Wah wah wah. Lama sungguh rasanya tak membebel di ruangan ni.
Kesian dia kesunyian.
Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.
Tak ada ucapan lain yang selayaknya terbit dari hati ini melainkan segala jenis pujian buat Dia, yang sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas kita.
Allahu rabbi.
Aah. Apa cerita GMJ versi Polska?
Boleh usha2 sini.
Belakangan ini, rasa-rasanya banyaaaaakkk sangat yang berlaku.
Walau baru 3 hari berlalu, rasa macam dah bertahun-tahun.
Tu dia nostalgia dia sampai macam tu sekali.
Rasa macam kasih sayang dan rahmat Allah tu dekaaaattt sangat.
Macam-macam nikmat yang Dia kurniakan, tapi jiwa diri sendiri, yang begitu kotor ni, nak juga bermaksiat pada Dia.
Berbagai-bagai tanda Dia dah tunjukkan, hati yang dah sedia ada banyak bintik-bintik hitam ni, nak juga tambah bintik baru. Aih, boleh kalah periuk belanga kuali kawah segala.
Allahu rabbi.
Patutlah perlu diulang berkali-kali kalimah sama;
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Sebab tabiat manusia ni mudah lupa.
Atau lebih tepat, mudah lupa diri.
Oh! Moga Allah ampun dosa kita semua.
Tiga hari ini, bumi Polska ni dipenuhi aktiviti.
Kalau orang tempatan, mungkin mereka sibuk dengan perayaan mereka.
Tapi bagi kami, kami disibukkan dengan explorace dan fiqh talk.
Saya tak ada lah pula rasa macam hurai panjang lebar. Cuma nak menyatakan apa yang rasa.
Jadi apa yang saya rasa?
Saya rasa macam "OMG saya sangaaaaaattttlaaaahhh osem!"
Ok. Itu statement yang kurang sahih.
Menarik bila adanya task dalam explorace tu, kami harus interview rakyat tempatan tentang Islam.
Peh! Kalau masa lain, memang tak ah nak pergi tanya saje2.
Menariknya bila kita dapat cuba memahami apa sebenarnya yang bermain-main di fikiran mereka.
Tapi akan jadi lebih menarik kalau pandai berbahasa tempatan dan menerangkan kepada mereka hal yang sebenar, dan bukan sekadar mengangguk bagai burung belatuk.
Ah.
Dan Fiqh Talk tersebut pula telah disampaikan oleh Dr Juanda Jaya.
Dr Juanda, okeh. Mufti negeri Perlis Darul Sunnah.
Memang thorbaek.
Mengingatkan saya, betapa luasnya rahmat Allah.
Mengingatkan saya, betapa lapangnya fiqh Islam.
Mengingatkan saya, betapa mudahnya Islam ini, yang hanya disusah-susahkan oleh ketidak-fahaman kita sendiri.
Dan paling terkesan di hati, mengingatkan saya tentang saat pertama saya mula berkenalan dengan diri saya semula.
Kadang kita lupa, dalam "kesibukan" kita mencari redha Allah, "kesibukan" kita mencari cinta Allah, kita lupa pada hakikat bahawasanya Allah hanya mahukan yang mudah-mudah buat kita.
Kita pula, selagi mungkin cuba menyusah-nyusahkannya.
Mari anjakkan paradigma!
Allahu'alam.
Moga Allah redha ^^
"Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"
No comments:
Post a Comment