Tuesday, September 21, 2010
Live from my-sofa
Wednesday, September 01, 2010
Cakap sikit, buat lebih.
Kemerdekaan itu bukanlah semata2 pada kibaran bendera, laungan di bibir dan semangat patriotik.Tetapi juga kepada sejauh mana diri, jiwa, hati dan peribadi kita berjaya dibebaskan dari sebarang jenis penindasan, penjajahan, penjahiliyyahan dan pen"taghut"an.
"to earn respect, you have to practice what you preach".
Monday, July 26, 2010
a moment of thought
I found the reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is YOU.
Salam ‘alaikum. Salam buat semua.
Yeah, we all change. All of us. For better or for worse.
Persoalannya, apa penyebab kita berubah?
Ya, semua orang ada turning point in their life. It may come early, or late in life.
Doesn’t matter. Pokoknya, berubah.
Kenapa perlu berubah?
The question should be, kenapa tidak?
Kalau perubahan tu, membawa kepada kebaikan, go ahead. Kan?
Cuma jangan lupa, baby steps. Kenapa?
Sebab kita kena ingat, Allah tak kan jemu dengan ibadah kita, amal kita, perubahan kita. Tapi takut kita yang jemu. Takut kita yang tak mampu nak keep up with the change we started. Akhirnya, give up.
Dalam salah satu buku yang saya baru baca, Denyut Kasih Medik, karakter utama, Dr Muslih, apabila nampak kawan dia nak berubah kearah kebaikan, hati dia sangat curious. Tapi dia decide untuk matikan curiosity dia, instead of nurturing it. Dia tak tanya penyebab perubahan sahabat dia, despite his curiosity. Kenapa? Kerana takut tercalar hati sahabat dia, and seterusnya terus tak jadi berubah. Sangat halus ukhuwwah mereka.
Buku lain yang saya baca, Versus, memang the whole book is dedicated to changes. Kenapa versus? Sebab karakter tu perlu melawan diri sendiri. Bukan orang lain.
Yes, the hardest battle is the battle against yourself.
Change is not a crime, as long as it is for the better.
Change is hard, true, but not impossible. But do you know what is harder than change?
To keep up with the changes you’ve made.
Bukan senang nak ubah apa yang dah jadi sebati dengan diri kita. Bukan senang nak ubah apa yang selama ni makan mandi tidur kita.
We will always need help to change. Kalau tak ada siapa yang sudi hulurkan tangan, don’t worry, kita ada Dia. Penyebab perubahan kita.
Kalau kita sandarkan perubahan kita kepada Dia, kerana Dia, maka berdoalah supaya Dia membantu kita.
Tak cukup lagi ke bukti-bukti yang Dia dah bagi untuk menunjukkan bahawa sesungguhnya Dia mencintai kita? Jadi, salah ke kalau kita korbankan kepentingan diri kita, kemahuan dan nafsu kita, untuk buktikan kembali pada Dia, yang kita juga turut mencintai Dia?
Hidup ini sangat sukar, jika tak dihiasi dengan iman.
Cinta perlukan pengorbanan. Tiada cinta tanpa pengorbanan.
ps: I miss anatomy =_=”
Sekian.
Oh cuti!
Salam ‘alaikum. Salam for all.
Alhamdulillah. Masih lagi aman damai makmur bahagia berada di bumi Malaysia.
Well, encik internet masih tak nak attach dengan saya, unfortunately.
So most of my posts are delayed. Takpe2.
Lebih seminggu di Malaysia, membuat saya tertanya-tanya. Apa perubahan yang dah saya lakukan?
More specifically, apa kebaikan yang saya dah buat untuk ummah? Erk!
Nampak kemungkaran depan mata. Tak payah cari. Pusing mana pun nampak dan bandaraya KL ni.
Kalau kat Warsaw tu lain laa. Memang lain. Senang beza hak dan batil.
Obvious, betapa pentingnya bi'ah dalam membina karakter dan keimanan seseorang tu.
Lepas tu, peluang buat pahala datang bergolek. Tak payah cari jugak. Apa buat? Buat taktau?
Come on. Come on.
Ramadhan dah dekat. Macam dalam buku yang saya tengah baca sekarang, Sinergi, dia kata Ramadhan tu satu persinggahan dalam perjalanan hidup kita yang hanya gurau senda ni.
Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan mencari dan meraih takwa.
The question in, “apa itu takwa?”
Biasa kita dengar kisah Umar al-Khattab dengan Ka’ab bin Malik, dimana bila Umar Tanya pada Ka’ab bin Malik “Apa itu takwa?”
Jawab Ka’ab bin Malik dengan satu pertanyaan “Apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri, wahai Umar?”
Jawab Umar, “Pernah”
“Apa yang kau lakukan?”, Tanya Ka’ab bin Malik
“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik pada duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dengan mana-mana duri”, jawab Umar.
“Ketahuilah Umar, bahawa itulah sebenarnya takwa”.
Takwa, menurut penerangan dalam buku tu, adalah rasa berhati-hati dantakut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah.
Maka sekali lagi saya tanyakan, apa itu takwa?
Kenapa kita perlukannya? Kenapa, dalam Quran, kerap kali Allah membangkitkan perkataan takwa? Banyak. Terlalu banyak. Bukan ke, bila Allah kerap kali bangkitkan perkara tu dalam Quran, bermakna ada significant-nya perkara tu?
Sekali lagi saya tanya, apa itu takwa? Anyone?
Next.
Here’s the list of the books I have read and am reading, since I came back.
Ok, this one, totally unexpected! New insights. Banyak persoalan terjawab. Doktor muslim atau muslim yang jadi doktor? Sila baca.
Yang ni, no comment. =p
Really like this one too. Bacalah kalau sanggup nak jadi doc. Haha. Kalau nak jadi patient pun, sesuai gak baca. It shows how docs and patients are exactly like what ukhuwwah is about; saling lengkap-melengkapi.
Like Terasing, it's about ukhuwwah. Padat dengan pengisian. Tapi yang ni rasa ada kelainan sikit. =D
Seronok woo shopping buku.
One thing though, yang membuatkan saya agak tersenyum sinis semasa shopping2 buku.
When in Warsaw, pergi kedai buku, susahnya nak cari buku in English.
When in KL, pergi kedai buku, susahnya nak cari buku dalam BM.
Funny ain’t it?
Well, there’s more to be read. Best3!
Membaca jambatan ilmu. Widens your perspectives, broadens your mind, increases your knowledge =)
Apabila sesuatu itu dilakukan atas dasar iman, maka terhasillah 1+1=3.
ps: Siapa2 ada cadangan buku untuk saya baca?
Sekian.