Wednesday, April 28, 2010

dari sebalik cermin mata

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
Hanya itu yg mampu dilafazkan.

Yeaaa. Sudah lama tak berpoye-poye di sini.
Exam sudah dekat. Ahhhhhh!
Terasa ke-busy-an hidup student medic. Huhu.

"Look, winter's coming back" kata cikgu Latin saya.
And she was right! It snowed on Thursday. Saya ulang SNOW!
Mula2 hail. Lepas tu snow. What in late April? Yup. Weird, i know.
Welcome to Polska! haha.
Kata sorg classmate dari negara yg dirahsiakan, "What is wrong with this *********** country!"
So bermulalah episod bungkus membungkus kembali.
Ok. Let it snow, let it rain.
Itu semua kuasa Allah, rahmat dari Allah.

Recent events have taught me not to take anything for granted.
Like, seriously.
Na przykład, matahari yang sentiasa tabah menyinari bumi, patuh pada arahan Pemiliknya untuk bg cahaya pada kita semua.
But we take it for granted, and say, "panasnya, hujan kan best"
Lalu Allah turunkan hujan lebat berserta petir dan kilat, dan angin yg kuat.
Maka kita pun cakap "Sejuk nya. Mana matahari ni". Dah. Cukup2 lah merungut tu.

Banyak yg berlaku lately.
Mungkin Allah nak menegur. Nak saya sedar cepat.
Yang semua yg saya ada ni, milik Allah.
Bila2 je Allah boleh minta balik, bila2 je Allah blh bagi balik.
So, jangan perasan memiliki ok!
Ujian Allah juga utk nak tengok sejauh mana tahap kebergantungan kita pada Dia.
Firman Allah dalam surah at-Talaq, ayat 2&3, yg maksudnya:
Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Ok. Sekarang kena pulun study. Maka semakinlah busy.
Next stop is Scapula Aurea (ie The Golden Scapula)
Ramai sahabat2 bersemangat waja nak join benda scapula ni.
Eh2, scapula tu apa? Oh lupa pulak. Scapula is one of the bones that make up the pectoral girdle, or upper limb girdle.
Scapula Aurea ni, pertandingan anatomy, yg mana, yg kami tahu hanyalah, siapa dapat top 3, dapat exemption from Anatomy final exam. Wehuu!
Siapa taknak.
Kalau takyah ambik final, takde laa fail.
Kalau tak fail, takyah retake.
Kalau takyah retake, takyah balik Poland early September.
Kalau takyah balik Poland early September, blh stay lama sket kat Malaysia.
Kalau blh stay lama sket kat Malaysia, boleh raya kat Malaysia.
Kalau boleh raya kat Malaysia, boleh makan banyak sket.
Wehuu lagi! ~ banyak la!
Kenapa Scapula Aurea? Pemenang akan dapat free shoulder reconstruction. Yea? Ntah tak tau.

Siapa nak try nasib, silakan and all the best. "May the force be with you!"
Siapa taknak, silakan duduk rumah study utk final.
Saya? Saya belum decide.
Yang penting niat kita mesti betul. Kan?
Sebabnya kita akan dapat apa yang kita niatkan. Kan?
Jom pergi melawat cadaver!



Baru ku sedar, langit yang selama ini ku kejar, ada Pemiliknya
- Fahmi

Sekian.

Sunday, April 18, 2010

Terjatuh, bangun semula. Panik di Kuala Lumpur!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

Its been quite sometimes since i last wrote something up here. A lot passed my mind, but none, and i mean it, NONE can be expressed into letters and words. I stared for hours at this blank little page, thinking what when how to write. Writer's block? Naahh. Just having a hard time. Well i shouldn't complain, really. I mean, Allah has given me everything i need. What else do i want? No reason to complain. Right?

Ok. Enough.
Mari kita baca surah ke 51 dalam al-Kitab, Surah az-Zariyat, ayat 15-18:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ
كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman Syurga dan mata air,
mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam,
dan pada akhir malam, mereka memohon ampunan (kepada Allah).


"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam."
Saya ulang, mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
So, kalau kita tidur berlebihan, adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang melampaui batas?
Fikir2 kan laa ye.

At last, saya diberi kekuatan untuk bangun semula.
Benar, kekuatan perlu dibina, bukan ditunggu.
Alhamdulillah, dalam kesempitan dunia ni, Dia permudahkan urusan.
Lama. Ya lama saya berfikir.
Dalam keadaan berfikir inilah, saya tersedar banyak perkara. Subhanallah.
Adakah bila ditimpa sesuatu kesusahan baru kita ingat Dia?

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.
[Fussilat (41) : 51]

Dia yang sentiasa berada bersama kita, sentiasa menjaga urusan kita, sentiasa memberi kepada kita dengan penuh kasih sayang yg melimpah ruah.
Benar kata seorang sahabat,

"Sungguh, kalau nikmat sihat itu akan menyebabkan kita lupa padaNya, mungkin lebih baik jika kita berada dalam kesakitan." [credits to Shiela Saad]



Ya Allah,
janganlah kesibukan dunia ini kau jadikan matlamat utama kami.
janganlah kecintaan kami terhadap dunia kau lebihkan daripada kecintaan kami pada-Mu
jangan kau biar hati kami kering tanpa zikir kepada-Mu.
"Jika Kau tidak murka kepada kami, kami tidak peduli semua ini. Asal saja kami tetap dalam redhaMu"

Letaklah dunia di tangan kami, biar kami genggam,
dan bukannya dihati, untuk kami rindu,
mahu pun pada akal, untuk kami junjung.

Sungguh,tiada daya dan tiada upaya,
melainkan dengan Engkau, ya Allah.

Subhanallah.
Puji-pujian buatMu, ya Allah.

May Allah bless us all.
Wallahu'alam.Oh! Inilah dia kesibukan dunia kami.
Bantulah kami ya Allah.
Kurniakan apa yang terbaik buat diri kami, iman kami dan kehidupan kami di dunia dan akhirat.

ps: Happy Birthday Ayah! I love you. Always.

And put your trust in Allah, and enough is Allah as a Disposer of affairs
[al-Ahzab (33) : 3]

Sekian.

Friday, April 09, 2010

sejenak di bumi Wrocław

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah. Masih diberi peluang utk taip blog ni. =)

Alhamdulillah juga, selesai Spring Camp Poland tahun ni. Rasa best sgt.
It's kinda "Iman Booster". Like passive immunity for my iman. Semoga bertambah2 lg iman kita semua ya.

Sering kali org ckp kat saya "Kesian Shida, ambik gambar org, gambar Shida takde pun."
Dan sering kali gak saya akan jawab "Takpe. Tak kisah pun"
Meh sy explain. Hehe.
Sungguh, sy tak kisah. Mungkin ini cara dakwah saya.
Ambik gambar pun dakwah ke?
Mungkin.
Sy tak berkemampuan nak dakwah rumah ke rumah.
Sy tak berkemampuan bg talk.Sy juga tk terer masak tuk program2 ni.
Bila ambik gambar, buat org happy. Kan? Ke tak? Hm. Takpelah.
Dakwah itu mudah.
Dakwah itu seni.

Habis program, hati rasa berat nak tinggalkan masjid Wrocław.
Balik Warsaw? Hm =(
Tapi, bila sampai, macam Allah nak pujuk hati ni,
Semua org Warsaw friendly malam tu.
Tiba2 lelaki Polish bg salam,
Tiba2 pakcik tu tanya "skąd jesteś?"
dan bila kami jawab "Malezja"ada yg bertanya "are you from Kuala Lumpur?"
makcik tu pulak,
cakap "Witamy w Polsce".
Terasa macam Warsaw cakap "Welcome home korg" =)

It's funny how things that seem to be small can touch a heart.
Or millions of hearts.
It's a wonder.
Teringat ucapan Imam Masjid Wrocław.
"We're the best ummah. How are we the best ummah? By amar ma'ruf, nahi munkar. And I heard you talking about this yesterday. I'm so proud of you all."

And this little piece of paper. It's little but means a LOT!


Thanks Kak Atiq-o! Shida pun syg Kak Atiq jugak. Uhibbuki fillah jiddan2! =)


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.


Sekian.

Friday, April 02, 2010

cuti oh cuti!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.




Spring Camp Poland 2010 is here!

Pakaian? Check
Khemah? erk! ok2. Sleeping bag! Check
Berus gigi? Check
Lomo? Check
Kompas? Check
Peta? Check
Hati? Check
Semangat? Check
Ikhlas? Err.. Erk!

Jom ke MASJID Wrocław, soldiers!





Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya.
[al-Mulk (67) : 15]

Sekian.

Thursday, April 01, 2010

cikgu kami balik kampung

“Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Imam as-Syahid Hassan al-Banna


Sekian.