Sunday, December 18, 2011

Je ne parle pas français

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Setelah marathon mengejar 3 flight, Alhamdulillah, kami selamat tiba di bumi France.
Selepas naik flight yang macam 'wow' dan juga yang macam 'oww', kami diizinkan menikmati keindahan alam tepi laut *ehem* yang, Subhanallah, keindahannya tak mampu diterjemah dengan kata-kata mahu pun dengan gambar. Hanya mata dan hati yang melihat dapat menikmatinya.

Amazingly enough, penerbangan kali ini, saya hanya nampak awan putih di bawah kapal terbang.
Putih yang serius putih. Putih yang macam selimut gebu comforter yang kalau dah masuk seboleh-boleh tak nak keluar.
Putih yang macam salji yang meliputi tanah di Poland pada bulan 12 tahun lepas *ehem lagi*.

Sambil tersenyum melihat lautan awan, tiba-tiba neuron otak mem-fire neurotransmitter, memaksa berfikir.
Awan tanpa tali, tanpa tiang mampu berarak di langit.
Memanglah, awan ringan.
Ok. Kapal terbang yang berat mampu mengangkat diri dia untuk terbang tinggi.
Memanglah, enjin dia pun besar.
Ok. Burung tu, tak penat ke dia kibas-kibas sayap dia nak terbang?
Memanglah,....
Ah sudah!
Langit itu sendiri, yang luasnya kita tak tahu ada penghujung atau tidak, dah ada kat atas tu sejak entah-tak-tahu-bila dan akan terus ada sampai entah-tak-tahu-bila juga.

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya [31:10]

Hakikatnya, kuasa Allah tak siapa mampu jangka, tak siapa mampu memahaminya.
Amazing!
Amazing.
Ama.. oops tersilap. ehem.
Subhanallah. Subhanallah.
Sungguh, pada penciptaan langit dan bumi itu ada tanda-tanda kekuasaanNya. Hanya terpulang pada kita untuk menyedarinya.

Dan setelah amazed dengan lautan awan, diizinkan pula kami menikmati keindahan sunrise.
The golden tinge around the cloud => speechless.

 Ya, saya bukan seorang photographer yang baik. Maka terimalah seadanya.
Real-life lagi cantik. No camera can be as good as the eye ^^


Kemudian, tengah teruja ambil-ambil gambar di "Taman Eksotik (lah sangat)", kami bertambah teruja melihat tornado ini:

Or do ye feel secure that He Who is in Heaven will not send against you a violent tornado (with showers of stones), so that ye shall know how (terrible) was My warning?
[67:17]

Dan rasa teruja bertukar menjadi takut-seram-sejuk apabila tornado tersebut makin besar dan mula bergerak :o
Bertambah lagi ketakutan-keseraman-kesejukan apabila kelihatan awan-awan bagaikan cuba untuk merapati bumi bagi membina tornado yang lebih besar, dan tiba-tiba petir menyambar. Allah. Allah. Allah.
Hanya Dia yang tahu perasaan dan rasa hati ketika itu.

Bersyukurlah Dia masih izinkan kita untuk beristighfar, bertaubat dan berdoa.
Bersyukurlah Dia masih izinkan kita untuk mencari redhaNya.
Bersyukurlah Dia masih izinkan hati-hati kita untuk dibuka menerima hidayahNya.
Moga kita mampu mati dalam keadaan "hati kita masih hambaNya".


Allahu ta'ala 'alam.


Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana cara kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak-retak sedikit pun?
[Qaf (50) : 6]


ps: Tiba-tiba obses langit. Syurga di mana ya? v(^^)
ps2: Jangan lupa untuk terus berdoa. Doakan agar saya mampu kuat dan teguh ya ^^

No comments: