Saturday, March 16, 2013

Rambling. Mumbling. Jumbling

Salam 'alaikum. Salam buat semua.


Depression is not very common among cancer patients. It's not death that gets to them. It's dying alone that gets to them.
--------------------------------------------------------------------------

Semalam saya ke lecture Pharmacology. Bermulalah tajuk-tajuk berkaitan Psychopharmacology.
One very interesting lecture. Tetapi ada satu yang benar-benar buat saya terfikir.
Kata cikgu, pernah suatu ketika di sebuah negara Syarikat yang berada di benua Amerika Utara, pihak atasan mula membincangkan untuk mencampurkan sejenis ubat bernama Fluoxetine ke dalam adunan roti, agar rakyat mendapat sedikit dos ubat tersebut.
But of course, tidak dijalankan kerana side effect ubat tersebut agak banyak.

Mari kita lihat apa itu Fluoxetine.
Flouxetine adalah sejenis ubat kelas SSRI; Selective Serotonin Reuptake Inhibitor.
Dan SSRI pula adalah sejenis antidepressant.
Dan kegunaannya adalah untuk merawat kemurungan, OCD, bulimia, panic disorder, bipolar disorder, alcohol dependence.

SSRI ni saya kira memang agak common lah juga di kalangan masyarakat barat ni.
Ada kajian yang menunjukkan sekurang-kurangnya 20% penduduk mengambil sekurang-kurangnya satu jenis antidepressant.
There's of course nothing wrong with getting help, including pharmacologically.
In fact it's better to get help than to get bottled up.
Cuma persoalannya, how depressed do you have to be untuk terpaksa meletakkan SSRI ke dalam makanan harian?

Pernah juga seorang cikgu Paediatrics berkata, apabila menceritakan tentang side effect SSRI ke atas fetal development.
"If you are sad, talk to someone. Talk to your friends, call your family. By all means don't take SSRI", katanya.

Di Malaysia saya kira peratusan penduduk yang mengambil antidepressant agak rendah.
Mungkin kerana kadar tahu yang agak rendah.
Atau mungkin kerana sekadar berjumpa dengan psychotherapist sudah dipandang pelik, apatah lagi untuk berjumpa psychiatrist dan mengambil ubat kemurungan. Persepsi yang kurang baik memang sangat discouraging.
Atau mungkin kerana rakyat Malaysia ni sentiasa bahagia, ye lah, makanan sedap-sedap belaka.
Atau mungkin kerana support system di Malaysia masih lagi kuat. No one has to face their problems alone.
Mungkin.
Harapnya rakyat Malaysia tak perlu ambil antidepressant kerana tak depress disebabkan adanya orang-orang keliling yang banyak membantu.
Harapnyalah.

And of course, nothing works better than to just wake up in the middle of the night, ambil wudhu, hampar sejadah, sujud dan berdoa serta memohon pada Pemilik hati-hati kita ini.

Allahualam


Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
[Ali-Imran (3):139]

ps: Of course, I've never walked in anyone else's shoes. Ini cuma luahan pemikiran saya, serta peringatan buat diri sendiri.
ps2: Mari intensif kan lagi doa-doa kita.
ps3: Dan tidak, posting tentang ini tidak bermakna saya sedang depress. So please stop asking v(.")

2 comments:

Lemonades Of Life said...

fluoxetine ni prozac eh? happy pill ^___^ hoho.

LightOfWitness said...

Haah, yup. Prozac. Doesn't work on "normal" people. eheh.