bukan sekadar pada mulut, tp perlu dirasa dengan hati.

Hati.

Hati.

Hati.

Terbaca dalam sebuah artikel,
"Hati ni, walaupun dalam dada kita, tetap bukan milik kita."

Tak mudah nak jaga hati. Hakikat.
Tapi mudah sekali nak tersungkur bila hati diserang penyakit.
Mainan dan soal hati, bukan semuanya harus terjawab.
Kadang kala kecewa melanda bila harapan yang tersemat di hati tak kesampaian.
Kadang kala kecewa melanda bila persoalan yang bermain di hati tak terjawab. Tidak mampu dijawab.
Lalu dibiar terus tidak berjawab.
Dan dibiarkan terus.
Akhirnya membawa kepada futur.

Soal hati dan perasaan sangat kompleks. Tak mudah difahami. (saya berkata tentang hati abstrak ya, bkn hati liver ^^)
Kadang kala perlu digali dalam2 utk cari isinya.
Yelah, semua benda pun kita buat, kena ada hati.
Bila ada hati, baru ada cinta. Bila ada cinta baru dapat menjiwai.
Jadi, hati kena kuat.
Macam mana hati nak kuat?
Orang kata nak kuat kena selalu work out. Exercise.
So nak kuatkan hati kena exercise.
Exercise?
Ya, exercise.
Doa. Doa. Doa.
Itulah exercise nya.

Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. [13:28]


Secantik mana pun sebuah kotak, tetap tidak bermakna kalau dalamnya kosong.
Mari stitch-back hati kita!

Mungkin sakit yang Allah kurniakan ini adalah nikmat.
Nikmat bukti kasih sayangnya, untuk dibersihkan hati dari kekotoran.
InshaAllah.
Doakan saya tabah dan cepat sembuh ya :D


Carilah hatimu. Apabila berjumpa, genggamlah ia, jangan sampai terlepas lagi.

ps: Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabat2 kami, saudara2 kami, serta dosa kami sendiri. Sungguh tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Engkau.

nota kaki: mode emo kotak-kotak [-_-]

Oh ya, btw, adik2, kawan2 yang dikasihi sekalian. Hg pa jgn igt hg pa kebal sgt eh. Pi beli baju sejuk tebal2, pakai. Agak2 nk demam tu, pi beli Gripex Control kat apteka. Angin Poland ni lain macam sket. Pakai sweater nipis2, demam, hg pa gak susah nnt. Anda buat, anda tanggung. Sekian pesanan khidmat masyarakat.

Sekian.

Friday, October 01, 2010

Nota lebih mikro

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Apa khabar iman semua? Moga sentiasa ada booster :)

Setiap penyakit ada ubatnya.
Macam mana dengan penyakit hati rindu lovesick?
Boleh ubat ke?
Nak tau? Sila baca
sini.

Mulakan harimu dengan Bismillah

ps: Senyum lagi :)

Sekian.