Friday, February 10, 2012

Sabar itu bergaya, bergaya itu sabar.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari dimulakan dengan kesedaran bahwasanya penglihatan, auditori dan kotak suara masih mahu bekerjasama.
Alhamdulillah ala kulli hal.

Ya, Warsaw masih lagi sama. Bersama gebar putih yang makin menipis, walau sungai dan tasik masih belum menunjukkan petanda-petanda bahawa ia akan kembali mengalir dan bergerak, memberi ruang pada sang itik bermain air dengan riangnya.
Matahari muncul, memberi cahaya di tengah-tengah kebiruan langit dan kesucian awan.
Malam-malam masih disinari cahaya bulan yang baru melepasi fasa penuh, menerangi segenap ruang bilik, menemani malam-malam gelap.

Sudahkah diri bersyukur, Allah memilih untuk memberi mata ini melihat keindahan alam? Alhamdulillah.

Minggu lalu, saya telah menjadi pemandu pelancong kepada beberapa orang sahabat yang baru saya kenal yang datang melawat dari [Sebuah Negara]. Dan seharusnya lah, banyak tempat untuk dilawati di Warsaw bumi indah ini. Namun kejatuhan suhu secara mendadak telah tidak mengizinkan kami untuk berlebih-lebihan dalam melancong. Tak mengapa. Bersederhana itu lebih baik. *Apa mengarut ni?*

Ceritanya, kami berjalan-jalan di atas laluan pejalan kaki dekat dengan sebuah tasik. Tak, kami tak berjalan atas tasik tu, walaupun saya rasa tahap kebekuan tasik tersebut sebenarnya mengizinkan seseorang bermain papan luncur di atasnya. Apa-apa je lah.

Setelah beberapa ketika berjalan dalam kesejukan, kami terlihat sebahagian kecil tasik tersebut yang masih belum beku. Peh! Riang gembira itik-itik bermain air.
Kenapa bahagian tersebut tidak beku? Sedangkan bahagian-bahagian lain rasanya kalau dihentam dengan bom mortar sekali pun, belum tentu pecahnya. Ok, over. Suka hatilah.

Rupa-rupanya, ada sumber air mengalir pada bahagian tersebut.
Dan pengaliran air itulah yang telah menyahbekukan bahagian tersebut.
Allahu Rabbi.

Dan seperti itulah situasi diri ketika ini. Harus lebih bersabar!


Therefore do thou hold Patience, - a Patience of beautiful (contentment).
[70:5]

ps: Memang minggu ini macam semua benda dan semua orang tahu permasalahan saya, maka saya diulang kali dan berkali-kali diingatkan untuk bersabar. Oh. Konspirasi apakah ini?
ps2: Macam mana ya, sobran jameela (Patience of beautiful)itu?

No comments: