Sunday, March 31, 2013

So much to learn, so little time...

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.

Akhirnya, sedikit break daripada hectic-life yang menuntut diri ini bertapa menghadap buku sepanjang masa. Bolehlah mula catch up on things-kinda-neglected before. Huhu
Harus semuanya disebabkan ketidak-upayaan diri untuk mengurus masa dengan baik. Astaghfirullah.

On the topic of time management, selama ini selalu orang berpesan pada saya; get your priorities right. Prioritise.
Dan banyak kali juga kandas dalam percubaan.
Saya tak tahu di mana silapnya.
Adakah saya tidak tahu apa priority saya?
Atau saya memang tak reti nak prioritise?

Hah!

On another topic, kadang-kadang kita rasa kita dah habis being pushed to the limit.
Ahh, tak mampu lagi! Tolong ingatkan aku....Err. Ehem.
Kadang saya rasa macam dahh cukup! Dah sampai edge of Cliff of Moher dah ni. Cukuplah. Tolonglah.
Tapi semua asakan terus bertalu-talu menolak.
Bukan sekadar carpet bombing, drones turut dihantar sekali dengan missile.
Tunggu masa nak jatuh je daripada Cliff.
Tutup mata, pasrah je.
Tapi jatuh yang ditunggu tu tak juga kunjung tiba.
Eh, pelik.


Semalam kami hadiri sebuah talk yang pada saya amaaat serta sangaaatttlah bermakna, dan harapnya akan membawa pada amal.
Talk khas untuk kami, inshaAllah para doctor-to-be.
Dan saya rasa terjawablah persoalan-persoalan saya yang kusut menyerabuti neuron otak saya. Ohoi.

Kata Dr, kita kena prioritise.
Err. Prioritise lagi.
Tapi ada tambahan nya.
Prioritise... and sacrifice.
Eh?
Bermakna, prioritise apa yang penting, dan sacrifice apa yang tidak penting.
Oh?
... (mata terkebil-kebil)
... (mata terkebil-kebil)
... (mata terkebil-kebil)
Patutlah!


Pada masa lapang pula, saya gunakan masa untuk bersembang-sembang sedikit bersama Dr, dan juga isteri beliau yang turut menemani beliau ke sini (ladies power! wuhuu!)
Pesan mereka, you must be willing to go extra miles.
There is always a way out.
Kalau kita sungguh-sungguh ikhlas doa pada Tuhan, yakin dengan benar-benar yakin yang Allah akan bantu kita, inshaAllah help WILL arrive.
Tak kiralah setakat mana kita rasa kita tak mampu, kita masih mampu sebenarnya.


Kita di sini, hidup kita bukan hanya untuk diri kita.
Berilah erti pada hidup dengan memberi.
All the emotions, hormones flowing through, salurkanlah.
Ke mana?
Devotion to God, and charity.
Shift your paradigm. And inspire others.
There's only so much you can do as long as you're willing to.




Whatever happens, never let people touch you on the inside.


ps: Saya rasa saya baru faham. Mungkin. Atau mungkin salah. Atau mungkin saya salah faham. Entahlah. Islam & da'wah is not about dictating someone's life or letting someone dictate your life. Sure Islam has law and lifestyle. But you just have to be creative.
ps2: Moga Allah terima amal saya, anda, kita dan mereka. Doa, dan teruslah berdoa.
ps3: Seriously, it's like the last day of March, but the snow outside, it's like the beginning of January. Welcome back Winter. Stay as long as you wish. You're just following God's order. Jangan berhenti hanya kerana manusia bising-bising. Biasalah mulut manusia. Don't let people touch you on the inside, and don't let people's hope dictate your life. Wuhuu! Tahniah encik Snow. (^_^)v

Saturday, March 16, 2013

Rambling. Mumbling. Jumbling

Salam 'alaikum. Salam buat semua.


Depression is not very common among cancer patients. It's not death that gets to them. It's dying alone that gets to them.
--------------------------------------------------------------------------

Semalam saya ke lecture Pharmacology. Bermulalah tajuk-tajuk berkaitan Psychopharmacology.
One very interesting lecture. Tetapi ada satu yang benar-benar buat saya terfikir.
Kata cikgu, pernah suatu ketika di sebuah negara Syarikat yang berada di benua Amerika Utara, pihak atasan mula membincangkan untuk mencampurkan sejenis ubat bernama Fluoxetine ke dalam adunan roti, agar rakyat mendapat sedikit dos ubat tersebut.
But of course, tidak dijalankan kerana side effect ubat tersebut agak banyak.

Mari kita lihat apa itu Fluoxetine.
Flouxetine adalah sejenis ubat kelas SSRI; Selective Serotonin Reuptake Inhibitor.
Dan SSRI pula adalah sejenis antidepressant.
Dan kegunaannya adalah untuk merawat kemurungan, OCD, bulimia, panic disorder, bipolar disorder, alcohol dependence.

SSRI ni saya kira memang agak common lah juga di kalangan masyarakat barat ni.
Ada kajian yang menunjukkan sekurang-kurangnya 20% penduduk mengambil sekurang-kurangnya satu jenis antidepressant.
There's of course nothing wrong with getting help, including pharmacologically.
In fact it's better to get help than to get bottled up.
Cuma persoalannya, how depressed do you have to be untuk terpaksa meletakkan SSRI ke dalam makanan harian?

Pernah juga seorang cikgu Paediatrics berkata, apabila menceritakan tentang side effect SSRI ke atas fetal development.
"If you are sad, talk to someone. Talk to your friends, call your family. By all means don't take SSRI", katanya.

Di Malaysia saya kira peratusan penduduk yang mengambil antidepressant agak rendah.
Mungkin kerana kadar tahu yang agak rendah.
Atau mungkin kerana sekadar berjumpa dengan psychotherapist sudah dipandang pelik, apatah lagi untuk berjumpa psychiatrist dan mengambil ubat kemurungan. Persepsi yang kurang baik memang sangat discouraging.
Atau mungkin kerana rakyat Malaysia ni sentiasa bahagia, ye lah, makanan sedap-sedap belaka.
Atau mungkin kerana support system di Malaysia masih lagi kuat. No one has to face their problems alone.
Mungkin.
Harapnya rakyat Malaysia tak perlu ambil antidepressant kerana tak depress disebabkan adanya orang-orang keliling yang banyak membantu.
Harapnyalah.

And of course, nothing works better than to just wake up in the middle of the night, ambil wudhu, hampar sejadah, sujud dan berdoa serta memohon pada Pemilik hati-hati kita ini.

Allahualam


Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
[Ali-Imran (3):139]

ps: Of course, I've never walked in anyone else's shoes. Ini cuma luahan pemikiran saya, serta peringatan buat diri sendiri.
ps2: Mari intensif kan lagi doa-doa kita.
ps3: Dan tidak, posting tentang ini tidak bermakna saya sedang depress. So please stop asking v(.")

Monday, January 21, 2013

One two buckle my shoe.

Salam 'alaikum. Salam for all.


One.

Routine (r-tn)
Having no special quality; ordinary

If I have to, or could, describe my life lately in one single word, that would be the perfect word.
Nope, no need for a dictionary, no need for a thesaurus.
Explains it perfectly.
Oh well. You can't be everything in life.


Two.

Do you know how much 1% represent?
I mean, like with 3%, sure, there's a big chance you change the world.
But with 1?
Oh well. You can't have everything in life.


Three.

A fixie bike. I'm sure most of us know what it is.
You know, the oh-so-famous bike everywhere. The one that usually doesn't have any brakes.
Imagine going mountain biking on that (I know it's not very possible, which is why I said imagine).
Cycling up, up, up and up. The air gets cooler and less dense, lower pressure, harder to breathe.
Every leg muscles start to build up lactic acid and start to ache.
Your body is telling you to give up, but your mind is fighting for the top.
Citing to yourself:

...If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: 'Hold on!'...

And suddenly, you're going down. Down, down and down.
You could feel the wind rushing past your face.
And you could feel the excitement and adrenaline pumping through.

And that's when you realize, you are actually going at a speed of 100 km/h.
Down a mountain. On a bike.
Without a brake.
What's about to happen? You have no idea.
What's waiting for you at the bottom. You have no idea.

Oh well. You can't know everything in life.
(and might as well enjoy the ride down while you're at it. Or should you?)


Ending.

Point is, let's just be thankful with what we have.
Sure, go search for meanings, go search for what fulfils you.
Go climb up the trees if it makes you closer to the star you've been aiming for, dreaming for.
By all means, do.
But at times, just stop for a while, and remember to be thankful.
Just say it, Alhamdulillah.


Though it's not yet Ramadhan. Well, you get what I mean. Right?


And surely what comes after is better for you than that which has gone before. And soon will your Lord give you so that you shall be well pleased.
[ad-Dhuha (93) : 4-5]


ps: Maybe I should get a shot of adrenaline rush, no? 
ps2: Have you made duaa today?

Monday, December 24, 2012

Lalu cuti pun datang melawat...

Salam 'alaikum. Salam buat semua.


Akhirnya. Freedooooommmm!
Ehem.

Maka bermulalah cuti-cuti Poland kali ini.
Taklah cuti sangat kalau bila naik cuti terus ada peperiksaan besar Pharmacology.
Ok. Tolong jangan rosakkan mood.

Seminggu saya berada di Hematology Ward.
Basically, only cancer patients are warded there.
Leukemia, lymphoma, myeloma.
Ye lah, kalau anaemia, thalassemia, hemophilia dan lain-lain tu, biasanya outpatient je.
Dan seminggu di sana telah membawa paradigma saya ke satu lagi level yang berbeza (abaikan).

It's a big question mark, life.
Some people has it, well  "easier", as a manner of speaking.
And a lot "harder" for others.
But then, I guess it all depends on how you choose to view it.
Your own life, that is. Not others'.
Oh well. Something to ponder upon, then.


Hadiah bersempena cuti-cuti Poland

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU


Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu


UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Barakallah Feeq




Selamat bercuti.
Wszystkiego najlepszego.
Selamat. Dan selamat.
Allah sentiasa ada sebagai perantara.
Senyum.