Friday, April 27, 2012

Musim demam!

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Ahaa. Matahari semakin galak memancarkan cahaya, menerangi segenap ruang penglihatan.
Subhanallah. Subhanallah. Alhamdulillah.

Setelah sekian lama saya tak mendengarnya.
Lama. Cukup lama.
Sehingga saya terlupa perasaan mendengarnya.
Sehingga yang mampu saya buat hanyalah tersenyum.
Senyum bukan kerana geli hati.
Bukan juga kerana apa yang didengari itu sesuatu yang sangat menggembirakan.
Tapi senyum yang saya sendiri tak tahu dari mana puncanya.

Sedang saya ter-blur2 menaiki tram-yang-sangat-padat-tapi-nasib-baik-ada-aircond itu, tiba-tiba ada seorang makcik menegur;
"Nie pani gorąco?" (Cik tak panas ke?)
*memandang pelik sikit. Ada aircond kot* "Nie" (Tak)
*makcik tunjuk pada tudung*
"Aha. Nie, nie. Nie gorąco"
*makcik pandang*
*saya pandang. Senyum. Dalam hati terasa nak cakap apa yang saya baru belajar beberapa hari lalu "Dla Boga. Nigdy nie gorąco" (for God. It's never hot), tapi somehow tak terkeluar pula. Huhu*

Sepanas manalah sangat Polska ni kan, kalau nak banding dengan Malaysia tanah air tercinta.
Kalau masih boleh berjalan memakai hoodies keluaran Brotherhood Arts (ehem. Promote).
Pakcik pakai coat, tak panas ke?
Encik pakai Doc Mart, tak panas ke? Doc Mart tu, panas-panas ni.
Ahh. Moga Allah bantu kita, perbaharui niat kita, jaga niat kita.
Moga Allah terima amal dari kita semua.

Not bad eh? Welcome back, Spring ^^


Katakanlah: “Api neraka Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.
[9 : 81]




ps: Sanggupkah kita dicampak ke dalam api? Moga Allah berkati pekerjaan kita.
ps2: Di Poland sekarang demam PRU *ehem*. Di Malaysia demam apa? Jaundice barang kali?
ps3: Doa, dan teruskan berdoa. (^^)v

1 comment:

Anonymous said...

demam jaundice pun bolehhhh hhahah I likeee

-cik anon-