Monday, June 21, 2010

Pagi yang gelap, kini sudah terang. Selamat Pagi.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Apa khabar iman kita? Semoga peningkatan iman kita selari dengan peningkatan usaha kita untuk jawab exam esok. Amiin.

Ikuti dialog antara semut api kacak dan girlfriendnya.....

A: Awak2. Jom gossip.
B: Isu apa? Kes cerai?
A: Bosan betul nak cerita masalah dalaman orang lain.
B: World cup?
A: Ok. Awak tolong jangan bagi batal puasa world cup saya ya.
B: Banjir di China?
A: Ah, teringat cerita 2012.
B: Perkahwinan diraja Sweden?
A: Eh ni bukan yang Pawel pg tengok tu ke?
B: Kantoi awak stalk!
A: Bukan salah saya! Housemate saya yang ajar. Ngeh2.
B: UPSR dan PMR nak dihapuskan?
A: Kalaulah zaman kita lagi dah mansuh kan best! Hehe.
B: Ada pros and cons. At least takde la exam-oriented sangat sistem pembelajaran Malaysia. Kan?
A: Nexttt!
B: Tembok besar China nak dirobohkan?
A: WHAT?!
B: Eh tak2. Silap. Tembok Penjara Pudu nak dirobohkan.
A: What? Yang dah 100 tahun tu? Yang mural kat dinding tu pernah jadi terpanjang kat dunia? Yang berhantu tu? Yang ada bilik gelap tu? Yang kita selalu lalu lepas turun LRT nak pg Times Square tu? Yang dah lama takde orang guna tu? Yang bina mahal-mahal tu? Yang kat tengah2 segi tiga emas tu? Yang satu2 nya bangunan jejak tanah tu?
B: Eh banyak tanya la awak ni.
A: Kenapa? Why? Dlaczego? Li maza?
B: Entah. Menyemak kot. Diorang nak bina laluan bawah tanah.
A: Kenapa? Diorang kena sekatan gak ke? Jom hantar Freedom Flotilla ke KL!
B: Mengarut laa awak ni.
A: Kenapa dia tak buat jadi muzium? Atau edit balik jadi penjara? Atau biar je dia duduk diam2 kat situ?
B: Awak. Tolong berfikiran produktif sikit boleh tak? Mungkin lepas ni kita boleh main skateboard kat situ.
A: Hmmph!
B: By the way. Cakap pasal bina-mahal-mahal-lepas-tu-tak-berguna-pun-untuk-semut-semut-macam-kita-ni-sebab-kita-semut-tinggal-dalam-tanah-cukup-la-boleh-buat-dissection-tak-yah-pergi-belajar-university-amek-medic-kat-Poland-pun-takpe-sebab-semut-ramai-lari-oversea, teringat *tuuuuttttt*
*Dialog terpaksa di-censored dan ditamatkan.


Penjara Pudu
"Heyy manusia! Jangan kau sentuh itu harta, bukan kau yang punya. Ahmad Albab yang punya. Ahmaaaddd Albaaaaabb yang punya! Hahahaha!"


dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
[al-Israa' (17) : 26]


ps: Bye2 penjara pudu! I'm gonna miss walking in front of you! Sobs!

Sekian.

Sunday, June 20, 2010

Pengumuman raya

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Harapnya semua dalam situasi iman mantopp la yee. ^^

Cerita Hari Ini, Episod 1:

Setelah sekian lama kami tak makan nasi ayam, akhirnya!
Kami masak nasi ayam. Wehuu!

Ya, nasi ayam kami masak sedap. Harap maklum.
Namun, dalam keterujaan memasak, saya telah mengalami cedera parah pada 2 jari saya. Ya, parah.
Mungkin saya boleh guna alasan ini untuk tak menjawab Histo dan mana tau, cikgu bagi lulus free2. *wink2*

Maka disini ada beberapa pengajaran dari aktiviti memasak hari ini.
1. Jika anda kekurangan atau ketiadaan lesung batu, tak kira la anak dia ke ibu dia, sila jangan guna pisau ya untuk mengetuk halia. Perlakuan ini boleh menyebabkan cedera parah. Harap maklum.
2. Ada sebab kenapa tok moyang kita cipta cutting board. Maka janganlah kita merasakan diri kita hebat dan menggantikan cutting board dengan tangan kita. No, no, no. Cedera parah nanti.
3. Bolehlah menggunakan lemon untuk mewangikan ayam anda yang sudah tidak bermaya akibat peti sejuk terlalu lama di-defrost. Tapi awas! Ini boleh menyebabkan sup anda berasa lemon terlampau -_-".
Maka konklusinya, masak nasi ayam adalah bahaya. Jom masak lemak cili padi!

Cerita Hari Ini, Episod 2:

Option > Change setting > Select language > Mixed Rojak.

Ok.
Today, while i was reviewing the chapter Neuroendocrine, yes the one with the dull grey colour, i found something that distracted me and diverted my attention to Mr Google instead of Mr Kierszenbaum.
I was reading pineal gland. There was this thing called 'Circadian rythm'.
Circa = circle, dian = Latin-derived word, dies = day.
"Circle day rythm". Whatever.
Then, ada la listed disorders of the circadian thingy. Jet lag, sleep disorder, and bipolar disorder.
Bipolar disorder. Bipolar disorder?

Tiba-tiba keobsesan diri terhadap bipolar disorder pun tiba.
Maka saya pun men-google Encik Bipolar disorder ni.
Sila google sendiri kalau nak tau. Ngeh2.

Ya, saya tau laa bipolar disorder ni orang yang mood dia tak menentu.
Tapi nak juga cari details. Sama ke tak dengan Borderline Personality disorder.
Sama tak dengan split personality. Schizo ke. Kan.
Kalau malas nak google, boleh tengok cerita House, Season 2, episode 10 : Failure to Communicate

So i found this site that conducts free online personality test. Haha!
Ok. Sambil menggalakkan sekali lagi keobsesan diri, saya pun gatal tangan buat test ni.
Sila2 anda semua cuba.

Dah buat?
Belum? Ish! Pemalas betul!
Takde trick nya. Takde keluar hantu2 mana.
Sila cuba <== Ini adalah paksaan.

Dah buat?
Bagus. Sekarang sila benarkan diri anda untuk paranoid terhadap keputusan ujian ni.
Dan sila galakkan keobsesan diri anda untuk search segala personality disorder yang anda disyaki menghidap. Hahaha.
Everyone needs a good laugh once a while.
Ok. Motif?
Sajeeee. Sambil obses, boleh tambah pengetahuan. Kan?

Hah? Nak tau keputusan saya?
Hahaha. Mari obses!

DisorderRating
Paranoid:Very High
Schizoid:Very High
Schizotypal:High
Antisocial:High
Borderline:Moderate
Histrionic:Moderate
Narcissistic:Very High
Avoidant:Moderate
Dependent:Low
Obsessive-Compulsive:High


Tolong ya, jangan gelak.
Dan tolong percaya kata mereka. NOT!
Ini sangat sengal. Fullstop.
Why do i even bother posting this whole thing up. -_-"


See how colourful my notes are? How can the say i've got personality disorder?


The truth always hurt. So don't ask for the truth if you're not 100% sure you can accept it.

p.s: Definisi saya: Sebahagian sedang buat practical, sebahagian sedang di rumah baru, sebahagian sedang di Rome, sebahagian sedang di Malaysia. Oh wait! Mana bahagian study histo?! Tett!

Nota kaki : Keputusan ujian telah diubah secara drastik dan ditambah sedikit perencah secukup rasa agar lebih menarik dan menawan. Maka sila jangan hilang kepercayaan terhadap kopi yang telah anda order.

Sekian.

Thursday, June 17, 2010

It's not my job. Done.

Salam 'alaikum.

No matter what you say, no matter what you do, you can't stop me.
I know i'm on the right way, doing the right thing.
My job is to spread, and so i have.
The rest is no more mine. Fullstop.

Dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
[Luqman (31) : 17]
ps: Kill me if you have to, i'll keep on writing, i'll keep on talking. As long as Allah wills.

Sekian.

Wednesday, June 16, 2010

Kisah 16 Jun 2010

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

What's up? Dah renew iman every 3 seconds?
Ya2. Saya tau. Dah lama kedai kopi tutup.
Renovation. haha!

Ok. Sekarang saya penat.
Terlampau penat.
Dari pagi sampai ke petang saya berjalan, naik tram, naik bus.
Buat apa?
'Hospital Hunt'.
Buat apa?
Oh. Untuk practical summer ni.
Buat apa?
Eh banyak tanya lak.
Oh tapi cuaca sangat baik hari ni.
Angin sepoi2 bahasa.
Alhamdulillah.
Tunggu bus dan tram pun tak lama. Sampai station je, bus pun sampai.
Alhamdulillah. Dia permudahkan urusan.
FYI, buses kat Warsaw ni agak lambat, jika nak dibandingkan dengan tram or train. Tapi sangat pantas kalau nak banding dengan RapidKL. Dan ya, saya selalu naik RapidKL

After 6 hospitals, 10 departments, 20 Sekretariat Offices, 300 doors (hyperbole), 500 nurses (even hyper-er hyperbole) and 1000 km, I finally got, wait, no. I didn't get it. *sigh*
It's like what Mr Edison said,
"I have not failed. I have just found 8 hospitals that won't take non-Polish-speaker for practical".

Ya. Dah 8 ye kawan2, adik2, kakak2, tuan2, puan2.
And there's still, i don't know, 20 more to go?
I never knew Warsaw had so many hospitals!

Ok2. It's not that bad.
Mungkin saya dah lama tak keluar rumah, jadi Allah nak suruh saya exercise lebih sikit.
Mungkin saya dah lama tak practice cakap Polish, jadi Allah nak saya polish up my Polish.
Mungkin Allah nak uji sejauh mana saya bersungguh-sungguh nak cari hospital ni.
Mungkin Allah uji sebab nak bagi nikmat yang lebih besar.
Mungkin bila saya keluar rumah tadi, saya tak cukup bersungguh, jadi Allah nak saya belajar buat sesuatu bersungguh-sungguh.
Mungkin saya tak cukup bergantung pada Allah, jadi Allah nak saya doa lagi dan lagi.
Mungkin saya dah makin leka, jadi Allah nak saya usaha lebih.
Mungkin Allah nak kurniakan pahala kepada kami atas usaha kami.
Mungkin saya tak menghargai nikmat kesihatan yang Allah bagi, jadi Allah nak saya tengok macam mana bila nikmat sihat tu ditarik balik. Dari sekecil2 baby, sampai laa orang tua. Mereka sakit, tapi semangat mereka kuat. Mereka sakit tapi mereka still nak main2, jalan2.
Mungkin. Mungkin. Mungkin.

Dan dalam kesusahan inilah, Allah kurniakan kawan2 yg sangat prihatin.
Memberi cadangan strategy baru.
Ok. Baru saya faham. Saya tak ada strategy rupanya.
Main redah je. Patutlah. Oh!
10 muwassafat tarbiyyah.
Daripada 10 tu, which badge did i get?
"Tersusun urusannya".
Yes! Itu maknanya kena laa susun urusan betul2.
Bukan main redah jee.
Ada baiknya Muwassafat Tarbiyyah tu.
Hah. Muwassafat tarbiyyah tu apa?
Haa. Nak tau, baca sini.

Ok.
Kalau kita main chess, tapi tak ada strategy. Apa jadi?
Kalau kita pergi berperang, tapi tak ada strategy. Apa jadi?
Kalau kita join Freedom Flotilla, tapi tak ada strategy. Apa jadi?
Paling senang la.
Kalau kita nak buat kenduri walimah, tak ada planning semua. Apa jadi?
Kesian mak sedara kita dari Balik Pulau tak dapat makan nasi minyak. Penat2 dia datang jauh2 kan.
Perang Ahzab. Atau perang Khandaq.
Apa strategi yang kaum Muslimin guna?
Masa perang Uhud. Bila kaum muslimin tak ikut betul2 strategy yang dah di-plan rapi. Apa jadi?

Haa. Memang laa menang atau kalah semua Allah yang tentukan.
Dapat tempat kat hospital ke tak, Allah yang tentukan.
Tapi kan usaha tu penting.
Strategy tu part of usaha laa kan.
Ok? Mari berstrategy!


Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat.
Sun Tzu


ps: Makin banyak tempat di Warsaw yang saya dah pergi ya. Terima kasih.
Jom pulun histo!

Sekian.